Sunday, July 6, 2014

Rania Travel : KLIA 2 to Ngurah Rai

Bertabahlah semua kerana dibanjiri post tentang Bali. It's now or never. So, I choose now.

Now, shall we continue?

Bentar, bentar. Apa salam gue buat Rangga udah dititipin? Rangga nya lagi ada acara di KL. Pantesan, gue lagi nyeru-nyeru nama dia. Kangen kali. Waduhhh, keren banget sih. Bikin gue gak tidur siang. Malem, gua tidurnya nyenyak terus. Ga ada yang mau namper kan? KAHKAHKAH. *Mohon Pet google translate*

We fly from KLIA 2 for the first time. Hooorahhh. Konon-konon perancangannya gerak awal ke airport supaya ada lebihan masa untuk tawaf KLIA2 dengan jayanya. Macam biasalah. Kita hanya merancang. Merancang itu adalah manusia. Panda tidak merancang. Dia tahu makan buluh saja.

Tried out my new monopod.
I must say, it's a big failure.
Aku benci monopod. Titik.
Sebab monopod boleh membuatkan manusia hilang nilai-nilai kesabaran.
Dak Yang juga sikit hari nak beri sesiku dua kepada isteri sebab asik sua besi kat depan muka dia.

Lepas gedebak-gedebuk check-in beg yang terlebih muatan tersebut, hantar stroller di kaunter tidak bernombor selepas Z barulah kami pergi mengisi perut. Ada ground staff AA dah beritahu yang nak pergi ke gate kami ambil masa selama setengah jam. Pasti nak memomok-momokkan kami agar tidak lewat la tu kan?

Mak Dian bersama Bunda Nia

Oyya, tentang stroller di KLIA 2 sebenarnya tiada masalah besar sebab sudah ada sky bridge. Jadi kita boleh tolak stroller tersebut sampai depan pintu pilot. Lepastu knock knock knock dan minta pilot simpankan stroller tersebut dalam kokpit dia. HAHAHA. Tak tak. Nanti ada petugas yang ambil dan simpankan. Simpan di mana tak pasti sebab bila sampai di Bali, dia keluar bersama oversized luggage. Tapi bila flight from Bali to KL. Kami tolak stroller sampai depan pintu dan dapat juga stroller di depan pintu semula. Gampang bukan? Jadi stroller bukan menjadi isu besar sangat sekarang kalau travel with infant or babie.

Yang menjadi isunya adalah distance dari terminal nak pergi ke gate itu. Bila dah melepasi segala kastam, untuk sampai ke gate pelepasan memang lah ambil masa sampai setengah jam or more. Depends pada cara kita berjalan. Kalau kita jalan ala-ala model atas runway lepastu nak singgah setiap kiosk duty free dalam tu, satu jam pun belum tentu kau sampai. Tapi kalau jalan macam berlari-lari anak antara safa dan marwah, InshaAllah, setengah jam boleh sampai. 

Yerp, kami berlepas from gate Q

Jadi bila dah lepas dari sini boleh sedia untuk berpenat lelah sebelum sampai ke gate Q

Nia with her pet, Mumu. Mujurlah lepas pemeriksaan kastam bawa haiwan ni bersama.

Take our own sweet time observing new airport. 

Apa yang nak dikejar sangat, terlepas satu ada sepuluh flight menanti. Ewah. HAHA

Bff already?

Gambar kenangan dalam skybridge.
Ada uncle cina yang sangat baik hati minta my phone dan mahu ambilkan gambar kami sekeluarga. Say no to racism.

So, Nia macam biasa, dia excited bagai nak rak awal-awal je. Masuk dalam flight, dapat susu sebotol lalu selamat berlayar di alam mimpi. Flight tak sempat take off pun lagi. Jadi selama 3 jam lah tangan ini memangku infant seberat 11kg berkenaan. Sampai keluar muscle dah tangan Bunda. Nak makan pun Dak Yang kena suapkan. Rasa macam tak sesuai ambil seat biasa bila bawa baby. Kena ambil hot seat sebab ruang luas sikit. Mana anak nak tidur lagi, mana kita nak makan lagi. Nak isi form tu lagi. Nak ambil pen pun jadi satu kepayahan. End up, aku give up lalu menyerahkan semua pada Dak Yang. Aku tidur.

Muka budak tidur lena sepanjang perjalanan. Nasib tak mengamuk bila kena kejut untuk turun.

Lepas turun dari flight, kita perlu tunggu bas yang akan bawa kita ke terminal. Agak jauh la juga kalau nak berjalan kaki. So, sampai dalam terminal cari beg lepastu proceed ke kaunter tanpa visa. Malaysia, Singapore apa negara tah lagi. Tak ingat. HAHAHA. 

Waktu ini sangat berdebaran sebab waktu di Malaysia, Pora dah beritahu Pak Dody (Bali Muslim Tour) yang flight kami hari ni dan akan sampai jam sekian-sekian. Haram Pak Dody tak jawab sepatah. Aku dah cuak lebih. Kalau dia lupa nak ambil kitorang macam mana. Kami nak hala ke mana. Kalau dia tipu macam mana. Malunya aku yang beriye ajak semua orang end up semua kena tidur airport dan ada macam-macam negative thinking dalam kepala aku. Bila keluar saja ada like berpuluh-puluh orang yang pegang tanda nama tu. Satu-satu aku tengok. Mati lah mati lah, tak ada pun nama kami. Masa tu yang lain belum keluar pun lagi. Aku melilau-lilau lagi cari Pak-Pak Supir yang pegang nama tu dan akhirnya aku ternampak nama Ibu Zafira. Rasa nak melompat dan peluk-peluk supir tu. Nasib jauh. Dan nasib lagi teringat ada suami di belakang. Istighfar, Istighfar. HAHAHAHA. Lega sangat dah waktu tu. Terus ajak semua-semua menuju keluar. Ecehhh, padahal tadi rasa nak menyorok dalam tandas biar semua tak jumpa. HAHAHA

Nama supir kami Windu. Dia sangat baik dan sangat pemurah dengan senyuman dan sangat gagah sebab berjaya buka stroller Nia dengan mudah dan sangat rajin layan kami yang suka ngomong enggak-enggak.

Adik beradik yang gembira di tengah malam sebab sampai juga ke hotel after long flight. Baru 3 jam, belum 13 jam lagi. Blerghhhh

Good night

0 feedback: