Monday, June 23, 2014

To The Next Level

Finally, selepas pelbagai rintangan dan halangan dan kekangan. Tuhan permudahkan segala urusan. This is OURS


23 Jun 2014

Our own house
Our own crib
Our shelter
Our nest

After months of house hunting. Debating the pros and cons and of course the budget. This will do for now. Lets take one step at a time.

Dari hujung tahun lepas, kami dah mula jadi agen mencari rumah. Asal nampak iklan kat mudah, kami pergi. Asal nampak kain rentang for sale, kami berhenti. Tapi semuanya macam tak sesuai. Either terlalu mahal, atau kawasan kejiranan yang tak berapa nak mesra alam, atau too many dogs atau susah nak melintas jalan. Semua di ambil kira.

Tapi honestly, kalau nak beli rumah memang kena ikut instinct.

Awal ceritanya beberapa tahun dulu, waktu tu rumah ni baru siap dan saya pun belum berkahwin waktu itu. Emak cerita yang seorang Imam ni dah pindah ke perumahan baru tu. Anaknya, seorang doktor belikan corner lot. Waktu tu harga rumah masih bawah 300k. Waktu tu juga dengar-dengar cerita semua unit rumah dah penuh. Saya terdetik dalam hati, if only aku ada duit, nak juga beli sebiji sebab dekat dengan rumah emak. Macam biasalah, anak tak tahu berdikari mana boleh tinggal 2km jauh dari emaknya. Pincang hidupnya kelak.

So, sewaktu dalam proses mencari rumah, seorang suami baru pulang dari masjid dan beritahu jumpa kain rentang for sale dekat taman belakang tu. Jadi, bergegaslah suami isteri tersebut pergi ke sana. Masa tu saya tak tahu lagi area mana suami cakap. Rupanya, kawasan rumah yang saya angan-angan kan tu lah dia. Ada 2 yang kosong. End lot dan sebelah corner lot. Bila di telefon dua-dua memang sangat menghibakan. Yang end lot dia taknak jual kalau setakat offer bawah 400k (HUH!!) yang sebelah corner lot dah ada orang booking. Tapi owner tu kata call balik lepas seminggu. Kecewanya hanya Tuhan yang tahu. Sebab instinct saya rasa that's the perfect house. Love the environment, tak hingaq, bukan depan jalan besar, dekat dengan masjid, kejiranan Melayu. Paling penting dekat dengan rumah emak. That's the main point. 

Kami pulang dengan rasa kecewa. Siap berdoa yang tak baik lagi sampai seorang sohabat tegur, kalau rezekinya rumah itu milik saya, milik saya juga. Tak perlu doakan yang tak baik untuk orang lain. Lalu insaf dan cuba nak melupakan rumah tersebut. Maka saya pun dah ready nak opt for the 2nd choice. Tak berapa gemar sebab dekat main road yang busy dan banyak lori dan susah lintas dan dekat kilang dan 1001 alasan lagi aku ada. 

Tapi yang namanya Yaty itu mana tahu erti putus asa. Lepas seminggu dua saya call balik owner rumah tu so the rest is history. Tak, saya takda menghasut sesiapa. Saya juga tak menggunakan kuasa apa-apa melainkan kuasa doa. fuh fuh fuuuuhh. So, proses sign-sign, naik turun pejabat lawyer, pejabat tanah semua bermula last year membawa kepada this year dan pada tanggal ini segala urusan selesai dan rumah itu officially kepunyaan kami. 

Kepada yang wonder, ini memang bukan rumah baru. Dah siap almost 3 years ago. Tapi takda siapa yang duduk. Pernah disewakan tapi cuma seminggu. Kami beli straight dari owner dia tanpa melalui agen. Betul la orang kata, kalau ini memang rezeki kita, InshaAllah tak lari kemana.

So, let the renovation begin. ID mode on. 

Rumah jiran yang menjadi pujaan dalam diam

Jiranku Pilot. feewwit feewwit. 

Eh. Tak. Tak. Saya bukan puja pilot tu mind you. Saya puja rumah dia. Siap nak tiru colour dan design semua. Lepastu suami menjeling tanpa kata. Speechless a.k.a malas nak layan.

9 feedback:

~ NANA ~ said...

congrats! selamat mendeco...owh dekat dgn rumah mak tu semestinya point penting kan? hehe

Balkidz Hunny said...

Wahhhh semua chanteks dah nak masuk umah sendiri weh!
Selamat mendeco tot nt share gambar pliss!

Shakina Farhan said...

tahniah dear! feeling rumah sendiri tu lain sgt kan..selamat mendeco & merenovate! cantik rumah pilot tu..suke wane kelabu cmtu..

nYomeL said...

Alhamdulillah.. congrats!
Rasa berbaloi penat lelah sume kann..?? Selamat mendeko! :)

Amal Salleh said...

waaa chaiyok !!! kmpem rajin selak impiana etc lpas ni hehehe

Cik Siti Hajar said...

kak yaty.. umah kat klang kan?? area mana ni??

LisaLisut said...

lawaaa umah pilot tu. kau ni kelako kalau bercerita kt sini kehkeh

Rilla said...

Congrats! Selamat mendeco!
Feewit jugak kat rumah pilot tu. Luar je dah lawa..dalam cam mana lah

Hidayati Farhan said...

nana - tq2. haha. memang point penting

kidz - haha semua chanteks da berumah tangga. cepat balik sini. boleh deco2 umah juga

kina - tq. tu la dia. umah pilot tak tertanding. huuuu

nyomel - tq2. tuh la. lega dah berumah. hahaha

amal - selak je la mampunya. haha. tq

hajar - ni area sg pinang, batu belah. tau ke? hehe

sodok - nnt dtg umah aku jgn nk usha pilot eh

rilla - haha, tq2. tu la dalam dia cannot imagine