Monday, January 19, 2015

2015

Memulakan 2015 secara agak lambat juga Yaty tersebut. Yaty tersebut terlalu sibuk berpindah randah di awal tahun sehingga melewatkan Yaty tersebut mengupdate blog. Yaty tersebut terlah terputus bekalan internet di rumah dan membuatkan Yaty tersebut bertambah malas nak mengerjakan blog. Lagi malas bila nak kena berkunjung ke TM berkali-kali sebab ada staff dia tak submit borang Unifi aku. Habis terjejas perniagaan krim jambang adik aku.

Begitulah mukadimah blog sempena 2015, iaitu memarahi staff TM. Sudah lah aku tak ingat nama dia siapa. Yang aku ingat dia tulis situ Team Leader. Aku ingat seorang je Team Leader dalam tu, sekali rupanya ada sekumpulan Team-Team Leader. Rugi tidak wefie bersama. Tapi bukanlah semua staff TM tidak bagus. Staff TM yang nama Ezwan suami kepada Syafiena itu bagus. Sudahlah hardworking pergi kerja, balik lambat-lambat pula. Selalu membahagiakan Syafiena dan Iskandar. Jadi, motif perenggan ini adalah memuji-muji suami Syafiena yang menjadi pujaan ______ dalam hati. KAHKAHKAH. *Tempat kosong bukan Yaty tersebut*

Baiklah, baiklah. Sila move on. Terlalu banyak perenggan membazir. 

Jadi, di sini saya tidaklah berkehendak untuk menceritakan tentang our new crib. Tapi tentang penatnya urusan-urusan perpindahan dan kalau boleh, tidaklah hingin saya berpindah lagi dalam masa terdekat ini kecuali berpindah ke dalam hati suami saya. Sungguh gedik. Walau sudah hampir sebulan berpindah, masih ada barang-barang at our previous house. Masih ada barang-barang bergelimpangan di porch dan kawasan sekitarnya. Hidup sungguh hilang aturan sekarang ini. Hanya go with the flow. Ahh, nantilah akan cerita di entry lainnya.

Tentang kerjaan, saya masih lagi seorang guru biasa-biasa di sebuah sekolah. Masih belum jadi penolong kanan mahupun penyelia petang. Masih belum menerima APC dan masih belum naik 32. KAHKAHKAH. Masih lagi seorang pelajar separuh masa. Ada lagi setahun setengah sebelum tamatnya belajar dan oh-I-can't-wait.

Tentang peribadi, tahun ini sudah masuk era 30-an. Tapi saya masih menikmati usia 29 tahun. Baru sebulan lebih berusia 29, jangan tarik saya cepat-cepat ke kancah penuaan. Saya young at heart. Masih mahu meneruskan hobi travelling secara lebih serius tahun hadapan. Tahun ini perlu di hadkan sebab masuk rumah memerlukan cash flow yang tidak tersekat-sekat. Ahhh, nantilah akan cerita di entry lainnya.

Jadi, jumpa di entry yang lain itu. Tata

6 feedback:

LisaLisut said...

Aku sepak kangggg. Pujaan hati fill in d blank yeee. Hahaha siot poya.

Anonymous said...

hahaha. sesuka tuko nama ezuwan.

fira. said...

part paling menarik cume part keluarga iskandar. ko kne tuka tajuk.

Hidayati Farhan said...

hahaha sodok kewww dalam tempat kosong tu. tak sangka

dah betulkan dah sapona. kakaka

mane bole jd keluarga iskandar. ni keluarga ramli ms la makpor. hahaha

Balkidz Hunny said...

ok, walaupun tak berapa paham kronologi cerita tapi gelak jelah pura-pura paham

Didie Kamila said...

All the for ur 2015..:)