Monday, December 15, 2014

29 eh

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Happy belated 29th birthday to me. Sudah 29. Sudah tiba di hujung 20-an. Sudah perlu penuhkan dressing table dengan anti-aging stuff. Perlu menjaga kecantikan secara total dan serius atau kelak akan kelihatan seperti nenek-nenek di awal 30-an. Perlu lebihkan senyuman supaya tidak di kata, sudahlah tua, muka ketat, umur baru 30. Ughhh, adakah middle age crisis sudah bermula? I hope not!

Kerohanian juga perlu diisi. Penuhkan dada dengan ilmu agama. InshaAllah, slowly but surely. Lebih matang menguruskan rumah tangga. Lebih matang menghadapi cabaran LDM. Walau sudah bertahun-tahun. Saya masih tidak biasa. Keberadaan suami itu sangat saya nantikan. Tapi pastilah Allah lebih tahu apa yang terbaik. Lebih sukses dalam pelajaran. Tapi kelihatannya pointer semakin merundum dan merundum. Tiada tanda-tanda akan menaik pun. Redha sajalah. Kalau tiada dean list untuk aku. Sebab masih berbaki 3 semester lagi. 

Celebration? Nahhh, sudah 29 bukan? Sudah tidak memerlukan kek atau blow the candle away atau topi kon. Hanya perlukan ucapan dan doa-doa dari suami dan kesayangan lainnya. Terima kasih, terima kasih, terima kasih atas ingatan kalian. Kalian such a sweetheart.

Dari suami tiada yang berbentuk materi. Rumah didahulukan, isteri later-later pun doesn't matter.

Dari keluarga? haruslah mereka tahu nak meraikan saya. Feed me and am ok. Sesi makan tiada kesudahan di Papa Johns. Makan sikit dan kenyang atau bloated. Fuhh. sangat mencabar sekarang ini.



Esoknya emak masak secara besar-besaran seperti meraikan Aidilfitri. Ada rendang, sambal tahun, daging rusa black pepper, nasi impit. Fuuuhhh. Happy stomach, happy me. Kakak ipar belikan slice of cake dan haruslah Rania yang lebih-lebih nak potong sampai musnah kek tersebut.

All in all, I am happy. Walau sambutan secara kecil-kecilan. Saya ok. Sebab sekarang sedang hormonally tidak stabil.

Wednesday, December 3, 2014

Being Sick

Kehadapan Blog yang dirindui. Apa khabar kau disana? Harap tidak tenggelam di telan arus blog-blog lainnya. Semakin lama semakin sendu rupanya blog ini. Hampir-hampir terkambus bersama harta Qarun yang tamak haloba itu.

Aku disini khabarnya kurang memberangsangkan. Sejak memegang title ibu 2 tahun beberapa bulan yang lalu, aku jarang sakit kuat. Paling-paling pun cuma acah-acah demam lepastu baik. Tidak berlarutan atau berpanjangan selama beberapa hari. Ternyata, Actifast itu memang pantas dan tuntas menjalankan tugas. 

Tapi pada tanggal 20.11.2014 ternyata demam itu bukan calang-calang. Actifast tumpas sebelum bertanding. Waktu itu, satu badan seperti patah riuk di gelek steamroll. Tak mampu untuk berjalan, apatah lagi berlari atau menyertai acara lontar peluru. Baki 2 hari lagi sebelum tamatnya sekolah, aku tewas. Kebetulan sangat Dak Yang ada kerjaan di KL. Ada juga tempat bermanja. Manja sangat sampai tunggu suami pulang baru nak mandi. Sudahlah minta di mandikan. Lepastu ada si kecil mensibuk nak tumpang manja sama. Padahal dia baru sudah mandi. Dasar si kecil itu. Lepas bermandi manda secara keluarga, baru lah menuju ke klinik untuk sekeping MC. Sekali sampai klinik Dr tu boleh cakap, takda demam. Aku yang separuh mati menggigil, jalan macam orang mabuk tak pijak lantai, di katanya aku tak demam. Ikut hati nak je ku hempuk Dr dengan Termometer palsu tu. Tapi aku cakap saya nk MC gak. Nasib Dr muda itu tahu menghormati cikgu tua ini. 

