Sunday, July 17, 2016

Tamat Pengajian

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

September 2012-Jun 2016
Bachelor Pendidikan Pendidikan Sekolah Rendah
UPM Serdang

Pengajian yang rasanya terpaling panjang dan paling menyiksakan sudah berjaya saya tempuhi. Tak sangka. Saya berjaya melangkah ke garisan penamat. Terlalu banyak kisah duka dan duka. Eh? Nampak sangat sengsara nak habiskan belajar sampai terduka-duka jadinya. Nantilah, nanti. Kita cerita kisah pahit maung nak sampai ke peperiksaan akhir ini.

Tapi, saya nak kisahkan bahawasanya bila dah sem akhir ini, memang tiada motivasi langsung. Tiada peduli lagi mahu mengekalkan pointer 3.6 ke atas. Semuanya memang dah di set dalam kepala, asal lulus. Memang teruk punya motivasi. Sampaikan masa jawab final exam tu aci boh ja. Asal jawab, asal nak keluar dewan cepat. Mana tah pergi semangat perwira berjuang mati-matian nak dean's list dia tu. HAHA Bila tahu yang UPM punya dean's list 3.75 dan ke atas, gua awal-awal dah surrender sejak dapat TITAS C-. Tak pernah sepanjang 4 tahun ada C. Memang ketahian apa tah. Lalu merundum lah segala prestasi dan memang hilang punca lah nak teruskan legasi dean's list. Biarlah sana. 2nd class upper pun dah Alhamdulillah. Eh, perasannyah. Harap dapatlah berkonvo bulan 10 ni. Harap sangat. Tak kisah lah apa kelas yang digapai.

Sebenarnya bukan lah teruk sangat pun belajar tu. Biasalah, drama queen kan. Seronok lah pergi belajar. Pergi mengukur jalan. Dapat 'me time'. Dapat explore Serdang dan kawasan jajahannya. Dapat tahu kilang Beryl's kat mana. Eh, ini pun penting tahu. HAHA. Berkembang lah sikit otak ini. Tidak lah asik terperuk dalam Klang Darul Jammed dan Shah Alam Darul Roundabout itu. Berdikarilah juga kalau pintu utama UPM tutup, tahu lah jalan lubang tikus. Tahulah mana letaknya tempat bola jaring, stadium UPM, tempat bole sepak, bola keranjang, bukit expo. Tapi sepanjang 4 tahun itu tak pernah jumpa library langsung. Nampak tak dia tu bukan dari jenis ulat buku. Memang bukan buat assignment cari rujukan buku ke apa. HAHAHA. Lucu lah kalau dikenang. Cemana aku boleh survive pun tak pasti. Eh, dah habis belajar lah. Takyah fikir berat-berat. Sekarang akan dedikasikan seluruh kehidupan untuk merantau segenap negara. Masih bercita-cita mahu backpacking berdua dengan suami. Mahu meredah kemana-mana tanpa proper itinerary. Ahh, memang cita-cita yang satu ini takkan padam. Tapi,tapi,tapi saya bukanlah manusia yang mampu berpisah dengan anak-anak. huwaaaa. Bila lah boleh jadi macam Rangga. In real life pun dia memang traveller sejati. Kan dah melalut. Chiao

3 feedback:

atiqah mutaza said...

tahniah yati..hebatnya la hai..kite nk sambung tapi takut sgt tak dapat focus huhu

Syazwani Mazlan said...

Tahniah, lepas ni bakal cikgu la ye.. hehe

norfarhan mohd assa'ad said...

kita bgtau husband pasal ayat rangga about traveller tu, die ketawakan kita cis.
but we did.. travel berbasikal meredah jalan berbekalkan google map hihi.
sangat fun
cannot imagine kalau dah ade anak macamana nak teruskan aktiviti begini haha