Tuesday, January 28, 2014

Pantang Days dan Luka Czer.

OK, dalam banyak-banyak segmen cerita bersalin ni, mana yang korang tak mampu hadap? Segmen mabuk waktu preggy ke, segmen contraction nak bersalin ke, segmen kena jahit ke segmen kena jaga baby? Segmen teka bunyi tak masuk cerita, boleh keluar sekarang.

As for me, saya taknak hadap waktu berpantang. Boleh? Bagilah bersalin 10 kali (eceh, bukan macam dah serik ke entry kemarin?) saya sanggup Insha Allah. Tapi jangan lah bagi saya lalui proses pantang itu. Rasa macam hidup di bumi yang terasing dan gersang. Sounds desperate much?

Saya memang rasa, waktu dalam pantang ni, jam pun bergerak lebih lambat dari biasa. Trust me. Rasa macam dah lama sangat berpantang, kira-kira haribulan baru sepuluh hari. Padahal kau belek kelendar sehari lima nam puluh kali. Kira balik hari tu, eh betul ke aku kira ni? Macam tak cukup jari je. Bukan patut dah habis pantang semalam ke? Haa, macam tulah monolog hari-hari dengan kelendar. Stressful I tell you.

Makanan saya memang strictly ikut makanan orang berpantang, takda goreng-goreng, takda pedas-pedas. Hari-hari pun lobak putih yang bau dia tak berapa molek. Ikan haruan rebus dengan halia or ikan bakar, tempe bakar, tauhu bakar. Bilis pun di sangai sebagai perasa. Tapi aku ratah bilis tu macam snack. Gigil weii tak dapat makan jajan. Bilis pun jadi. Breakfast pula, biskut cicah susu anmum lacta. Takda air sejuk. Takda maneh-maneh. Sampai satu hari aku rindukan kemanisan, lepastu tanya mak, tak boleh ke makan buah? Kepala pusing tak dapat benda manis, macam Mat Pit gigil tak dapat barang. HAHAHA. Barulah mak bagi makan orange. Lepastu orange tu limited tahu. Separuh per serving. Aku punya terkam orange tu macam apa. Nikmat dia dapat makan orange sampai tutup-tutup mata. Dapat bayang tak?

Saya berpantang makan sampai 60 hari sebab mak takut nanti kalau makan pedas-pedas anak kembung, kalau minum air sejuk, anak selsema. Apa kita makan memang akan efek anak. Sebab tu mak jaga betul apa yang saya makan. Tapi saya tak mintak banyak, dapat makan maruku pun dah nikmat lepas pantang tu, HAHAHA. Pantang you-know-what sampai 100 hari.

Waktu di hospital memang lah tak mandi. Nurse lap-lapkan badan, tukarkan pad, tukarkan baju hospital, ganti lapik dan cadar semua. Malu tu memang dah tak tahu letak mana dah. Balik dari hospital, memang dah ambil Makcik Pah tukang urut ni untuk seminggu. Seminggu itulah dia uruskan saya dan baby. Pagi-pagi mandi, emak dah siap rebuskan air akar-akar segala dengan serai wangi. Lepastu nanti dia akan mandikan saya.

Tempat jahit tu saya cover dengan kain batik. Tapi dua hari awal tu, masih ada plaster (aku tak tahu apa nama) HAHA. Lepas dua hari, nurse DEMC akan datang dan check luka, dia akan buka balutan tu dan dia tanya nak spray denga water proof tu tak. Haruslah aku nak nak nak. Aku masih ngeri-ngeri dengan luka tu. Alah, kau bayang lah jari luka kena pisau kalau kena air lepastu pun kita macam menyeringai kan? Bayanglah perut yang kena belah. Ahh ngerilah nak bayang. Luka Czer tu memang saya tak berani tengok sampailah dah berapa bulan. Lepastu nurse ajar suruh bersihkan pakai alcohol swab everytime lepas mandi dekat area luka supaya takda kuman berani nak beranak pinak dekat area tu. Memang sensitif, dengan perut berlipat, berpeluh, lepastu kena minyak urut. Tempat tu perlu di jaga rapi.

Ada satu cerita kelakar, rasa macam dah cerita, tapi takpa, nak cerita lagi. Masa baru-baru balik rumah, makcik urut memang cakap dekat hujung tempat czer tu ada benang hitam macam terkeluar. Alaa macam benang terlebih kalau dekat baju tu. Tapi saya tak bagi sesiapa pun usik. Memang bahagian jahit dekat dalam, lepastu dekat perut tu dia cuma gam saja. Gam? Ya kasihan perut aku kena gam. Lepastu, lepas sebulan ada appoinment dengan doktor, dia nak check rahim dah kecut belum, luka jahitan elok tak. Lepastu dia nampak lah benang yang terlebih tu. Dia tanya, eh kenapa tak tarik je benang ni? Dah boleh tarik dah, takda pape. Saya tak berani doktor. Meh saya cabut, aku menjerit sungguh waktu tu, JANGAN, JANGAN. Aku bayangkan macam orang jahit jelujur tu, kalau kita tarik hujung sini, semua jahitan terbuka. Aku bayangkan perut aku terburai je waktu tu. Bad imagination, Bad. Doktor gelak-gelak je cakap benang ni dah reput la. Phewww. Perut aku masih dikedudukan asal.

Oyya, saya teringat satu pesan dari doktor, kalau kita czer, jangan minum pati ikan haruan, gamat dan adik beradiknya. Sebab dia kata pati-pati ni ekspress. Kandungan garam tinggi. Memang luka luar cepat kering, tapi luka yang dalam belum tentu. Perut kan ada berlapis-lapis. Lepastu, doktor kata kalau minum pati-pati ni, tempat luka tu akan membukit ada daging lebih dan tak cantik. Dia sepatutnya rapat macam tu saja. Takda daging lebih-lebih atas luka tu. Kalau mahu, makan ikan haruan fresh yang dimasak. Bukan pati-pati.

Ok, kembali kepada makcik, nanti lepas mandi, dia akan urut satu badan, lepastu bertungku berparam berpilis dan berbengkung. Ya, saya berbengkung. Pakai yang czer punya bengkung. Tapi kenapa perut kau masih flabby Yaty? Jawapan dia sebab aku bengkung ikut suka aku je. Lepas makcik pakaikan kemas la, bila dah ke tandas nak pakai balik malas. Dan padan dengan muka sendiri. Tiap kali mandi makcik akan cakap, kena kuat semangat, jangan takut-takut. Dengan tiupan semangat tu, lepas 3 hari, aku dah mandi macam biasa. Takda tutup-tutup tempat czer tu. Siram satu badan.

Lepas seminggu, mak sambung rutin makcik, mengurut, memparam dan mempiliskan aku. Dan aku dapat sedikit hadiah dari mak

Kena tungku batu yang panas

Aku masih berstokin dan bersweater dan tak boleh kipas direct. Lepastu aku bengang sebab ketiak hangit macam ada bangla duduk sebelah je rasanya. Sebab panas dan berpeluh dan tak boleh pakai deodrant, memang hangitlah. Tapi aku takda lah duduk bersandar kat tiang tegak-tegak dengan kaki lurus, sebab aku kan czer. Ramai juga orang-orang tua yang datang melawat dan bising-bising sebab aku dengan selamba bersila macam tak ada apa

Sembelit? Memang ngeri tiap kali nak pergi tandas. Aku memang bertapa berjam-jam dalam tandas. Ubat sembelit memang ada, tapi tak berani nak makan sebab nanti aku takut tak pandai nak membuang sendiri. Menangis-nangis aku dalam tandas. Since aku takda luka di bahagian bawah, aku baik-baik saja. Takda rasa ngeri nak meneran ke apa. Cuma tak sanggup lah nak sembelit tu. Tak luka pun, perit kot.

