Thursday, January 29, 2015

A Bit and Pieces About New Roof

Eh, masih belum habis rupanya cerita tentang rumah-rumah. Ini perkara biasa buat insan yang baru merasai berumah sendiri. Jangan pelik dan jelak. Tapi tiadalah tips-tips mengindahkan rumah disini. Tiada juga tips untuk jadikan ruang sempit kelihatan seperti padang bola sepak. Yang sempit itu masih sempit, yang sepah itu masih sepah kalau rumah itu mempunyai tuan rumah seperti yours truly. Tiada yang indah-indah di dalam entry ini melainkan realiti sebenar orang pindah rumah.


My Front Gate. Sesungguhnya tiadalah kemampuan untuk memasang auto-gate. Asalnya nak pasang gate manual buka keluar tu. Tapi memang makan jalan lah sekali buka dan tutup pagar. Boleh menghalang lalu lintas jiran tetangga. Lepastu nak buat pagar lipat tapi tak payah motor dulu. Tapi lagi, pagar 15kaki perlukan motor or else dia takkan rapat seperti gambarajah di atas. Maka, nak tak nak kenalah pejam sebelah mata dan pasang motor sekali. Kalau beli asing-asing mahal. Ambil sekali pakej pagar dan motor, dan tadaaa, takla murah pun -__-"

Ini bahagian depan rumah yang kami extend. Kalau tak rumah asal sampai tiles yang warna coklat gelap tu saja. Bahagian depan yang kami extend tu, saya yang design rupa bentuk dia. Memang teringin sangat rumah ada tingkap penjuru semacam itu. Sebenarnya mahu cermin itu full dari atas sampai bawah. Tapi memikirkan kos cermin lagi mahal dari batu bata, kita bagi sama rata saja. Grill itu dari kedai sama dengan pagar. Memang penjimatan berganda lagi. 

This is how it looks like from the outside. Porch muat dua kereta tapi depan belakang. Depan boleh letak kancil only. Sebelah-sebelah tak boleh sebab ada pasu mensibuk di tepi tu. Itulah dulu masa suami cakap tak mahu dengar kata. Sekarang tanggung lah akibat dia. HAHA. Konon-konon nak bercucuk tanam bunga. Mahu pasu build in melekat dekat tepi tembok. Sebelah saja tak cukup. Mahu dua-dua belah. Akibat dia, kalau nak buka pintu kereta merana jiwa dan raga. Ucapkanlah padan muka Yaty. HAHAHA

Aktiviti mencuci rumah di lakukan oleh hero-hero dalam keluarga ini. Hero saya yang berbaju biru tengah mencuci tangga dengan khusyuknya. Berapa hari beliau ulang alik pergi basuh rumah. Beliau cuti 2 minggu di akhir tahun lepas sebab nak settlekan urusan perpindahan ini lah. Dia kata, puas hati basuh rumah sendiri. Tak rasa penat pun. Lepas tu malam-malam berdengkur deras sebab kepenatan. Nampak sangat menipu di situ.

Malam lepas siap cuci rumah, kami sekeluarga buat majlis doa selamat untuk masuk rumah. Emak masak pulut dengan kari ayam. Solat maghrib, baca yasin, baca doa, solat isyak kemudian pulang. 

Tahukah anda betapa susahnya nak cari boxes untuk pindah rumah. Nak beli baru memang bapak mahal. Sudahnya kami pergi ke pusat recycle dekat pasar Seksyen 6 dan beli kotak dari sana. Boxes banyak-banyak ni baru RM20 ++. Dia kira timbang kati. HAHA. Masa ni lepak-lepak lagi tak packing apa. Nia siap main pondok-pondok di situ.



Ini lah rupa dia masa mula-mula berpindah. Memang serabut. Asyik nak marah je rasa sebab rimas. Jalan sana langgar kotak, jalan sini langgar kotak. Stress I tell you. Atas ihsan emak lah sekarang much better. Dah lapang dah. HAHA. Emak yang kemas. Dasar anak dara ini kuat complaint. Eh, saya ada juga bantu membantu. Bukanlah lihat emak sambil goyang kaki dan makan pop corn. Tapi memang emaklah yang banyak mengemas. 

 Walk in wardrobe saya. Canggih kan? HAHAHA. Ini lah semampunya buat masa ini. Baju-baju semua duduk dalam kotak. Baju kerja yang bergantungan. Kalau tengok sekarang ini, penyidai tu macam dah tak mampu nak tampung baju-baju kami. Kalau dia boleh bersuara. Err, baik jangan. Nanti seram.

Dan sebenarnya, inilah perkara yang I really wanted to do for a long long time. Menggantung gambar perkahwinan di dinding rumah sendiri. Finally, dream come true. *menangis sesungai* Terima kasih Allah atas rezekinya, Terima kasih suami, terima kasih keluarga yang banyak membantu. Kehidupan kami baru saja bermula. We will enjoy and treasure every moment.

7 feedback:

Fasya Farid said...

Wahh bestnye yatiii tahun nii bol3hlaa aku dtg beraye ngan 2org anak akuu hheehhehehee boleh tolong sepah2 kan umah kau jugaakk..

Norhazrina Abdul Hamid said...

wahhh besarnye rumha. sy pn bru pindah tp rmh kecik jer. nti boleh share idea deco sama2 ok.

ركن الاصاله said...

شركة تنظيف منازل بالخرج
مستودعات تخزين اثاث بالرياض
شركة غسيل سجاد بالرياض
شركة مكافحة بق الفراش بالرياض
شركة مكافحة حشرات بالخرج
شركة رش مبيدات الخرج
شركة نقل عفش بالخرج
شركة نقل اثاث بالخرج
شركة تنظيف خزانات
شركة رش دفان بالرياض

ركن الاصاله said...

شركة تسليك مجاري بالرياض
شركة عزل خزانات بالرياض
شركة تخزين اثاث بالرياض
شركة مكافحة النمل الابيض بالرياض
شركة تنظيف شقق بالرياض
شركة تنظيف واجهات حجر بالرياض
شركة تنظيف واجهات بالرياض
شركة تنظيف مسابح بالرياض
شركة تنظيف موكيت بالرياض
شركة تنظيف واجهات زجاج بالرياض

ركن الاصاله said...

شركة تنظيف بالرياض
شركة تنظيف خزانات بالرياض
شركة تنظيف منازل بالرياض
شركة رش مبيدات بالرياض
شركة مكافحة حشرات بالرياض
شركة تنظيف فلل بالرياض
شركة نقل اثاث بالرياض
شركة نقل عفش بالرياض
شركة تنظيف مجالس بالرياض
شركة كشف تسربات المياة بالرياض

ركن الاصاله said...

شركة تنظيف
تنظيف الخزانات بالرياض
تنظيف منازل بالرياض
رش المبيدات الحشرية بالرياض
مكافحة الحشرات في الرياض
شركة تنظيف فلل
نقل اثاث
شركة نقل عفش بالرياض رخيصة
تنظيف مجالس
كشف تسربات المياه
تسليك مجاري المطبخ
تنظيف مسابح
تخزين اثاث

ركن الاصاله said...

شركة تنظيف منازل بالرياض
شركة تنظيف شقق بالرياض
شركة تنظيف فلل بالرياض
شركة تنظيف بالرياض
شركة تنظيف مسابح بالرياض
شركة تنظيف مسابح بالرياض
شركة تنظيف خزانات بالرياض
شركة تنظيف بالرياض
شركة تنظيف مسابح بالرياض