Friday, July 25, 2014

In Progress

Macam tak percaya yang this is real. Dulu masa bercinta kan punya angan-angan bersama kekasih, saya mahu lapan orang anak, anak pertama mesti perempuan, nama dia kita letak Nelly Furtado, lepastu anak kedua perempuan lagi. Saya suka anak perempuan ramai-ramai sebab boleh beli baju comel-comel. Anak ketiga sampai kelapan pun perempuan juga. Itu contoh. HAHAHA. Lepastu kita duduk rumah banglo doploh bilik dekat kawasan-kawasan elit saja. Lepastu kita drive Audi A4 A2 AA. Tu bateri. Lepastu lepastu lepastu.

Angan-angan zaman remaja selalu tak realistik. Pfffftttt.

Hakikatnya sekarang, nak bergolok bergadai demi sebuah rumah. Jadi Interior Designer tak bertauliah ni memang payah. Lagi-lagi kalau poket tu tak berapa nak penuh. Tabung Cadbury semua habis dah kena pecah. Kalau boleh mahu rumah look likes istana kayangan dengan Budget sepuluh ringgit.

Whatever it is, this is our home sweet home. Heaven on earth. Biarlah beratap rumbia, still proud of it sebab hasil titik peluh kami berdua.










Nak pilih pintu pun naik juling mata. Why on earth pintu sampai berjenis-jenis.

Honestly, I designed my house dengan memikirkan pencuri boleh masuk tak Yang? Maaflah, wanita masih fobia ini. Tingkap jangan dekat pintu, nanti pencuri boleh buka. Grill jangan bersegi-segi nanti pencuri senang potong. Konon-konon mahu 10 step ahead dari pencuri. Tapi suami mahupun emak selalu ingatkan yang pencuri tu lebih pandai dari kita, sebab tu dia jadi pencuri dan kita tak. Sobsss. Apa-apa pun tawakkal dan berdoa moga dihindari dari pandangan jahat.

Orang excited raya, aku sibukkan rumah. Drive safely peeps!!

Posted using BlogPress from my iPhone

1 feedback:

mai has said...

mestilah rumah lebih penting.hari raya sehari je.rumah nak duduk berhari-hari...hehe