Tuesday, January 28, 2014

Pantang Days dan Luka Czer.

OK, dalam banyak-banyak segmen cerita bersalin ni, mana yang korang tak mampu hadap? Segmen mabuk waktu preggy ke, segmen contraction nak bersalin ke, segmen kena jahit ke segmen kena jaga baby? Segmen teka bunyi tak masuk cerita, boleh keluar sekarang.

As for me, saya taknak hadap waktu berpantang. Boleh? Bagilah bersalin 10 kali (eceh, bukan macam dah serik ke entry kemarin?) saya sanggup Insha Allah. Tapi jangan lah bagi saya lalui proses pantang itu. Rasa macam hidup di bumi yang terasing dan gersang. Sounds desperate much?

Saya memang rasa, waktu dalam pantang ni, jam pun bergerak lebih lambat dari biasa. Trust me. Rasa macam dah lama sangat berpantang, kira-kira haribulan baru sepuluh hari. Padahal kau belek kelendar sehari lima nam puluh kali. Kira balik hari tu, eh betul ke aku kira ni? Macam tak cukup jari je. Bukan patut dah habis pantang semalam ke? Haa, macam tulah monolog hari-hari dengan kelendar. Stressful I tell you.

Makanan saya memang strictly ikut makanan orang berpantang, takda goreng-goreng, takda pedas-pedas. Hari-hari pun lobak putih yang bau dia tak berapa molek. Ikan haruan rebus dengan halia or ikan bakar, tempe bakar, tauhu bakar. Bilis pun di sangai sebagai perasa. Tapi aku ratah bilis tu macam snack. Gigil weii tak dapat makan jajan. Bilis pun jadi. Breakfast pula, biskut cicah susu anmum lacta. Takda air sejuk. Takda maneh-maneh. Sampai satu hari aku rindukan kemanisan, lepastu tanya mak, tak boleh ke makan buah? Kepala pusing tak dapat benda manis, macam Mat Pit gigil tak dapat barang. HAHAHA. Barulah mak bagi makan orange. Lepastu orange tu limited tahu. Separuh per serving. Aku punya terkam orange tu macam apa. Nikmat dia dapat makan orange sampai tutup-tutup mata. Dapat bayang tak?

Saya berpantang makan sampai 60 hari sebab mak takut nanti kalau makan pedas-pedas anak kembung, kalau minum air sejuk, anak selsema. Apa kita makan memang akan efek anak. Sebab tu mak jaga betul apa yang saya makan. Tapi saya tak mintak banyak, dapat makan maruku pun dah nikmat lepas pantang tu, HAHAHA. Pantang you-know-what sampai 100 hari.

Waktu di hospital memang lah tak mandi. Nurse lap-lapkan badan, tukarkan pad, tukarkan baju hospital, ganti lapik dan cadar semua. Malu tu memang dah tak tahu letak mana dah. Balik dari hospital, memang dah ambil Makcik Pah tukang urut ni untuk seminggu. Seminggu itulah dia uruskan saya dan baby. Pagi-pagi mandi, emak dah siap rebuskan air akar-akar segala dengan serai wangi. Lepastu nanti dia akan mandikan saya.

Tempat jahit tu saya cover dengan kain batik. Tapi dua hari awal tu, masih ada plaster (aku tak tahu apa nama) HAHA. Lepas dua hari, nurse DEMC akan datang dan check luka, dia akan buka balutan tu dan dia tanya nak spray denga water proof tu tak. Haruslah aku nak nak nak. Aku masih ngeri-ngeri dengan luka tu. Alah, kau bayang lah jari luka kena pisau kalau kena air lepastu pun kita macam menyeringai kan? Bayanglah perut yang kena belah. Ahh ngerilah nak bayang. Luka Czer tu memang saya tak berani tengok sampailah dah berapa bulan. Lepastu nurse ajar suruh bersihkan pakai alcohol swab everytime lepas mandi dekat area luka supaya takda kuman berani nak beranak pinak dekat area tu. Memang sensitif, dengan perut berlipat, berpeluh, lepastu kena minyak urut. Tempat tu perlu di jaga rapi.

Ada satu cerita kelakar, rasa macam dah cerita, tapi takpa, nak cerita lagi. Masa baru-baru balik rumah, makcik urut memang cakap dekat hujung tempat czer tu ada benang hitam macam terkeluar. Alaa macam benang terlebih kalau dekat baju tu. Tapi saya tak bagi sesiapa pun usik. Memang bahagian jahit dekat dalam, lepastu dekat perut tu dia cuma gam saja. Gam? Ya kasihan perut aku kena gam. Lepastu, lepas sebulan ada appoinment dengan doktor, dia nak check rahim dah kecut belum, luka jahitan elok tak. Lepastu dia nampak lah benang yang terlebih tu. Dia tanya, eh kenapa tak tarik je benang ni? Dah boleh tarik dah, takda pape. Saya tak berani doktor. Meh saya cabut, aku menjerit sungguh waktu tu, JANGAN, JANGAN. Aku bayangkan macam orang jahit jelujur tu, kalau kita tarik hujung sini, semua jahitan terbuka. Aku bayangkan perut aku terburai je waktu tu. Bad imagination, Bad. Doktor gelak-gelak je cakap benang ni dah reput la. Phewww. Perut aku masih dikedudukan asal.

