Wednesday, January 15, 2014

2013

Walau dah masuk setengan bulan Januari, ada hati juga mahu recap what had happened in 2013. Ketinggalan itu perkara biasa buat penulis. Ada hati nak ikut trend juga perkara biasa. Yang luar biasa adalah kegigihan penulis membuat header baru menggunakan skill photoshop yang sudah berhabuk dan di mamah usia. Sampai nak import gambar pun dah tak tahu apa cara. Tapi buang-buang layer penulis masih tahu. I need to brush up my skill. Walau dah bertahun tak dipraktikkan, ada a few thing yang penulis masih ingat. Tak sangka betul yang penulis ini punya ingatan yang kukuh. Oh, how I missed Poli JB. See, memesongkan entry juga salah satu kelebihan penulis. Kalau tidak dibendung, mungkin penulis boleh twist entry ni menjadi Politeknik JB dalam kenangan. Abaikan.

So far, that header will do.

OK, we started 2013 with travel and holiday. In fact. this year la paling banyak road trip. Planned an unplanned. We went to Bukit Tinggi, Pahang and Bukit Fraser, Terengganu, Cherating, JB, Cameron Highland, Port Dickson, Melaka, Terengganu, Penang, JB lagi. HAHAHA, kalau di bagi pilihan, suruh pergi JB seratus kali setahun pun saya mahu. Terengganu pun dah jadi tempat wajib kunjung. Kalau tak kunjung macam tak complete kalendar percutian. Lagi-lagi main attraction kat Terengganu dah bertambah. Instead of Penyu in Rantau Abang, we had Dak Yang in Batu Rakit. KAHKAHKAH. Ok tak funny pun samakan penyu dengan suami. Scratch that.

Tahun 2013 juga we welcome new family member iaitu anak menakan saya yang pertama Nur Amni Ahmad Zaky.



Rania turn 1 on September and we had a small celebration.


Emak dengan abah dapat pergi haji


Dak Yang's Convocation

So, itu antara big event yang terjadi in 2013. Untuk 2014, kami sedang work on pemilikan our 1st asset. Hopefully come true. Nak bagi Nia rasa naik flight (read: Bunda yang lelebih teringin after 2 years tak merasa menaiki pesawat). Belum ada perancangan untuk tambah bilangan ahli keluarga, kalau rezeki Allah bagi, saya terima - Yaty, 2014. Belum ada perancangan mahu kurus. Kalau boleh memang taknak kurus. BAHAHAHA. Lagi, lagi memblog secara gigih saya malas nak mentanam azam. Nanti azam itu akan terkambus. Boleh tengok entry 2013 langsung tak memberangsangkan. Mungkin akibat kehilangan lappy tahun 2012 buat aku takda hati nak memblog dengan kencang. InshaAllah (tak janji) dengan kehadiran lappy baru dalam hidup, saya akan berusaha sebaiknya. Tengoklah, bulan Januari dah masuk 15 hari, entry saya baru 2. Janji dicapati. 


5 feedback:

N.Aima K said...

Happy New Year Yatyyyyy.. dah besar anak awak saya baru ada peluang singgah sini T_____T

LisaLisut said...

hahahaha kuajo ckp an attraction di terengganu hahahaha

Anonymous said...

hai yati. suka baca blog awak. awak ni kelakar. teringin nak jumpa. walau awk xpenah dtg wedding and bday anak saya, tapi takpelah. saya maafkan. bye.

Balkidz Hunny said...

Haha. Aku pun nak mintak laptop baru la kasi kencang sket memblog hehe
Meh naik flight dtg sarawak meh

Hidayati Farhan said...

hai kak nurulll, lama x dgr cite.

haha, main attraction sgt sot

maaf lah puan anon, saya mmg x kawan dgn org x bape kenal ni. saya mcm diva2 gitu. kahkahkah

ahaha, mntk macbookpro kidz. one day nnt mau ke sarawak. tgguuuuu