Monday, July 7, 2014

Rania Travel: Day 1 Part 1- Barong & Kris Dance - Kintamani

Tahukah anda yang cerita Eat Pray Love itu shootingnya di Bali?

Anda tak tahu? Saya baru tahu. Pagi tadi. Sebab baru lepas nonton Eat Pray Love. That is exactly how I'd picture jenis percutian yang saya mahu. Sebab saya punya tahap curiosity yang tinggi. Saya mahu tahu how they live their life. Kenapa rumahnya dalam satu kawasan berpagar dan ada banyak lagi rumah kecil-kecil dalam tu. Mana satu tandas, mana satu dapur? Are they relatives? Ohhh, terlalu banyak yang saya mahu tahu. Saya mahu berbasikal macam Julia Roberts dan jalan keliling kampung. Saya mahu duduk di villa tengah sawah itu. I wish I can spend a month in Bali. Not going to those mainstream places. Just wanna live in the small kampung near small beaches and blend in with the local. Too much of day dreaming perhaps.

NEXT!

Barong & Kris Dance
We were late on our first day. Janjinya 8.30 sebab ada show yang mahu di tonton. What to do. 8.30 Dak Yang tengah mandi lagi. Subuh di sana jam 5.08 dan kami sekeluarga woke up at 7.00 tengok luar dah terang benderang. Yang lain semua dah siap breakfast dan tunggu dalam van kami baru nak terhegeh-hegeh. 

 
Muka-muka late comers.

So, sampai di tempat Barong Dance, show dah setengah jalan. Dapat la seat belakang sekali. Apa cerita pun dah lost. Hadap la tengok orang joget-joget, jerit-jerit. Yang Nia tak habis-habis takut-takut-takut.

This creature makes her scared.
Aku nonton show nya sampai berpeluh-peluh panas, dengan nyamuk lagi dengan tak berapa faham lagi. Herghhh.

Sekarang ni Walid, pompuan tu kena tahan dengan raja sebab raja tu dah kena rasuk dengan hantu jahat. Bilang Nia. HAHAHAH

Gambar dengan hero kena ada. HAHA. 
Nia dalam cubaan nak escape

Untuk Barong Dance ni takda lah scary mana dan masih sesuai kalau nak bawa anak-anak kecil. Kelakar sikit. Siap ada selit cerita Upin Ipin lagi. Sebenarnya dia ada sediakan jalan cerita dalam bentuk kertas. Kalau tak faham boleh baca. Barong Dance cuma ada sehari sekali saja. Selalunya waktu pagi dan duration nya selama 1 jam. Dan dia ada banyak lagi tempat lain. Tak macam Kechak Dance yang di lakukan di tepi laut waktu matahari terbenam dan di temple-temple tertentu. Yang paling famous of cos lah yang di Tanah Lot.  Kami memang tak pergi tengok Kechak Dance sebab dia ada sampai tahap rasuk-rasuk. Soo not going.

Selesai saja tengok show ni, kami teruskan perjalanan ke Kintamani. Ada berhenti di tempat buat batik actually, tapi Ibu Zafira sama Ibu Hidayati tak turun sebab anak-anak tidur. We just stay in the van. Nothing to brag about their Batik. Honestly, Batik Terengganu more more beautiful compare to this one. Plus mahal tak agak-agak. 

 Tak sampai berapa minit perjalanan. 
Macam ni lah rupa 2 beranak.

Kintamani

Jalan ke Kintamani sangat jauh dan berliku-liku dan bumpy. Ye, boleh mengakibatkan sakit badan yang melampau. Bangun,tidur,bangun balik pun tak sampai-sampai. But once you were up there, rasa berbaloi la juga.
 This is Mount Batur.
Gunung berapi yang aktif dan baru lepas meletus


Bawah kaki gunung ada tasik dan yang hitam-hitam tu adalah kesan daripada letusan volcano.
Kalau dalam Eat Pray Love, mereka hiking lalu tepi tasik tu. Kan best daripada memerhati di kejauhan.


Suasana dia sangat sejuk macam Cameron Highlands tu. Tapi di Kintamani ni kali 10 sejuk dia. Tempat makan halal banyak. Makan buffet sambil menghadap gunung. Musolla juga ada. Kami solat disini terus. Air dia MashaAllah, macam nak beku dah tangan ambil wudhu'. Tapi jaga-jaga dengan gadis penjual key chain. Dak Yang terjebak membeli. Mahal!
From Kintamani with love

....to be continued


0 feedback: