Thursday, January 16, 2014

Can I Have My Rings Back?

Kembali bersiaran. Mungkin saya sedang di rasuk oleh hantu rajin membelog, jadi kita ikutkan saja rasukan tersebut. Nanti, satu masa bila hantu malas kembali menawan, akan terbiarlah belog ini seperti rumah hantu. Aku rasa walau dah sepuluh kali masuk rumah hantu yang dekat Melaka tu, seram dia tetap sama. Stupid. Padahal, ianya hanya sebuah patung yang dimekap hodoh-hodoh, lepastu di pakaikan wig tak sempat sikat dan ditegak-tegakkan untuk mentakutkan kita. Realitinya, kita tahu dia takkan keluar dari sangkar tersebut dan pergi mencekik kita lah bukan? tapi kenapa kita tetap nak tarik-tarik baju orang berhampiran dan mentolak-tolak orang depan supaya jalan laju-laju sebab takut. Paling tak boleh terima, bayar tiket mahal-mahal hanya untuk jalan sambil menutup mata di dalam gelap. Paling tak boleh terima lagi, yang kita pergi masuk walau dah tahu takut tu kenapa? HAHAHA

Aku bersiaran bukan nak mempersoalkan tentang rumah hantu lah haiyyoohh. Tapi, kalau ditanya, apakah perkara yang buat terkesan, efek dari rompakan di rumah tahun 2012 lalu, aku boleh jawap yang aku rindu tahap tak boleh di tafsirkan dengan kata-kata dekat cincin. Cincin pertunangan dan cicik risik.


Benda ni datang secara tak bagi salam. Tengah duduk-duduk nanti secara tiba-tiba aku bermuram durja terkenangkan cincin tersebut. Kadang-kadang aku terbongkok-bongkok macam orang bongok bawah katil dengan harapan cincin tu tercicir masa orang tu tengah merompak. Atau aku selongkar laci-laci dengan harapan sebenarnya cincin tu terselit-selit dekat bawah-bawah tu. Paling tinggi aku boleh angankan, ada catwoman letak balik cincin and lappy aku depan pintu rumah. Ya, terlalu taksub menonton movie memang bawa efek tak bagus.



Aku tak kisah barang-barang lain, aku cuma nak lappy dengan cincin je. Lappy tu penuh dengan semua gambar kenangan dulu-dulu yang aku tak tahu nak cari mana lagi. Kadang-kadang kalau tengah diganggu emosi, tengah bawak kereta tiba-tiba aku jerit, Mak, kita doakan Tuhan dah bagi balasan dekat pencuri tu. Kita harap pencuri tu dah kena lenyek dengan stemroll. Mak aku pun terpinga-pinga sebab menjerit tak bagi salam. Lepastu mak bagi nasihat, kita maafkan je dia, mak taknak tunggu dia keluar dari neraka mintak maaf kat kita. Mak nak masuk syurga cepat-cepat. Oh, macam tu eh? hati aku pun cair secara mendadak, tapi tak berapa saat kemudian, Eiiii, tak boleh maap!!!, tak boleh maap!!!. HAHAHA. Kau faham tak betapa aku ni tersangat berdendam dengan pencuri shialan itu.



Untuk membeli cincin ganti aku fikir berpuluh-puluh kali. Duit tu boleh diguna untuk buat perkara yang lebih mustahak. Aku masih boleh hidup tanpa cincin. Cuma aku rasa jari terlalu kosong. Takda tanda. Ewahh, macam lah ada yang mahu mengorat lagi. Masalah dimengorat memang tak wujud. Masalah dia aku suka sangat dengan cincin tu. Aku yang pilih sendiri. Tunang aku yang bayar. Geddit? Geddit? Ok, sebelum aku mula meroyan lebih baik aku mengundur diri. If only money grows on tree

Sidaian gambar terakhir takda kaitan dengan entry. Saja nak sidai. Bai

3 feedback:

Anonymous said...

haha maseh kelako entry awak kali ini.tapi saya spotted sesuatu. Nia ke yg dlm gamba2 awk tu. macam nia pakai tudung awning dan berjari stoberi. .

gadisBunga™ said...

sabo beb...sabo! cuba tengok balik gantian yang lebih best yang Allah dah beri. pasti ada kan...? :D

shafika fieka said...

sgt kelaka cerita kali ni..naseb baik sorg2 jer dlm opis ni..heheh