Tuesday, June 24, 2014

Rania Travel : Bali - Prolog

Bagaimana permulaan cerita ini?

Semuanya bermula dari nawaitu. Nawaitu seorang wanita yang depressed sebab dah lama travel tak menaiki pesawat. Last time I checked my passport, we went to Phuket for our honeymoon. It was three years ago. Jadi, saya macam bernekad mahu ke Bali this year. Walau petir datang menyambar, Bunda takkan berundur. Phewww, betapa nekadnya Bunda tersebut. *tumpang lalu Kok Ping*

Kenapa Bali? Sebab masa honeymoon dulu aimed sangat mahu berliburan ke Bali, tapi ya uangnya dikit banget. Mau apa enggak, kita harus milih ke Phuket duluan. Bila uangnya udah deras kayak sekarang, ya baru kita main ke Bali. *sinetron sebabak*

Jadi saya suarakan niat murni ini kepada Pora pada tanggal 31 Dec 2013. Lalu Pora bersetuju. Kami cuba menghasut Lisut dan Pona juga. Cubaan menghasut Pona sangat gagal sebab dia seorang wanita berjiwa kental. Cubaan menghasut Lisut berjaya, tapi dia boleh fly dulu bersama keluarga dan tinggalkan kawan-kawan. Sampai hati kau Sot. All in all, perancangan setengah tahun kami menjadi kenyataan. *jumping jack sambil bersorak-sorai*

Bagaimana seorang traveller budget seperti kami merancang? Mula-mula kami target dulu bulan berapa nak pergi. Make sure semua orang boleh cuti. (The hardest part!) Especially me. Sebab kalau tak cuti sekolah, memang agak susahlah saya nak pergi berjalan-jalan waktu weekdays. Dan selalunya tiket flight akan melonjak-lonjak macam hilang akal punya harga bila cuti sekolah. Tapi tak sangka pula kali ni boleh dapat tiket murah waktu school holiday. Its a good sign. HAHAHAHA

Saya beli tiket asas dulu. Dengan Air Asia kan banyak add-on nya. Jadi, kami tolak semua sekali sebab nak secure kan date. Saya plus suami plus infant plus seat kami dapat RM 892. Kemudian baru lah beli luggage 20kg plus meal pergi balik plus insurance dan total semua RM1155.05. Kalau nak travel tapi tak berapa nak ber-uang kepok-kepok dalam poket tebal-tebal sampai dompet tak boleh katup, beginilah caranya.

Untuk ground package, kami ambil Bali Muslim Tour. Link tak di attach bersama atas alasan mata sudah mahu melabuhkan tirainya. Kami percaya mereka sebab my lil bro dah pernah guna khidmat mereka sebelum ni. So, urusan ini saya serahkan pada my travel mate. Dia yang whatsapp dengan Pak Dody tentang segala benda. Saya tahu request itu ini saja. Pity Pora. Bahahaha. 

Bali Muslim Tour charge per person 600++. Depends pada hotel yang kita duduk. We choose to stay at Wina Holiday Villa, Kuta. So total kami berdua 1200++. Ini termasuk Hotel for 4 days and 3 nights, tiket-tiket, makan-makan, pengangkutan dan simcard sana. Itinerary boleh di adjust ikut suka hati kita. Rasa-rasa tempat tu tak menarik, kita takyah la pergi singgah. Kita takyah fikir-fikir dah. Semuanya di tanggung beres. Kami dapat driver yang gagah lagi ganteng. Asik banget. HAHAHAHA. Bali Muslim Tour cuma minta deposit 20%. Bakinya boleh bayar di sana kelak.

Gampang bukan? Kita cuman perlu bawa uang buat beli oleh-olehnya doang. Yang lain-lain kagak perlu dipikirin. Serahkan saja ama yang pakar. Sebelum gue ngomong yang enggak-enggak, gue stop disini dulu. Kapan-kapan gue curhat lagi. Sampai ketemu. Titipin salam gue buat Rangga. *kan tetiba*

6 feedback:

pet9 said...

lisut backfired pergi dulu hahahahahah. waduh puas aku cuba memahami perenggan last itu merangkak2 aku menbaca nya hehehe

LisaLisut said...

hahahah aku xmampu melawan takdir pet.

ni blogger indonesia ke malaysia ni hahaha

safurara said...

wahhh bestnya! bila lah agak nya dpt pegi bali.

Balkidz Hunny said...

masa lepas lisa pegi ko pun pegi, aku dah ckp dalam hati ni demam segeng kengkawan nak pi bali ke hape dah semua pegi bali? HAHAHA
ok lah kan. dah pegi. daripada survey harga tiket JE!

sk said...

hahaha tergelak aku baca komen si balkidz hunny ni. hahahha

Hidayati Farhan said...

haha, gigih pet. good job.

ahh lisut memang ah. suka lupa kawan2. hahaha

inshaAllah soon la tu rara. hehe

kidz, ni planning bersama awlnya. tp da x jd bersama dah. hihi. saya mmg survey tiket JE x sangka terbeli. kihkih

haha kidz suka nganjing