Wednesday, September 17, 2014

Rania Travel : Terengganu 2014

Sepanjang 5 jam perjalanan sudah berkira-kira mahu buat live update. Tapi terlupa nak masukkan seorang active toddler dalam perkiraan tersebut. Jangan kata nak semak instagram, nak pegang handphone pun tak dapat. Tak apa, Bunda redho.




Baiklah, ini sudah kali ke 3 Rania ke Terengganu, Bunda dah masuk 4. Satu kali lagi waktu Nia dalam perut tu kita takyah kira lah. Terengganu macam dah jadi tempat wajib kunjung. Walau takda dalam kalendar percutian, Terengganu boleh muncul secara tak bagi salam. Macam yang terjadi sekarang ini lah dia. Asalnya saya mahu bawa mak dan abah naik flight ke Terengganu since Dak Yang tak dapat balik this weekend. Cut the story short, satu keluarga ikut sekali pergi Terengganu by car.

I Love roadtrip. Roadtrip means emak masak our fav food, bertolak early morning, breakfast dalam kereta, berhenti di RnR, beli keropok udang bersama buah-buahan lalu berpesta makan dalam kereta. Ohhh heaven.

Emak bangun seawal jam 12 tgh malam untuk masak semua lauk-pauk. Bila bawak lauk ni boleh jimat untuk lunch dan dinner sekaligus.

Kami menginap di Sarhan Homestay di Gong Badak. Betul-betul bertentangan dengan MRSM Kuala Terengganu. Banglo 4 bilik ni memang complete. Peti ais, aircond, Wifi, mesin basuh, barang masak siap semua ada. Tinggal beli lauk je nak masak apa. Mereka charge RM800 untuk 4hari 3 malam. Yang macam tak best sebab tak dapat stay tepi laut. Ahh, Yaty dan laut berpisah tiada. Pilihan utama saya masih lagi Batu Rakit View Chalet. Tapi apakan daya, nak berlama-lama di sana bersama 4 keluarga boleh mengakibatkan kemusnahan wang ringgit. Seeloknya kalau dah duduk beramai-ramai, homestay pilihan terbaik. But nahhh, kalau duit kau tumbuhnya di pokok, duduklah mana selayaknya.

So, our 1st destinantion for today adalah celup-celup tepung yang terkenal iaitu Pok Nong celup tepung. Sekali lalu depan Pok Nong tu dah tak nampak ayam ikan sotong celup tepung, yang kelihatan selautan manusia menghurung kedai Pok Nong. Memang tak lah nak berhenti, hanya lalu sambil merembeskan ailio berbaldi-baldi. Terus ke kedai yang tak berapa famous dan tak berapa ramai orang. Sampai sana langit memang macam nak runtuh. Tapi kami tak syak apa-apa sebab ada bumbung segala. Tapi memang meleset lah, habis makanan diserikan dengan tempias hujan sampai tak lalu nak makan. Habis lapik meja, pinggan-pinggan semua terbang. Lalu give up dan pulang. Sekarang semua dah bergelimpangan. Nia tak dinner dah selamat tidur. So, want to join the sleepwagon. taa




- Posted using BlogPress from my iPhone

3 feedback:

suezen said...

pok nong tu mmg terbaikkk kan!...tp tu la....selalu rmi org. nk menunggu tuuu..alahaiii

nida-razak said...

kalo pergi terengganu memang wajib makan celup-celup..hehe..

LydSunshine said...

pok nong patut buka cawangan la kalo gitu.