Monday, September 22, 2014

Another Wedding Soon

So, the one and only brother in law of mine got engaged last January. How basi this story and I still want to talk about it. I'll tell you why shortly. 

So last January, kami sekeluarga pergi meminang. Just a quick, short and sweet ceremony. No fancy dais, no MUA involve, no PA system (eh, eh macam mengata majlis sendiri je -__-) So, lepas discuss itu dan ini antara 2 pihak kemudian it's makan time. Ughh, waktu ini memang badan seperti di pam-pam oleh gas helium. Segan aihhh.

 Flower girl sebagai penghias depan pintu sebab tidur

 Our lil family.

Ok ok, sekarang mana orang yang bertunang itu? Kenapa perlu di sidai muka sendiri tanpa rasa segan? Nak tunjuk muka Nia tidur sambil ternganga-nganga. Dari datang sampai dah nak pulang, selamba tidur tanpa rasa bersalah. Terperuklah kami suami isteri kat sudut pintu rumah bersama anak yang ketiduran itu.

 
Jadi, yang berbaju hijau itu InshaAllah bakal biras saya. Dan ini adalah sebahagian dari rombongan meminang tempoh bulan, tak pakai hari sebab cerita dah berbulan yang lalu. HAHA. FYI, Kami sebaya. Eh, ada siapa tanya ke? Takda, saja nak beritahu. Yang berbaju biru pula adalah ibu mertua yang terpaling cantik. Mujur takda ipar perempuan, kalau tak mahu saya tangisi kecantikan dia dan aku pun terasa sekadar dipinggiran. Pemilihan gambar yang ada 2 tona tak sekata ni sebab gambar ni je yang menampakkan aku cantik. Padahal kecantikan aku tak penting pun untuk diperkatakan dalam entry ni. OK NEXT!!!

Gubahan hantaran by Halim

InshaAllah tahun depan khabarnya wedding bells akan berbunyi ting ting ting. Sejak pulang dari majlis ini lah sebenarnya aku berazam yang aku kena kurus. I keep telling myself, Along kahwin je, aku kurus. Padahal yang naik pelamin itu Along lah bukan? Apa akallah perempuan ini yang beriye nak kurus? Sebab takkan lah aku nak kelihatan gemuk seorang diri di atas pelamin bila ambil gambar keluarga. Bikin hilang air muka saja nanti. Biras kemain cantik dan kurus. Jadi, sudah bermula lah persaingan antara Yaty dan bakal birasnya. BAHAHAHA.

Taklah, this is the one and only wedding on my husband's side. Apa salahnya nak melaram sekali dua eh tiga (nikah, sanding, tandang. Yerpp 3). Aku dah siap nak tanya MIL nak tema warna apa sebab dah excited nak pergi tempah baju, sekali Dak Yang cakap, jangan nak buat malu Abang. Ni majlis orang, bukan majlis kita. Sekali mama suruh tempah dengan Halim, padan muka. Cisss suami, suka nak bagi aku mengenang kisah lalu.

What ever it is, selamat melangkah separuh kaki ke dalam family kami. Lagi separuh tahun depan ye.

3 feedback:

suezen said...

jom kurus!....mari la sama2 berusaha.

nurul harnani said...

jom fit. be healthy. nanie pon kena usaha kerasssss.

chaiyok!!

Nafisa81 said...

Warna tema tu penting....senang nak kenal rombongan sendiri