Wednesday, December 30, 2015

Productivity

Esok adalah hari terakhir dalam tahun 2015. Bila tengok bilangan entry tahun ini semakin merosot. Petanda patut tutup blog barangkali. Cadangan dalam hati mahu lawan bilangan entry tahun lalu. Nampaknya, kemenangan masih berpihak pada tahun 2010. 5 tahun lalu menggoreng entry semacam kacang. Petik jari dan walla, siap satu entry. Pada zaman ini, buka laptop lalu ternampak kerja sekolah yang belum siap, teringat projek ilmiah yang belum bergerak, nak berebut dengan kakak yang nak tengok upin ipin, adik yang menangis minta di angkat lalu akhirnya new post terbiar sepi. Biar jadi draft sana. 

Saya masih suka menulis. Masih lagi ada passion mahu menulis serancak dulu. Walaupun bukanlah entry berbentuk ilmiah yang mendatangkan manfaat untuk alam sejagat, tapi semacam satu memori untuk dikenang lah bukan. Kadang-kadang, tengah termenung menyusukan anak, berebut-rebut idea masuk untuk menulis. Tapi, tapi, tapi, idea hanya tinggal idea. 

Tadi sedang menggodek-godek setting sebenarnya. Mahu putuskan hubungan blog dengan FB, tapi tak tahu apa cara. Perlu naik mahkamah ke? Perlu ada saksi? No? Rasanya mahu lebih discreet dan mengurangkan audien. Biarlah tak ramai pengunjung yang penting kepuasan menulis tanpa perlu memikirkan hal-hal remeh. Siapa tahu, tahulah. Akan diusahakan dengan lebih keras lagi supaya mereka putus menjelang 2016. Tapi kalau masih nampak blog ini di timeline makna dia saya gagal lah tu -__-"

EH, tapi sebenarnya mahu jadikan blog sebagai pendapatan pasif. Kalau tiada audiens macam mana nak jana pendapatan lah bukan? Kenapa bipolar sangat perangai ni? Mid life crisis perhaps? Sudahlah, Tiada azam mahupun permintaan. Semoga semuanya baik-baik sahaja di tahun 2016. Azam kurus, tiada. Eh, macam perasan kurus. Tapi boleh la boleh. Turun another 5kg then am safe. Maintain macam sekarang pun saya suka. 

Tahun depan adalah tinggal 1 semester lagi then am free. Weehooo. Walau sedih mahu berpisah dengan rakan-rakan tapi saya sudah tidak sanggup lagi menempuh another year with assignment dan exam. Nak rehat setahun dua tiga empat lima sebelum pursue my study (InsyaAllah). Perihal penambahan zuriat tiada dalam perancangan saya. Perancangan Allah siapa yang tahu bukan? Kalau ikut rasa hati dan sakit, dua itu sudah memadai. Kalau ikut suka, memang suka nak ramai anak. Tapi memikirkan diri akan terbaring atas table itu lagi, kena burai-buraikan isi perut lagi (saja bagi ayat seram, sebenarnya tidaklah terburai pun. penulis dan exaggerate berpisah tiada) Saya tidak mampu. Ih seramlah cerita hal ini. Ok, beransur dulu. Selamat malam

Sunday, October 18, 2015

My Breastfeeding Journey Chapter 1

Ehem ehem *clear throat*

Dari zaman Rania lagi nak buat entry tentang BF journey ni. Sebagai kenang-kenangan ingatan tulus ikhlas bila dah tua nanti dan anak-anak dah besar. Tapi asyik la tertangguh sampai dah selamat ada adik dah. So, it's now or never. 

CHAPTER 1 - Fatihah Rania
Masa zaman Rania excited I tell you. Siap beli dah Set Medela Swing. Waktu ni suami cuman kerja kontrak, belum permanent staff lagi. Nak beli Freestyle tu macam tinggi sangat. Pendamkan dulu hasrat itu. Bila Rania lahir, kena czer pula. Jadi macam tak terjangka. Masa di hospital memang tak keluar setitik pun susu. Tapi Rania pandai latch terus. Kesian la sebab takda susu. So memang bagi kat nurseri untuk bagi Formula. Masa tu tak fikir apa dah. Yang penting baby kenyang. Dengan sakit czer lagi. Jadi, saya tak mahu pun serabut-serabut fikirkan hal susu.

TENTANG USAHA

Hari kedua panggil Mak Pah datang hospital untuk urutkan. Siap bagi sikat lagi. Orang kata cuba sikatkan Miss B kita untuk banyakkan susu. Tapi belum nampak hasil. Saya masih juga sua kan pada Rania supaya dia dapat stimulate kan susu tu, Tak ingat pun hari keberapa baru keluar susu. 

Balik dari hospital, suami basuh dan sterilkan pump. Siap dia yang pasangkan every parts. Biasalah, kasih sayang untuk 1st born memang over. HAHA Saya tahu pakai terus. Bila di pump cuma dapat kurang dari 1oz. Sedihnya hati. Kalau dua-dua belah tu paling banyak pun 1oz lebih sikit je, Lepastu tak tahu pun yang boleh campur-campur susu kalau sama suhu. Ilmu tak banyak. Jadi, bila dapat sikit tu pergi buang. Dapat sikit lagi, buang lagi.  Oh, how stupid I am. 

Bila nurse DEMC datang, dia ajar marmet. memang meriah sangat. Tapi satu hal sakit tengkuk la. Dan lenguh tangan. Ahh, aku ni kerja yang kena berpenat lelah sikit mula la give up. Lepastu baru lah baca sana sini.

1) Pam 4 kali sehari konsisten - Aku buat juga, tapi memang dua-dua belah paling banyak pun 1oz or lebih sikit
2) Pam pukul 4 pagi, susu banyak time tu - Tak ada juga. 
3) Buat powerpumping 10 minit kiri, 10 minit kanan - Tak ada juga
4) Ambil Milkbooster Shaklee - Tak ada juga
5) Longan Kering, kurma merah, lobak putih, halba - Tak ada juga
6) Beli pump manual, orang kata pump manual lagi kuat suction. Pergi beli pump manual Avent - Tak ada juga
7) Beli nipple shields - tak tau apa fungsi, tak boleh pakai pun

Tak ada tu bukan kering, tapi tak banyak. Bila DF ada la. Tapi untuk buat stok memang takda. Baju pun tak pernah basah bermandi susu. Bengkak tu kadang-kadang bila pergi kuliah dan tak pump memang bengkak. Jadi dari umur sehari Rania dah campur susu. Dari Friso, Anmum, S26, semua dah try. Anmum buat Rania sembelit, S26 dia taknak pun. Jadi dia membesar dengan Friso Gold. Bila malam memang dia DF saja. Tapi bila nampak dia tak kenyang baru bancuh susu. I know, I know salah sendiri sebab tak menggali ilmu BF ni. Ingat those thing come naturally.

TENTANG PERASAAN

Honestly, mula-mula memang down, sedih, kecewa et cetera et cetera et cetera. Bila semua orang up gambar susu penuh kiri kanan botol, aku terfikir kenapa aku tak ada. Dari mana susu mereka datang sampai boleh dapat sebegitu banyak? Bila suami cakap cuba la bagi susu badan, sikit lagi nak derhaka dah. Sentap sangat. Bukan tak nak bagi fully susu kita, dah memang tak ada. Bukan suami saja, mertua, emak sendiri, orang-orang luar. Sampai ada yang tegur, Ehem semangat tapi tak ada isi? Aku telan je semua-semua tu. Bila time untuk jumpa Paed Rania, dia akan tanya minum susu apa? You know how la Dr. Koshy sangat memaksa suruh susu badan. Dia akan muka sedih kalau kita cakap campur FM. Rasa nak jab juga Dr Koshy ni. Bila aku cakap sikit Dr. Bila pump tak ada. Dia cakap perut baby kecil blablabla mesti cukup blablabla. 

Bila baby bagi FM, masalah sembelit akan timbul. So, pernah satu hari tu aku usaha juga bagi susu badan. Berjaya. Anak tak nangis, tak kembung, tak apa. Sebab sedut botol kan boleh bagi kembung. Bila nak diteruskan esoknya, semangat hilang mana tah. Rania menangis saja macam tak kenyang. Laju je tangan pergi bancuh susu. Haishh, sedih bila dikenang. Tapi mungkin lah memang rezeki Rania banyak tu. Tak apa lah, dah besar pun anak Bunda walau orang kata ada dna lembu lah apa lah. I don't give a damn.

Aku teringin sangat nak pam susu, nak bekukan susu nak cairkan susu. Asyik baca je cara-cara nak bagi ebm dekat baby. Nak beli deep freezer, nak beli plastik isi susu, nak tulis tarikh dan masa atas susu. Semua teringin nak buat. Teringin sangat. End up aku redho saja. Asal anak sihat, ok lah tu.

TENTANG WEAN-OFF

Sampai 2 tahun juga Rania BF walau tak exclusive. Walau susu tak banyak, dia suka juga mengempeng. Bila tiba nak wean-off bermula lah drama air mata. Kesian tengok dia meraung-raung. Tapi kuatkan hati juga. Rania wean off tepat 2 tahun 1 bulan. Tak sanggup sebab sakit pinggang, tidur tak berkualiti dan pedih dah nipple tu asik di kemam je walau takda susu. Cara dia, hantar lah Rania tidur dengan emak. Lepastu letak sirap dekat Miss B. Seminggu juga buat macam tu. Tak boleh tidur dekat-dekat dengan dia, nanti dia mintak. Pernah satu malam, waktu tidur rumah in laws kena la tidur sekatil juga, tau-tau dia tengah ngempeng sendiri. Tah bila dia menyelinap pun tak pasti. Kelakar sangat rasanya. Kesian pun ada, teringin sangat la dah tu. Semenjak tu dah tak pernah mintak. Kalau dia mintak cakap je kesian Bunda, Miss B sakit ada darah. Dia faham dah. HAHA. Until recently, bila ada adik ni, dia meraung-raung nak juga susu Bunda, bila bagi yek. Dia jealous kot tengok adik berkepit je dekat Bunda. Pengorbanan seorang kakak. 

