Tuesday, June 24, 2014

Rania Travel : Bali - Prolog

Bagaimana permulaan cerita ini?

Semuanya bermula dari nawaitu. Nawaitu seorang wanita yang depressed sebab dah lama travel tak menaiki pesawat. Last time I checked my passport, we went to Phuket for our honeymoon. It was three years ago. Jadi, saya macam bernekad mahu ke Bali this year. Walau petir datang menyambar, Bunda takkan berundur. Phewww, betapa nekadnya Bunda tersebut. *tumpang lalu Kok Ping*

Kenapa Bali? Sebab masa honeymoon dulu aimed sangat mahu berliburan ke Bali, tapi ya uangnya dikit banget. Mau apa enggak, kita harus milih ke Phuket duluan. Bila uangnya udah deras kayak sekarang, ya baru kita main ke Bali. *sinetron sebabak*

Jadi saya suarakan niat murni ini kepada Pora pada tanggal 31 Dec 2013. Lalu Pora bersetuju. Kami cuba menghasut Lisut dan Pona juga. Cubaan menghasut Pona sangat gagal sebab dia seorang wanita berjiwa kental. Cubaan menghasut Lisut berjaya, tapi dia boleh fly dulu bersama keluarga dan tinggalkan kawan-kawan. Sampai hati kau Sot. All in all, perancangan setengah tahun kami menjadi kenyataan. *jumping jack sambil bersorak-sorai*

Bagaimana seorang traveller budget seperti kami merancang? Mula-mula kami target dulu bulan berapa nak pergi. Make sure semua orang boleh cuti. (The hardest part!) Especially me. Sebab kalau tak cuti sekolah, memang agak susahlah saya nak pergi berjalan-jalan waktu weekdays. Dan selalunya tiket flight akan melonjak-lonjak macam hilang akal punya harga bila cuti sekolah. Tapi tak sangka pula kali ni boleh dapat tiket murah waktu school holiday. Its a good sign. HAHAHAHA

Saya beli tiket asas dulu. Dengan Air Asia kan banyak add-on nya. Jadi, kami tolak semua sekali sebab nak secure kan date. Saya plus suami plus infant plus seat kami dapat RM 892. Kemudian baru lah beli luggage 20kg plus meal pergi balik plus insurance dan total semua RM1155.05. Kalau nak travel tapi tak berapa nak ber-uang kepok-kepok dalam poket tebal-tebal sampai dompet tak boleh katup, beginilah caranya.

Untuk ground package, kami ambil Bali Muslim Tour. Link tak di attach bersama atas alasan mata sudah mahu melabuhkan tirainya. Kami percaya mereka sebab my lil bro dah pernah guna khidmat mereka sebelum ni. So, urusan ini saya serahkan pada my travel mate. Dia yang whatsapp dengan Pak Dody tentang segala benda. Saya tahu request itu ini saja. Pity Pora. Bahahaha. 

Bali Muslim Tour charge per person 600++. Depends pada hotel yang kita duduk. We choose to stay at Wina Holiday Villa, Kuta. So total kami berdua 1200++. Ini termasuk Hotel for 4 days and 3 nights, tiket-tiket, makan-makan, pengangkutan dan simcard sana. Itinerary boleh di adjust ikut suka hati kita. Rasa-rasa tempat tu tak menarik, kita takyah la pergi singgah. Kita takyah fikir-fikir dah. Semuanya di tanggung beres. Kami dapat driver yang gagah lagi ganteng. Asik banget. HAHAHAHA. Bali Muslim Tour cuma minta deposit 20%. Bakinya boleh bayar di sana kelak.

Gampang bukan? Kita cuman perlu bawa uang buat beli oleh-olehnya doang. Yang lain-lain kagak perlu dipikirin. Serahkan saja ama yang pakar. Sebelum gue ngomong yang enggak-enggak, gue stop disini dulu. Kapan-kapan gue curhat lagi. Sampai ketemu. Titipin salam gue buat Rangga. *kan tetiba*

Monday, June 23, 2014

To The Next Level

Finally, selepas pelbagai rintangan dan halangan dan kekangan. Tuhan permudahkan segala urusan. This is OURS


23 Jun 2014

Our own house
Our own crib
Our shelter
Our nest

After months of house hunting. Debating the pros and cons and of course the budget. This will do for now. Lets take one step at a time.

Dari hujung tahun lepas, kami dah mula jadi agen mencari rumah. Asal nampak iklan kat mudah, kami pergi. Asal nampak kain rentang for sale, kami berhenti. Tapi semuanya macam tak sesuai. Either terlalu mahal, atau kawasan kejiranan yang tak berapa nak mesra alam, atau too many dogs atau susah nak melintas jalan. Semua di ambil kira.

Tapi honestly, kalau nak beli rumah memang kena ikut instinct.

Awal ceritanya beberapa tahun dulu, waktu tu rumah ni baru siap dan saya pun belum berkahwin waktu itu. Emak cerita yang seorang Imam ni dah pindah ke perumahan baru tu. Anaknya, seorang doktor belikan corner lot. Waktu tu harga rumah masih bawah 300k. Waktu tu juga dengar-dengar cerita semua unit rumah dah penuh. Saya terdetik dalam hati, if only aku ada duit, nak juga beli sebiji sebab dekat dengan rumah emak. Macam biasalah, anak tak tahu berdikari mana boleh tinggal 2km jauh dari emaknya. Pincang hidupnya kelak.