Oyya, setiap kali nak melabur, saya akan naik bilik sebab tandas duduk. Lepastu saya akan rindu dengan keadaan dan suasana sebelum ada anak. Rindu nak tidur bilik sendiri, rindu dengan rutin-rutin sebelum ada anak, rindu suami. Ohh, memang rindu sangat. Saya rasa macam mengabaikan suami 100% masa dalam pantang. Sampaikan bila dia balik hujung minggu saya minta dia pegang tangan saya waktu tidur. Memang ada rasa nak turned back time. Nak zaman hidup berdua. Tapi cepat-cepat istighfar, chin up and look forward. Ada anak itu bukan bebanan, tapi anugerah yang takda ganti.

Memang ada rasa rindu nak preggy lagi, nak bersalin lagi. This time (bukan sekarang) I've decided nak bersalin normal (dengan izin Allah) macam nak try pergi PPUM or Selayang yang pro VBAC (Vaginal birth after C-Sect) Kalau boleh normal dekat DEMC saja, then DEMC it is. Semua-semua pun Allah dah tentukan, bersalin mana-mana pun saya OK saja sebab Petronas cover. mihmihmih.

Cerita macam tengah preggy saja. Memasang angan-angan tu kan free.

18 feedback:

Asz Miza said...

i kena paksa makan pati haruan bagai tu..dan akibatnya parut czer ku menimbul huduh je rupa..padahal yg suh makan tu org yg dah beranak czer 2x..aku syak dia nak sabotaj aku kasi perut huduh cam dia..hahaha

LydSunshine said...

segmen yang paling saya tak mampu nak hadap ialah waktu alahan. muntah kuning sgt penat. loya pun sgt tak best. saya berpantang saya suka je. mungkin berpantang bersalin normal lain dgn bersalin czer. saya takde la kena makan ikan haruan. minum pati je. tu pon 6 botol je. pati ikan haruan polleney rasanya sungguh malapetaka. huhu. tapi tak dinafikan, waktu berpantang, rindu sgt kt suami. sbb biasanya kita hanya berdua. tetiba jadi bertige.

yUmiE AzuRa said...

aku ingt mak aku dh straight dh.rupenye mak ko lg straight.hahaha
aku xtahan nk gelak oii bce cite ko ni poyati..

Zaffan Arifin said...

insyaallah yati, 2nd baby bole normal.. kawan affan ada yg baby 1st dia caesar, then utk 2nd baby dia memang berazam nak bersalin normal.. dapat :) yg ketiga pun sama.. cuma dia x tahan sakit, dia still amik epidhural..

LisaLisut said...

HAHAHAHHA ko ni kalau buat lawak tulis blog mmg no 1. xboleh blah kelakar. tp tp tp aku rs ngeri dgr luka benang terburai whats thattt ughhhh. seriau aku dgr. at least ko nk berak xrs tkt kt bwh tu. aku nk berak pk byk kali weiii sbb bwh tu.tp ns baik kuasa allah taik lembut je xsembelit ngahaha. dah yati dah.aku seriau baca. nsb baik kelaka hahaha

LisaLisut said...

HAHAHAHHA ko ni kalau buat lawak tulis blog mmg no 1. xboleh blah kelakar. tp tp tp aku rs ngeri dgr luka benang terburai whats thattt ughhhh. seriau aku dgr. at least ko nk berak xrs tkt kt bwh tu. aku nk berak pk byk kali weiii sbb bwh tu.tp ns baik kuasa allah taik lembut je xsembelit ngahaha. dah yati dah.aku seriau baca. nsb baik kelaka hahaha

Hana Soffelia said...

Rasanya tak patut gelak kot time ko tgh pantang ni yati oii tapi aku nak gelak gak. HAHAHAA lawak ok tang benang hitam nak tercabut tu. memang ngeri kan. Macam aku jahit bawah, benang tu akan tercabut sendiri. Waktu tgh wee wee tgh2 ada benang hitam terjatuh. Kalo kena tarik sendiri memang aku ngeri gak la yati dahlah masa jahit miss V sakit gila2 ok. Aku ngeri tang jahit. Contraction is ok.

Lain org lain kan ujiannya. aku suka gila masa berpantang. ngeh2

Allene said...

sound ngeri....

tp bab terabai laki tu mmg...
lin sampai rindu sgt, suh dia tidur kat sblh... sbb nk pgg tgn. padahal ank da 2....