Jadi, sampai kesudah la Swing tu tersimpan rapi. Bagi dekat mama Amni pakai je. Berkhidmatlah untuk orang lain yang memerlukan. HAHA

Untuk orang-orang yang tak pernah lalui, jangan cepat menilai orang. I've been there. Kita tak tahu usaha orang itu banyak mana. Jangan cepat menuduh, Jangan cepat senyum senget. Takda yang salah pun beri anak susu FM. Takda you are better mother than I am. Semua nak yang terbaik, tapi hujung-hujung semua Allah dah tentukan. Berlapang dada saja.

Wednesday, September 30, 2015

Kisah Bersalin Mohammad Emir Ghazi Farhan - Finale

3 Julai 2015
16 Ramadhan 1436H
Jumaat

Malam itu I didn't get enough sleep. Bila pagi menjelma terus bimbang, kalau dah buka banyak cm how? Sudahlah tak cukup tidur, takda makan apa pun. Mana nak datang tenaga nak 1,2,3 push nanti? Sudahlah, tak mahu fikir banyak-banyak. The one and only thing I knew that am going to see my baby today. Sakit dia memang takda tandingan dah. Macam biasa rutin pagi, siap mandi semua turun bawah ke tingkat 2. Pagi ini saya turun naik wilcha sebab memang sakit tiba-tiba datang tak bagi salam. Nak jalan pun tak boleh. Sampai kena berpaut kat mana-mana sebab sakit sangat

Sudahlah aku benci jarum besar tersebut. Boleh pula ada nurse perasan tangan aku dah bengkak sebab too much ubat dan antibiotik dah masuk. Lalu dia suggest untuk tukar jarum tu ke tangan sebelah lagi. Macam onggile aku begging taknak tukar sebab tak sakit. Aku cakap biarlah bengkak pun takpa. Tapi memang diorang ni hati kering. HAHA. Pukul 3 pagi Dr. Ghulam datang untuk pasangkan jarum baru. Walau lah dia wangi semacam hape pagi-pagi buta, Sakit tetap sakit oiii

Sampai LR, midwife check masih tiada bukaan. Jadi, Dr kata kita cuba induced pakai drip, mungkin boleh cepatkan lagi bukaan. Maka bermulalah penyiksaan jiwa. Mula-mula nurse tanya nak pergi tandas dulu ke? So, saya pun pergi tandas dulu sebab nanti tak boleh bangun-bangun lagi. Dia nak pakaikan salur kencing tu, tapi saya tak mahu. Sakit I tell you. Dia kata lepas drip tak boleh bangun dah. Lepas tu Dr bagi optional drugs. Nak pethidine ke, gas ke or epidural. Saya mempilih nak pethidine. Lalu dapat 1 shot di punggung. Terus tak rasa sakit. Siap dapat tidur sambil bermimpi. Bila nurse tanya sakit tak, saya cakap tak. Lalu dia up kan dose drip tu. Sebelum tu Dr saya pesan yang she's not around pagi itu. Pukul 2 baru ada. Dia kata kalau nak bersalin petang, sempat lah dia datang.

My view for the past 5 days

Lepas beberapa jam, kesan pethidine pun hilang dibawa angin, gila sakit kauuuu. Dah tak keruan dah masa atas katil tu. Semua sakit, semua serba tak kena. pusing sana sini salah. Saya panggil nurse cakap nak bangun, nak pergi tandas. Mereka tak bagi. Cisss. Mereka bagi bekas kencing yg kecil tu, suruh kencing situ. Mana boleh. Mereka kata kencing je atas katil, nanti mereka bersihkan. Ok yang tu boleh. HAHAHA. Tapi masa tu mana ada HAHAHA lah bukan. Yang ada cuma nak get the hell out from the bed. Saya nak bangun sebenarnya, nak jalan-jalan hilangkan sakit. Bukan lah nak kencing sangat pun, Tapi mereka tak bagi.

Betul-betul buat macam rumah sendiri

Lepastu nurse kurangkan dose drip tu semula. Siap dengar mereka berbisik, patient can't take it anymore. Still sakit mencengkam jiwa. I told my husband, taknak Yang, taknak. Dia tanya taknak apa? I am not sure myself taknak apa. Taknak drip ke taknak sakit ke taknak baby lagi ke. Sungguh hilang kewarasan waktu tu. Mulut asyik cakap sakit sakit sakit sakit . Memang dah bertarung dengan nurse nak bangun juga. Nurse tahan tak bagi. Saya cakap tak nak drip tu. Stopkan. Lalu, nurse tu stopkan drip. Tapi telajak perahu boleh undur, telajak drip, padah jawabnya.

Waiting for discharge yang boleh menguji kesabaran dan kelaparan

Nurse terus bagi gas bila tengok saya dah tak rupa orang, dah rupa Emily Rose. HAHA, Siapa tahu, tahulah. Dia kata sedut gas dalam-dalam. Mula-mula sedut takda effect. Sebab tak pandai kot. Lepastu sorang nurse ni tekupkan ketat-ketat sampai tak boleh escape. Dia suruh sedut dalam-dalam. Lepastu aku high lah sana sorang-sorang. Saaaakiiitttt saaakiiiittt. Cakap macam zombie. Apa aku cakap pun aku tak sedar. Sebab high gila. Macam orang lain yang bercakap. Melayang-layang badan. Tak lama lepastu sakit balik, aku try balik sedut gas tu. High balik. KAHKAH macam hape je. Last-last aku mula rimas. Aku campak mask tu. Aku cakap lagi, taknak Yang, taknak.

Bilik kakak dan nenek. Pity them tiap malam kena tidur sempit-sempit here.

Midwife masuk, dia nak tengok ada bukaan tak, Lalu dia advice suruh go for csec sebab dah sakit sangat and still takda bukaan. Kalau ada pun 1 cm. Sebab asyik di VE saja. Suami cakap ok lah. Kita redho ye. Ni jalan yang Allah dah tentukan. Aku angguk je laju-laju. Kali ni takda air mata dah sebab dah tahu macam mana kisah ni akan berakhir. Aku tak kisah dah, asalkan baby sihat dan selamat, Apa cara pun doesn't matter. Lalu mereka cakap Dr yang ada sekarang Dr. Mazita. Aku dah tak kisah dah siapa pun yang ada. Kebetulan dia baru sudah kes dia. Aku siap cakap nak sekarang juga operate sebab dah tak tahan sangat sakit.

Mereka prep kan aku laju-laju. Sebab aku kan dah macam Emily Rose tadi. Dr. Mazita ada tanya tak nak ambil epi dan tunggu bukaan? I've said NO. Saya tak rasa macam nak tunggu. Saya nak tengok baby saya. Aku memang dapat rasa baby gerudi-gerudi turun ke bawah. Sakit oiii sakit. Lepas siap dah di pasangkan salur kencing (akhirnya aku kena pakai juga) Siap pakai shower cap (HAHA), kena sorong keluar. Suami tolak sama. Alaa syahdu sangat masa tu. Aku rasa macam ada salam dan minta maaf kat suami. Tapi tah, macam berkhayal. Maklum lah full of drugs. HAHA. Lepastu sampai pintu tu suami berhenti, tapi nurse tu cakap takpa encik boleh sampai dekat garisan merah tu, Suami pun sorong lagi. 

Sampai dalam OT kena transfer katil lain, kena duduk peluk bantal sebab nak cucuk kat tulang belakang tu. Semua macam dejavu sangat. Tapi kali ni cucuk sekali je, tak macam masa Nia sampai 4 kali. 

Tapi the worst part, masa Dr nak mula operate tu, aku boleh rasa mata scalpel yang tajam tu. Perghh, aku cakap eh sakit-sakit. Sakit? semua macam terkejut. Aku cakap aah. Mereka pun kalut-kalut la. Cuba lagi, aku cakap sakit. Bila aku rasa mata tajam tu mesti lah aku cakap sakit kan. Lepastu Dr bius tu cuba cucuk pakai jarum. Tanya sini sakit tak, sini sakit tak. Bila dia cucuk kat kaki memang tak rasa. Dia pun up kan ubat bius.

Kali ni aku nekad tak mahu tidur. Tapi memang rasa lah kena toreh-toreh, kena godek-godek. Sakit tahu masa nak keluarkan baby tu. Mereka pakat dok kokak perut ramai-ramai, sorang tolak bontot baby I think dan walla, Dr bagi salam dekat baby, Assalamualaikum, semangatnya awak. Terus dengar baby nangis. Kemain kuat suara. Aku rasa nak bangun tengok baby. Lepas dah bersih-bersih Nurse bawak dekat aku and tunjuk tengok baby Puan baby ape, aku cakap boy, lepas tu dia bagi cium sikit, aku tengok mata sepet, putih melepuk. HAHA. Lepastu aku terus sakit dada. Aku cakap, sakit la dada saya. Sini. aku tunjuk dada. Memang aku rasa angin dah naik. Kan aku tak makan. Sakit sangat dada masa tu. Kebetulan masa tu memang ramai lelaki dalam OT. Dia panggilkan nurse perempuan untuk tengok dan tekan-tekan dada aku, Lepastu aku dah mula la melalut lepastu tak sedar. HAHA

Aku sedar bila aku kena sorong keluar. Mereka letak aku kat wad dalam OT tu. Masa tu memang mamai-mamai. Lepastu aku tidur balik. Aku bangun balik masa nurse godek-godek perut aku. Aku cakap sakit, Dia tanya sakit ke. Aah, lepas tu diorang sembang apa tah, aku dah tak sedar dah. Aku sedar balik bila aku disorong keluar. Lepastu lalu depan waiting room. Nampak lah semua family tunggu situ. Nampak suami dukung Rania. Semua pun senyum je

Suami macam biasalah, kiss dahi siap terima kasih sebab lahirkan anak kita. Auwwauwwauww. HAHA. Terus di tolak naik atas bilik. Lepastu nurseri hantar baby dan tanya nak susukan ke. Aku terus angguk. Alhamdulillah, susu memang ada walau tak banyak. Baby pun boleh latch terus. Cuma aku kena jaga-jaga masa nak susukan baby, takut tertekan perut. Masa tu macam tak percaya sudah ada baby yang ditunggu-tunggu sekian lama. Alhamdulillah sangat semua selamat. Aku dah tak boleh fikir dah the next baby bila. Biarlah, biarlah. HAHAHA. 3 hari menanti, fuhhh. Mencabar dan tercabar. Lepastu kena stay lagi 2 malam baru boleh pulang. Total duduk hospital sampai 5 hari. Tak pernah dibuat orang. HAHAHA. Semuanya sudah tertulis.

After all, Mohammad Emir Ghazi b. Mohd Farhan (Ketua Penakluk) was born on this date. Dengan berat 3.78kg, we were more than happy to have you as part of this family. Bertabahlah dengan Bunda yang anginnya tak terduga. Sekejap penyayang, sekejap ribut-ribut.

Fresh from oven
Bunda minta Walid ambil gambar baby banyak-banyak lepas lahir. Tapi Walid dapat ambil 1 ni je gambar. Bunda syak Walid dah kehabisan kodak. Redho la nak.

Kakak Rania first time tengok Adik. Siap mintak nak masuk nurseri.
Sepasang sudah kurniaan Tuhan. Syukur.
Sebarang cadangan untuk pertambahan belum dapat di pertimbangkan. LOL


Bermula lah kisah kehidupan ibu beranak 2. Kain batik jangan dilupa

Thursday, September 10, 2015

Kisah Bersalin Mohammad Emir Ghazi Farhan : Part 2

2 Julai 2015
15 Ramadhan 1436H
Khamis



Pagi itu waktu turun ke LR bertiga. Rania insist nak ikut sama. Dia semacam confused. Kenapa Emaknya di bawa ke sana ke sini. Emaknya juga semacam mengabaikan dia. Waktu tu memang kasihan tengok. Dia nak mandi dengan Bunda lah, nak baring katil Bunda lah. Orang bangun sahur, dia pun bangun sama. Lepas tu tak tidur-tidur. Banyaknya pengorbanan kakak. Bunda sayang kakak dari bulan ke bumi lantun ke Pluto dan Marikh semua takda tandingan. 

Tapi sampai LR, nurse tanya, takda orang jaga ke sebab tak boleh duduk lama-lama dekat LR. Dak Yang kata kejap je, nanti dia hantar ke atas semula. SO, masa tu Dr. Norleen pun datang nak check bukaan. Contraction ada tapi tak kuat dan tak regular. Masa check CTG, jantung baby masih ok. Air ketuban masih keluar. Warna juga masih jernih. Doc concern kan baby sudah kekurangan air, jadi movementnya terbatas. Air takkan bertambah, tapi makin berkurang. Bila check bukaan, semacam biasalah. Na-da. Masih 0cm. Nak tak nak doc terpaksa induced dengan harapan ada bukaan. Waktu Doc masukkan pil, Dak Yang naik ke atas hantar Rania. Dia upset la sikit sebab Doc dah induce. Kalau boleh nak buka sendiri. Masalah dia sekarang sebab ketuban dah pecah. Kalau tak, ok je nak tunggu lama mana pun.

Doc bagi sehari lagi untuk biar jalan buka since tiada complication yang lainnya. Doc pun dah beritahu kemungkinan-kemungkinan yang akan dihadapi. Kalau rasa sakit sangat, dia minta beritahu nurse. Kalau jalan masih tak buka, kemungkinan untuk czer adalah tinggi. Aku diam. Walau masih berharap ada sinar untuk normal, tapi bila tengok gayanya macam ke arah lain. Harap sangat petang tu ada bukaan. sikit pun jadi lah. 

Dah sejam lebih dalam LR tu, baru boleh naik atas. Waktu ni dah mula rasa sakit sikit-sikit. Tapi bearable lagi. Naik atas tengok kakak dah siap mandi dengan nenek. 

Kakak nak sangat duduk atas katil Bunda.
Nah kasi dia makan atas katil sekali.



Sebab belum bersalin dan tiada aktiviti apa selain tidur, bangun, makan dan tidur, ambil lah gambar kakak banyak-banyak. Nak ambil gambar baby pun belum ada.


Waktu belah petang ni sakit dah mula terasa. Dak Yang sempat buatkan air selusuh untuk di minum dan di sapu-sapu. Sakit tu kejap-kejap datang. Lepastu lega. Lepastu datang balik. Tidur pun dah tak lena sangat. Bila sakit datang, buat la macam-macam cara pun. Separuh duduk la, bongkok badan la, roaming satu bilik la. The pain won't go away. Masa tu apa breathing teknik pun dah kelaut. Segala zikir-zikir tak keluar dari mulut. Aduh, aduh, aduh sakit je yang dizikirkan. Sampai emak tegur, sebut la Allah, Allah ke. AKu pun menjawab, sakit sangat. Perghh, dalam nak bersalin pun sempat lagi nak menderhaka. HAHA. Emak pun mula la buka cerita, emak dah rasa dah 4 orang. Dengan muka cool je. Ok, mak win.


Sejak tahu diri pregnant, dah berniat dalam hati nak bawak emak dan Rania duduk hospital sekali walau apa terjadi sebab macam tak sanggup sakit-sakit tanpa my ultimate backbone. Jadi, bila emak dah di bawa ke hospital, semua orang pun kena datang hospital nak buka puasa. HAHA.


Waktu ni Dak Yang order makanan from Serai kalau tak silap. Bukan main lah yours truly nak sizzling tofu. Makan tak seberapa pun sebab dah sakit. 

Waktu check up dekat LR malam tu, Midwife tu dah cakap, kenapa taknak czer je sebab memang takda bukaan. Sakit dah teruk. Kalau nak, dia panggilkan doc datang malam tu juga. Dak Yang pandang aku, aku pandang Dak Yang, Midwife pandang kami. Kami saling berpandangan. End up jawab takpa, nak tunggu esok pagi.

Tapi malam tu perghhh, memang akan ku kenang sampai mati. Tak boleh tidur langsung I tell you. Siap nak marah Dak Yang yang tidur dengan lenanya di bawah katil. Tapi tak sampai hati sebab beliau penat seharian ke sana sini. Dah lah puasa. Emak lah yang tukang teman. Dari bilik dia dekat ruang tamu tu, dia dengar agaknya aku uh eh uh eh, aduh aduh. Memang semua serba tak kena, baring ke berdiri ke. Semua salah. Pinggang dengan tulang belakang macam dah remuk. kena gelek steamroll. Sakit oiii, Sakit. Nafas pun dah pendek-pendek. Lambat sungguh nak tunggu pagi menjelma. Semua nurse yang datang check tiap berapa jam tu aku kabo kan. Sakit la, sakit. HAHA. Punya la kepoh. Masa ni rasa-rasa dah buka 4 cm ni. Sakit tak tertanggung dah ni. HAHAHARAPAN LA

Bersambung lagi. Lek la, aku duduk hospital 5 hari kot. Pastinyalah sampai part 5 -__-"

Lost In The New World

Masih bingung. Macam tak tahu nak mulakan kehidupan dari mana. Sounds complicated ey?

Imagine lah selama beberapa bulan tempoh hari, hidup ini di dedikasikan untuk PL. Sabtu Ahad pergi belajar, lepas tu bersalin, lepastu dalam pantang sambung balik pergi belajar sampai lah tarikh keramat 27 Ogos lalu. Pergi Mersing tinggalkan baby yang belum 2 bulan pun. Tinggalkan kakak. 10 hari di sana termasuk hari pergi dan balik dan loading unloading barang. 10 hari terlalu lama for me to pick up where I left.

10 hari di sana tanpa internet, tanpa TV, tanpa surat khabar (hari last baru Dr. beli surat khabar) tanpa update dari kawan-kawan. Batt hp tahan 3 hari tanpa caj adalah pencapai luar biasa dari seorang bernama Yaty tersebut. Selalunya, seharian akan caj HP 3 kali. Lepas call emak dan suami akan letak dalam flight mode. Kalau off nanti susah nak selfie-selfie dagu runcing.

Apa yang dirasai sekarang ialah rasa ketinggalan sangat. Rasa macam semua orang dah move on. Tapi kita ni masih di takuk lama. Macam sebelum pergi masuk kem,  dengar cerita Panda dekat Zoo Negara tu dah selamat melahirkan anak. Kalau aku tanya pasal anak Panda tu mesti orang cakap Panda tu dah bercucu dah sekarang. Baru buat kenduri cukur jambul minggu lepas. HAHA, Contohlah, contoh. Entry ni takda kaitan dengan Panda mind you.

Jadi, nak borak dengan kawan pun dah tak tahu apa topik yang in sekarang. Sebab dah selesa menjauh dari dunia luar, so aku rasa lebih selesa menyendiri. Mind my own business. Dekat kem tu kami banyak interaksi dengan kami-kami sahaja. Takda la boring pun. Asyik bergosip 24-7 sampai Dr dengan En Shamsul tu tegur. HAH, Gosip tak habis-habis. HAHAHA, what to do. Itu saja lah hiburan kami. Selain dari perati anak-anak ikan balik berkayak dan dinghi, lepastu mandi depan khemah gosip kami ala-ala model. BAHAHA. Punya la bosan. Anak ikan pun jadi. Eh, jangan lah di bayangkan anak ikan macam nemo tu mandi depan khemah. Kalau anak ikan tu mandi, kami dah lari 100M berganti-ganti dulu dah. HAHA. Yang ni 'Anak Ikan Mak'. 

Ih, melalut tak tentu hala semacam tak mendatangkan faedah. Tapi sesungguhnya, saya sedang menjakuni kehidupan sekarang ini. Padahal baru 10 hari terputus hubungan. Serasa macam Tarzan jumpa dengan manusia saja. Serasa juga seperti baru keluar dari Gua Batu Kapur. Maafkan lah kalau saya ini kelihatan tenggelam timbul dalam group WA. Saya sedang cuba untuk adjust dengan kehidupan yang baru ini.

Yang Benar,
TARZANTY

Thursday, August 20, 2015

Kisah Bersalin Mohammad Emir Ghazi Farhan : Part 1

1 Julai 2015
14 Ramadhan 1436H
Rabu

Ingat tak hari tu cakap nak balik dulu lepas Dr bagi kata dua sebab tak sakit lagi tapi ketuban dah pecah. Tapi ramai yang tegah sebab lebih baik stay di sana, kalau anything happened ada nurse yang pantau. So, I've decided to stay. Bila stay, maka kena lah cucuk tangan dan buat VE. Dr. Norleen pun datang malam tu. Seperti yang dah dijangka. 0cm. Tiada bukaan. Nada. Waktu ni dah pasrah. 

I hate this, Super hate!! Really hate!!
Sakit gila kot benda ni.
Lagi sakit dari beranak (exaggerate as usual)

Selesai urusan di LR saya naik ke bilik. Waktu ni my family semua dah tunggu kat bilik. Yang paling gembira haruslah Kakak Rania. Dia ingat pergi tidur hotel. Kemain explore bilik, siap lompat-lompat atas katil. Tak tahu  Bunda dah tak keruan dah susah hati, tapi sempat call Dak Yang mintak Pizza Hut sebab baca dalam group WA kakak-kakak ni sibuk nak buat sup cendawan macam Pizza Hut waktu berbuka. Ciss, terpengaruh aku.

My Last Supper
Entah bila kita bakal bertemu semula wahai Mr. P

Tak lama kemudian, in laws pun sampai. So, memang rasa macam pergi holiday saja. Borak-borak, gelak-gelak, makan-makan. Amboi sangat. Ada nurse datang untuk check BP dan bagi antibiotik thru drip sebab ketuban dah pecah, baby takda protection. Bimbang ada jangkitan kuman. Sakit kot sebab antibiotik tu macam pekat. Sambil dia drip, dia usap-usap urat tu. Nurse pun keep asking air ketuban yang keluar warna apa. Kalau warna jernih ok. Kalau warna merah atau hijau kena beritahu nurse ASAP.

So, malam itu saya tidur tak berapa lena sebab susah hati. Since dengar tiada bukaan saya rasa macam dejavu. Teringat kisah masa bersalin Rania. Semuanya rasa macam sama je. Saya cuba tenangkan hati sebab takut pula BP ternaik. Dah cerita lain pula nanti. Bersalin kali ni, BP cantik saja. Tiada masalah. Saya pun duduk termenung mengadap luar tingkap. Semua orang pun dah tidur. Dak Yang lagi la, dah bentang sejadah, letak Quran, end up dia tergolek atas sejadah. HAHA. Lupa nak bawakan toto untuk beliau. 

Pity husband
Saya akan ingat detik ini dan memori ini dan semua pengorbanan dan kerja keras awak untuk our family. Thank you and I do love you hubs.

Last nurse datang nak subuh tu, beliau pesan pukul 7 nanti beliau akan datang semula untuk bawa saya ke LR. Waktu tu berharap sangat dah ada bukaan. Tak perlu di induce sebab saya tahu, bila saya kena induce, it will lead me to the OT. Dalam hati dah bisik-bisik dekat baby, kita keluar ya hari ni. Kalau boleh keluar ikut tingkap. Zikir Nabi Yunus, semua saya recite tak henti-henti. Permudahkanlah Ya Allah.

to be continued...

Friday, July 10, 2015

Mak Bidan a.k.a Confinement Lady

Amboih, Mak Bidan sekarang pun nama nak urban saja. Tak nak kalah. 
Sebelum apa-apa, mari kita kisahkan tentang Mak Bidan saya. Mak Bidan terbaik di sekitar Klang dan jajahan takluknya. BAHAHA.

Hari ini adalah hari terakhir saya menggunakan khidmat Mak Pah. Saya mulakan sesi mengurut hari Isnin tempoh hari. Kalaulah money grows on tree, saya sudah hire Mak Pah 44 hari. Hari-hari kena pampered, siapa tak gembira lah bukan? Semacam ada spa di dalam rumah sendiri. Apa yang Mak Pah lakukan terhadap saya? 

1- Mak Pah akan sampai dalam pukul 8.00 / 9.00 pagi. Ikut pagi tu ada slot orang lain atau tidak. Kadang-kadang yang nak di urut ni tengah berkroih kroih lagi. Tolong malu sikit. 

2- Mak Pah akan panaskan batu tungku di dapur. Kemudian, Mak Pah akan uruskan baby terlebih dahulu. Baby akan di mandikan, sampai siap bedung, bersihkan tali pusat semua Mak Pah buat. Sambil tu baby akan di massage sekali. Emir? Like king only. Muka gembira kena massage.

3- Air panas? emak saya yang sediakan. Untuk Bunda ada serai, dan campuran akar-akar herba yang siap dalam uncang, tinggal koyak sachet dan minum. Ok, jangan minum. Buat mandi lah sana. Nanti Mak Pah akan angkat air panas tuang dalam baldi dalam bilik air. Mak Pah akan sukat tahap kepanasan. Dia takkan siram kau dengan suhu takat didih. HAHA

4- Mula-mula sekali, dia akan lulurkan kita satu badan. Perbuatan lulur akan di lakukan di toilet. Dari muka, leher, celah tiak segala Mak Pah akan sental habis-habis bagi tanggal semua daki degil yang kita bela 9 bulan yang lalu. Seronok sangat. Muka rasa licin macam porcelain doll. 

5- Siap berlulur, baru dibilas dengan air herba-serai tadi. Mak Pah akan bilaskan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya duduk saja. Untuk saya yang czer ini, saya mula mandi secara tak cover-cover pada hari ke empat itu lah. Memang mandi habis, takda tutup pun bahagian luka tu.

6- Siap mandi, lap sampai kering, barulah mula sesi bertungku. Bestnya tungku. Bahagian perut pun saya tungku. Tapi tidaklah di letakkan batu panas tu di tempat jahit. Memang padah lah jawapnya. Bertungku untuk kecutkan rahim dan segala urat-urat yang kembang.

7- Dah habis bertungku satu badan, barulah mula sesi berurut pula. Seronok sangat. Sampai pejam-pejam mata kena urut (atau sebenarnya menahan sakit) HAHA. Mak Pah urut juga bahagian perut tu. Betulkan mana yang tersalah, masukkan balik pada tempatnya. Mak Pah juga boleh sengkak. Untuk czer, lepas 4 bulan baru boleh. Kalau dalam kisah saya, maybe setahun -__-"

8- Siap berurut, baru Mak Pah sapukan param satu badan, pakaikan bengkung, ikatkan rambut dan pakaikan stoking. Harap tak panggil saya wanita berusia yang gempal minta orang pakaikan stoking ya!! Last sekali baru pakai pilis. Mak Pah akan bagi jamu kapsul manjakani dengan apatah lagi satu tu untuk makan. 

9- Perasaan dia I tell you, sangat uh-maaa-zing. Rasa segar dan bertenaga. Param tu menghangatkan badan kita. Bau rempah-rempah itu sangat wangi. Selama 5 hari saya adalah wanita terbahagia. Esok kena lah lulur badan sendiri, param dan piliskan diri sendiri serta stokin kan diri sendiri juga.

10- Saya menggunakan bengkung zap-zap yang untuk czer. Mak Pah pesan, pakai bengkung tu. Kalau nak buka, 2 jam lepas makan. Lepas tu pakai semula. Ingat, jaga badan tu sebab nak pakai lama. Untuk diri sendiri juga. 

11- Mak Pah caj RM65 sekali datang. Dan harga bergantung pada jarak kawasan. Mak Pah boleh urut sampai Shah Alam. Kalau area Klang, InshaAllah dia boleh pergi sendiri.

12- Kawan saya yang pernah menggunakan khidmat Mak Pah ialah Fira dan Nawal. Nak tahu betul best atau rekaan semata boleh tanya mereka. 

13- No telefon? Do email me. Saya tak berani nak sebarkan begitu saja.


Wednesday, July 1, 2015

Live Update From LR

Since everyone is so busy buka puasa and no one sudi nak entertaining me, I just entertain myself dengan mentulis blog ni.

Pada petang yang suam-suam kuku tadi, saya sudah rasa lain maciam. Masa nak ambil wudhuk untuk solat Zohor. Rasa sakit perut yang teramat tiba-tiba. I thought oh masuk angin kot ni. Lalu ambil wudhuk dan solat macam biasa.

Lepastu gigih la panjat tangga ke tingkat 2 dari surau. Jauh I tell you. Jalan pun slow je. Kalau kura-kura ajak lumba, memang kalah teruk lah. Masuk kelas dan duduk. Dan secara tak bagi salam, sesuatu yang panas keluar. OMG OMG OMG. I am totally panick. Tak pernah mengalaminya. Adakah I am peed secara tak sengaja atau apa.

Lalu call kak jijah laju-laju nak pastikan apakah itu? Saya pun berjalan ke kelas Kak Jah, sambil jalan sambil air merembes-rembes keluar. Tahulah saya kini my water just broke. Lalu habislah laluan saya diserikan dengan air. Habis jubah semua.

Oleh kerana kereta kena block dan semua orang tak bagi drive sendiri, saya call my brother minta di hantar pulang. Sementara menunggu tu, kakak-kakak yang ada datang bilik guru untuk melihat makhluk yang dah lenjun bajunya ni. HAHA. Tq kakak-kakak yang sangat loving and caring. honestly, I love u all so much.

Balik rumah sempat lagi minum susu,mandi-manda, kemas-kemas dan air masih tak berhenti turun. I have to double up my pad. Still bocor sampai ke baju. Sempat makan VCO, Qaseh Gold, bubur lambuk dan serunding ikan. Pukul 6 baru berangkat ke hospital.

Sampai hospital, naik wilca ke LR. Sampai LR kena tukar baju sebab basah habis. Lepas check CTG dan bukaan dia bagi makan. Dr bagi 2 pilihan sama ada admit atau balik dulu dan datang semula esok since saya belum sakit lagi. Yerp, saya takda sakit apa melainkan baby mengeras saja. Dan I think i choose to balik dulu sebab nak ajak Dak An Makan-makan lagi. BAHAHA.

Mana suami kesayangan itu? Beliau otw dr Ganu. Belum sampai lagi. Semoga selamat perjalanan beliau.











Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, June 30, 2015

38 Weeks Update

Olaaa. Masih di depan lappy menghentak keyboard like nobody business. Masih belum tahu bezakan ini sakit nak bersalin ke sakit apa ni. HAHA
Dulu waktu anak sulung 38minggu 2 hari sudah di paksa untuk bersalin. Hari ini saya 38 minggu 2 hari masih driving ke sekolah. Masih garang seperti ibu singa. Memang belum ada tanda-tanda. Brixton Hicks itu ada beberapa kali. Am not sure kalau itu benar-benar Brixton Hicks. Macam first time mom rasanya. Semua pun tak tahu.

Tadi check up seperti biasa. Berat saya turun. Biasalah, sudah dijangka. Bulan puasa nama dia. Berat baby pula estimated 3.3kg. Dr Norleen cakap, masa Rania dulu waktu sekarang ini saya sudah gain 34kg!! Yerpp, 34KG. Kali ini? Belas-belas saja. Ehems. Bangga sebentar. Lepastu beliau check kaki. Tak sembab. Darah masih di paras normal. 130/85. Yang atas tinggi sedikit sebab saya stress kena pergi camping lepas pantang. Ahh, abaikan. Fokus bersalin dulu. Dr. Norleen bagi chances saya overdue seminggu. Alhamdulillah. Kalau boleh nak dijauhi induce itu. Sebab risiko untuk saya kalau jalan tak buka. Saya berdoa pada Tuhan banyak-banyak. Semoga semuanya dipermudahkan.

Tadi juga buat GBS dan buat CTG. GBS belum ada result. 1st time buat GBS tahu. Rasa macam dah nak bersalin pula diperlakukan seperti itu. HAHA. CTG semua ok. Jadi, saya sedang menunggu tanda-tanda baby mahu keluar saja ni. Give me a sign, hit me baby one more time. Asik-asik lagu Britney repeat dalam kepala. HAHA.

 Muka 38 minggu waktu Rania
Serba serbi sembab


Masih ingat dengan kaki ini?
Kesian tengok kaki sendiri. HAHA

Muka 38 minggu terkini
Waktu buat CTG di bilik Dr. J

Semoga lah semua berjalan dengan lancar sampai waktu bersalin. Doakan saya peeps

Sunday, June 28, 2015

#hubbybearis30

28 Jun 2015.

Gambar ni his colleague yang tangkap dan edit.
Macam ni rupa suami saya pergi kerja hari-hari.
Saya tak pernah nampak -___-

Genap 30 tahun sudah usia lelaki ini. Dan separuh dari usia beliau diisi dengan kehadiran yours truly. Tak kira dari bentuk apa sekalipun. Saya pernah muncul dalam bentuk stalker, admirer, calon kekasih, teman wanita, teman wanita yang tak putus tapi couple balik (eh?) bakal tunang, tunangan, bakal isteri dan sekarang sebagai isteri yang permanent dan sah. Dari body cutting model sampai body takda cutting dah. Lama I tell you. Tapi saya tak pernah bosan dan jemu lagi dengan lelaki ini. Masih lagi excited setiap kali tiba Khamis malam Jumaat. (hepp, jangan fikir yang bukan-bukan. He's coming home from Ganu la weii) Masih lagi sedih bila Sabtu malam Ahad tiba. Kena berpisah again and again. Saya masih tak biasa dan belum biasa. 

Untuk birthday kali ini. perancangan dalam kepala bukan main bombastic. Siap simpan duit kutu untuk Jun, so that boleh belikan hadiah dan buat surprise sikit-sikit. Last year dah terserik hired bloom.com untuk deliver coklat kat office. Sudah lah mintak caj lebih. Lepastu hantar lambat. Dak Yang dah on the way nak balik KL dah. Sekali coklat tak cukup sebiji. Pffftt. Takkan guna lagi service .com .com ni. Banyak complaint. 

Apa yang teradi dengan perancangan yang banyak dalam kepala tadi? Dia terus kekal dalam kepala. Satu pun tak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab yang banyak. So, akhirnya pergi Mitsui Outlet Park, beliau minta kasut jogging. That's all? Penat la orang main kutu banyak-banyak sempena birthday dia. HAHAHA. Ayat tak boleh blah tu, Abang bukan kaki kikis isteri. Tak macam isteri tu. KEHKEHKEH. Isteri sendiri kikis takpa. Jangan isteri orang lain yang kikis. Padah jawab dia.

So, last night MIL nak ajak berbuka di luar, tapi banyak sangat kekangan since ini bulan puasa. Nanti rushing dengan suami nak balik Ganu lagi. Jadi MIL masak saja di rumah. Kami sambut kecil-kecilan. Along dan Dinie hadiahkan sling bag, PIL hadiahkan kasut bersama kad birthday yang tebal. Ehems, yang kelakarnya, isteri pensibuk ni sibuk nak buka kad birthday dan baca ucapan from PIL tanpa tahu what's inside. Suami larang, dia kata jangan buka, abang nak bawa. Sebagai isteri yang stubborn haruslah daku menjawab, eh, orang nak baca je!! Sebab pelik sangat. Takkan lah nak baca kad birthday pun kedekut. Rupanya, ada notes purple dalam tu. Takut isteri songlap lettew. KAKAKA. 

The three of us-soon-to-be-four

The in laws with new addition

Lepas buka puasa, ada lah acara potong kek sikit-sikit. Yang terlebih excited haruslah Rania The Explorer. Nak bukak kotak, nak tiup lilin, nak potong kek. Tak boleh dilarang dah. Birthday Walid pun birthday dia juga. Takda beza.

Nampak tak dia punya aimed kek tu macam apa dah,

So, tiada kata-kata pemanis disini. Semua sudah di tumpahkan dalam whatsapp. Semakin tua semakin malu nak bermadah pujangga di tempat awam. Tapi berkasih sayang di tempat awam takda malu punya. HAHA. I Love you sayang dan I semakin sayang kalau ip5 I direpair atau lebih molek diganti terus. BAHAHA, OK ok. I love u secara serius dan banyak takda tandingan. Sorry sebab baby taknak kongsi birthday dengan u. Kita tunggu esok lusa macam mana. Baby ini hadiah yang takda ternilai. SO mungkin U'll get this kind of present another 5 years perhaps. Jangan minta tiap tahun. Sebab InshaAllah I akan buat-buat tak tahu apa yang u cakapkan. 

Wednesday, June 24, 2015

Doa Selamat 7 bulan

Dulu masa Rania sempat buat kenduri 7 bulan. Baca sini. Alhamdulillah, kali ni pun sempat juga. Kebetulan juga in laws nak buat kenduri doa selamat untuk pernikahan abang ipar. So, selitkan sekali segmen Yaty. 

Everything went well. Semacam biasa di dahulukan dengan bacaan Yassin dan doa selamat lepas Maghrib, solat Isya' berjemaah dan acara makan-makan. In laws jemput budak tahfiz Ustaz Dasuki untuk bacaan Yassin. Tahun ni takda kehadiran Aien macam dulu. BAHAHA


Masa ni mood dia boleh tahan lagi. Mahu ambil gambar


Yang ni dia dah mula buat perangai. Nak lari dari ibu bapa tak mahu ambil gambar


Lalu ibu bapa pun feeling-feeling newlyweds.




With my family members yang datang



Kali ini ada khemah sebuah. Semuanya catering yang sediakan. Menu dia apa pun dah lupa. Ada sambal sotong, ayam goreng, kari kambing. Lagi apa tah. Yang seronoknya sebab orang katering tu bungkuskan sekali makanan untuk saudara mara. Takda lah daku terkontang-kanting seorang diri nak uruskan. Al-maklumlah the one and only menantu perempuan. Waktu itu lah. HAHA. Dengan terboyot-boyotnya. Dengan nak kejar orang suruh tunggu nya. Ohh those were the day. 

Semoga semua doa-doanya sampai. Harap dapat bersalin dengan penuh ketenangan kali ini. Sempat rasa contraction, sempat rasa ada discharge or my water broke ke. Harap dapat rasa semua itu or else kena pregnant lagi untuk merasainya. HAHAHAHA. 

Sunday, June 21, 2015

Hari Raya Comes Early, Yippeee

Ehems I am at 37weeks pregnant digestion. Everything that I wish, InshaAllah akan ditunaikan (except the Gucci and oven part) *jeling suami*

So, this weekend semua adik beradik berkumpul di rumah manis. Ohh, baru perasan yang this is our 1st Ramadhan here at rumah manis. Rumah manis semakin manis sekarang selepas beberapa pertambahan berlaku. Alhamdullillah, we managed to get it done before saya bersalin atau emak akan kerunsingan dan kerimasan. Sekarang rumah manis kelihatan lebih manis daripada gula dan saya rasa lebih manis dari rumah Hansel & Gretel. Cuma rumah saya tidak boleh di rasa apatah lagi untuk di makan.

Jadi, kembali kita kepada perenggan asal, adik beradik telah pulang dan berkumpul di rumah manis ini sejak Jumaat lalu. Saya hanya kembali ke rumah manis pada hari Sabtu. Jadi saya sudah request pada emak menu hari raya sebab kita tidak tahu entah bila seorang bayi ini decide untuk keluar. Maka emak pun mensediakan lah juadah hari raya petang semalam. Kemudian, seorang kakak telah membuat puteri mandi atau badak berendam am not so sure. Kami tak cukup kuah kacang saja sebab orang yang beli kacang (read:me) balik beli kacang pergi tidur. Adakah dia ingat kacang boleh goreng dirinya sendiri? Suami pun tertanya-tanya, tadi bukan beli kacang ke? Mana kuah kacang? Bahaha, suami ini tidak tahukah trick bulan puasa? Kalau malas, menu boleh lesap sekelip mata. Like poooff. Hilang. HAHA



Jadi, sekarang hati sedikit lapang dan bersedia sudah untuk melahirkan dan berpantang tanpa regret tak makan menu hari raya. Ya, emak saya very strict. Orang cakap rendang ayam tu boleh makan. HAHAHARAPAN saja lah kalau emak yang menjaga pantang. Jangan nak di langgar satu pantang atau baik tak payah pantang terus.

Lepas berbuka semalam, kami bergegas ke Shah Alam untuk jumpa bapa mertua langsung terus menghantar suami ke lapangan bas. Sudah 2 minggu bapa mertua tak jumpa anak, cucu dan menantu manis ini (ehems) Tapi tidak di hairankan lah tentang menantu manis dan anaknya. Lebih kepada cucu sebenarnya. HAHA. Jadi, drop by sebentar dan terus ke lapangan bas. Dalam pada drop by itu menantu manis telah menerima seutas ole-ole from Landan Tawn yawww (excuse my accent)


Handbag Raya. YAYYYY

Muka menantu bak sunshine I tell you. Suami hanya mampu memandang dari jauh. KIHKIHKIH. Dalam pada takda membeli persiapan raya, ada juga lah. Bapa Mertua siap beritahu, untuk biras pun sama brand, sama colour supaya tidak timbul hasad dengki di situ. Saya ok saja. Dapat ini pun dah syukur Alhamdulillah sangat. Jadi, persiapan saya sudah complete lah kiranya. Pakai sweater, kain batik, dan stoking sambil galas handbag raya. Raya paling stylo tahun ini rasanya.

Thursday, June 18, 2015

1 Ramadhan Mak Buyung dan Her New Skill.

Anda sudah berbuka? Saya yakin dan pasti semua sedang moreh pada saat ini. Hari ini, seorang wanita mengandung 36 minggu berjaya melepasi hari pertama berpuasa with flying colours. Ramai juga yang jatuh kasihan, tapi saya perlu kuat semangat dan kuatkan iman. Ikut tak larat memanglah dia. Lepas Subuh rasa nak buka terus sebab sekarang tahap kesihatan amat tidak memberangsangkan. Sedang di landa flu dan batuk-batuk. Peritnya tekak ni. Tapi sematkan dalam hati, sikit lagi, sikit lagi. Kalau saya tidak berpuasa hari ini, ada kemungkinan yang saya takkan berpuasa selama sebulan. Can you imagine, untuk meng qadha' 30 hari belum tentu saya mampu. Jadi biarlah, berdikit-dikit asal jangan di tinggal terus. Kelak merana jiwa. 
Waktu sahur saya cuba untuk makan banyak sikit. Kemudian, buat susu Mamil Mama, lepastu ambil segala supplement (Habbatus Sauda, Calcium, Neuro Gain, VCO Catalyst) supaya cukup tenaga untuk survive sampai ke petang. Dekat sekolah saya jimat-jimat tenaga sikit. Cakap bila perlu, tak berapa nak marah sangat, and sit at one place (read: take a nap at surau) HAHAHA. Jadi penjimatan tenaga berlaku di situ. 

Balik sekolah tadi memang tak larat rasanya. Rasa memang nak berbaring-baringan saja sampai buka. Tapi niat di hati dari sekolah tadi nak masak sesuatu. Maka dengan kuasa super saiya yang ada, saya pun mula keluarkan bahan-bahan membuat lasagna. Minta emak rendamkan daging, basuhkan bawang. Saya hanya boleh sit at one place remember? HAHA. Mana lah larat diri ini bangun duduk, bangun duduk lagi. Semuanya di buat secara pantas dan habis je azan, oven pun bunyi tingggg!!! Masak sudah. Puasnya hati dapat cooking. 

Saya pun tiada tahu sejak bila saya develop kecintaan terhadap cooking dan baking ini. Mungkin skill datang sebab nak mengendeng oven baru from Dak Yang. Mungkin lah. Selama hari ini saya baking menggunakan oven abang saya. BAHAHA. Dasar peminjam. What to do, belum mampu beli oven sendiri.

Sejak dari cuti sekolah tempoh hari sudah mulakan misi mengasah skill baru ini. Mula-mula pastilah ada sedikit kegagalan. Kejayaan tidak datang bergolek remember? Antara resepi yang pernah saya cuba

 Baked Podedo

(Cara cheese itu di potong dan diletakkan salah, habis terburai bila dikunyah dengan podedo)



 Lasagna

(Kulit dia tak rendam lama, bila di makan rasa keras kulit bawah tu. Plus terlebih sos putih dan minyak, habis lembik dan oily sikit. Tapi rasa dia ok)

Cubaan kedua tadi sukses, cuma tak bergambar sebab lapar oii, koser sangat nak ambil-ambil gambar


 
Makaroni Bakar

(Kegagalan nyata sebab kurang sos carbonara, plus daging tak masin, plus lupa masukkan cendawan jadi dia tak stick to each other. Habis terurai semua. belum barani buat cubaan kedua sebab masih fobia. BAHAHAHA)

Brownies
(Tak gagal sangat cuma macam pahit sikit, tak tahu memang perlu pahit atau saya terlebih coca powder. Tapi boleh di makan) 

Cubaan kedua guna resepi lain, malangnya coklat masak saya tidak mahu cair. Dia bergumpal rasa nak campak dalam longkang. Tapi saya malas nak fikir, saya masukkan saja dalam adunan. Brownies jadi sedikit keras tapi boleh di makan dan tak pahit sangat. Tapi benci ah, tak menjadi. Dia supposed jadi cheewy bila dikunyah. Blerghhh

Jangan jadikan kegagalan suatu alasan, segala belum bersalin, selagi itu akan berusaha atau dalam kata lain, selagi tuan oven tak minta balik oven dia, saya akn terus berdiri dihadapan oven. KAHKAHKAH. Ok bai, kena tidur awal sebab nak jemput suami di lapangan bas,

Wednesday, June 17, 2015

Seribu Kemaafan Dari Hati Yang Terdalam

And honestly, sudah bertahun saya mengumpul kekuatan untuk memohon maaf kepada those yang saya pernah sakitkan hatinya sama ada sedar atau tidak. Di usia menginjak 30 ini, saya tak mahu bertangguh lagi. Siapa tahu ajal dan maut semua ketentuan Tuhan. Siapa-siapa yang dapat personal message/ whatsapp itu, sesungguhnya saya pohon maaf dari hati yang terdalam. Pada siapa yang saya tak dapat nak hubungi mungkin sebab dia dah block saya ke macam mana, if you happened to read this, I just want to say I am sorry. Pada readers juga maaf andai ada isi-isi di blog ini menyentuh hati-hati kalian. Tiada niat saya untuk melakukannya. Selamat menyambut Ramadhan. Moga ibadah kali ini di terima oleh-Nya. 

Kepada anda, anda dan anda, saya juga maafkan kalian.


Salam Ramadhan 1436H
18 Jun 2015 

Monday, June 15, 2015

36 Weeks Update

#1// Dah memasuki fasa hujung-hujung ni tiada apa yang selesa lagi. Tidur tak lena, mandi pun malas. EH? Makan sikit dah terkenyang, tapi sekejap lagi perut masuk angin. Nafas pun dah pendek-pendek. Jalan sikit dah mengah. Jalan jauh lagi la. Rasa berat di bawah tu.

#2// I gain 20kgs already. Donch care. Baby sudah 3.2 kg. Gynea bilang kalau next week sudah exceed 3.5kg ada kemungkinan kena bersalin awal. Maka saya berdoa sepenuh hati supaya berat baby maintain. Berat Bunda menurun takpa sebab dah nak puasa. HEHEHE

#3// Hari ni kena ambil ATT Booster lalu terus jatuh demam di tambah dengan selsema. Hayyohh, Memang saya bertindak secara slow motion hari ini. Serba serbi tak kena. Doc bagi vitamin C high dose saja sebab dah nak bersalin ni dia kata kita avoid ubat-ubatan.

#4// Saya bebas GDM. Wehoooo. Selepas 2 Jumaat pergi mendermakan darah sehari 4kali. Bacaan adalah normal. Sampai biru-biru lengan ni. Tapi syukurlah tak perlu lalui lagi jarum-jaruman.

#5// Belum ada persiapan untuk ke hospital. Beg baby ke beg Mak baby ke tah di mana-mana. Kenapa lah kemalasan yang teramat-amat dan sukar dibendung? Blerghhh

#6// Sedang dalam dilema sama ada nak apply cuti awal atau tidak. Sayang pula rasanya kalau cuti 2 minggu awal. Nanti kena masuk sekolah awal. Tapi saya dalam fasa semua tak larat. Nak naik kelas di tingkat 2 MashaAllah, tingginya. Mungkin saya bergantung kepada weather forecast. Kalau suhu melebihi 33 darjah celcius, saya akan apply cuti awal. Apatah kaitan cuaca dengan cuti. Ahh, faham-fahamlah. Aku bukan bekerja di bawah aircond, hadap PC 24-7. Aku bekerja di bawah terik mentari (Buruhkahkahkahkah)

#7// Tiada bengkak kaki atau tangan yang melampaui batas sampai orang rasa ngeri nak tengok. Macam nak meletup kaki dengan tangan ni. Semuanya berkembang pada kadar biasa. Tiada juga hitam-hitaman yang teruk di leher atau pelipat lainnya. Semua masih terkawal.

#8// Tiada lagi mengidam apa-apa melainkan mengidam suami cuti sebulan. Kalau lah jadi kenyataan, syoknya.

#9// Nampaknya isi semakin melalut, tapi sebab mahu juga menulis sampai point no 10, maka kita teruskan saja Walau no point disitu.

#10// Yayyy sepuluh. Ok dah habis, boleh bubar.



Hitam itu sungguh memalsukan. I love black
36 weeks preggy with my daughter.

Sunday, June 14, 2015

Cabaran 2nd Pregnancy :Excessive Fluid on Baby's Brain, Spinal Bifida dan Redeployment.

Semacam biasalah, Yaty bila pregnant pasti di uji. But I think, ujian kali ini sangat mencabar sampai tercabar-cabar diri ini. Gagah-gagah juga lah untuk menghadap cabaran yang datang. Yup, saya tidak menceritakan tentang ini kepada ramai orang. In fact, hanya beberapa orang saja yang tahu. Bukan semua cerita itu boleh di persembahkan kepada khalayak.

Bila dah lalui ujian tu, dah selesai. Fuhhh, feeling dia rasa macam lapang dada, ringan bahu. Hilang semua burden yang di tanggung selama ni. Rasa macam takda apa yang terjadi.

Cabaran ni memang lebih berat dari ambil darah 4 kali sehari. So, I choose to write it down as one of the memory yang akan di kenang sampai anak ke 5 kelak (tipu je)

So, perkara ini bermula bulan Mac lalu, waktu saya kena buat detail scan with Dr. J. Mulanya semua ok, ukuran tulang, bilangan jari, salur ke jantung, chamber jantung semua cukup. In fact aliran darah saya ke baby pun perfectly fine. Sebab waktu anak 1st buat detail scan dengan Dr. T masa tu lah dia detect abnormality aliran darah saya ke baby. Beliau cakap macam aliran tinggi tapi baby tak dapat cukup darah (beliau detect darah tinggi, which is jadi kenyataan bila dah betul-betul nak bersalin. Sebelum tu bacaan clean saja)

Jadi bila second baby ni, Dr. J kata semuanya ok. Maka lega hati. Satu possibility untuk kena czer lagi dah boleh pangkah. Bila tiba ambil ukuran di bahagian kepala, beliau kelihatan lebih concern dan serius. Saya malas nak bersangka yang bukan-bukan sebab nanti naik pula tekanan darah. Saya punya motto sejak awal pregnant nak take everything easy dan tak mahu stress. Untuk elakkan my blood go upstairs.

Tapi akhirnya haruslah beliau told her patient the truth. Apa yang mata beliau nampak. She said yang fluid dalam brain baby saya lebih besar dari biasa. Besar mana? Ok normally, ukuran dia tidak boleh lebih 1mm/cm (forgot already) Tapi ukuran untuk anak saya 1.1mm/cm. Yup lebih 0.1 itu memang memberi impak. Jadi, saya tanya apa kesannya pada baby? Dia boleh mengakibatkan ketidakstabilan sebab terlebih fluid dalam otak. Jadi, kau rasa sebagai emak, kau boleh digest tak apa yang Dr. J told me just now? Muka aku ni dah takda kegembiraan lagi. Tapi dia kata jangan risau dulu sebab mungkin bila baby besar, that thing will reduce. Nak tambah perisa lagi, beliau concern dengan bentuk tulang belakang baby. Katanya melengkung sangat. Tapi mungkin sebab dia tengah menghadap atas. Perghh, semua pun tapi mungkin, tapi mungkin. Ingat tapi mungkin boleh redakan perasaan risau ni? Maka, Dr. J set kan appointment untuk detail scan 3 weeks dari tarikh tersebut. (Alhamdulillah, the next detail scan semuanya baik-baik saja)

Muka memang dah takda senyum lagi. Waktu tu baru hari Rabu, nak tunggu suami balik rasa lamanya lahai. Memang terus texted Dak Yang sebab kalau beritahu dalam phone mahu ada drama melibatkan pertumpahan air mata. Waktu tunggu MC from Dr. J sempat juga menangis secara sendiri. I cannot brain everything. Dak Yang suruh banyak-banyak doa.

So, hari Jumaat itu kami buat app di hospital lain. Seek for 2nd opinion. Kami pilih KPJ Shah Alam, too bad, KPJ takda detail scan on Friday. Lalu teringat Umra. Nasib baik boleh walk-in saja tanpa app. So sambil, sambil tunggu husband show me about masalah tulang belakang tu di panggil spinal bifida. Nak sebut pun saya rasa ngeri-ngeri. Bila baca kesan dia lagi sedih. Tapi dah takda air mata untuk ditangisi, Tunggu saja apa Dr. di Umra cakap. Kalau sama, maka saya perlu redho.

Bila dah jumpa sonografer di Umra, she said nothing to worry. Saya tak nampak ada yang luar biasa. Masa tu rasa Ya Allah, Alhamdulillah, syukur sangat. Rasa lega. She said, baby's brain look fine. Tulang belakang pun ok. Takda yang luar biasa. So, rasa lapang sangat fikiran. Di Umra lepas jumpa sonografer baru jumpa Dr. Part tu yang aku tak berkenan bila dia cakap, yang scan awak tadi cuma sonografer. Dia tak tahu sangat. Kalau Dr, J dah sah-sah dia Dr. Ikut hati macam nak lesing je sekali. Siap dia suggest suruh pergi guna mesin scan yang lagi high tech. No, thank you. I'll stick with what the sonografer told me.

Untuk menambahkan perisa, minggu itu jugalah aku tahu yang aku kena redeployment secara tak bagi salam. Fuhhh fuhhh. Memang minggu penuh cabaran dan air mata. Aku jumpa penyelia petang sendiri sebab dah dengar rumours banyak sangat. Penyelia petang mengiyakan berita tu. Dia kata it suppose to be rahsia sampai aku dapat surat pindah. Kejilakaan apakah nak singkirkan aku macam tu. Maka, esok pagi-pagi aku jumpa GB dan explain everything. Sebab-sebab aku tak nak di redep. Lepas berdebat itu dan ini keputusan beliau senang, "Cikgu cari lah ganti, sapa-sapa yang nk pindah" berdesing telinga dengar. Semudah itu? Balik sekolah menangis lagi di rumah, mengadu domba pada keluarga. Minta tolong sana dan sini supaya tak dipindahkan. Saya ada colleagues yang sangat-sangat baik yang sanggup mempertahankan saya. Yang bagi moral support. Tq guys. Esok paginya, usaha terakhir saya sebelum pergi ke peringkat lebih tinggi, saya dan babah ke PPD bawa surat rayuan and the rest is history.

Saya tak tahu kalau minggu tu ada check up, mungkin BP saya memang berada di kayangan. Alhamdulillah, selesai segala masalah, elok-elok je kena date pergi Krabi. Allah memang sudah atur yang terbaik untuk hamba-Nya. Saya tak peduli dah orang nak cakap-cakap apa waktu saya ambil cuti 2 hari. Ramai persoalkan saya ambil cuti. I donch care what people think anymore. Orang tak tahu apa yang aku dah lalui 2 minggu tu, so u don't have the right to judge me. Krabi is the perfect getaway for me. Sweet Escape kekdahnya. Hewhewhew.

Sekarang, when I look back, terasa fuwaa tough juga aku ni. Dengan pregnant, dengan husband jauh, dengan kuliah, assignment, exam. Aku laluinya with flying colours. *Smirk*

Semoga kandungan ini terus dilindungi Allah sampai bila-bila. 

Friday, May 22, 2015

GDM at 30 weeks

Phewww, cabaran sangat lah being pregnant woman ini. Kalau yang dulu pre eclampsia, kali ini dapat GDM. Sungguh tak terduga.

Jadi hari ini perlu ambil darah 4x di hospital. Sudah lah tu, ambil darah tak agak-agak. Kalau di klinik, cucuk sikit dekat hujung jari then you are done. Aku ini sampai satu tube darah di ambilnya di pelipat siku. sudah lah tu sehari sampai 4x. Terasa diri ingin argue tapi tak mampu. Lepas ni memang akan ke klinik saja lah. Sakit kot kena cucuk kiri kanan kiri lagi kanan lagi. I HATE IT.

Nasib baiklah tersangkut GDM di minggu-minggu akhir. Kalau awal-awal Bismillah dulu, mahu juga menangis.

Nasib baik suami mahu hantar dan ambil. Kalau tidak rasa mensampahkan juga. Mana nak parking, mana nak bayar parking, mana nak jalan jauh lagi. Harap ini yang terakhir. Saya tak mahu ambil darah lagi. Kerana darah ku begitu berharga.




- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, May 18, 2015

About My Second Pregnancy

Disclaimer : Please, please, please do not feel offended or find my entry hurt your feeling(s). It's all about what I feel, think and go through. Not my intention at all.

As I'm jot this down, I am 32 weeks pregnant with my 2nd child.

Di satu hari yang indah, tiba-tiba hati berdetak dengan lebih kencang seperti genderang mahu perang. Tiba-tiba saja rasa macam what if Tuhan tak izinkan langsung aku pregnant untuk kali kedua. Sebab I keep saying nanti lah, nantilah. Tunggu lah, tunggu lah. Macam menidakkan / menolak rezeki dari Tuhan. Nia kecil lagi, saya masih belajar dan suami masih jauh di perantauan. I just can't handle it. Saya mahu suami urut-urut kaki, mahu ada Manja Kakiku Refleksologi dalam rumah sendiri. Mahu ada spa dalam rumah yang boleh urutkan pinggang kalau sakit. Mahu breakfast in bed kalau tak larat. Semua itu adalah antara my bucket lists kalau pregnant lagi sekali. Tapi akibat dari terlalu banyak cakap-cakap yang macam asyik taknak saja, lalu hati risau sendiri. Tuhan kan menilai. Cakap-cakap itu kan doa. Kalau takda terus macam mana? Let's try it out Yang. Kalau ada, adalah. Kalau tidak, belum rezeki makna dia. 

So, around bulan Oktober itu tiba-tiba badan berasa pelik sebab boleh tidur secara tak bagi salam dimana-mana sahaja. I know my body well. Saya seorang yang aktif. Selagi jarum jam belum nak tunjuk pukul 12-1 saya belum kenal erti mengantuk. Like mengantuk who? Tapi kali ini, pukul 8 sudah black out. Saya pernah lawan rasa ngantuk dan bawa diri serta anak dan emak pergi rumah abang. Sampai sana, tidaklah mampu untuk saya mengawal kelopak mata. Tak memasal tertidur di rumah orang.

Seminggu berlarutan, lalu saya pergi buat test. 

31/10/2014

I know, I know. It's blurred line, but it's there. So, pastilah my man yang tahu dahulu. We are just so happy. Macam tak percaya pun iya. Actually, my cycle tak lambat pun. Biasalah, Yaty kan suka melawan kebiasaan. Tapi saya cuba untuk tidak menghebahkan cerita ini because it is too early too tell. Anything can happen.

Keesokan harinya, saya cuba buat test di awal pagi supaya lebih jelas dan accurate. Malangnya,
tiada line yang muncul.

Lalu terus feeling down. But i know, my little dot is there and my body try to adapt. Dear HCG levels, you can go to longkang.

Waktu itu saya rasa more energetic. And am sure, this time around mesti tiada morning sickness yang melibatkan muntah-muntah atau pening kepala. Just like the first one. Sebab saya rasa sangat bersemangat. Seperti boleh pergi marathon dan memenangi pingat emas. In fact, saya masih bersukan walau tahu there is someone inside me.

4 weeks pregnant
Masih muat baju raya zaman anak dara

Masih buat ujian untuk bola baling



2 weeks later,
14/11/2014

Baru buat another test to make sure that I'm really pregnant. And the answer is there.

So, Alhamdulillah. Tuhan Maha Mendengar. Tuhan Maha Tahu. Tuhan yang gerakkan hati ke arah ini. Maknanya Tuhan tahu saya mampu untuk melaluinya. Walaupun, masih belum dapat bersama suami under one roof. Tapi mungkin ada yang lebih manis menanti. So, yeah. This time around memang saya lebih banyak berdiam bout this pregnancy. Will tell ya later...

Saturday, April 11, 2015

Selesainya Masalah Sembelit

Heyya,
Setelah sekian lama menghilang, rupanya pergi cari solution untuk masalah sembelit anak dia. Berbulan-bulan duduk dalam makmal, kaji bakteria baik lawan bakteria jahat, hiarghttt dush dush dush, akhirnya jumpa penyelesaian. Say goodbye to all the doctors. Ehem, Doktor sila jangan benci saya.

