Tuesday, July 22, 2014

The Biggest Loser

Heyya!!

Disclaimer,
Mana-mana diet pun ada pros and cons dia. I know, I know ramai yang mempersoalkan jalan diet yang saya pilih. But trust me, saya dah cuba segala jenis diet yang ada dan ini yang paling berkesan. Mungkin effect dia tak sama pada badan setiap orang, so yeah :D

SEJARAH 'PERKEMBANGAN'
Mari kita berbicara secara jujur dan telus. Berat badan saya mengalami peningkatan sebanyak 30kg sewaktu pregnant. Ye, 30kg itu bukan sedikit. Saya juga hampir menyerupai ibu paus. Kalau saya pergi ketengah laut, tak mustahil anak paus boleh keliru, eh, kenapa ibu aku berada di atas kapal? Kenapa ibu aku menyerupai manusia? Adakah ibu telah di sumpah? Itu kalau lah.

Sewaktu dalam pantang, saya berjaya mengurangkan 22kg. Baby lahir cuma 2.7kg. Yang berkilo-kilo lagi berat apa pun saya belum kenal pasti. Tapi bila lepas pantang, saya pantang nampak. Semua pun saya telan macam ular sawa. Akibatnya saya duduk dalam 7 series sampai lah anak nak dekat umur 2 tahun ni. 

Keinginan untuk menurunkan berat badan itu ada. Tapi keinginan tanpa kesungguhan dan keazaman akan membuatkan kau macam tu je lah. Takda beza. Tengok penimbang pun statik je. Tapi lepastu kecewa, meroyan dan berjanji dalam hati bagai nak rak. Tapi esoknya, makan macam biasa. Macam tak terkesan dengan royanan semalam. HAHAHAHA

 Gambar lama yang selalu buat aku meroyan hilang akal

2009

2014

PRODUK?
Usah di tanya. Produk apa aku tak cuba? Honestly, aku memang pengguna Herbalife sejak belum kahwin. Herbalife berkesan juga untuk aku. Puasa last year aku kurang 5kg juga dengan menggunakan Herbalife secara komited. Lepastu kelaut. SD2 pun pernah try juga. Yang ni belum nampak kesan selepas menggunakan 3 tin. Aku give up. Lepastu aku beli buku Fat Loss Factor from US. Aku try buat Master Cleanse beberapa kali. HAHAHA. Kesannya juga tak kelihatan. Maybe complicated sangat kut. Aku beli E-Book Kevin Zahri pula. Lepastu aku try Advance Slim dan last sekali Slim Best. Mayfair juga daku kunjungi. 

Jadi boleh nampak tak usaha-usaha yang begitu padu tanpa mengenal erti putus asa ni? HAHAHAHA. Tapi macam biasalah, aku yang tak komited. Aku tak salahkan those product. Ada orang cepat turun, ada orang lambat macam aku. Jadi, aku nekad yang bulan puasa kali ni aku nak kembali ke pangkal jalan. Aku nak cuba kurus secara natural tanpa produk.

Kenapa Nak Kurus?
Sebab aku depress. Kalau beli baju slalu tak banyak pilihan, takda saiz. Balik-balik pakai baju tu keluar masuk. Kalau kat H&M sampai shopping area plus size. Mahu tak depress. Lepastu cepat penat, nak jalan jauh malas. Bila tengok gambar lama lagi depress. Aghhh, depress depress!!

ATKINS
Aku kenal Atkins sejak sebelum kahwin. Tapi masa tu komuniti nya kecik je. Aku kenal from blog taknakgemuk.com. Lepastu group FB pun kecil saja untuk cabaran nak kurus sebelum raya. So menu-menu dia tak byanyak dan panduan dia pun tak banyak. So bila my friend, Eca add aku dalam Kelab Diet Atkins recently, aku macam lagi semangat. Ramai gila yang dah berjaya kurus. Dari yang ratus-ratus kg sampai jadi lagi kecil dari aku. So, dari situ aku fikir, eh, tak mustahil la makna dia. Yang penting sabar dan cekal. Sebab memang nak kurus takda jalan shortcut. Trust me. Bila kita tengok hasilnya, memang berbaloi dengan pengorbanan kita.