Oyya, saya teringat satu pesan dari doktor, kalau kita czer, jangan minum pati ikan haruan, gamat dan adik beradiknya. Sebab dia kata pati-pati ni ekspress. Kandungan garam tinggi. Memang luka luar cepat kering, tapi luka yang dalam belum tentu. Perut kan ada berlapis-lapis. Lepastu, doktor kata kalau minum pati-pati ni, tempat luka tu akan membukit ada daging lebih dan tak cantik. Dia sepatutnya rapat macam tu saja. Takda daging lebih-lebih atas luka tu. Kalau mahu, makan ikan haruan fresh yang dimasak. Bukan pati-pati.

Ok, kembali kepada makcik, nanti lepas mandi, dia akan urut satu badan, lepastu bertungku berparam berpilis dan berbengkung. Ya, saya berbengkung. Pakai yang czer punya bengkung. Tapi kenapa perut kau masih flabby Yaty? Jawapan dia sebab aku bengkung ikut suka aku je. Lepas makcik pakaikan kemas la, bila dah ke tandas nak pakai balik malas. Dan padan dengan muka sendiri. Tiap kali mandi makcik akan cakap, kena kuat semangat, jangan takut-takut. Dengan tiupan semangat tu, lepas 3 hari, aku dah mandi macam biasa. Takda tutup-tutup tempat czer tu. Siram satu badan.

Lepas seminggu, mak sambung rutin makcik, mengurut, memparam dan mempiliskan aku. Dan aku dapat sedikit hadiah dari mak

Kena tungku batu yang panas

Aku masih berstokin dan bersweater dan tak boleh kipas direct. Lepastu aku bengang sebab ketiak hangit macam ada bangla duduk sebelah je rasanya. Sebab panas dan berpeluh dan tak boleh pakai deodrant, memang hangitlah. Tapi aku takda lah duduk bersandar kat tiang tegak-tegak dengan kaki lurus, sebab aku kan czer. Ramai juga orang-orang tua yang datang melawat dan bising-bising sebab aku dengan selamba bersila macam tak ada apa

Sembelit? Memang ngeri tiap kali nak pergi tandas. Aku memang bertapa berjam-jam dalam tandas. Ubat sembelit memang ada, tapi tak berani nak makan sebab nanti aku takut tak pandai nak membuang sendiri. Menangis-nangis aku dalam tandas. Since aku takda luka di bahagian bawah, aku baik-baik saja. Takda rasa ngeri nak meneran ke apa. Cuma tak sanggup lah nak sembelit tu. Tak luka pun, perit kot.

Oyya, setiap kali nak melabur, saya akan naik bilik sebab tandas duduk. Lepastu saya akan rindu dengan keadaan dan suasana sebelum ada anak. Rindu nak tidur bilik sendiri, rindu dengan rutin-rutin sebelum ada anak, rindu suami. Ohh, memang rindu sangat. Saya rasa macam mengabaikan suami 100% masa dalam pantang. Sampaikan bila dia balik hujung minggu saya minta dia pegang tangan saya waktu tidur. Memang ada rasa nak turned back time. Nak zaman hidup berdua. Tapi cepat-cepat istighfar, chin up and look forward. Ada anak itu bukan bebanan, tapi anugerah yang takda ganti.

Memang ada rasa rindu nak preggy lagi, nak bersalin lagi. This time (bukan sekarang) I've decided nak bersalin normal (dengan izin Allah) macam nak try pergi PPUM or Selayang yang pro VBAC (Vaginal birth after C-Sect) Kalau boleh normal dekat DEMC saja, then DEMC it is. Semua-semua pun Allah dah tentukan, bersalin mana-mana pun saya OK saja sebab Petronas cover. mihmihmih.

Cerita macam tengah preggy saja. Memasang angan-angan tu kan free.

Monday, January 27, 2014

Baby Blues

Honestly, the main reason kenapa entry pengalaman bersalin Nia way too late sebab saya berhadapan dengan baby blues yang dahsyat I tell you. Ok saya cuba buat entry ni tak berbaur kelakar sebab ianya memang tak kelakar langsung kalau di ingat.

Handling baby for the first time is not an easy job. Tiba-tiba ada tiny little baby yang bergantung hidup dengan kita. Dan handling baby dalam pantang memang sangat mencabar. Honestly, Nia adalah baby yang menangis dari malam sampai ke subuh. EVERY.SINGLE.DAY Sebab itu saya memang takda hati nak mengerjakan blog sewaktu dalam pantang.

Waktu itu memang aku rasa kusut sangat. Memang tak terurus. Nia selalunya akan bangun lewat sebab semalaman tak tidur. Setiap kali Nia bangun aku akan nervous sebab aku tak sanggup nak dengar dia menangis. Nia kalau celik-celik mata memang menangis. Takda masa yang saya boleh bergurau dan ajak main ba ba chak dengan beliau. Nanti bila tengah hari dia bangun, menangis lagi. Nanti tidur, lepastu bangun lepas asar menangis lagi. Kalau dia tak menangis makna dia tengah menyusu atau mengempeng. Lain takda memang menangis. So, the best way, we put her to sleep. So, bila siang dia dah banyak tidur, waktu malam dia tak mahu tidur dan menangis. 

Kalau dia tak tidur dan senyap-senyap ajak main bergurau senda ke apa, aku sanggup sengkang mata. Tapi bukan macam tu. And to tell you the truth, nenek dengan atuk Nia yang banyak berjaga waktu malam entertain Nia. Sebab aku memang tak tahu nak buat apa dan aku mengantuk. Nanti emak akan kejutkan kalau dia dah tak tahan mengantuk. Aku duduk sambil susukan Nia sampai tersengguk-sengguk. 

Bila tiba waktu malam je, memang aku akan asyik tengok jam. Mula-mula Nia akan menangis start pukul 10-4 pagi, lepastu pukul 9-6 pagi. Kadang-kadang dari lepas Maghrib tu dah mula menangis sampai pagi. Memang tak larat I tell you. Nia pernah sampai muntah-muntah sebab terlebih minum susu. Kami tak tahu nak buat apa lagi, berdukung pun tak jalan, mengaji pun tak jalan. Cara terbaik susukan dia. Lepastu susu lagi, susu lagi sampai overdose. End up muntah lah dia.

Ingatkan dia kembung, bila panggil jiran yang doktor tu dia kata tak. Dah di urut takut dia tak sedap badan, dah bawa jumpa doktor. Dah cuba bagi dia berjaga waktu siang, memang menangis saja. Cuba matikan lampu waktu malam, kot dia tak boleh tidur terang-terang. Takda efek. Cuba tidur dalam aircond, kot dia panas. Semua usaha gagal.

Waktu itu aku asyik menghitung hari, orang kata lepas pantang ok lah dia. Aku memang asyik tengok kalendar Aku tak sabar nak habis pantang bukan sebab nak enjoy keluar rumah ke apa, aku nak tengok Nia tak menangis. Dan unfortunately, walau dah habis pantang, Nia masih tetap menangis macam dulu. Aku dah habis ikhtiar. Waktu itu ada beberapa orang rakan yang bersalin lebih kurang aku. Aku tanya, baby diorang macam mana. Memang diorang kata sabar dulu, lepas pantang nanti semua back to normal. But not for me.

Yang buat aku sedih tu sebab ye lah, kadang mamalong and papalong dia datang nak main-main dengan baby, but she just cry. Nek Ma Tok Abah semua nak kuchi-kuchi, dia menangis saja. Aku pernah mengeluh bila ada orang datang nak tengok baby sebab nanti mesti diorang nak dukung pangku lah apa. Anak aku bukan boleh, Nanti dia terjaga, lepastu menangislah. Apa lagi. Aku sampai nak tutup pintu rumah nak cakap takda orang. Dan aku pernah terfikir nak masuk hospital, so that anak aku ada orang jaga. Tapi bila fikir balik, nanti anak aku menangis orang nursery tak tahu nak jaga, kesian dia. Aku batalkan lah niat tu. 

Pernah MIL aku tegur selalu orang dapat baby kan happy, tapi aku macam tak happy langsung. Aku tak tahu nak explain macam mana. Sampai emak aku tegur, senyumlah sikit. Memang aku dah lupa macam mana nak senyum. Aku depress fikirkan anak aku kenapa macam tu. So, makcik-makcik aku pun sedapkan hati dia kata kalau masa baby susah nak di jaga, InshaAllah nanti besar, senang nak jaga. Ada orang sampai setahun tidur duduk sebab anak dia keep crying all night long. 

Sampai check up Nia umur sebulan tu aku cuak sangat nak bawa dia keluar. Macam mana kalau dia menangis saja masa kat hospital, aku nak handle macam mana. Benda ni berlarutan sampai Nia nak masuk 2 bulan. Satu hari tu aku rasa dah tak tahan sangat. Waktu tu kat rumah in laws, I cried my heart out depan MIL semua. Aku cakap dengan Dak Yang, panggil la Ustaz. Sampai bila anak kita nak macam ni. Lepastu aku call Mak kat rumah and mintak Abah carikan ustaz juga. So memang dua-dua ustaz tu cuba ubatkan Nia and dua-dua ustaz tu said the same thing. Yang itu biarlah jadi rahsia. Sebab kepercayaan orang lain-lain.

Alhamdulillah, nak masuk usia 3 bulan lebih Nia dah back to normal. No more crying at night. Bunda dah boleh ajak dia main-main. Bukak playgym segala, rocker semua dah boleh guna. Am a happy mommy. Semua orang pun happy. Tapi aku belum berani bawa Nia tidur dalam bilik sendiri. Lepas umur 4 bulan barulah aku berani bawak Nia naik atas dan tidur dalam bilik.