Shakina Farhan said...

sepp2! mmg la seram je nk bersalin tp sakit tu sehari je..berpantang berhari2..lg2 time raye..aduiii..hahaha

Rai said...

baca blog yati kol 1 pagi kelakar la! huhu strict nyer mak yati xle makan buah bagai? bestu tak minum milo and horlicks ke? agagaga gila ketar lutut tak dapat benda manis 1 ari haha

pet9 said...

babe kalau ko nak beranak kat selayang aku ada good experience kat situ. tapi kat situ semua nak cepat je. lepas operate tu dia x bg tidur..dia suruh gerak jari kaki sampai gerak baru dia hantar kat wad...pyscho wey otak dah bg signal suruh gerak tapi kaki taknak gerak. pastu aku tidur the whole night esok pagi nurse dah suruh bangun pi bilik air sendiri katanya czer ni jangan manja2 sangat...ngeriii turun naik katil bagai...and yes you are right, aku nak pregnant tapi time pantang tu adui...memang mencabar sangat kan

R.R.Z said...

nice!
sy baru berpantang hari ke 29..cser gak.
dok dgn mak mmg strict..nak2 plak mak jenis org lama / tradisional gitu. bezanya tang makan sodap2 dimasaknya. mmg bersungguh tanya doktor ape yg x boleh dan apa yg boleh... 10 jam lepas bersalin dah teguk nescafe panas..wohh heaven bagi sorg penagih kafein seperti sy..so far part mandi tu. bangun2 dr 6 jam tu da meroyan nk mandi..rase mcm superbusuk..tp balik rumah mak bungkus2kawasan jahitan tu. xnak kena air..sudahnya hari ke 4 sy dah xsnggup berbalut..luka pon sy xmo tgk.lepas mandi lap2 terus keringkan pakai hairdryer..payahla perut berlapik..sobbss..sy x pakai bengkung lg..nervous dok imagine masuk kerja perut mgeleber
:-(

Balkidz Hunny said...

Ranking aku ialah tak sanggup nak rasa kene jahit, nasib no2 tak kena.
pastu tak sanggup pantang tu yer jugak.
oii aku pantang makan 100 hari kot. ais takleh, sayur2 berangi xleh, pedas takleh, ehem lagilah laki aku bukan ade pun. haha

Cik Rina said...

Saya search Altelia Amani, pastu jumpa entri awak time cari baju kawen. Pastu tertarik nak baca entri baru :)

Saya takde anak lagi, tapi pernah operate remove fibroid. Dr buat C-sec, so kena pantang gak mcm orang beranak. Masa tu dah bayangkan, caner lah orang beranak C-sec nak urus diri sendiri, pastu baby lagi. Pati haruan memang tak minum. Kawan dah bagitau awal2 nanti tumbuh kulit lebih menghodohkan parut.

Pastu saya beli set pantang Shaklee. Bekas jahit bikini line tu memang elok, takde jd hitam. Sekarang almost 2 tahun tak nampak kesan.

Pastu saya jd member & jual Shaklee. Sesape nak beli vitamin bole contact saya, Cik Rina 012.6646778

Nafisa81 said...

Benang ujung tu boleh tarik rupanya ye...sungguh mengerikan...

ummu aisya said...

Perkongsian yang sangat bermanfaat.

Tips Luka Czer Cepat Sembuh

aimie suyat said...

Nice sharing !
Suka baca pengalaman orang, lepas tue banding dengan diri sendiri.
Hihi..

Rupanya tak jauh beza pun.
Serik dah rasa beranak kena bedah.
Masa perut kena kelar memang tak sakit, nak jaga lepas tue memang kena teliti & extra care.
Paling tak tahan, nak kena paksa diri untuk jalannn..
Huwaaaa ~

aimie suyat said...

Nice sharing !
Suka baca pengalaman orang, lepas tue banding dengan diri sendiri.
Hihi..

Rupanya tak jauh beza pun.
Serik dah rasa beranak kena bedah.
Masa perut kena kelar memang tak sakit, nak jaga lepas tue memang kena teliti & extra care.
Paling tak tahan, nak kena paksa diri untuk jalannn..
Huwaaaa ~