Monday, February 29, 2016

29 Februari 2016

So, I've decided to come out from my cocoon on this day. Maybe I'll write again on 29th Feb 2020. SO I have another 4 years to think about my new post(s). 

Many things happened in the past 2 months and I don't even bother to blog about it. 

Hari ini semacam cabaran sangat. Bermula dengan Emir yang tak boleh berpisah langsung dengan emak dia ni. Macam lah emak dia nak pergi berperang di Jabal Uhud ke apa. Baru menapak 2 langkah, dia punya meraung seperti halilintar memecahkan bumi. Sudahlah last night berjaga every hour lalu menangis. Suakan susu pun tak mahu. Macam mencari-cari lagi. Sudahnya kena susukan sambil duduk. Baru lah lena tidur di pangku. Emak ini lah yang seksa sampai terlentok-lentok tidur bersandar di kepala katil. Bila tengok pagi ni, ada kawan gigi dia memunculkan diri. Hari tu sebatang saja yang kelihatan. Teringat Rugrats walau takda kaitan.

Itu belum kira kakak terjaga bila adik terjaga lantas minta susu. Sudahlah mendukung si Dobot yang tak boleh di tinggal itu sambil sebelah tangan buatkan susu kakak. Kakak saja minum 3 botol last night. Can you imagine how struggle I am. Bila alarm bunyi, maka grumpy lah emak ini akibat tak cukup tidur lalu keletihan. Anak-anak muka bak sunshine, excited nak memulakan hari yang indah. Takkan sanggup di marah anak itu. Lalu seawal pagi bunda siapkan semua agar bunda cepat rehat. 

Ikutkan hati mahu saja tinggalkan mereka di bawah lalu sambung nap barang seminit dua. Tapi macam biasa, ikut hati nanti binasa. Hep, biasa dia nak tinggal-tinggalkan anak dibawah. Tapi, memang rasa tak mampu nak meneruskan hidup seperti Zombie jadian. Alangkah seronoknya kalau suami ada (disusuli dengan 500 patah perkataan berbentuk ayat-ayat sedih mentangisi nasib diri oh-so-cliche)

Lepas bagi makan semua dah harum semerbak kemboja, lalu tidurkan si Dobot. Bunda pun senang hati nak landing kepala, baru 10 minit and I can hear him crying downstairs disusuli dengan suara seorang kakak, BUNDAAA, ADIK DAH BANGUNNN. -___-"

Rasa nak menjerit from the roof top. Ya Allah, aku nak rehat sangat. Nak sangat my 2 hours sleep yang berkualiti berserta mimpi-mimpi indah. But guys, this is the bittersweet of being a mother. Tak tahu kenapa all this while I hold it inside. But today I choose to blurt it out.

I have to do some pampers and susu shopping all by myself. Siap ada yang tanya, you shopping alone ah? Sambil jenguk troli separa penuh pampers, susu bahan baking. eh. Yup. Belum kahwin meh? Suami jauh, I answer politely. Bila, balik singgah-singgah sudah ambil masa makan saya. Sampai rumah, Dobot sudah tunggu depan pintu. Bila tak di sambut maka bergempitalah rumah dengan tangisan dia. Perut sudah kriuk kriuk. Maka, anak di dahulukan, perut kendian takpa. 

Dalam kepala fikirkan projek ilmiah belum siap, hubungan etnik, latihan mengajar and whatnot. Esok Ladap seawal pagi. Maka, berciciran lagi lah jadual hidup minggu ini. 

Dan suddenly husband told me not so good news. Maybe we have to let subbies go. Aku ini kan suka overly attached. Subbies are part of our family. I just cant think straight right now. Melepaskan Subbie bukan benda mudah, Semacam melepaskan Mrs Vi dan My New Moon dulu pun berat rasa hati. Cars come and go. Tapi subbies 1 dalam errr err tak tahu berapa lagi kereta yamg akan ada dalam list kami. 

Pulih lah segera ekonomi. Naiklah semula harga minyak, Maka subbies will stay with me. Selfishnya saya, Sobss Sekian.