So, sewaktu dalam proses mencari rumah, seorang suami baru pulang dari masjid dan beritahu jumpa kain rentang for sale dekat taman belakang tu. Jadi, bergegaslah suami isteri tersebut pergi ke sana. Masa tu saya tak tahu lagi area mana suami cakap. Rupanya, kawasan rumah yang saya angan-angan kan tu lah dia. Ada 2 yang kosong. End lot dan sebelah corner lot. Bila di telefon dua-dua memang sangat menghibakan. Yang end lot dia taknak jual kalau setakat offer bawah 400k (HUH!!) yang sebelah corner lot dah ada orang booking. Tapi owner tu kata call balik lepas seminggu. Kecewanya hanya Tuhan yang tahu. Sebab instinct saya rasa that's the perfect house. Love the environment, tak hingaq, bukan depan jalan besar, dekat dengan masjid, kejiranan Melayu. Paling penting dekat dengan rumah emak. That's the main point. 

Kami pulang dengan rasa kecewa. Siap berdoa yang tak baik lagi sampai seorang sohabat tegur, kalau rezekinya rumah itu milik saya, milik saya juga. Tak perlu doakan yang tak baik untuk orang lain. Lalu insaf dan cuba nak melupakan rumah tersebut. Maka saya pun dah ready nak opt for the 2nd choice. Tak berapa gemar sebab dekat main road yang busy dan banyak lori dan susah lintas dan dekat kilang dan 1001 alasan lagi aku ada. 

Tapi yang namanya Yaty itu mana tahu erti putus asa. Lepas seminggu dua saya call balik owner rumah tu so the rest is history. Tak, saya takda menghasut sesiapa. Saya juga tak menggunakan kuasa apa-apa melainkan kuasa doa. fuh fuh fuuuuhh. So, proses sign-sign, naik turun pejabat lawyer, pejabat tanah semua bermula last year membawa kepada this year dan pada tanggal ini segala urusan selesai dan rumah itu officially kepunyaan kami. 

Kepada yang wonder, ini memang bukan rumah baru. Dah siap almost 3 years ago. Tapi takda siapa yang duduk. Pernah disewakan tapi cuma seminggu. Kami beli straight dari owner dia tanpa melalui agen. Betul la orang kata, kalau ini memang rezeki kita, InshaAllah tak lari kemana.

So, let the renovation begin. ID mode on. 

Rumah jiran yang menjadi pujaan dalam diam

Jiranku Pilot. feewwit feewwit. 

Eh. Tak. Tak. Saya bukan puja pilot tu mind you. Saya puja rumah dia. Siap nak tiru colour dan design semua. Lepastu suami menjeling tanpa kata. Speechless a.k.a malas nak layan.

Tuesday, June 17, 2014

Post-Vacay Syndrome

1- Saya jadi pemalas, pelupa, slow semua ada. Semalam saya lupa nak punch card waktu balik. Kemudian saya terlupa jadual waktu untuk hari ni. Dan saya lupa saya ada 2 meeting yang perlu di hadiri. Instead, I wandering around macam orang takda kerja. Siap makan kuih raya dan feeling-feeling hari raya.
2- Saya tired like super tired. Rasa macam duduk-duduk pun boleh tertidur.
3- Saya jadi lemau. Budak nak pergi tandas pun saya tenung dia lama-lama dan berfikir, budak ni nak apa?
4- My face become rounder
5- I've gain my weight like nobody business. Pagi petang malam nak membaham segenggam nasi. bukan genggam manusia. Tapi genggam gergasi. dengan alasan, mahu rasa masakan orang sana.
6- Saya dehydrate tahap tepi-tepi kuku, bibir semua terkopek. sun bathing kah? tidak, tapi tak mampu nak meneguk air disana. Rasanya aneh sekali. Nak gosok gigi pun tak lalu. Fret not. Saya tidaklah berjalan-jalan dengan gigi kuning.
7- Saya sudah mula buka website AA, MAS dan MALINDO. I need another vacation to recover from this post-vacay syndrome.
8-Saya ada cita-cita mahu jadi tour guide di Bali sebab everyday boleh bawa pelancong sambil tumpang melawat sekali.
9-Saya merindui Bedugul. Lake Bratan itu terlalu indah untuk dikenang.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, June 1, 2014

JUNE Is Here

OMG OMG OMG

It's June!!!! *peluk cium kalendar*

Sudah lama saya menanti kehadiran Jun. Selalu berharap yang selepas Mac adalah Jun, selepas April adalah Jun, selepas Mei adalah Jun dan selepas Jun adalah Jun lagi. *mohon ga ada yang rasa jelek*

Terlalu lama duduk dalam dunia stress, saya mahu pergi jauh. Aku lari ke hutan kemudian menyanyiku, ku lari ke pantai kemudian teriakku. Tetiba.

Dari bulan Februari till Mei langsung takda istilah cuti. Sabtu Ahad kelas full. No, nope. I am not complaining. I just had enough. Now I need my real vacation. Spectacular view with laid back atmosphere and tranquility. Aduhhh, ga sabar neh.

Ga sabar mahu lari ke pantai!!!!

See you soon. Really soon!!

See you on Monday. 

Weehehehehuuuuu

Absolutely I have more reasons to love June. It's Dak Yang's birthday. Tehehehe