Waktu itu memang dah rasa, inilah dia anak aku satu-satunya. Macam tak sanggup nak hadapi episod menangis malam tu lagi. Siap cakap dengan Dak Yang, kalau ini je anak kita boleh tak? Imaginelah betapa traumanya aku waktu tu. I kept saying everyday, cepatlah Nia besar, cepatlah Nia besar. Ya, itulah pengalaman aku dengan baby. the ugly truth. Alhamdulillah, aku belum sampai tahap meroyan lagi. Memang moral support sangat penting.

Sunday, January 26, 2014

FYI

Kisah bersalin saya belum berakhir, selagi belum ada anak no 2 selagi tu kisah bersalin no 1 akan di repeat macam siaran Astro. HAHAHAHA ok not funny. Saya juga pelanggan Astro yang tegar menonton rancangan yang di repeat nam tujuh kali tu like nobody business.

Pengalaman bersalin yang pertama kali ni terlalu banyak yang saya macam regret tak buat. Tapi kan semua Tuhan dah aturkan. Itulah yang terbaik pada masa itu.

1. Tak dapat skin to skin dengan baby 1st time masa dia dilahirkan. In fact, saya tak sedar langsung bila baby keluar, tak dengar pun dia cry for the first time, tak dapat pun nak buat pengecaman baby saya ke girl ke boy. I just missed all the opportunities to be the first.

2. Suami tak dapat cut the umbilical cord. Takda yang signifikan pun. Saja nak suami yang jadi orang yang memutuskan tali perhubungan antara baby dgn mother selama 9 bulan. Sounds gedik enough? But I want it.

3. Suami tak dapat menyaksikan susah payah penat jerih saya melahirkan anak beliau. Bukan nak show off ke apa. Esok nanti kalau dia tak mahu angkat pinggan pergi singki, saya ada bahan nak memomok-momokkan beliau. Like, Haa, pinggan sehelai pun taknak angkat, orang ni bersalin susah-susah yada yada yada. Pasti anda berbisik dalam hati, eii kuat ngungkit. HAHAHA

4. Suami itu dengan rasa tak bersalah telah menceroboh masuk dalam OT sebab nak cari saya (Auwwww) Waktu tu Nia dah di bawa keluar, dia boleh menyelit masuk dalam OT dan cari bilik saya mana satu. Lepastu he bumped into my anesth, lalu anesth yang baik hati explain yang saya sedang di stitch up dan di stabilkan sebab BP terlalu tinggi sebelum beliau di halau keluar semula. BAHAHA

5. Waktu saya dalam OT suami itu bukannya resah-resah jalan pusing keliling macam tak cukup tanah sebab risaukan isteri dalam OT. Dia pergi makan dekat Mbok Siti. Sampai FIL yang call suruh naik sebab baby dah keluar from OT. Sabau je lah.

6. Bilik saya di tulis dengan tanda restricted visitor. Makna dia tak boleh ramai-ramai duduk dalam bilik tu sebab nanti kena halau dengan nurse. Nurse taknak saya stress. 

7. Pada malam kedua, saya menangis nak kan baby sebilik dengan saya sebab waktu dia di nursery emak cerita yang dia menangis sampai biru tapi sorang nurse pun buat tak tahu. Sebak betul dengar macam tu. Menangis-nangis saya minta suami ambil baby masuk bilik. Bila dah ambil, baby menangis, lepastu clueless tak tahu nak buat apa, hantar balik nursery. Sebab saya tak boleh susukan baby dan susu sendiri tak keluar. So sad.

8. Bil hospital saya almost 9K T______T



Pity husband sebab kena tidur situ dengan aircond sejuk dan selimut nipis.
Lepas ni kita kena ambil suite so that you can have your own bed. mihmihmih

 

Tuesday, January 21, 2014

02.09.2012 - Fatihah Rania was Born

It's gonna be super long entry if I have extra effort to elaborate and menggoreng atau ianya boleh berhenti setakat ini sebab saya takda idea pun sebenarnya. Dan sebenarnya entry ini dah diperam sejak 2012. Jadi entry ni dah jadi tuak. Takyah baca lama-lama sangat. Boleh mabuk.

Where do I start?

//
//
//
//
//

Ok. Kisah dia macam ni. Hari Sabtu (1/9/2012) Saya ada check up dengan Dr. Norleen dan pagi itu kami lambat. Konon nak datang awal, nanti boleh dapat appointment awal, boleh balik awal, boleh jalan-jalan dengan Awal (?) Tak sempat nak bersarapan di rumah pun sebab nak kejarkan Awal ni lah tadi (??)

 Sehari sebelum bersalin. Look like Sponge Bob.
Tengoklah tangan dan kaki aku yang ranum itu.

Waktu itu sudah 38 weeks. Waktu itu adalah 14 Syawal 1433.

Oleh kerana Doktor ada pesakit di labour room, saya tak dapatlah awal tadi. Mengambil keputusan nak menjamah breakfast di cafe. Baru nak order, nurse call suruh masuk buat CTG. Tak bagi makan. Ciss ciss ciss. Lapar tahu? Ok tak tahu tak mengapa. 1st time lah waktu itu buat CTG. Bising sungguh bunyi mesin tersebut (selepas hampir dua tahun, aku masih ingat bunyi mesin tersebut. Makna dia aku punya urat bunyi tak putus) Dak Yang pun kena heret sama masuk CTG room. Betapa gediknya perangai tersebut. Nurse bilang ada mild contraction. Nurse suruh mengiring ke sana sini sebab anak tidur. Nurse ingat mudah agaknya nak menterpusingkan badan sana sini, dengan berat yang hampir sama dengan whale. That's not an easy job.

Bila masuk bilik Doktor muka teruja sebab tak sabar nak dengar kot-kot dah nak bersalin ke apa. Dah tak sabar dah nak mendukung bayi sendiri. Tapi masuk bilik Doktor kali ini terlalu banyak kejutan-kejutan yang tak menseronokkan. Mula-mula Doktor sangat heart attack dengan kenaikan berat badan melampau. 8kg in 2 weeks? Gosh, only me can do that. Kemudian doktor offer nak buat VE kot-kot lah dah ada bukaan. Saya pun setuju saja. But, first let me check your BP, and that is how it all begun.

 Never seen before. Scan 3D Nia

BP sangat sky high, walau dah di suruh bertenang, aku pasti aku memang tak tenang. Dah repeat banyak kali masih tinggi. Doktor suggest, alang-alang nak buat VE kita admitted terus lah. Saya taknak, saya nak pi raya lagi. Banyak lagi open house tak pergi. Banyak lagi food belum makan. Saya taknak admitted. Kalau begitu jawapan aku, pasti Doktor boleh naik berang. HAHAHA. Aku cakap, taknak lah dulu. Mak saya takda pun. Doktor risau sebab terlalu bahaya. Mesti Doktor wonder, you yang nak bersalin, apa kaitan dengan emak? Ahh, Doktor takkan mengerti, emak itu backbone saya.

Doktor bagi pulang dengan syarat perlu ambil BP sehari 2 kali everyday starting that day. Maka kami pun pulang dengan gembira. Doktor tanya takda sakit kepala ke rasa nak tumbang ke apa. But am just as healthy as a horse. Kami ke Jusco Bukit Raja dulu untuk beli mana-mana yang tak ada. Sempat lagi beli hadiah untuk Iskandar yang lahir 5 days earlier. Sempat makan Johnnys.


Mummy and daddy to be. Waktu itulah.

Pulang dari Jusco, ketiduran. Bangun dan terus pergi minum petang pula di Pak Long Kopitiam sebelum ke DEMC. Sampai-sampai pergi buat pelaburan dulu. Orang kata kalau nak dekat bersalin memang akan kerap melabur. Saya pun tak pasti sahih atau tak fakta tu. Lepas itu kami pun ke tingkat 4, labour room.

Waktu itu saya cuba bertenang dan tak perlu risaukan apa-apa. Saya pasti BP sudah merendah diri. Takyah nak up up sangat. Takda apa yang mencemaskan pun. Tapi, tak sangka BP saya masih bongkak. Bacaan tak turun-turun. Nurse ni pula pergi report kat Dr. Norleen, memang lah. Sejak detik tu, saya memang tak dibenarkan bangun langsung dari katil tersebut. Terus dipasangkan CTG. Nurse tanya lagi, ada rasa pitam-pitam tak? Saya ok saja. 

Dak Yang terus pergi daftar wad, uruskan beg-beg pakaian saya. Mujur memang dah stand by dalam kereta. Call both parents dan saya pun tersadai seperti dugong atas katil labour room tu. Herghh, benci betul. Bila tengok equipment dalam tu lagilah buat aku rasa nak pitam. 


Saya di pakaikan tag, di tukarkan kepada baju hospital dan di baringkan atas katil. Tak boleh turun langsung. So, bila dalam situasi macam tu sebenarnya buat aku lagi stress. Semuanya out of sudden. Aku tak ready lagi waktu itu. I mean, aku bayangkan dah rasa contraction ke, turun tanda ke, call suami kat Ganu cuak-cuak cakap nak bersalin ke, macam dalam drama tu. Baru nak pi hospital. Barula thrilled. Ini dan dan tu kena tahan. Aku terus lost. Aku tak tahu nak buat apa. Aku tak sempat nak ambil gambar dalam labour room. Takda gambar tengah pakai baju hospital sambil tunjuk perut boyot ke apa. Memang takda.

Malam tu Dr. Norleen datang and check on me. Dia cakap BP sangat tinggi. Sebenarnya aku dah lupa berapa bacaan dia. Dia macam bincang-bincang itu ini dan dia bagi aku beberapa pilihan;

1) Bersalin malam itu juga normal or C-Sect. Dia nak call anesth and paed dan bincang how.
2) Dia induce malam ni dan harap ada bukaan esok pagi dan boleh normally bersalin. Still bahaya sebab bila BP tinggi nanti masa push dia akan lebih tinggi.
3) C-Sect

I opted for no 2. Nak juga bersalin normal, no matter what. Maka saya pun di induce pukul 10 malam itu. Masa buat VE doc cakap memang takda bukaan dan baby masih jauh di atas. Pintu rahim dah lembut tapi. Aku pun menanti contraction dengan penuh debar. Nada. Mil datang bawak segala air ada air akar fatimah, air zam zam, air selusuh. Kembung perut aku minum air saja. Tapi takda rasa juga. Mil bawakkan nasi untuk Dak Yang, aku yang makan pukul 2 pagi. Lapar kau. Lepastu nurse tegur, mana boleh makan nasi. Gila apa. Lapar tahu?

Every hour nurse akan datang dan check BP. Aku berharap sangat BP turun dan aku boleh meninggalkan labour room yang stressful itu. Dak Yang setia menemani kat tepi, tapi pukul 12 lebih tu dia cengkelat kata nak solat hajat ke apa terus hilang sampai pagi. Rupanya pergi tidur kat surau. Mil pun tunggu kat luar rabour room tu. Pukul 5 pagi nurse masukkan pil induce yang kedua. Since memang aku tak sakit dan takda bukaan langsung. Pukul 6 aku dah tak boleh baring lagi. Aku sempat mandi, gosok gigi, solat subuh semua dan siap tawaf bilik tu berapa kali. Contraction dah bermula. Perghh, memang aku tak boleh duduk langsung. Siap berdiri pegang tingkap. Rasa dia memang macam senggugut yang teruk tu.

Sempat aku bermaaf-maafan dengan suami, buat scene syahdu peluk-peluk segala. Lepastu tawaf keliling bilik lagi. pukul 9 doktor datang dan aku yakin aku dah buka at least 3cm ke apa. Ya, berharap itu memang menyakitkan sebab sebenarnya masih 0cm. Bayangkan lah kalau sakit begitu pun masih 0cm kalau dah 10 cm sakit cemana oiii. 

Maka pilihan bukan di tangan aku dah. Doktor kena buat emergency C-Sect lepas induce menemui kegagalan. Aku dah mula menangis waktu tu. Aku taknak operate. Tapi Dak Yang kata takda pilihan. Bila dia terangkan semua prosedur, bagi borang suruh sign. Berjujai-jujai air mata. Automatik dah tak rasa contraction. Terus dia cucuk tangan, pasangkan tube dekat bawah dan aku rasa semuanya menyakitkan. Sakit wei masuk tube tu. Aku cakap, oh macam ni sakit nak bersalin rupanya. HAHAHA. Padahal tu sakit masut tube.

Lepastu aku kena sorong keluar pi OT. Di pindahkan dari satu katil ke satu katil. Benci sungguh. Kat luar jumpa lah ahli keluarga, buat drama tangis-tangisan air mata segala. Sampai depan OT Dak Yang tak boleh masuk. Lagi la nangis. I can say yang aku memang menangis saja pagi tu. OT sangat sejuk. Sangat. Lepastu dalam tu dah ada ramai-ramai orang pakai mask. Lepastu anesth bagitau nak kena cucuk epidural kat tulang belakang. Kena bertenang, bongkokkan badan, peluk bantal. Aku menangis juga lagi. Sakit kot. Sampai 4 kali kena cucuk sebab tak masuk-masuk. Kau bayangkan? Waktu tu one of the staff peluk aku juga sebab dia simpati kot tengok budak ni nangeh tak berhenti. 

Lepastu kaki terus kebas, tak rasa apa. Aku baring, tangan kena letak atas palang tu. Memang feeling Greys Anatomy. Doc Norleen cakap, tenang ye Yaty, Insha Allah takda pape. Aku menggigil, sejuk sampai tulang. Dah la baju hospital seksi. Lepastu aku rasa dia sapu-sapu atas perut. Lepastu aku dengar dia nak test tengok berkesan tak ubat kuning tu. Apa, aku dah tak ingat nama. Aku cakap gila nak toreh orang main test-test. Doc cakap kalau sakit gitau. Arghhhh  seriau betul la. Kalau sakit cemana. Tapi sebenarnya memang tak sakit pun.

Lepastu aku rasa la dia toreh-toreh lepastu dia godek-godek perut aku, di goyang-goyang. Aku cakap sakit la. Dia bukan sakit sebenarnya tapi macam rasa la dia goyang-goyang tu. Lepastu aku dengar Doc Norleen suruh naikkan dos khayal aku. HAHA dan dia cakap, tidurlah Yaty, mesti penat malam tadi tak tidur sangat. And the next thing aku tahu aku memang tidur lena. 

