Monday, March 3, 2014

Our Street Is Not Safe Anymore

Jumaat pagi, jiran hadapan rumah saya di samun. Waktu itu dia mahu ke sekolah. Kereta hidup, tingkap terbuka dan beliau sedang berdiri di belakang kereta untuk masukkan barang. Ada 2 orang bermotosikal berhenti. Beliau ingat orang nak tanya jalan, tapi orang tu pi jengah dalam kereta dan ambil handbag dan terus blah. Ada jiran selang beberapa rumah nampak. Tapi dia pun ada sakit. Bimbang kalau bertindak nanti, penjahat tu sepak dia ke apa, boleh melibatkan nyawa. My neighbour kejar juga sambil menjerit, tapi takda siapalah dengar kan. End up beliau terjelepuk, menangis tepi jalan.

Beberapa minggu lepas, waktu emak bawa Nia pusing-pusing naik basikal, ada indian guy naik motor lalu, lepastu dia lalu lagi sekali and acah-acah Nia. My mom musykil dan seriau. Kenapa dia boleh patah balik dan nak main ba ba cak dengan Nia. Aku syak dia acah-acah sambil tengok Nia pakai barang kemas ke tak. Kalau ada mesti, dia nak sebat sekali. Meremang bulu roma. Memang aku tak bagi Nia pakai barang kemas. Haihhhh.. Moga Allah lindungi kami. Trauma kena rompak dulu pun belum habis lagi.

Lepastu seorang jiran hilang kereta, dan seorang jiran lagi hilang motor. Few years back, neigbour yang duduk corner lot tu kena tetak. Berdarah-darah tangan dia. Mujur dia doctor. So she knew what to do. Plus duit klinik yang nak dirompak tu tak dapat pun sebab sampul tu tercampak masa adegan rebut-rebut. Orang kata kalau dah memang rezeki kita, tak kemana lah.

Rasa sangat insecure dah sekarang. Kalau saya nak keluar rumah, memang minta mak teman. Nak sidai kain pun dah jadi takut. Benci betul lah macam ni. Yang buat kerja terkutuk tu pun orang melayu. Nak cakap apa lagi? Diorang ni tak fikir ke kalau one day mak dia kena samun ke or kakak dia or even wife dia. Sakit hati tak? Kenapa nak serang orang awam yang innocent? Kau kan berdua, apa kata kau pi samun rumah kawan kau tu ke. Biar jahat sama jahat. Ni orang tak bersalah nak pi kerja yang kau cari. KENAPA?!!!

Hidup nak senang je, ambil hak orang lain. Kalau tak cederakan orang takpa. Eh, bukanlah perbuatan dia tu tak mengapa. Tapi kalau dah hati tu nak merompak sangat, pergilah sana, tapi jangan lah main pisau ke parang. Mencuri itself dah berdosa, kau tambah-tambah lagi dengan membunuh. Tak berganda ke dosa kau dah kumpul? 

Apa eh perasaannya bila dah lepas menyamun? Rasa bangga ke cemana eh? Musykil sangat dah aku ni. Bengang pun iye jugak. I wish you die fast and rotten in hell.