Lepas kena beberapa dos dadah, barulah daku gagah. Boleh beradu kekuatan dengan badang kalau mahu. Barulah hidup ini kembali berarti. Cehh, baru Tuhan sedikit nikmat sihat, dah menggelupur macam ayam nak kena sembelih. Nasiblah punya emak yang boleh membantu mengurus anak, makan dan minum. Kalau aku sendiri, tak tahu lah nasib anak seperti apa. HAHA. Over.

Sejak peristiwa demam itu, daku terus tak sihat berpanjangan sehinggalah semalam. Makan tak kena, perut tak selesa, tekak tak sedap, kepala pusing keliling. Hepp, jangan spekulasi dulu. Ini memang tidak sihat badan. Bukan simptom apa-apa atau apa atau apa-apa saja di fikiran. Setiap hari bangkit dari tidur dan mengharapkan kesihatan itu kembali, tapi hampa. Setiap hari berdoa agar hari itu berlalu dengan laju. 

Alhamdulillah, keadaan bertambah pulih. Semakin punya selera, semakin menggilai ais krim. Semakin bersemangat nak update belog. Dan semakin tak sabar nak tamatkan entry ini. Sekian

Monday, September 22, 2014

Another Wedding Soon

So, the one and only brother in law of mine got engaged last January. How basi this story and I still want to talk about it. I'll tell you why shortly. 

So last January, kami sekeluarga pergi meminang. Just a quick, short and sweet ceremony. No fancy dais, no MUA involve, no PA system (eh, eh macam mengata majlis sendiri je -__-) So, lepas discuss itu dan ini antara 2 pihak kemudian it's makan time. Ughh, waktu ini memang badan seperti di pam-pam oleh gas helium. Segan aihhh.

 Flower girl sebagai penghias depan pintu sebab tidur

 Our lil family.

Ok ok, sekarang mana orang yang bertunang itu? Kenapa perlu di sidai muka sendiri tanpa rasa segan? Nak tunjuk muka Nia tidur sambil ternganga-nganga. Dari datang sampai dah nak pulang, selamba tidur tanpa rasa bersalah. Terperuklah kami suami isteri kat sudut pintu rumah bersama anak yang ketiduran itu.

 
Jadi, yang berbaju hijau itu InshaAllah bakal biras saya. Dan ini adalah sebahagian dari rombongan meminang tempoh bulan, tak pakai hari sebab cerita dah berbulan yang lalu. HAHA. FYI, Kami sebaya. Eh, ada siapa tanya ke? Takda, saja nak beritahu. Yang berbaju biru pula adalah ibu mertua yang terpaling cantik. Mujur takda ipar perempuan, kalau tak mahu saya tangisi kecantikan dia dan aku pun terasa sekadar dipinggiran. Pemilihan gambar yang ada 2 tona tak sekata ni sebab gambar ni je yang menampakkan aku cantik. Padahal kecantikan aku tak penting pun untuk diperkatakan dalam entry ni. OK NEXT!!!

Gubahan hantaran by Halim

InshaAllah tahun depan khabarnya wedding bells akan berbunyi ting ting ting. Sejak pulang dari majlis ini lah sebenarnya aku berazam yang aku kena kurus. I keep telling myself, Along kahwin je, aku kurus. Padahal yang naik pelamin itu Along lah bukan? Apa akallah perempuan ini yang beriye nak kurus? Sebab takkan lah aku nak kelihatan gemuk seorang diri di atas pelamin bila ambil gambar keluarga. Bikin hilang air muka saja nanti. Biras kemain cantik dan kurus. Jadi, sudah bermula lah persaingan antara Yaty dan bakal birasnya. BAHAHAHA.

