Tuesday, September 6, 2016

My Weight Loss Journey - Prolog

So yeah, bagaimana seorang cikebum cikebum putih-putih melati Ali Baba mendapat alamat mimpi untuk mengurangkan berat badannya?

Ok cerita dia macam ini. Marilah kita menggunakan nombor dan berterus-terang dalam episod kali ini agar semua pembaca tidak terus tertanya-tanya dan dihantui soalan, berapa berat Yaty sebenarnya ini? Tapi, tapi selepas difikir-fikir, naah. Tak perlulah berterus-terang sangat. Simpan sedikit-sedikit rahsia tak salah bukan? HEWHEWHEW

Ini adalah kronologi berat badan saya dari zaman anak dara sehingga ibu beranak dua.

After SPM dan selepas zaman di Politeknik - 46kg.

After Politeknik dan jadi guru ganti dan masuk zaman maktab - 50-55kg

After maktab dan bekerja - 56-60kg

 On my wedding day - 58kg

RANIA

My Pre Pregnancy Weight - 60kg

My Late Pregnancy Weight - 93kg

My Post Pregnancy Weight - 76kg

EMIR

My Pre Pregnancy Weight - 70kg

My Late Pregnancy Weight - 93kg

My Post Pregnancy Weight - 68kg

Nampak tak disitu? Saya ini kalau mengandung memang tiada maaf lagi tumbesarannya. Bagai johan. Johan pun malu nak mengaku saya ini johan. Selama bertahun-tahun saya dengan berat 76kg itu, sehinggalah tahun 2015 saya menginsafi diri di bulan puasa. Pergi berdiet dan hilang 6kg juga. Dapatlah berat 70-71 kg waktu itu. Lalu saya pun pergi mencuba-cuba nasib untuk pregnant dan pregnant jua akhirnya. 

Pregnant kali kedua dah ingat dah nak control makan. Tak nak gain weight banyak sangat. Tapi apakan daya, mimpi tinggal mimpi. Jadilah mimpi kita. eh. memang berniat nak beli baju Mimpi Kita selai bila dah kurus nanti. HAHA. Tetap juga sampai 93 kg sebelum bersalin. Bezanya kali ni saya bermula dengan berat 70kg. Maka nampak tak naik banyak sangat. Hakikatnya, bayi yang lahir cuma 3.75kg saja. Sobs.

Dalam pantang saya berjanji nak turunkan berat sebanyak mungkin. Alhamdulillah. Dengan bantuan set Nona Roguy, saya turun sampai 68kg. Rujuk gambar di atas. Lalu gembira tak terperi. Dengan kuasa breastfeed, berat saya maintain. Lalu lupa daratan. Bila anak dah mula makan, terasa diri masih dilindungi kuasa breastfeed. Makan banyak-banyak sampai hilang pedoman, maka waktu itulah baru kenal erti penyesalan. Waktu Ramadhan berat masih dalam lingkungan 68-70. Bila tiba hari raya, semua insan bergembira, lalu daku lah insan yang terlebih gembira sampai berat naik 72kg *insert muka cemas here*

-__- 72kg - Julai 2016

Suami adalah insan yang paling cemas dan bimbang bila tengok isteri dia dah tak serupa isteri. Dah hampir menyerupai beruang. Sampai bergaduh juga lah sebab suami suruh control makan. Ini kan hari raya. Isteri ni memang pantang dia kalau orang tak kasi makan. HAHA. Serupa hantu raya dah. Lepastu rasa tercabar. EH, gemuk sangat ke aku ni sampai suami pun dah mengeluarkan siren amaran Tsunami. Lalu, muncullah sinar keinsofan dari lubuk hati terpaling dalam. 

Waktu tu tengok ramai dah geng-geng blogger ni kurus, macam Mimi, Nana, (just named a few) lepastu kawan sekolah macam Wani dan Inas. Asal diorang update gambar je, aku pun sibuk mintak tips, tapi mulanya tak juga. Rupanya, dalam geng Yayasan ni diorang ada bincang pasal nak buat group kurus. Aku memang tak tahu menahu. Tahu-tahu Wani add. SAH! Aku memang dah gemuk. HAHA. So, Wani pun explain apa perlu makan, apa kena avoid. Wani adalah bekas ahli JK1M Kevin Zahri tu. So, apa arahan dia aku ikut. Tapi masa tu tak mula-mula lagi. Sebab macam biasalah motto orang gemuk, Diet always starts tomorrow atau I'll start on Monday, which Monday not sure yet. HAHA.

Tak lama lepastu, Mimi add aku dalamGojes Biggest Loser Vol 2. Double SAH yang aku bener-bener gemuk. Masa tu coach sangat garang dalam tu. Hakak seram. Diorang saja buat group awal nak bagi semua sedia. Tapi aku dalam hati sejujurnya memang belum sedia. Hati meronta nak makan macam-macam lagi. Tapi aku cakap, sampai bila nak macam ni. Dalam nak tak nak tu aku pun mula lah diet sama-sama dengan Geng Gojes yang lain.

Mula-mula aku buat diet kalori dan eat clean. Memang jadi. Dalam seminggu tu aku hari-hari turun berat. Semua pakat kagum. Tapi tu semua hanya sementara. HAHAHA. Siap ada hati nak hadiah dari Mimi sebab turun paling banyak kononnya dalam seminggu. Rupanya, ramai lagi yang turun lagi banyak dari aku minggu tu. KAHKAHKAH. Atia lah pemenangnya. Dendiam je Atia tu.

Nanti next entry, kita cerita jenis diet dan exercise yang kita buat. Yerp, saya buat exercise. Tak boleh jaga makan semata. Lambat turun nanti. Till next.