Wednesday, September 30, 2015

Kisah Bersalin Mohammad Emir Ghazi Farhan - Finale

3 Julai 2015
16 Ramadhan 1436H
Jumaat

Malam itu I didn't get enough sleep. Bila pagi menjelma terus bimbang, kalau dah buka banyak cm how? Sudahlah tak cukup tidur, takda makan apa pun. Mana nak datang tenaga nak 1,2,3 push nanti? Sudahlah, tak mahu fikir banyak-banyak. The one and only thing I knew that am going to see my baby today. Sakit dia memang takda tandingan dah. Macam biasa rutin pagi, siap mandi semua turun bawah ke tingkat 2. Pagi ini saya turun naik wilcha sebab memang sakit tiba-tiba datang tak bagi salam. Nak jalan pun tak boleh. Sampai kena berpaut kat mana-mana sebab sakit sangat

Sudahlah aku benci jarum besar tersebut. Boleh pula ada nurse perasan tangan aku dah bengkak sebab too much ubat dan antibiotik dah masuk. Lalu dia suggest untuk tukar jarum tu ke tangan sebelah lagi. Macam onggile aku begging taknak tukar sebab tak sakit. Aku cakap biarlah bengkak pun takpa. Tapi memang diorang ni hati kering. HAHA. Pukul 3 pagi Dr. Ghulam datang untuk pasangkan jarum baru. Walau lah dia wangi semacam hape pagi-pagi buta, Sakit tetap sakit oiii

Sampai LR, midwife check masih tiada bukaan. Jadi, Dr kata kita cuba induced pakai drip, mungkin boleh cepatkan lagi bukaan. Maka bermulalah penyiksaan jiwa. Mula-mula nurse tanya nak pergi tandas dulu ke? So, saya pun pergi tandas dulu sebab nanti tak boleh bangun-bangun lagi. Dia nak pakaikan salur kencing tu, tapi saya tak mahu. Sakit I tell you. Dia kata lepas drip tak boleh bangun dah. Lepas tu Dr bagi optional drugs. Nak pethidine ke, gas ke or epidural. Saya mempilih nak pethidine. Lalu dapat 1 shot di punggung. Terus tak rasa sakit. Siap dapat tidur sambil bermimpi. Bila nurse tanya sakit tak, saya cakap tak. Lalu dia up kan dose drip tu. Sebelum tu Dr saya pesan yang she's not around pagi itu. Pukul 2 baru ada. Dia kata kalau nak bersalin petang, sempat lah dia datang.

My view for the past 5 days

Lepas beberapa jam, kesan pethidine pun hilang dibawa angin, gila sakit kauuuu. Dah tak keruan dah masa atas katil tu. Semua sakit, semua serba tak kena. pusing sana sini salah. Saya panggil nurse cakap nak bangun, nak pergi tandas. Mereka tak bagi. Cisss. Mereka bagi bekas kencing yg kecil tu, suruh kencing situ. Mana boleh. Mereka kata kencing je atas katil, nanti mereka bersihkan. Ok yang tu boleh. HAHAHA. Tapi masa tu mana ada HAHAHA lah bukan. Yang ada cuma nak get the hell out from the bed. Saya nak bangun sebenarnya, nak jalan-jalan hilangkan sakit. Bukan lah nak kencing sangat pun, Tapi mereka tak bagi.

Betul-betul buat macam rumah sendiri

Lepastu nurse kurangkan dose drip tu semula. Siap dengar mereka berbisik, patient can't take it anymore. Still sakit mencengkam jiwa. I told my husband, taknak Yang, taknak. Dia tanya taknak apa? I am not sure myself taknak apa. Taknak drip ke taknak sakit ke taknak baby lagi ke. Sungguh hilang kewarasan waktu tu. Mulut asyik cakap sakit sakit sakit sakit . Memang dah bertarung dengan nurse nak bangun juga. Nurse tahan tak bagi. Saya cakap tak nak drip tu. Stopkan. Lalu, nurse tu stopkan drip. Tapi telajak perahu boleh undur, telajak drip, padah jawabnya.

