Monday, March 7, 2016

Puasa dan Milk Booster

Hari ke 9 berpuasa *yawn*

Masa mula-mula nak menggerakkan diri serta hati untuk berpuasa, liat semacam batu-bata (?) Bila dah berpuasa tu survive saja pun. Tiadalah masuk headline berita seorang cikgu terpingsan-pingsan disekolah akibat berpuasa. Takda. Cuma dahaga dan lapar itu normal. Kalau berpuasa tetapi perut sentiasa kenyang itu yang luar biasa. Mungkin termakan tanpa sedar. Who knows?

Yang di concernkan bila berpuasa ini adalah susu akan drop. Lepas pam akan lapar menggila. So on and so forth.

Jadi mula-mula kita kena tetapkan iman dahulu. Sebab Iman adalah mutiara, di dalam hati manusia. Tiba-tiba Raihan masuk. Niat puasa sebab ada hutang dengan Allah. Nak kena bayar juga tahun ni sebab nanti susah hati dan tak tahu nak kira fidyah nak bawa hutang ke tahun depan blablabla. So I save myself from the misery. Puasa saja seminggu sekali won't kill you anyway. 

Penat, dahaga, haus (eh sama) lapar? Itu semua lumrah. Kalau fikirkan halangan itu sampai bila akan dapat mengganti? Puasa hari kerja penat kena menjerit, berjalan naik turun tangga, angkat buku berat-berat. Naah. Puasa hari kerja lagi bagus sebab balik kerja dah hampir nak buka. Puasa waktu cuti sekolah lebih parah dan hazab sebab emak masak sedap-sedap. Adik beradik semua pulang. Mustahil mereka akan duduk diam-diam dalam rumah tanpa melibatkan makanan yang enak-enak. Maka, waktu bila yang sepatutnya kita boleh berpuasa? Jadi puasalah bila-bila selayaknya.

As for me, bersahur itu wajib. Pernah cuba sekali tak bersahur. Rasa nak merangkak naik tangga. Tapi kuatkan juga semangat tu sebab, It's now or never. Bila dah pass hari pertama, hari kedua dan seterusnya itu hanya petik jari saja. Wajib sahur makan nasi juga. Saya tidaklah minum air masak bergelen-gelen sangat waktu sahur tu sebab nanti bloated. Yang paling penting saya akan minum Ephyra untuk maintain keberhasilan susu saya. Yerp Ephyra work on me. Sudah berkotak-kotak juga ambil Ephyra. Cuma di kala ekonomi merundum ini saya ambil Ephyra di hari saya berpuasa saja. Hari tak puasa boleh minum air banyak-banyak. No need milk booster. 

Effect pada kulit macam mana? Saya pun tak tahu nak cakap. Sebab kulit saya macam itu lah juga. Bila saya bagi gambar sebelum dan selepas ambil Ephyra, Pona kata takda beza. Jadi tak boleh buat testimoni. HAHAHA. Btw saya bukanlah stokist Ephyra. Saya beli Ephyra from my Jemah Friend. Syafiena (Noor Syafiena her FB page) 

Selain dari Ephyra saya minum juga Ummu Lacto. Dua-dua pun membantu sedikit sebanyak dalam memangkinkan penghasilan susu. Oyya, untuk mengelakkan kehausan yang melampau saya pam susu nak dekat-dekat buka puasa. So that takda lah rasa kelaparan yang melampau. Hasilnya tidaklah seperti waktu kita makan pagi petang siang malam tak ingat dunia. Tapi boleh la untuk simpanan di hari mendatang. Sebenarnya bila pam nak dekat-dekat buka ni membazir juga beberapa titik susu sebab bila pergi sekolah anak tak minum. Basah juga baju. Nak jaga stamina punya pasal. What to do.

 Sebelum ambil Ephyra


Selepas ambil Ephyra

Kahkah hadap lah muka tak malu ni. Tiba nak sidai muka sendiri.

1 feedback:

Hana Soffelia said...

Dah kenapa aku tgk muka before ambil ephyra tu cerah dari after. Ke ko nk ckp after ambil ephyra muka natural pinkish gtu. Hahaha