Tuesday, February 3, 2015

P&O Away Day - Melaka

I've never been to Dak Yang's family day even though we've been married for 3 years already. He once join me for my school's family day. I make him go dengan alasan kita kena bagi support dekat my brother sebab masa tu my brother and sister in law jadi pengerusi untuk badan kebajikan sekolah. Alasan tersembunyi dia I've never missed my school's family day so far. HAHA. So, Dak Yang kata kita ambil turn. -___-"

SO,P&O Away Day ni hanya melibatkan deparment beliau sahaja, not the whole Instep. Jangan di tanya P&O stands for what. Sepuluh kali beliau cerita, sepuluh kali juga isteri terlupa. Destinasinya Melaka. So, YAYYYY. Cinta saya memang ada di Melaka. Setiap tahun ke Melaka juga tak mengapa. Tapi yang tak menseronokkan adalah away day ini 25-27/12 dan saya ada final exam 27&28/12. Nampak tak cabaran dia di situ? Memang most of the time saya hanya tinggal di bilik dan study. Hanya 2 beranak itu yang enjoy themselves. 

Kenapakah semua duduk di belakang? Adakah sekarang sudah mampu hired seorang chauffeur? atau kereta ini dalam mode auto pilot? KAHKAHKAH. Suami ini baru sampai dari Terengganu pagi itu. Jadi, beliau tiadalah mampu untuk drive terus ke Melaka. Kebetulan keluarga mertua juga ikut sekali. Maka, abang iparlah yang bawa kereta itu. Bila duduk di belakang maka feeling-feeling newlyweds lah apa lagi.
Sampai-sampai hotel terus buat hotel macam walid dia ada share. Baring sana sini. Macam biasalah tempat penginapan rasmi di Puteri Resort Melaka.

Anak beranak buat pesta di kolam renang. Bunda menangis di bilik hadap nota. Kalau takda away day ni memang kami tak berjalan kemana hujung tahun lepas. Tu yang exam-exam pun sanggup nak ikut juga.

Malam itu dinner di hotel saja. Keesokan harinya brunch disediakan. Lepastu free and easy. Unfortunately, cuaca tak mengizinkan untuk kami berjalan-jalan. Nak bawa Nia naik beca dan river cruise pun tak kesampaian. Kami hanya dapat naik kereta lembu saja. Itu pun dah menangis-nangis si anak ajak naik Sappy. Nak naik Sappy. Nak naik Sappy. Dalam becak-becak tanah merah campur najis lembu kami gigihkan la juga.




Sekali perjalanan RM15. Tapi memang tahan lah naik kereta lembu dengan tayar keras, takda absorber. HAHAHAHA, Berlaga gigi. Nasib Nia ok saja. Bila suruh pegang Sappy tak mahu.

Petang hari pula ada sukaneka. Saya turun lah juga sebab nak jaga Nia. Kalau tak macam mana Walid nak bersukan sakan. Kami jadi cheerleader untuk Walid.




Rania pun join sukaneka untuk kanak-kanak. Kemain orang suka usik dia sebab dia makhluk Tuhan paling seksi di situ. HAHAHA. Masuk acara cari guli dalam swimming pool and kumpul gula-gula paling banyak. Hadiah dia pula lollipop. Memang muka riang gembira la. Tapi semua Bunda sorok. HAHA.




 Dinner malam last ni pula buat dekat Muara Sungai Duyung. Semua gambar dekat Dak Yang. Saya tumpang selit-selit dalam kamera kawan-kawan dia. HAHA. Masa ni Nia memang dah selamat tidur. Bunda dengan Walid makan dengan tenang. Udang, sotong, lala, ikan bakar segala lah masuk dalam perut. Balik Hotel semua kena paksa tidur awal sebab esoknya 5.00 pagi dah bergegas nak balik KL semula. Bunda ada exam remember? Fuuhhh, gigih sangat ha. We are really enjoyed ourselves. Lebih kepada nak bawa Nia jalan-jalan. Pity her, terperam dalam rumah. Walid jauh, Bunda every week ada kelas. *Sigh* Takpa lah. Kita berkorban sikit ja lagi.