Waiting for discharge yang boleh menguji kesabaran dan kelaparan

Nurse terus bagi gas bila tengok saya dah tak rupa orang, dah rupa Emily Rose. HAHA, Siapa tahu, tahulah. Dia kata sedut gas dalam-dalam. Mula-mula sedut takda effect. Sebab tak pandai kot. Lepastu sorang nurse ni tekupkan ketat-ketat sampai tak boleh escape. Dia suruh sedut dalam-dalam. Lepastu aku high lah sana sorang-sorang. Saaaakiiitttt saaakiiiittt. Cakap macam zombie. Apa aku cakap pun aku tak sedar. Sebab high gila. Macam orang lain yang bercakap. Melayang-layang badan. Tak lama lepastu sakit balik, aku try balik sedut gas tu. High balik. KAHKAH macam hape je. Last-last aku mula rimas. Aku campak mask tu. Aku cakap lagi, taknak Yang, taknak.

Bilik kakak dan nenek. Pity them tiap malam kena tidur sempit-sempit here.

Midwife masuk, dia nak tengok ada bukaan tak, Lalu dia advice suruh go for csec sebab dah sakit sangat and still takda bukaan. Kalau ada pun 1 cm. Sebab asyik di VE saja. Suami cakap ok lah. Kita redho ye. Ni jalan yang Allah dah tentukan. Aku angguk je laju-laju. Kali ni takda air mata dah sebab dah tahu macam mana kisah ni akan berakhir. Aku tak kisah dah, asalkan baby sihat dan selamat, Apa cara pun doesn't matter. Lalu mereka cakap Dr yang ada sekarang Dr. Mazita. Aku dah tak kisah dah siapa pun yang ada. Kebetulan dia baru sudah kes dia. Aku siap cakap nak sekarang juga operate sebab dah tak tahan sangat sakit.

Mereka prep kan aku laju-laju. Sebab aku kan dah macam Emily Rose tadi. Dr. Mazita ada tanya tak nak ambil epi dan tunggu bukaan? I've said NO. Saya tak rasa macam nak tunggu. Saya nak tengok baby saya. Aku memang dapat rasa baby gerudi-gerudi turun ke bawah. Sakit oiii sakit. Lepas siap dah di pasangkan salur kencing (akhirnya aku kena pakai juga) Siap pakai shower cap (HAHA), kena sorong keluar. Suami tolak sama. Alaa syahdu sangat masa tu. Aku rasa macam ada salam dan minta maaf kat suami. Tapi tah, macam berkhayal. Maklum lah full of drugs. HAHA. Lepastu sampai pintu tu suami berhenti, tapi nurse tu cakap takpa encik boleh sampai dekat garisan merah tu, Suami pun sorong lagi. 

Sampai dalam OT kena transfer katil lain, kena duduk peluk bantal sebab nak cucuk kat tulang belakang tu. Semua macam dejavu sangat. Tapi kali ni cucuk sekali je, tak macam masa Nia sampai 4 kali. 

Tapi the worst part, masa Dr nak mula operate tu, aku boleh rasa mata scalpel yang tajam tu. Perghh, aku cakap eh sakit-sakit. Sakit? semua macam terkejut. Aku cakap aah. Mereka pun kalut-kalut la. Cuba lagi, aku cakap sakit. Bila aku rasa mata tajam tu mesti lah aku cakap sakit kan. Lepastu Dr bius tu cuba cucuk pakai jarum. Tanya sini sakit tak, sini sakit tak. Bila dia cucuk kat kaki memang tak rasa. Dia pun up kan ubat bius.

Kali ni aku nekad tak mahu tidur. Tapi memang rasa lah kena toreh-toreh, kena godek-godek. Sakit tahu masa nak keluarkan baby tu. Mereka pakat dok kokak perut ramai-ramai, sorang tolak bontot baby I think dan walla, Dr bagi salam dekat baby, Assalamualaikum, semangatnya awak. Terus dengar baby nangis. Kemain kuat suara. Aku rasa nak bangun tengok baby. Lepas dah bersih-bersih Nurse bawak dekat aku and tunjuk tengok baby Puan baby ape, aku cakap boy, lepas tu dia bagi cium sikit, aku tengok mata sepet, putih melepuk. HAHA. Lepastu aku terus sakit dada. Aku cakap, sakit la dada saya. Sini. aku tunjuk dada. Memang aku rasa angin dah naik. Kan aku tak makan. Sakit sangat dada masa tu. Kebetulan masa tu memang ramai lelaki dalam OT. Dia panggilkan nurse perempuan untuk tengok dan tekan-tekan dada aku, Lepastu aku dah mula la melalut lepastu tak sedar. HAHA

Aku sedar bila aku kena sorong keluar. Mereka letak aku kat wad dalam OT tu. Masa tu memang mamai-mamai. Lepastu aku tidur balik. Aku bangun balik masa nurse godek-godek perut aku. Aku cakap sakit, Dia tanya sakit ke. Aah, lepas tu diorang sembang apa tah, aku dah tak sedar dah. Aku sedar balik bila aku disorong keluar. Lepastu lalu depan waiting room. Nampak lah semua family tunggu situ. Nampak suami dukung Rania. Semua pun senyum je

Suami macam biasalah, kiss dahi siap terima kasih sebab lahirkan anak kita. Auwwauwwauww. HAHA. Terus di tolak naik atas bilik. Lepastu nurseri hantar baby dan tanya nak susukan ke. Aku terus angguk. Alhamdulillah, susu memang ada walau tak banyak. Baby pun boleh latch terus. Cuma aku kena jaga-jaga masa nak susukan baby, takut tertekan perut. Masa tu macam tak percaya sudah ada baby yang ditunggu-tunggu sekian lama. Alhamdulillah sangat semua selamat. Aku dah tak boleh fikir dah the next baby bila. Biarlah, biarlah. HAHAHA. 3 hari menanti, fuhhh. Mencabar dan tercabar. Lepastu kena stay lagi 2 malam baru boleh pulang. Total duduk hospital sampai 5 hari. Tak pernah dibuat orang. HAHAHA. Semuanya sudah tertulis.

After all, Mohammad Emir Ghazi b. Mohd Farhan (Ketua Penakluk) was born on this date. Dengan berat 3.78kg, we were more than happy to have you as part of this family. Bertabahlah dengan Bunda yang anginnya tak terduga. Sekejap penyayang, sekejap ribut-ribut.

Fresh from oven
Bunda minta Walid ambil gambar baby banyak-banyak lepas lahir. Tapi Walid dapat ambil 1 ni je gambar. Bunda syak Walid dah kehabisan kodak. Redho la nak.

Kakak Rania first time tengok Adik. Siap mintak nak masuk nurseri.
Sepasang sudah kurniaan Tuhan. Syukur.
Sebarang cadangan untuk pertambahan belum dapat di pertimbangkan. LOL


Bermula lah kisah kehidupan ibu beranak 2. Kain batik jangan dilupa

Thursday, September 10, 2015

Kisah Bersalin Mohammad Emir Ghazi Farhan : Part 2

2 Julai 2015
15 Ramadhan 1436H
Khamis



Pagi itu waktu turun ke LR bertiga. Rania insist nak ikut sama. Dia semacam confused. Kenapa Emaknya di bawa ke sana ke sini. Emaknya juga semacam mengabaikan dia. Waktu tu memang kasihan tengok. Dia nak mandi dengan Bunda lah, nak baring katil Bunda lah. Orang bangun sahur, dia pun bangun sama. Lepas tu tak tidur-tidur. Banyaknya pengorbanan kakak. Bunda sayang kakak dari bulan ke bumi lantun ke Pluto dan Marikh semua takda tandingan. 

Tapi sampai LR, nurse tanya, takda orang jaga ke sebab tak boleh duduk lama-lama dekat LR. Dak Yang kata kejap je, nanti dia hantar ke atas semula. SO, masa tu Dr. Norleen pun datang nak check bukaan. Contraction ada tapi tak kuat dan tak regular. Masa check CTG, jantung baby masih ok. Air ketuban masih keluar. Warna juga masih jernih. Doc concern kan baby sudah kekurangan air, jadi movementnya terbatas. Air takkan bertambah, tapi makin berkurang. Bila check bukaan, semacam biasalah. Na-da. Masih 0cm. Nak tak nak doc terpaksa induced dengan harapan ada bukaan. Waktu Doc masukkan pil, Dak Yang naik ke atas hantar Rania. Dia upset la sikit sebab Doc dah induce. Kalau boleh nak buka sendiri. Masalah dia sekarang sebab ketuban dah pecah. Kalau tak, ok je nak tunggu lama mana pun.

Doc bagi sehari lagi untuk biar jalan buka since tiada complication yang lainnya. Doc pun dah beritahu kemungkinan-kemungkinan yang akan dihadapi. Kalau rasa sakit sangat, dia minta beritahu nurse. Kalau jalan masih tak buka, kemungkinan untuk czer adalah tinggi. Aku diam. Walau masih berharap ada sinar untuk normal, tapi bila tengok gayanya macam ke arah lain. Harap sangat petang tu ada bukaan. sikit pun jadi lah. 

Dah sejam lebih dalam LR tu, baru boleh naik atas. Waktu ni dah mula rasa sakit sikit-sikit. Tapi bearable lagi. Naik atas tengok kakak dah siap mandi dengan nenek. 

Kakak nak sangat duduk atas katil Bunda.
Nah kasi dia makan atas katil sekali.



Sebab belum bersalin dan tiada aktiviti apa selain tidur, bangun, makan dan tidur, ambil lah gambar kakak banyak-banyak. Nak ambil gambar baby pun belum ada.


Waktu belah petang ni sakit dah mula terasa. Dak Yang sempat buatkan air selusuh untuk di minum dan di sapu-sapu. Sakit tu kejap-kejap datang. Lepastu lega. Lepastu datang balik. Tidur pun dah tak lena sangat. Bila sakit datang, buat la macam-macam cara pun. Separuh duduk la, bongkok badan la, roaming satu bilik la. The pain won't go away. Masa tu apa breathing teknik pun dah kelaut. Segala zikir-zikir tak keluar dari mulut. Aduh, aduh, aduh sakit je yang dizikirkan. Sampai emak tegur, sebut la Allah, Allah ke. AKu pun menjawab, sakit sangat. Perghh, dalam nak bersalin pun sempat lagi nak menderhaka. HAHA. Emak pun mula la buka cerita, emak dah rasa dah 4 orang. Dengan muka cool je. Ok, mak win.


Sejak tahu diri pregnant, dah berniat dalam hati nak bawak emak dan Rania duduk hospital sekali walau apa terjadi sebab macam tak sanggup sakit-sakit tanpa my ultimate backbone. Jadi, bila emak dah di bawa ke hospital, semua orang pun kena datang hospital nak buka puasa. HAHA.


Waktu ni Dak Yang order makanan from Serai kalau tak silap. Bukan main lah yours truly nak sizzling tofu. Makan tak seberapa pun sebab dah sakit. 

Waktu check up dekat LR malam tu, Midwife tu dah cakap, kenapa taknak czer je sebab memang takda bukaan. Sakit dah teruk. Kalau nak, dia panggilkan doc datang malam tu juga. Dak Yang pandang aku, aku pandang Dak Yang, Midwife pandang kami. Kami saling berpandangan. End up jawab takpa, nak tunggu esok pagi.

Tapi malam tu perghhh, memang akan ku kenang sampai mati. Tak boleh tidur langsung I tell you. Siap nak marah Dak Yang yang tidur dengan lenanya di bawah katil. Tapi tak sampai hati sebab beliau penat seharian ke sana sini. Dah lah puasa. Emak lah yang tukang teman. Dari bilik dia dekat ruang tamu tu, dia dengar agaknya aku uh eh uh eh, aduh aduh. Memang semua serba tak kena, baring ke berdiri ke. Semua salah. Pinggang dengan tulang belakang macam dah remuk. kena gelek steamroll. Sakit oiii, Sakit. Nafas pun dah pendek-pendek. Lambat sungguh nak tunggu pagi menjelma. Semua nurse yang datang check tiap berapa jam tu aku kabo kan. Sakit la, sakit. HAHA. Punya la kepoh. Masa ni rasa-rasa dah buka 4 cm ni. Sakit tak tertanggung dah ni. HAHAHARAPAN LA

Bersambung lagi. Lek la, aku duduk hospital 5 hari kot. Pastinyalah sampai part 5 -__-"

Lost In The New World

Masih bingung. Macam tak tahu nak mulakan kehidupan dari mana. Sounds complicated ey?

Imagine lah selama beberapa bulan tempoh hari, hidup ini di dedikasikan untuk PL. Sabtu Ahad pergi belajar, lepas tu bersalin, lepastu dalam pantang sambung balik pergi belajar sampai lah tarikh keramat 27 Ogos lalu. Pergi Mersing tinggalkan baby yang belum 2 bulan pun. Tinggalkan kakak. 10 hari di sana termasuk hari pergi dan balik dan loading unloading barang. 10 hari terlalu lama for me to pick up where I left.

10 hari di sana tanpa internet, tanpa TV, tanpa surat khabar (hari last baru Dr. beli surat khabar) tanpa update dari kawan-kawan. Batt hp tahan 3 hari tanpa caj adalah pencapai luar biasa dari seorang bernama Yaty tersebut. Selalunya, seharian akan caj HP 3 kali. Lepas call emak dan suami akan letak dalam flight mode. Kalau off nanti susah nak selfie-selfie dagu runcing.

Apa yang dirasai sekarang ialah rasa ketinggalan sangat. Rasa macam semua orang dah move on. Tapi kita ni masih di takuk lama. Macam sebelum pergi masuk kem,  dengar cerita Panda dekat Zoo Negara tu dah selamat melahirkan anak. Kalau aku tanya pasal anak Panda tu mesti orang cakap Panda tu dah bercucu dah sekarang. Baru buat kenduri cukur jambul minggu lepas. HAHA, Contohlah, contoh. Entry ni takda kaitan dengan Panda mind you.

Jadi, nak borak dengan kawan pun dah tak tahu apa topik yang in sekarang. Sebab dah selesa menjauh dari dunia luar, so aku rasa lebih selesa menyendiri. Mind my own business. Dekat kem tu kami banyak interaksi dengan kami-kami sahaja. Takda la boring pun. Asyik bergosip 24-7 sampai Dr dengan En Shamsul tu tegur. HAH, Gosip tak habis-habis. HAHAHA, what to do. Itu saja lah hiburan kami. Selain dari perati anak-anak ikan balik berkayak dan dinghi, lepastu mandi depan khemah gosip kami ala-ala model. BAHAHA. Punya la bosan. Anak ikan pun jadi. Eh, jangan lah di bayangkan anak ikan macam nemo tu mandi depan khemah. Kalau anak ikan tu mandi, kami dah lari 100M berganti-ganti dulu dah. HAHA. Yang ni 'Anak Ikan Mak'. 

Ih, melalut tak tentu hala semacam tak mendatangkan faedah. Tapi sesungguhnya, saya sedang menjakuni kehidupan sekarang ini. Padahal baru 10 hari terputus hubungan. Serasa macam Tarzan jumpa dengan manusia saja. Serasa juga seperti baru keluar dari Gua Batu Kapur. Maafkan lah kalau saya ini kelihatan tenggelam timbul dalam group WA. Saya sedang cuba untuk adjust dengan kehidupan yang baru ini.

Yang Benar,
TARZANTY