Taklah, this is the one and only wedding on my husband's side. Apa salahnya nak melaram sekali dua eh tiga (nikah, sanding, tandang. Yerpp 3). Aku dah siap nak tanya MIL nak tema warna apa sebab dah excited nak pergi tempah baju, sekali Dak Yang cakap, jangan nak buat malu Abang. Ni majlis orang, bukan majlis kita. Sekali mama suruh tempah dengan Halim, padan muka. Cisss suami, suka nak bagi aku mengenang kisah lalu.

What ever it is, selamat melangkah separuh kaki ke dalam family kami. Lagi separuh tahun depan ye.

Sunday, September 21, 2014

Upload atau Cancel

I noticed lately if I wanna upload something on media social, I will think about it over and over again. Should I uploaded it? Are they gonna find it interesting or they feel like ahh, another showing off session? Memang lah kita tak baik berburuk sangka terhadap orang lain, tapi kita sendiri jangan membuka jalan-jalan untuk orang berburuk sangka pada kita. Membuka jalan supaya orang memfitnah kita lepas tu kita play as victim. IG aku suka aku lah nak upload blablabla (itu contoh). Memang hakikatnya itu IG or fb etc etc etc kau yang punya.. Tapi bila banyak viewers, pastilah akan ada banyak pendapat. Kalau yang memandang itu dari sudut positif, Alhamdulillah. Kalau yang memandang dari sudut lainnya, we cannot blame them. Kalau nak guna ayat IG aku, suka aku, mungkin boleh private kan dan tak perlu ada followers. Hadap sendiri gambar sendiri. Kadang-kadang kita tak perasan, kita nak buat kebaikan, tapi kita sibuk beritahu orang lain, apa yang kita buat. Mungkin, bagi saya biarlah orang lain yang perasan sendiri perubahan kita, bukan kita yang gebang-gebang apa perubahan pada diri kita. Saya takda masalah dengan orang yang nak berniqab, nak melabuhkan tudung, nak menutup aurat mengikut syariah sepenuhnya. Even saya lebih suka dan bermotivasi, tapi saya suka yang perubahannya dalam diam.

Kalau dahulunya di FB itu tempat melepaskan emosi yang tak stabil, gaduh sikit dengan BF, up status emo-emo berlapik, marah dengan tah sape-sape, up status berapi. Ada good news, bersyukur lapik-lapik. Buat orang wondering. Kurus sikit sibuk canang satu dunia (eh). Tapi nanti kemudiannya aku segan dengan orang-orang yang ada dalam FB aku tu. Malu dengan kawan-kawan suami, macam dah menjatuhkan maruah suami pula bila up benda-benda tak tentu hala di FB. Sebab tu aku jarang up status di FB, kecuali aku jalan-jalan atau makan-makan aku suka la up-up sebab macam boleh bawa manafaat pada orang lain je. ke tak? HAHAHAHA

Saya bercakap secara general. Saya juga pernah melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh membengkakkan mata dan hati orang. Macam lah aku seorang yang paling berduit dalam dunia. Masa konvo dulu, tayang beg, kasut, tudung segala. HAHAHA kelakar kalau di ingat-ingat. Tapi sekarang macam fikir 100 kali kalau nak buat. Saya selalu have a respect pada orang-orang kaya yang down to earth habis. Selalu menjadikan mereka sebagai panduan dan kayu pengukur. Macam Vivy, kita tak tahu pun dia bawa kereta apa, kita tak tahu pun kitchen cabinet dia macam mana, kita tak tahu pun dapur apa dia guna, kita nampak dia tukar handbag like everyday, tapi dia takda la kepochi-kepochi upload handbag baru dan caption another chanel of mine (contoh) Aku takda isu dengan orang pakai chanel. In fact kalau aku ada chanel aku akan guna caption yg di atas tersebut. KAHKAHKAH (handbag belum ada, caption dah siap sedia, nampak sangat apa niat di hati). Seperti juga Chika dan my cousin. Just name a few. Padahal they have everything yang best-best branded stuff and yet they decided not to show it off.