My Journey
Aku mulakan Atkins secara jitu masa 4 Ramadhan. See, mula pun dah lambat. Biasalah, dalam kepala ni esoklah diet, esoklah. Banyak lagi menu aku belum makan ni. Esok lah. HAHAHA. Sudahnya 4 Ramadhan itu aku nekad, it's now or never. Kata nak baju raya cantik. Kalau tak kurus, macam mana? Sebab suami hanya belikan baju raya bila dah kurus saja. So, masa tu fikirkan apa matlamat nak capai. Memang nangis wei tengok air tembikai merah siap peluh-peluh jejeh kat luar gelas tu. Tapi aku teguk je air masak sejuk-sejuk. Lepastu tengok cekodok udang, mee goreng, murtabak. Telan ayaq lioq baq hang. Tapi jadikan lah itu cabaran. Nanti aku dah kurus, aku makanlah. HAHA. Setiap hari pun aku naik penimbang, tak tipu. Memang ada perubahan, dan aku sukakan itu. Thats what keep me going dan motivate myself. Lepas 2 minggu, cheat day sebab ada iftor dengan Darling Buddies. Esoknya pula iftor dengan family dekat Homst. Boleh je tak yah cheat sebab menu dia ok, tapi aku yang rasa rugi tak makan. So, aku cheat and lagi sehari cheat masa iftor di kampung. Lepastu cepat-cepat insof sebab tengok jarum penimbang dah bergerak ke kanan. Nanti lambat nak capai target. Inch loss memang banyak kurang. Jam, cincin, kain semua longgar. 

Tapi memang kena cekal banyak. Hadap la minum jus timun. Minum green tea campo stevia campo apple cidar. Makan jejemput telur, makan roti flaxseed. Honestly memang rasanya tak sedap, tapi kena ingat balik, yang sedap tu bukan lah diet. Nak berjaya takda jalan mudah. tu je. Kali ni aku yakin aku nak teruskan sampai capai target. Kalau tak sesia lah usaha aku telan benda-benda tak sedapt tadi kan? Ramai yang kata aku cuma hilang berat air je, ada yang kata aku yo yo diet. I just don't care. This is my way. Orang tak tahu kesusahan kita. Orang tak tahu apa yang kita dah lalui. Let them be. 

SO, setakat semalam, aku dah hilang 6.4kg. Memang orang-orang terdekat semua kata tak perasan pun perubahan aku. Yang penting aku tahu, small changes give me some hope. So, I'll never stop. 


Ramadhan 2014

Banyak lagi yang belum turun tu. Lagi-lagi bahagian perut, peha dan lengan. InshaAllah, slowly but surely. Terima kasih kepada para pencabar (especially Darling Husband) Pora, Pona dan Sodok yang menjadi tukang tadah telinga dengar cerita pasal diet aku, kakak-kakak kat sekolah yang akan ingatkan aku kalau aku kembali montel. HAHAHAHA. Moga entry ni jadi ingatan kalau aku lupa diri kelak.

10 feedback:

~ NANA ~ said...

ohoiii kagum weh!

Hana Soffelia said...

Nangis aku baca yati. kagumnya. Aku komen status ko kt diet atkins semalam menyatakan bahawasanya aku sgt terkejut yg ko dh berjaya. no wonder la, ko kurus.

Actually, aku pernah buat diet atkins tp hanya 2 minggu pada bln2 yg lpas. ingt gmbr aku atas feri ko ckp aku dh kurus, haaa time tu aku buat. lepas tu ia kelaut bersama-sama dlm laut aku tinggalkan di Pulau Tioman sana. HAR HAR HAR

Keep it up yati. Buktikan. Insya Allah, kalo aku jeles dengan ko, aku mesti buat jgak nanti. BAHAH!

sarah shamsyul said...

Goodluck babe.i pun after nk 2 thn mmg da buat atkins.alhamdulilah bjaya n hmpir dpt berat y i nak.tp after tu,i da stop atas sbb2 u know why lakn.so teruskan.

Mmg ade pron n cons tp nnti after induction,u da leh seimbangkn smula pmakanan u nnti kn.goodluck k

Norhidayah Rasin said...

congrats yati..moga mak-mak macam kite ni trus istiqomah..haha.

LisaLisut said...

aku kagum poy aku kagumm. kau mmg tabah ahahaha. aku pye diet kalori terpaksa diberhentikan la nampaknya. aku smbung blk thn dpn kehkeh. extra baggage aku nt jd dua kali ganda dr skrg huwaaaa lg kene gigih sobss

fira. said...

aku berbangga kerana dapat menjadi salah satu faktor penyumbang kekurusan ko. same2 poy, same2.. keh keh keh.. sib baik ko credit aku. kalo xpsni aku akan ckp "sudah la poya.. ko pegi gemok sane sorg2." *larikkkkkk*

ps. im so proud of u bebi..

LydSunshine said...

hebatnya

Cik Siti Hajar said...

huiyooo....
inchloss yg amat2 memberangsangkan.. tahniah!

pet9 said...

muka kau kurus sangat lain ok. jangan kurus sangat plis bagi sedap sedap saja..hhahaha pepandai aku nak demotivate ko

mai has said...

ramai saya baca yg berjaya dgn diet atkins ni...nak belajar lebih lanjutlah..bole cuba...hehe