Thursday, March 3, 2016

The Spark

Well, Khamis malam Jumaat yang selalu dinanti, Pasti!!

Tak, kita bukan nak cerita tentang sesuatu di dalam kelambu. Kelambu pun tidak wujud di dalam rumah. Kita tak perlu elaborate tentang kelambu sebab tak perlu. Tapi kita boleh elaborate tentang rutin saya yang selalunya teratur sepanjang minggu setiap hari bermula dari Ahad hingga Khamis. Tiba saja Khamis malam Jumaat saya pun mulalah jadi pungguk rindukan bulan. Apa kerja pun tak jadi. Nak buat kerja sekolah ke assignment ke memang tak jalan dah.

Sebab dah tahu habitat diri ini lain macam bila tiba Khamis malam Jumaat, maka segala jenis pekerjaan tak kira buruh kasar mahupun halus perlu disiapkan sebelum menjelang hari Khamis. Lepastu off lappy sampai Ahad. Wahaha.

Apakah yang mengganggu sangat fokus si Yaty tersebut?

Haruslah kepulangan suami itu.

Macam sekaranglah contohnya, sepatutnya dah boleh buat pelbagai pekerjaan since anak-anak sudah tidur. Tapi tak bergerak pun seinci dari tadi. Anxious menanti Sang Suami. Sebab tu tak suka kalau beliau balik lewat-lewat sebab tidak akan mendapat sejenis tidur lena. Asik-asik terjaga tengok jam tengok HP. Almost 5 tahun rutin sebegini. Tak pernah jemu menanti.

Tapi kan, bila nampak je muka suami dah tiba terus segala mengantuk datang. Macam kena rasuk hantu tidur ke apa tah. Hai hai bye bye je. Salam, kiss-kiss mana yang patut lalu kaboom. Tidur lena tak bangun-bangun dah. Suami? Pandai-pandai dia bawa diri. HAHA. Cuma mahu menatap wajah kesayangan hamba, tahu beliau selamat sampai safe and sound nothing to be worried. lalu tidur

Eh, beliau dah sampai. Taaaaaa...

0 feedback: