Monday, December 15, 2014

29 eh

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Happy belated 29th birthday to me. Sudah 29. Sudah tiba di hujung 20-an. Sudah perlu penuhkan dressing table dengan anti-aging stuff. Perlu menjaga kecantikan secara total dan serius atau kelak akan kelihatan seperti nenek-nenek di awal 30-an. Perlu lebihkan senyuman supaya tidak di kata, sudahlah tua, muka ketat, umur baru 30. Ughhh, adakah middle age crisis sudah bermula? I hope not!

Kerohanian juga perlu diisi. Penuhkan dada dengan ilmu agama. InshaAllah, slowly but surely. Lebih matang menguruskan rumah tangga. Lebih matang menghadapi cabaran LDM. Walau sudah bertahun-tahun. Saya masih tidak biasa. Keberadaan suami itu sangat saya nantikan. Tapi pastilah Allah lebih tahu apa yang terbaik. Lebih sukses dalam pelajaran. Tapi kelihatannya pointer semakin merundum dan merundum. Tiada tanda-tanda akan menaik pun. Redha sajalah. Kalau tiada dean list untuk aku. Sebab masih berbaki 3 semester lagi. 

Celebration? Nahhh, sudah 29 bukan? Sudah tidak memerlukan kek atau blow the candle away atau topi kon. Hanya perlukan ucapan dan doa-doa dari suami dan kesayangan lainnya. Terima kasih, terima kasih, terima kasih atas ingatan kalian. Kalian such a sweetheart.

Dari suami tiada yang berbentuk materi. Rumah didahulukan, isteri later-later pun doesn't matter.

Dari keluarga? haruslah mereka tahu nak meraikan saya. Feed me and am ok. Sesi makan tiada kesudahan di Papa Johns. Makan sikit dan kenyang atau bloated. Fuhh. sangat mencabar sekarang ini.



Esoknya emak masak secara besar-besaran seperti meraikan Aidilfitri. Ada rendang, sambal tahun, daging rusa black pepper, nasi impit. Fuuuhhh. Happy stomach, happy me. Kakak ipar belikan slice of cake dan haruslah Rania yang lebih-lebih nak potong sampai musnah kek tersebut.

All in all, I am happy. Walau sambutan secara kecil-kecilan. Saya ok. Sebab sekarang sedang hormonally tidak stabil.

Wednesday, December 3, 2014

Being Sick

Kehadapan Blog yang dirindui. Apa khabar kau disana? Harap tidak tenggelam di telan arus blog-blog lainnya. Semakin lama semakin sendu rupanya blog ini. Hampir-hampir terkambus bersama harta Qarun yang tamak haloba itu.

Aku disini khabarnya kurang memberangsangkan. Sejak memegang title ibu 2 tahun beberapa bulan yang lalu, aku jarang sakit kuat. Paling-paling pun cuma acah-acah demam lepastu baik. Tidak berlarutan atau berpanjangan selama beberapa hari. Ternyata, Actifast itu memang pantas dan tuntas menjalankan tugas. 

Tapi pada tanggal 20.11.2014 ternyata demam itu bukan calang-calang. Actifast tumpas sebelum bertanding. Waktu itu, satu badan seperti patah riuk di gelek steamroll. Tak mampu untuk berjalan, apatah lagi berlari atau menyertai acara lontar peluru. Baki 2 hari lagi sebelum tamatnya sekolah, aku tewas. Kebetulan sangat Dak Yang ada kerjaan di KL. Ada juga tempat bermanja. Manja sangat sampai tunggu suami pulang baru nak mandi. Sudahlah minta di mandikan. Lepastu ada si kecil mensibuk nak tumpang manja sama. Padahal dia baru sudah mandi. Dasar si kecil itu. Lepas bermandi manda secara keluarga, baru lah menuju ke klinik untuk sekeping MC. Sekali sampai klinik Dr tu boleh cakap, takda demam. Aku yang separuh mati menggigil, jalan macam orang mabuk tak pijak lantai, di katanya aku tak demam. Ikut hati nak je ku hempuk Dr dengan Termometer palsu tu. Tapi aku cakap saya nk MC gak. Nasib Dr muda itu tahu menghormati cikgu tua ini. 

Lepas kena beberapa dos dadah, barulah daku gagah. Boleh beradu kekuatan dengan badang kalau mahu. Barulah hidup ini kembali berarti. Cehh, baru Tuhan sedikit nikmat sihat, dah menggelupur macam ayam nak kena sembelih. Nasiblah punya emak yang boleh membantu mengurus anak, makan dan minum. Kalau aku sendiri, tak tahu lah nasib anak seperti apa. HAHA. Over.

Sejak peristiwa demam itu, daku terus tak sihat berpanjangan sehinggalah semalam. Makan tak kena, perut tak selesa, tekak tak sedap, kepala pusing keliling. Hepp, jangan spekulasi dulu. Ini memang tidak sihat badan. Bukan simptom apa-apa atau apa atau apa-apa saja di fikiran. Setiap hari bangkit dari tidur dan mengharapkan kesihatan itu kembali, tapi hampa. Setiap hari berdoa agar hari itu berlalu dengan laju. 

Alhamdulillah, keadaan bertambah pulih. Semakin punya selera, semakin menggilai ais krim. Semakin bersemangat nak update belog. Dan semakin tak sabar nak tamatkan entry ini. Sekian