Wednesday, July 9, 2014

Rania Travel : Day 1 Part 2 Pura Tirta Empul - OKA Agriculture - Tegalalang - Jimbaran

Semalam hari yang terlalu mengantuk. Sebab tu tamatkan entry secara tak bagi salam. Dah la tak menggoreng secara penuh. Entry pun separuh masak je. Not funneh at all. Semua mati kebosanan. Aik? Semua tu siapakah? Invisible reader? Perasaan sangat kan kau neh. Mohon Rangga terjumpa blog ini bila dia lagi bosen ga tau mau bikin apa lalu google nama sendiri. BAHAHAHA. Akan ku siapin puisi buat loe ga.

OK OK. Mari kita mengarang secara serius. Gue lagi ngejarin masa.

Pura Tirta Empul

Group Photo di Entrance
They are my travelmate. Abang dan kakak ipar yang berbaju merah dan Ibu Zafira bersama Pak Azam dan Dian Medina.

Setiap kali nak melawat temple di sana, kita perlu ikat kain kuning di pinggang sebelum masuk. Kalau pakaian terlalu seksi untuk di pandang, perlu sarung kain. Bimbang dewa-dewa naik angin lalu halau balik. Ok yang tu rekaan. Baiklah di temple ini adanya air suci yang datang dari mata air beribu-ribu tahun dulu dan tak pernah padam. Air? Padam? Nevermind. Loe pasti fahamlah. Jadi dekat sini tempat raja-raja mandi untuk bersihkan diri. Airnya dah di jampi-jampi oleh pawang-pawang hebat sejak kapan tahu. Jadi air itu sangat suci. Orang period tak boleh masuk kawasan suci ni. But naah, takkan dia nak check pad ye dak? So, it's up to us.

Air suci yang khabarnya tak pernah surut sejak dulu
Tempat ni makin lama makin gede, kata Windu.
Dekat sini dah tak boleh mandi atau apa-apa. Airnya di salirkan ke satu kawasan lain

So this is where you can bathe or anything you wanted to do.
Sebelum masuk perlu bilang-bilang ama yang jaga. Perlu ada persembahan buat dewa-dewanya terus kamu boleh terus kecebur dalam sana. Tak boleh simply datang-datang, buka baju lalu terjun. Nahas kalian.

Sebagai wanita beriman, kami cuman ambil gambar doang.



How it look like inside.
Belakang kami tu adalah tempat upacara keagamaan dia. Tak boleh masuk dan tak boleh ambil gambar. Windu kata yang pakai serban-serban putih tu macam pak kiyai versi mereka.

Maafkan figura gemuk tersebut. Habis terhalang segala informasi penting belakang dia. Hish!

We managed to end the tour dan bergambar di sini. Pintu Bali yang original memang semuanya besar sebelah kaki aku je. Tak kira la pintu rumah ke pintu gate ke apa.

Keluar dari temple ini, kita akan lalu deretan kedai yang macam maze dah aku rasa. Berpusing-pusing. Bau setanggi memang kuat. Banyak yang menarik tapi kena pandai tawar sebab dia letak harga mahal.

NEXT

OKA Argiculture
Jadi di sinilah kita boleh tengok kopi termahal yang dihasilkan dari najis haiwan.
Gross!!

Ada pelbagai jenis kopi yang tak tercapai dek akal. Surrounding dia sangat best sebab kita duduk dalam kebun kopi. Ada banyak lagi tempat kopi macam ni sepanjang jalan ke Kintamani tu. 

Musang ini lah yang najisnya sangat di tunggu-tunggu. HAHA. Dia akan di beri biji kopi merah sahaja. Kemudian, dia makan dan tunggu sampai dia menghasilkan najis. Esok paginya baru najis itu dikutip. 

Biji kopi yang bercampur dengan najis musang. Belum dibersihkan lagi.

Tengoklah makcik sangai biji kopi pun masih menawan dan jelita. Pasti hari-hari mendapat khasiat kopi luwak tersebut.

Menurut majlis fatwa Indonesia, kopi luwak ni boleh diminum. Tapi ya, menurut aku sih, ia nya dari najis hewan. Walau sudah dibersihin, najis still najis. Terpulang pada tekak masing-masing. 


Selepas melawat segala, kita di bawa duduk di pondok di lereng bukit ini. Mereka akan bancuhkan pelbagai jenis teh dan kopi. 

 Saya cuma rasa cocoa, kopi kelapa, teh halia. Tu je kot. Kembung perut nak rasa semua.

Dak Yang tapau kopi Bali bawak balik. I didnt tapau anything. Bukan peminat kopi kecuali kopi setabak. BAHAHAHA. Kat Setabak pun mintak java chip. Pembongak sangat.

Next destination - Tegalalang
Ahhh, pendek kata tempat-tempat di Bali ni semua jauh-jauh. Dengan jalan kecilnya, dengan banyak kenderaannya. Literally, we spent more time on the road. SO, di Tegalalang tak lama sebab padi dah tuai, view tak berapa nice untuk di shoot banyak kali. Lepastu sebenarnya dah tak daya nak turun panjat tangga to get the nice shot. Mana yang ada je la ye.

Naah, one for the album. If only padi tengah menghijau. Mesti lawa. For me, Padi tarrace dekat Tegalalang ni tak berapa nak cantik. Yang on the way ke Bedugul tu rasanya lagi lawa. Dekat Ubud pun sama. Macam dalam cerita Eat Pray Love tu.

Last pit stop for day 1 - Jimbaran
Finally, we had our dinner at Jimbaran. Oh, sangat sedih bila mengenangkan dinner tersebut. Tak kenyang langsung. Tak mengapalah, we had nice view for dinner. Itu pun dah mengenyangkan. (Ayat penyedap hati)

This is Jimbaran. Ada berderet-deret kedai makan di sepanjang pantai ni. Pilih mana nak je.

Makan malam sambil di hiburkan oleh sekumpulan penyanyi yang nyanyi lagu Masih kah Kau Ingat secara salah. HAHA. 

Our dinner yang bisa mengalirkan air mata. HAHA. Celah gigi aku je ni.

Ini adalah moment paling dekat saya dengan pantai. Sangat sadis. Tak sempat pun nak cicah kaki dekat air laut. Apatah lagi nak sunbathing. Oh oh oh, apa rasanya air laut Bali ya? HAHAHA

Tamat sudah perjalanan hari pertama. Gimana ga capek. Sehari sampai 5-6 tempat kami lawat. Sampai hotel semua flat. Konon nak ke spa, konon nak menikmati night life di Bali. Semuanya simpan dalam hati. HAHAHA. Energy level zero. 

Day 2 - more fun! Tungguuuuuuuuuuuuu


2 feedback:

Masy said...

tak merasa makan tepi laut camtu.. huuuuu kene la pegi lagi cemni huhuuhuh

mai has said...

cantiknya bali.tak pernah pegi lagi.harap tahun depan dapatlah pegi.:-)