Wednesday, December 30, 2015

Productivity

Esok adalah hari terakhir dalam tahun 2015. Bila tengok bilangan entry tahun ini semakin merosot. Petanda patut tutup blog barangkali. Cadangan dalam hati mahu lawan bilangan entry tahun lalu. Nampaknya, kemenangan masih berpihak pada tahun 2010. 5 tahun lalu menggoreng entry semacam kacang. Petik jari dan walla, siap satu entry. Pada zaman ini, buka laptop lalu ternampak kerja sekolah yang belum siap, teringat projek ilmiah yang belum bergerak, nak berebut dengan kakak yang nak tengok upin ipin, adik yang menangis minta di angkat lalu akhirnya new post terbiar sepi. Biar jadi draft sana. 

Saya masih suka menulis. Masih lagi ada passion mahu menulis serancak dulu. Walaupun bukanlah entry berbentuk ilmiah yang mendatangkan manfaat untuk alam sejagat, tapi semacam satu memori untuk dikenang lah bukan. Kadang-kadang, tengah termenung menyusukan anak, berebut-rebut idea masuk untuk menulis. Tapi, tapi, tapi, idea hanya tinggal idea. 

Tadi sedang menggodek-godek setting sebenarnya. Mahu putuskan hubungan blog dengan FB, tapi tak tahu apa cara. Perlu naik mahkamah ke? Perlu ada saksi? No? Rasanya mahu lebih discreet dan mengurangkan audien. Biarlah tak ramai pengunjung yang penting kepuasan menulis tanpa perlu memikirkan hal-hal remeh. Siapa tahu, tahulah. Akan diusahakan dengan lebih keras lagi supaya mereka putus menjelang 2016. Tapi kalau masih nampak blog ini di timeline makna dia saya gagal lah tu -__-"

EH, tapi sebenarnya mahu jadikan blog sebagai pendapatan pasif. Kalau tiada audiens macam mana nak jana pendapatan lah bukan? Kenapa bipolar sangat perangai ni? Mid life crisis perhaps? Sudahlah, Tiada azam mahupun permintaan. Semoga semuanya baik-baik sahaja di tahun 2016. Azam kurus, tiada. Eh, macam perasan kurus. Tapi boleh la boleh. Turun another 5kg then am safe. Maintain macam sekarang pun saya suka. 

Tahun depan adalah tinggal 1 semester lagi then am free. Weehooo. Walau sedih mahu berpisah dengan rakan-rakan tapi saya sudah tidak sanggup lagi menempuh another year with assignment dan exam. Nak rehat setahun dua tiga empat lima sebelum pursue my study (InsyaAllah). Perihal penambahan zuriat tiada dalam perancangan saya. Perancangan Allah siapa yang tahu bukan? Kalau ikut rasa hati dan sakit, dua itu sudah memadai. Kalau ikut suka, memang suka nak ramai anak. Tapi memikirkan diri akan terbaring atas table itu lagi, kena burai-buraikan isi perut lagi (saja bagi ayat seram, sebenarnya tidaklah terburai pun. penulis dan exaggerate berpisah tiada) Saya tidak mampu. Ih seramlah cerita hal ini. Ok, beransur dulu. Selamat malam