Thursday, February 6, 2014

VOICE

Sudah hampir berapa tahun saya tidak mengalami sindrom kehilangan suara atau dalam maksud yang mudah, losing my voice. Walau dah beberapa tahun menjadi guru dan teriak like nobody business marahkan budak sana sini, peti suara saya masih mampu menghasilkan suara-suara high pitch yang boleh buat orang rasa bingit dan annoying.

Tapi sejak pulang dari lawatan sambil belajar ke Zoo Negara tempoh hari, saya mengalami flu, batuk, headache dan membawa kepada hilangnya suara merdu bak buluh perindu. Yang peliknya saya tak demam (atau belum lagi). Mungkin saya dah tak sesuai melawat zoo. Mungkin saya patut teruskan melawat mall-mall saja. Mungkin ini satu petunjuk. Mungkinlah. HAHA.

Jadinya cuti chinese new year saya berlarutan dari Khamis hingga Selasa. Sakan sungguh. Sebenarnya belum fully recovered, tapi saya dah berazam yang di tahun 2014 mahu kurangkan MC dan tingkatkan pnp. phewww. Terharu baca azam sendiri. Jadi saya gagahkan juga diri ke sekolah. Mungkin saya akan mengajar guna sign language ke macam mana. We'll see. 

Hope I'll find my losing voice soon enough. Doakan saya.