Aku bangun-bangun aku dah ada dalam labour room, aku high kot, tak boleh buka mata, aku tidur balik. Aku try lagi nak bangun, tak boleh gak. Aku cakap pun lalok-lalok tanya suami saya mana? Nurse kata dia balik uruskan uri. Pastu aku tanya saya boleh minum tak? Dia kata boleh. Dia tolong ambilkan air, bagi aku minum, pastu aku lalok lagi. HAHAHA. Aku paksa diri aku bangun pukul 1. Nurse cakap tak boleh naik atas lagi sebab BP aku masih tinggi. Aku masih tak tahu pasal baby aku. Tengok muka pun belum. Bila suami datang, baru aku boleh senyum. Dak Yang cerita dah azankan anak semua. Baby girl. Keluar dari labour room disorong dalam troli tu suara bukan main nyaring menangis kata Dak Yang. Lepastu poop. HAHA

Pukul 3, aku ditolak naik atas baru lah dapat jumpa anak. 1st time jumpa tu memang speechless. Eh, anak aku ke ni? HAHA, siap tak percaya. Lepastu tak pandai nak mushi mushi anak depan orang. Kaku je. Lepastu takda pun gambar dukung anak ke apa. Bongokkan? Masa tu macam blur. Everything was too fast. Still can't absorb. Nurse datang suruh breastfeed. Masa tu picit-picit nipple memang tak keluar setitik pu. Nurse kata bagi je baby hisap biar dia stimulate. Dia ajar perut bertemu perut masa breastfeed. Lepastu Nia pun hisap lah. Pandai dia hisap, tapi takda susu. Lepastu aku rasa macam sakit gila perut aku. Rasa macam rahim mengecut aku terus jerit cakap ambil ambil sebab aku rasa nak campak Nia dah masa tu. Sakit sangat.

Aku punya effect lepas kena epi adalah batuk. Orang lain ada yang muntah, yang pening. Kau bayangkan, dah lah operate, lepastu batuk pula. Aku rasa macam nk tercabut perut. Operate memang sakit. Nak gelak pun tak boleh. Sakit yang tak boleh nak kata. Hari ke 3 akudah kena bangun. Kaki kebas, sebab dah lama tak jalan. Nak turun katil yang senang tu Masha Allah, hanya Tuhan yang tahu. Imaginelah perut kau kena belah. Nak angkat kaki nak buka seluar pon tak boleh. Nasib toilet dalam bilik. Memang aku melakukan segala bisness dengan berdiri. Haihh, memang masih teringat-ingat rasa sakit tu. 

Itu lah dia kisah bersalin aku. Sebenarnya boleh berjilid kalau nak dicerita secara detail. HAHA, Jadi, kita berhenti dulu disini. That's all for now.





Ni je gambar Nia yang Bunda ada masa Nia lahir. Takda pun gambar dengan bunda.
Takda pun gambar fresh from oven ke apa. But, you're still my daughter.
I love you no matter what.
Fatihah Rania bt Mohd Farhan (pembukaan kesenangan)
2/9/2012
11.11 pagi
2.71 kg 54cm

Thursday, January 16, 2014

Can I Have My Rings Back?

Kembali bersiaran. Mungkin saya sedang di rasuk oleh hantu rajin membelog, jadi kita ikutkan saja rasukan tersebut. Nanti, satu masa bila hantu malas kembali menawan, akan terbiarlah belog ini seperti rumah hantu. Aku rasa walau dah sepuluh kali masuk rumah hantu yang dekat Melaka tu, seram dia tetap sama. Stupid. Padahal, ianya hanya sebuah patung yang dimekap hodoh-hodoh, lepastu di pakaikan wig tak sempat sikat dan ditegak-tegakkan untuk mentakutkan kita. Realitinya, kita tahu dia takkan keluar dari sangkar tersebut dan pergi mencekik kita lah bukan? tapi kenapa kita tetap nak tarik-tarik baju orang berhampiran dan mentolak-tolak orang depan supaya jalan laju-laju sebab takut. Paling tak boleh terima, bayar tiket mahal-mahal hanya untuk jalan sambil menutup mata di dalam gelap. Paling tak boleh terima lagi, yang kita pergi masuk walau dah tahu takut tu kenapa? HAHAHA

Aku bersiaran bukan nak mempersoalkan tentang rumah hantu lah haiyyoohh. Tapi, kalau ditanya, apakah perkara yang buat terkesan, efek dari rompakan di rumah tahun 2012 lalu, aku boleh jawap yang aku rindu tahap tak boleh di tafsirkan dengan kata-kata dekat cincin. Cincin pertunangan dan cicik risik.


Benda ni datang secara tak bagi salam. Tengah duduk-duduk nanti secara tiba-tiba aku bermuram durja terkenangkan cincin tersebut. Kadang-kadang aku terbongkok-bongkok macam orang bongok bawah katil dengan harapan cincin tu tercicir masa orang tu tengah merompak. Atau aku selongkar laci-laci dengan harapan sebenarnya cincin tu terselit-selit dekat bawah-bawah tu. Paling tinggi aku boleh angankan, ada catwoman letak balik cincin and lappy aku depan pintu rumah. Ya, terlalu taksub menonton movie memang bawa efek tak bagus.



Aku tak kisah barang-barang lain, aku cuma nak lappy dengan cincin je. Lappy tu penuh dengan semua gambar kenangan dulu-dulu yang aku tak tahu nak cari mana lagi. Kadang-kadang kalau tengah diganggu emosi, tengah bawak kereta tiba-tiba aku jerit, Mak, kita doakan Tuhan dah bagi balasan dekat pencuri tu. Kita harap pencuri tu dah kena lenyek dengan stemroll. Mak aku pun terpinga-pinga sebab menjerit tak bagi salam. Lepastu mak bagi nasihat, kita maafkan je dia, mak taknak tunggu dia keluar dari neraka mintak maaf kat kita. Mak nak masuk syurga cepat-cepat. Oh, macam tu eh? hati aku pun cair secara mendadak, tapi tak berapa saat kemudian, Eiiii, tak boleh maap!!!, tak boleh maap!!!. HAHAHA. Kau faham tak betapa aku ni tersangat berdendam dengan pencuri shialan itu.



Untuk membeli cincin ganti aku fikir berpuluh-puluh kali. Duit tu boleh diguna untuk buat perkara yang lebih mustahak. Aku masih boleh hidup tanpa cincin. Cuma aku rasa jari terlalu kosong. Takda tanda. Ewahh, macam lah ada yang mahu mengorat lagi. Masalah dimengorat memang tak wujud. Masalah dia aku suka sangat dengan cincin tu. Aku yang pilih sendiri. Tunang aku yang bayar. Geddit? Geddit? Ok, sebelum aku mula meroyan lebih baik aku mengundur diri. If only money grows on tree

Sidaian gambar terakhir takda kaitan dengan entry. Saja nak sidai. Bai

Wednesday, January 15, 2014

2013

Walau dah masuk setengan bulan Januari, ada hati juga mahu recap what had happened in 2013. Ketinggalan itu perkara biasa buat penulis. Ada hati nak ikut trend juga perkara biasa. Yang luar biasa adalah kegigihan penulis membuat header baru menggunakan skill photoshop yang sudah berhabuk dan di mamah usia. Sampai nak import gambar pun dah tak tahu apa cara. Tapi buang-buang layer penulis masih tahu. I need to brush up my skill. Walau dah bertahun tak dipraktikkan, ada a few thing yang penulis masih ingat. Tak sangka betul yang penulis ini punya ingatan yang kukuh. Oh, how I missed Poli JB. See, memesongkan entry juga salah satu kelebihan penulis. Kalau tidak dibendung, mungkin penulis boleh twist entry ni menjadi Politeknik JB dalam kenangan. Abaikan.

So far, that header will do.

OK, we started 2013 with travel and holiday. In fact. this year la paling banyak road trip. Planned an unplanned. We went to Bukit Tinggi, Pahang and Bukit Fraser, Terengganu, Cherating, JB, Cameron Highland, Port Dickson, Melaka, Terengganu, Penang, JB lagi. HAHAHA, kalau di bagi pilihan, suruh pergi JB seratus kali setahun pun saya mahu. Terengganu pun dah jadi tempat wajib kunjung. Kalau tak kunjung macam tak complete kalendar percutian. Lagi-lagi main attraction kat Terengganu dah bertambah. Instead of Penyu in Rantau Abang, we had Dak Yang in Batu Rakit. KAHKAHKAH. Ok tak funny pun samakan penyu dengan suami. Scratch that.

Tahun 2013 juga we welcome new family member iaitu anak menakan saya yang pertama Nur Amni Ahmad Zaky.



Rania turn 1 on September and we had a small celebration.


Emak dengan abah dapat pergi haji


Dak Yang's Convocation

So, itu antara big event yang terjadi in 2013. Untuk 2014, kami sedang work on pemilikan our 1st asset. Hopefully come true. Nak bagi Nia rasa naik flight (read: Bunda yang lelebih teringin after 2 years tak merasa menaiki pesawat). Belum ada perancangan untuk tambah bilangan ahli keluarga, kalau rezeki Allah bagi, saya terima - Yaty, 2014. Belum ada perancangan mahu kurus. Kalau boleh memang taknak kurus. BAHAHAHA. Lagi, lagi memblog secara gigih saya malas nak mentanam azam. Nanti azam itu akan terkambus. Boleh tengok entry 2013 langsung tak memberangsangkan. Mungkin akibat kehilangan lappy tahun 2012 buat aku takda hati nak memblog dengan kencang. InshaAllah (tak janji) dengan kehadiran lappy baru dalam hidup, saya akan berusaha sebaiknya. Tengoklah, bulan Januari dah masuk 15 hari, entry saya baru 2. Janji dicapati. 


Wednesday, January 8, 2014

Allergic

Saya memang ada satu pantang yang memang aku pantang betul kalau orang buat.

Pantang dengan shortform yang ala-ala budak-budak cakap tak cukup lidah.

Saya pun naik musykil satu macam sebab kenapa boleh wujud ejaan-ejaan sedemikian rupa. Siapa yang invent benda ni. Ingat trendsetter ke apa tah.

Aq aq lah. Auww auww lah. Tu belum code mixing lagi. huruf dengan nombor bergabung. Ingat tengah berlakon Da Vinci Code ke apa?

And surprisingly, I tought Dak Yang dah terpengaruh dengan budak tak cukup lidah thingy ni.



Kan sendiri rasa nak tanam kepala masuk pasir macam ostrich. HAHAHA.

Moral dia tak payah nak sound-sound suami tanpa usul periksa. Buruk padah dia. Kalau ada depan muka ni mahu kena bahan 5,6 hari.

Posted using BlogPress from my iPhone