Monday, January 27, 2014

Baby Blues

Honestly, the main reason kenapa entry pengalaman bersalin Nia way too late sebab saya berhadapan dengan baby blues yang dahsyat I tell you. Ok saya cuba buat entry ni tak berbaur kelakar sebab ianya memang tak kelakar langsung kalau di ingat.

Handling baby for the first time is not an easy job. Tiba-tiba ada tiny little baby yang bergantung hidup dengan kita. Dan handling baby dalam pantang memang sangat mencabar. Honestly, Nia adalah baby yang menangis dari malam sampai ke subuh. EVERY.SINGLE.DAY Sebab itu saya memang takda hati nak mengerjakan blog sewaktu dalam pantang.

Waktu itu memang aku rasa kusut sangat. Memang tak terurus. Nia selalunya akan bangun lewat sebab semalaman tak tidur. Setiap kali Nia bangun aku akan nervous sebab aku tak sanggup nak dengar dia menangis. Nia kalau celik-celik mata memang menangis. Takda masa yang saya boleh bergurau dan ajak main ba ba chak dengan beliau. Nanti bila tengah hari dia bangun, menangis lagi. Nanti tidur, lepastu bangun lepas asar menangis lagi. Kalau dia tak menangis makna dia tengah menyusu atau mengempeng. Lain takda memang menangis. So, the best way, we put her to sleep. So, bila siang dia dah banyak tidur, waktu malam dia tak mahu tidur dan menangis. 

Kalau dia tak tidur dan senyap-senyap ajak main bergurau senda ke apa, aku sanggup sengkang mata. Tapi bukan macam tu. And to tell you the truth, nenek dengan atuk Nia yang banyak berjaga waktu malam entertain Nia. Sebab aku memang tak tahu nak buat apa dan aku mengantuk. Nanti emak akan kejutkan kalau dia dah tak tahan mengantuk. Aku duduk sambil susukan Nia sampai tersengguk-sengguk. 

Bila tiba waktu malam je, memang aku akan asyik tengok jam. Mula-mula Nia akan menangis start pukul 10-4 pagi, lepastu pukul 9-6 pagi. Kadang-kadang dari lepas Maghrib tu dah mula menangis sampai pagi. Memang tak larat I tell you. Nia pernah sampai muntah-muntah sebab terlebih minum susu. Kami tak tahu nak buat apa lagi, berdukung pun tak jalan, mengaji pun tak jalan. Cara terbaik susukan dia. Lepastu susu lagi, susu lagi sampai overdose. End up muntah lah dia.

Ingatkan dia kembung, bila panggil jiran yang doktor tu dia kata tak. Dah di urut takut dia tak sedap badan, dah bawa jumpa doktor. Dah cuba bagi dia berjaga waktu siang, memang menangis saja. Cuba matikan lampu waktu malam, kot dia tak boleh tidur terang-terang. Takda efek. Cuba tidur dalam aircond, kot dia panas. Semua usaha gagal.

Waktu itu aku asyik menghitung hari, orang kata lepas pantang ok lah dia. Aku memang asyik tengok kalendar Aku tak sabar nak habis pantang bukan sebab nak enjoy keluar rumah ke apa, aku nak tengok Nia tak menangis. Dan unfortunately, walau dah habis pantang, Nia masih tetap menangis macam dulu. Aku dah habis ikhtiar. Waktu itu ada beberapa orang rakan yang bersalin lebih kurang aku. Aku tanya, baby diorang macam mana. Memang diorang kata sabar dulu, lepas pantang nanti semua back to normal. But not for me.

Yang buat aku sedih tu sebab ye lah, kadang mamalong and papalong dia datang nak main-main dengan baby, but she just cry. Nek Ma Tok Abah semua nak kuchi-kuchi, dia menangis saja. Aku pernah mengeluh bila ada orang datang nak tengok baby sebab nanti mesti diorang nak dukung pangku lah apa. Anak aku bukan boleh, Nanti dia terjaga, lepastu menangislah. Apa lagi. Aku sampai nak tutup pintu rumah nak cakap takda orang. Dan aku pernah terfikir nak masuk hospital, so that anak aku ada orang jaga. Tapi bila fikir balik, nanti anak aku menangis orang nursery tak tahu nak jaga, kesian dia. Aku batalkan lah niat tu. 

Pernah MIL aku tegur selalu orang dapat baby kan happy, tapi aku macam tak happy langsung. Aku tak tahu nak explain macam mana. Sampai emak aku tegur, senyumlah sikit. Memang aku dah lupa macam mana nak senyum. Aku depress fikirkan anak aku kenapa macam tu. So, makcik-makcik aku pun sedapkan hati dia kata kalau masa baby susah nak di jaga, InshaAllah nanti besar, senang nak jaga. Ada orang sampai setahun tidur duduk sebab anak dia keep crying all night long. 

Sampai check up Nia umur sebulan tu aku cuak sangat nak bawa dia keluar. Macam mana kalau dia menangis saja masa kat hospital, aku nak handle macam mana. Benda ni berlarutan sampai Nia nak masuk 2 bulan. Satu hari tu aku rasa dah tak tahan sangat. Waktu tu kat rumah in laws, I cried my heart out depan MIL semua. Aku cakap dengan Dak Yang, panggil la Ustaz. Sampai bila anak kita nak macam ni. Lepastu aku call Mak kat rumah and mintak Abah carikan ustaz juga. So memang dua-dua ustaz tu cuba ubatkan Nia and dua-dua ustaz tu said the same thing. Yang itu biarlah jadi rahsia. Sebab kepercayaan orang lain-lain.

Alhamdulillah, nak masuk usia 3 bulan lebih Nia dah back to normal. No more crying at night. Bunda dah boleh ajak dia main-main. Bukak playgym segala, rocker semua dah boleh guna. Am a happy mommy. Semua orang pun happy. Tapi aku belum berani bawa Nia tidur dalam bilik sendiri. Lepas umur 4 bulan barulah aku berani bawak Nia naik atas dan tidur dalam bilik.

Waktu itu memang dah rasa, inilah dia anak aku satu-satunya. Macam tak sanggup nak hadapi episod menangis malam tu lagi. Siap cakap dengan Dak Yang, kalau ini je anak kita boleh tak? Imaginelah betapa traumanya aku waktu tu. I kept saying everyday, cepatlah Nia besar, cepatlah Nia besar. Ya, itulah pengalaman aku dengan baby. the ugly truth. Alhamdulillah, aku belum sampai tahap meroyan lagi. Memang moral support sangat penting.

7 feedback:

Hana Soffelia said...

Yati, mencabar jugak. Mcm kakak ofis ni, anak dia menangis start maghrib hingga subuh. Anak ketiga pulak tu, lain sgt dengan anak pertama dan kedua. Ustaz ckp sawan tangis. So banyaklah dia berubat cara islam. Alhamdulillah nk msuk 11 bulan dh skarang, baru ok.

Yati, tabah ye. Jangan serik bagi adik pada Nia nanti. Eh!

LisaLisut said...

aku adalah slah seorang yg ade sawan nangis masa kecik oi.. eheheh.
lps berubat ke apa tah mak aku buat, diam la jugak.

half of the story aku mmg xberapa igt atau tau sbb ms tu aku xpkai hp canggih lg. myb ms tu ko dgn por n pina je huhuhu. so this entry mcm tlg kembalikan memori aku huahuahua

yUmiE AzuRa said...

xpe yati,org ckp ank yg menangis je time kecik dh besar cerdik..tp aku rse mmg betul kot.sbb dpn mata dh ade true story.haha

~ NANA ~ said...

alaaa ayish pulak terbalik...masa baby kemain susah nak nangis, kalau anngis pon bunyi ek ekkk macam nk stat enjin motor tu je...tapi bila nk masuk 2 tahun ni ya Allah punye la suka menangis...sikit2 nk menangis...stresss oii...haha

Norhidayah Rasin said...

Kesian awak yati,tak dapt sy bayangkn dengan operate lg..oo tension..

sarah shamsyul said...

Pengalaman kite sama.sgt2.mmg dlm pantang,keje iman menangis siang mlm pg ptg.smpai i kdg rs x nk tgok die sbb i stress xtaw nk buat apa.mmg ms tu pk,mmg xnk ank lg sbb x sgup nk hadap dkat 4 bln bnda tu bterusan cmtu je

N.Aima K said...

salam yaty..

lama tak singgah sini. I feel you. Anak pertama akak mcm tu..dapat anak 2nd tak banyak ragam senang gila jaga..ingatkan mungkin sebab dah ada pengalaman jd tak kusut mcm melahirkan anak 1..rupanya lahir anak ke 3 kusut tu datang balik huwaa.. lain-lain budak lain perangai huhuhuhu