Tuesday, January 20, 2015

Under New Roof

Ehem, It's me again.

Nampak seperti ketagihan sekarang? Tapi ketagihan ini tidak akan kekal lama. Tengoklah. Oyya, saya ada berita gembira. Esok Unifi akan tiba di kediaman ini. Say hello to Lee Min Ho. Sudah lama tidak dapat menonton K-Drama secara marathon. Ketagihan juga tu.

Jadi, seperti yang diceritakan dahulunya tentang proses kami house hunting dari 2013 membawa kepada proses-proses barikutnya sepanjang 2014 dan finally, kami dapat mendiaminya di awal tahun 2015. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Sepanjang 2014 boleh di katakan tahun yang sangat-sangat-sangat mencabar for us untuk menjadikan mimpi ini satu kenyataan. It is not that easy. Pertumpahan air mata entah berapa baldi tak dapat di hitung. Pertumpahan wang ringgit seperti derasnya air di hulu sungai. Tiba-tiba. Pertumpahan darah takda. Pertengkaran dengan tah siapa-siapa. Belum campur, ada orang kacau site, kacau kontraktor minta duit bagai. Pernah pembinaan tergendala beberapa lama akibat perkara-perkara yang tak dapat nak elak. Terlalu banyak. Tapi at the end, semuanya Tuhan permudahkan.

Setakat hari ini, kami banyak recycle barang dari previous house. Tiada apa yang brand new. Dapat duduk ni pun dah syukur banyak. Beginilah rakyat marhaen. Kena berdikit-dikit, supaya jadi bukit. Kena berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian. Kalau tak pandai berenang? Ok, takyah jawab.

Ikutkan grill, pagar semua takda lagi. Dak Yang ok ja. Saya yang tak boleh sebab memikirkan keselamatan. Tapi bila tengok jiran PIL kat Seksyen 8 tu takda pagar tembok segala. Rileks je dia. HAHA. Saya paranoid. Kisah lalu jadikan pedoman.

Pindah ni pun tak dirancang. Dak Yang cakap lambat lagi. Saya nak call Astro beliau tak bagi. Saya pun bertenang-tenang saja lah. Baju pun tak habis kemas. Sekali beliau kata, esok lori ada. Boleh pindah. Hamboi, seperti lipas kudung lah aku mengkemas. Barang sekontena tu mana nak dicampaknya. Sudahnya. memang bertrip-trip lah kami ulang-alik ambil yang kecil-kecil. Lepastu masuk rumah nganga. Astro takda, wifi takda. Macam nak hantuk kepala kat dinding je yang ada.

Tapi sekarang semua yang major dah selesai. Tinggal nak install itu ini. Memang ambil masa bertahun-tahun untuk complete kan semua dalam rumah ni. Planning memang banyak. Mahu buat loteng, mahu tukar pemegang tangga, mahu tukar pintu semua bilik dan bilik air, mahu buat awning belakang rumah supaya boleh jadi porch dan kebun kecil emak, mahu wardrobe, mahu workstation, mahu semahu mahunya, tapi apa daya, poket tak sudi -___-

Inilah rupa bentuk rumah saya yang asal. 1st time datang jenguk rumah ni. Tengok la banner pun ada lagi tu. Masa ni dah jadi hak orang. Kami dalam waiting list saja. Well, rezeki kami, Alhamdulillah.


Bahagian belakang rumah asal. Penutup tangki najis pun kena rembat.

 Bahagian belakang kami extend sampai habis

Bahagian depan kami extend beberapa kaki

Memang beli rumah second sangat memakan duit. Banyak yang perlu betulkan itu ini. Tapi ye la, nak beli rumah baru di luar kemampuan kalau mahu location yang strategik. Ini pun rasa dah ok sangat dapat rumah dengan keluasan sebegini. Sebab rumah sekarang semua comel-comel. Rumah saya macam Dak Yang, kurus tinggi (panjang). HAHA. Jenuh kalau tertinggal sudu di dapur, memang tak la nak pergi ambil. 

Itu saja rasanya nak cerita pasal rumah. Takda gambar interior sebab menangis lah kalau Rizalman tengok deco deco aku. Dia boleh lipat bungkus ikat tepi. KAHKAH (kidding lah hoi)

0 feedback: