Sunday, September 21, 2014

Upload atau Cancel

I noticed lately if I wanna upload something on media social, I will think about it over and over again. Should I uploaded it? Are they gonna find it interesting or they feel like ahh, another showing off session? Memang lah kita tak baik berburuk sangka terhadap orang lain, tapi kita sendiri jangan membuka jalan-jalan untuk orang berburuk sangka pada kita. Membuka jalan supaya orang memfitnah kita lepas tu kita play as victim. IG aku suka aku lah nak upload blablabla (itu contoh). Memang hakikatnya itu IG or fb etc etc etc kau yang punya.. Tapi bila banyak viewers, pastilah akan ada banyak pendapat. Kalau yang memandang itu dari sudut positif, Alhamdulillah. Kalau yang memandang dari sudut lainnya, we cannot blame them. Kalau nak guna ayat IG aku, suka aku, mungkin boleh private kan dan tak perlu ada followers. Hadap sendiri gambar sendiri. Kadang-kadang kita tak perasan, kita nak buat kebaikan, tapi kita sibuk beritahu orang lain, apa yang kita buat. Mungkin, bagi saya biarlah orang lain yang perasan sendiri perubahan kita, bukan kita yang gebang-gebang apa perubahan pada diri kita. Saya takda masalah dengan orang yang nak berniqab, nak melabuhkan tudung, nak menutup aurat mengikut syariah sepenuhnya. Even saya lebih suka dan bermotivasi, tapi saya suka yang perubahannya dalam diam.

Kalau dahulunya di FB itu tempat melepaskan emosi yang tak stabil, gaduh sikit dengan BF, up status emo-emo berlapik, marah dengan tah sape-sape, up status berapi. Ada good news, bersyukur lapik-lapik. Buat orang wondering. Kurus sikit sibuk canang satu dunia (eh). Tapi nanti kemudiannya aku segan dengan orang-orang yang ada dalam FB aku tu. Malu dengan kawan-kawan suami, macam dah menjatuhkan maruah suami pula bila up benda-benda tak tentu hala di FB. Sebab tu aku jarang up status di FB, kecuali aku jalan-jalan atau makan-makan aku suka la up-up sebab macam boleh bawa manafaat pada orang lain je. ke tak? HAHAHAHA

Saya bercakap secara general. Saya juga pernah melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh membengkakkan mata dan hati orang. Macam lah aku seorang yang paling berduit dalam dunia. Masa konvo dulu, tayang beg, kasut, tudung segala. HAHAHA kelakar kalau di ingat-ingat. Tapi sekarang macam fikir 100 kali kalau nak buat. Saya selalu have a respect pada orang-orang kaya yang down to earth habis. Selalu menjadikan mereka sebagai panduan dan kayu pengukur. Macam Vivy, kita tak tahu pun dia bawa kereta apa, kita tak tahu pun kitchen cabinet dia macam mana, kita tak tahu pun dapur apa dia guna, kita nampak dia tukar handbag like everyday, tapi dia takda la kepochi-kepochi upload handbag baru dan caption another chanel of mine (contoh) Aku takda isu dengan orang pakai chanel. In fact kalau aku ada chanel aku akan guna caption yg di atas tersebut. KAHKAHKAH (handbag belum ada, caption dah siap sedia, nampak sangat apa niat di hati). Seperti juga Chika dan my cousin. Just name a few. Padahal they have everything yang best-best branded stuff and yet they decided not to show it off.

Memang pada hakikatnya, seorang aku teringin nak ambil gambar paperbag-paperbag lalu upload cepat-cepat tapi bila di nilai dan di hitung, apa faedah yang aku dapat kalau aku buat ini. Lalu cepat-cepat tekan cancel. Kalau seorang aku yang dulunya, memang upload saja takyah banyak tanya. HAHAHA. Tapi, am just a human being. Bila beringat takda la buat. Cuba dah hilang pedoman esok-esok, lupa la segala azam yang di tanam di pinggir hati. Kalau korang nampak ada manusia losing her mind, komen je bawah tu, haii nak show off ke ni? KAHKAHKAH. Nescaya aku delete komen anda, dan lari menyorok bawah tilam. 

Alaa entry ni takda niat apa-apa, cuma terasa yang diri ini berusia bila mula memikirkan perkara-perkara lagha yang tak bawa faedah kat orang tak yah upload. Tapi maaflah kalau nampak gambar suami isteri berkasih sayang, bercumbu-cumbu sampai orang naik jelik tengok aksi panas. Yang tu takleh resist. Maklumlah, LDM. Kadang-kadang kemesraan kena kasi tunjuk (kat suami je). Padahal takyah pun takpa. Tak mati pun orang lain tak tahu, padahal lebih gembira sebab tak perlu sampai ketumbit mata tengok aksi kau bersama suami. HAHAHA. Tapi kalau video Nia tu memang kena upload sebab Nia adalah penghibur hati beta dan hati-hati yang lainnya. Video dan gambar kanak-kanak aku takda isu. Eh, semua-semua pun kau kata takda isu tadi. 

Jadi, apa isu yang cuba kau ketengahkan?

HAHAHAHA, takda pape. Selamat mengupload.

5 feedback:

Hana Soffelia said...

kahkah gila lawak yati. ye yati. faham2.. ;-p

suezen said...

berfikir sejenak.....

nurul harnani said...

its true. nanie pon sekarang da kurang upload gmbr. mybe sbb fakto usia. hahaha

pet9 said...

Ohh gamba anak anak takpa memang memahami sangat hahahaha.

n0rraslida alias said...

this is true yat! ^_^