Memang pada hakikatnya, seorang aku teringin nak ambil gambar paperbag-paperbag lalu upload cepat-cepat tapi bila di nilai dan di hitung, apa faedah yang aku dapat kalau aku buat ini. Lalu cepat-cepat tekan cancel. Kalau seorang aku yang dulunya, memang upload saja takyah banyak tanya. HAHAHA. Tapi, am just a human being. Bila beringat takda la buat. Cuba dah hilang pedoman esok-esok, lupa la segala azam yang di tanam di pinggir hati. Kalau korang nampak ada manusia losing her mind, komen je bawah tu, haii nak show off ke ni? KAHKAHKAH. Nescaya aku delete komen anda, dan lari menyorok bawah tilam. 

Alaa entry ni takda niat apa-apa, cuma terasa yang diri ini berusia bila mula memikirkan perkara-perkara lagha yang tak bawa faedah kat orang tak yah upload. Tapi maaflah kalau nampak gambar suami isteri berkasih sayang, bercumbu-cumbu sampai orang naik jelik tengok aksi panas. Yang tu takleh resist. Maklumlah, LDM. Kadang-kadang kemesraan kena kasi tunjuk (kat suami je). Padahal takyah pun takpa. Tak mati pun orang lain tak tahu, padahal lebih gembira sebab tak perlu sampai ketumbit mata tengok aksi kau bersama suami. HAHAHA. Tapi kalau video Nia tu memang kena upload sebab Nia adalah penghibur hati beta dan hati-hati yang lainnya. Video dan gambar kanak-kanak aku takda isu. Eh, semua-semua pun kau kata takda isu tadi. 

Jadi, apa isu yang cuba kau ketengahkan?

HAHAHAHA, takda pape. Selamat mengupload.

Wednesday, September 17, 2014

Rania Travel : Terengganu 2014

Sepanjang 5 jam perjalanan sudah berkira-kira mahu buat live update. Tapi terlupa nak masukkan seorang active toddler dalam perkiraan tersebut. Jangan kata nak semak instagram, nak pegang handphone pun tak dapat. Tak apa, Bunda redho.




Baiklah, ini sudah kali ke 3 Rania ke Terengganu, Bunda dah masuk 4. Satu kali lagi waktu Nia dalam perut tu kita takyah kira lah. Terengganu macam dah jadi tempat wajib kunjung. Walau takda dalam kalendar percutian, Terengganu boleh muncul secara tak bagi salam. Macam yang terjadi sekarang ini lah dia. Asalnya saya mahu bawa mak dan abah naik flight ke Terengganu since Dak Yang tak dapat balik this weekend. Cut the story short, satu keluarga ikut sekali pergi Terengganu by car.

I Love roadtrip. Roadtrip means emak masak our fav food, bertolak early morning, breakfast dalam kereta, berhenti di RnR, beli keropok udang bersama buah-buahan lalu berpesta makan dalam kereta. Ohhh heaven.

Emak bangun seawal jam 12 tgh malam untuk masak semua lauk-pauk. Bila bawak lauk ni boleh jimat untuk lunch dan dinner sekaligus.

Kami menginap di Sarhan Homestay di Gong Badak. Betul-betul bertentangan dengan MRSM Kuala Terengganu. Banglo 4 bilik ni memang complete. Peti ais, aircond, Wifi, mesin basuh, barang masak siap semua ada. Tinggal beli lauk je nak masak apa. Mereka charge RM800 untuk 4hari 3 malam. Yang macam tak best sebab tak dapat stay tepi laut. Ahh, Yaty dan laut berpisah tiada. Pilihan utama saya masih lagi Batu Rakit View Chalet. Tapi apakan daya, nak berlama-lama di sana bersama 4 keluarga boleh mengakibatkan kemusnahan wang ringgit. Seeloknya kalau dah duduk beramai-ramai, homestay pilihan terbaik. But nahhh, kalau duit kau tumbuhnya di pokok, duduklah mana selayaknya.