Selepas bertukar-tukar susu. Yerp Novalac lost in the battle. Nothing can beat Rania's poo. Saya semakin stress dan runsing dan mula berputus asa. We stop seeing the paed. We stop all the meds. We discontinue her constipation FM and start searching for normal FM. Maybe her intestine or her digestive system dah immune dengan susu sembelit. Nasrah suggest pakai Mamil Gold sebab Ammar pun dulu-dulu sembelit juga. Masalah utama dia adalah, Mamil Gold tidak boleh di dapati di area Klang mahupun Shah Alam. Nan hado. Kemana tah perginya. Yang ada cuma Mamil biasa. Maka kami mulakan langkah kami. Alhamdulillah, ada perubahan. But still, 3-4 hari baru poo poo. Dan najisnya besar-besar walau tak kesat. Kasihan lah bila meneran-neran tu sambil teriak. 

Nasrah juga mencadangkan cuba bagi Qaseh Gold Junior. Supplement yang bagus untuk kanak-kanak. Saya punyalah hold nak beli. Ingatkan susah sangat nak dapatkan. Kena order online lah, apa lah. Asyik tertangguh-tangguh dan anak pun sengsara-sengsara. Minggu lepas, baru tahu kawan sekerja ada menjual Qaseh Gold tersebut, terus beli on the spot. Tanpa bertangguh lagi. Padahal bertangguh juga sebab kakak tu pagi. Dah ambil no fon pun masih tak mesej. Banyak sungguh halangan. 

Cut the story short, pagi itu Rania sakit perut. Dia mencadangkan bagi Qaseh Gold Junior sebelum breakfast. Lalu saya gunakan syringe dan masukkan 3ml untuk Rania. Bagi one shot, a few minutes later, selamat sudah poo poo dengan najis yang lembik. Tak sebesar tombol pintu lagi bak kata Pona. 

Whoaa, Qaseh Gold Junior semacam mengembalikan harapan saya yang terkandas di tengah jalan tadi. Tak sangka. HAHA, sebenarnya Alhamdulillah, semua atas izin Allah juga. Sudah masuk hari ketiga dan Rania akan poo poo every morning. Menangis tu memang pasti. Dia masih fobia sebab ingat najis dia seperti dulu. Mungkin akan ambil masa untuk dia hilangkan trauma. Tapi, saya akan teruskan consume Qaseh Gold Junior ini. Kalau anak tak sembelit pun bagus untuk antibodi. Dia cuma ada kurma, hababtussauda, buah tin etc etc etc. Tak, saya tidak di bayar untuk testimonial ini. Hanya membantu jika ada anak yang mengalami masalah macam Rania. One happy Bunda and daughter. No more tears. HAHA

Tuesday, February 10, 2015

Rania dan Sembelit Bagai Isi dengan Kuku

Ini adalah #firstworldproblem untuk kami suami isteri serta seluruh ahli keluarga. Sampaikan family members yang lain kalau telefon akan bertanyakan soalan fav "Tiha dah poo-poo?" Kalau jawapannya dah, semua muka fuhh relief habis. Tapi kalau sebaliknya, mesti akan tanya, kenapa tak poo-poo lagi? blablabla. Macam itulah rutin kehidupan saya for the past few years. Menantikan anak poo-poo itu macam menantikan bulan jatuh ke riba. Kalau dia dah poo-poo, macam nak buat party ingat Tuhan rasanya. Gembira tak terkira.

Kadang-kadang terfikir, Nia ni jarang sangat demam, selsema, batuk (Alhamdulillah) tapi bab sembelit memang juara. Kadang-kadang sampai terfikir biarlah dia demam selsem daripada sembelit ni (nauzubillah sangat emak ni, mintak yang bukan-bukan) Kalau boleh memanglah hendak sejahtera happily ever after T___T

Asal ceritanya, since last year lagi masalah sembelit membelenggu. Mula-mula kami membuat kaedah wait and see. Biar dia resolve sendiri sebab masa baby pun masalah ini come and go. Tapi makin hari makin teruk. Kalau nak poo-poo sampai menangis-terseksa-sengsara. Sampai berdarah najisnya. Sampai sejuk kaki tangannya. Poor Rania. So, macam biasalah, kami beli ubat yang mudah dan pantas bertindak, iaitu ubat cucuk bon-bon yang cecair. Rupanya ubat tu membuatkan dia lagi fobia nak poo-poo sebab benda tu paksa najis keluar dan boleh buat luka. Masa tu cuma nak benda yang cepat dan pantas. Namanya kan ibu yang tak sabar. Tak sanggup tengok anak terseksa.

Lepastu, masalah ni berlarutan lagi. Kami bawa Nia pergi DEMC dan Doktor cuma bagi ubat pelembut najis. Dah berbotol-botol ubat tu di rumah. Masalah tak juga selesai. Bawa jumpa Dr. Koshy pun takda penyelesaian sebab ubat yang sama, cuma suruh naikkan dos. Bagi makan sayur, buah, high fiber blablabla. Semua pun dah bagi, semua pun tak jalan. Dah kurangkan sukatan susu, sampai cair betul susu Nia masa tu. Susu Nia waktu ni Friso Gold. Memang itulah yang dia minum dari baby sampai dewasa ini. Eceh. 

Oleh sebab dah menabur duit di DEMC tanpa ada pulangan yang berbaloi, kami cuba pergi Klinik Kanak-Kanak Dr. Toh di Setia Alam. Waktu ni rasanya macam dah jumpa the right Doktor lah kononnya. Dia bagi ubat untuk paksa poo-poo dalam bentuk pil, bagi pelembut najis, bagi ubat kebas untuk bon-bon Nia yang luka dan suggest kami tukar susu Friso Comfort. 

Masalah budak cerdik yang seorang ni, dia taknak susu selain Friso. Saya tak pasti adakah susu sama putih, rasa lain-lain mungkin. Dah beli Lactogen, Snow tah apa lagi. Semua dia tolak mentah-mentah dan demand nak susu lama (refer to Friso). Kecik-kecik dah pandai demand kan? Biasa tuh. Jadi, kami rasa tukar susu adalah not so good idea. Nasib baiklah, Friso comfort ni di bawah bumbung yang sama. Jadi dia boleh campurkan Friso Gold dengan Friso Comfort.

Dan bagusnya Dr. Toh ni dia kaunseling kan ibu bapa sekali. Dia cakap masalah sembelit ambil masa yang lama untuk pulih. Sebab dia ada kaitan dengan bowel system, tah apa lagi lah. Dia kata kalau pakai ubat cucuk bon-bon tu sebenarnya bukan memulihkan Nia, tapi ibu bapa Nia sebab kita nak tengok dia poo-poo. Nia sampai tahap kulit di bahagian tengah tu ada terkeluar sikit. Dr. Toh kata kalau lagi banyak, maknanya sembelit makin kronik. Saya dah bersedih hati. Kasihan anak kecil ni. Macam-macam yang perlu di tanggung. Macam mana Nia nak kahwin nanti Yang? Soalan seorang Bunda yang terlajak fikir. Nia pun datang dan jawab, takpa, takpa, nanti kita kahwin je lah. HAHAHAHA. Macam faham-faham je dia kahwin tu apa. 

Dr. Toh suruh beli tandas duduk potty train tu dan ajar dia every 10 minutes pergi tandas dan jadikan kebiasaan. Sebab lagi Nia ni nak poo-poo berdiri. Menangis-nangis dia taknak cangkung. Sampaikan Walid naik angin dengan dia. Kena heret-heret pergi tandas semua. Ohh, Bunda menahan hati tengok Nia masa tu. Nak tolong tak dapat derr. Hati kaca Bunda ni mana lah sanggup tengok anak menangis sampai begitu. Kadang-kadang boleh jadi gaduh suami isteri tentang hal poo-poo ni.

Sedih tengok dia teran-teran bagai nak rak, sekali satu apa pun tak keluar. Sedih tengok dia menangis sakit bon-bon sakit bon-bon. Bila keluar seketul keras. Haishh. Sedih dia tak lalu makan, or makan sikit je sebab perut dia tak selesa kan simpan najis sampai 3-4 hari.

Lepas dari jumpa Dr. Toh nampak positif. Walau tak lembut lagi najisnya tapi dah poo-poo hari-hari. Walau masih meraung tak ingat dunia, at least dia poo-poo. Makan pun dah selera. Makan banyak-banyak. Jadi, kami stay lah dengan Friso Comfort. Sampailah beberapa minggu kebelakangan ini, najis nya dah mula mengeras kembali. Makan limau banyak-banyak pun tak jalan. Gap poo-poo sampai 2-3 hari. Saya dah mula risau. Bila dah masuk 3 hari bagi makan ubat. Masalah dia sampai bila nak bergantung dengan ubat?

Bila dirisik-risik. Mereka kata susu Dugro Fruits and Vege bagus juga untuk sembelit. Bergegaslah Bunda pergi membeli. Nampak positif sementara, lepastu tak jalan lagi. Fuhhh, memang tercabar rasanya. Sebab kasihan tengok anak. Kami terus ambil keputusan nak cuba Novolac IT Grow. Sebab bau dia satu macam. Risau yang anak memilih tu tak mahu. Alhamdulillah, Nia boleh terima. Dan poo-poo juga sudah tak keras. Tengoklah lama mana susu ni bertahan. Walau belum normal dan belum hari-hari poo-poo, yang penting najisnya tak keras. Jadi, sekali teran sudah keluar walau sudah 4 hari tak poo-poo. 

Menangis itu pasti. Meraung-raung macam kena dera. Ayat fav dia, sa-kit pe-rutttt, nak ba-gi mi-nyakkkk. Dia lagukan ikut suku kata. Semua pun dah hafal ayat keramat ni. Masalah dia lagi, lepas poo-poo kena bagi reward. Tu yang tak boleh blah tu. Pandai pulak tu menuntut. "Ha dah berak, nak aiskrim Magnum (dulu dia panggil aiskrim nenek sebab nampak nenek makan)" Nampak tak permainan dia di situ. Bagi Cornetto tak terima. Kalau tak aiskrim dia nak coklat MMM (read M&M) dan her latest obsession nak Kinder Bueno yang ada toys tu. Dia panggil Easter Bunny sebab dia tengok Youtube dalam Kinder Bueno tu ada dapat surprise toys dia Easter Bunny. Fuhhh. *Lap peluh Bunda*