So, our 1st destinantion for today adalah celup-celup tepung yang terkenal iaitu Pok Nong celup tepung. Sekali lalu depan Pok Nong tu dah tak nampak ayam ikan sotong celup tepung, yang kelihatan selautan manusia menghurung kedai Pok Nong. Memang tak lah nak berhenti, hanya lalu sambil merembeskan ailio berbaldi-baldi. Terus ke kedai yang tak berapa famous dan tak berapa ramai orang. Sampai sana langit memang macam nak runtuh. Tapi kami tak syak apa-apa sebab ada bumbung segala. Tapi memang meleset lah, habis makanan diserikan dengan tempias hujan sampai tak lalu nak makan. Habis lapik meja, pinggan-pinggan semua terbang. Lalu give up dan pulang. Sekarang semua dah bergelimpangan. Nia tak dinner dah selamat tidur. So, want to join the sleepwagon. taa




- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, September 1, 2014

Hilang

Kenapa sudah lama tidak merencana blog? Apa yang terjadi terhadap blog yang terbengkalai ini? Tengoklah atas tu. Header yang di usahakan secara sendiri bersama sedikit ilmu photoshop yang masih bersisa hilang begitu saja. Like kapoofff and gone. Ingat senang apa nak mencipta header tersebut? Pelik sungguh. Siapa yang boleh menghilangkan header tersebut selain dari tuan punya blog? Nahhh, boleh minta Detective Conan siasat misteri kehilangan header tersebut. 

Sementara belum ada header, semangat nak membelog memang takda. Nak cipta yang baru memang tah bila lah. Asal buka photoshop, godek sana sini kemudain berputus asa lalu terbengkalai header tersebut. Eh, ada banyak lagi masalah lain yang aku kena hadap selain dari masalah header tersebut. So, header boleh jalan sana. Antara masalah terbesar yang kena hadap adalah macam mana cara nak wean off kan Darling Daughter sebab esok dah genap anak berusia 2 tahun.

2 tahun sudah?

Banyak nak cerita tentang her early birthday celebration, tentang raya kami (?) tentang bali yang takda kesudahan, tentang 10 hari yang mendebarkan. Ahh, banyak sangat tentang. 

Esok akan buat karangan 10 muka tentang anak yang sudah meningkat umur tersebut. Bunda feels old already. Oklah, mahu mengerjakan header kalau berjaya. Wish me luck.

Friday, July 25, 2014

In Progress

Macam tak percaya yang this is real. Dulu masa bercinta kan punya angan-angan bersama kekasih, saya mahu lapan orang anak, anak pertama mesti perempuan, nama dia kita letak Nelly Furtado, lepastu anak kedua perempuan lagi. Saya suka anak perempuan ramai-ramai sebab boleh beli baju comel-comel. Anak ketiga sampai kelapan pun perempuan juga. Itu contoh. HAHAHA. Lepastu kita duduk rumah banglo doploh bilik dekat kawasan-kawasan elit saja. Lepastu kita drive Audi A4 A2 AA. Tu bateri. Lepastu lepastu lepastu.

Angan-angan zaman remaja selalu tak realistik. Pfffftttt.

Hakikatnya sekarang, nak bergolok bergadai demi sebuah rumah. Jadi Interior Designer tak bertauliah ni memang payah. Lagi-lagi kalau poket tu tak berapa nak penuh. Tabung Cadbury semua habis dah kena pecah. Kalau boleh mahu rumah look likes istana kayangan dengan Budget sepuluh ringgit.

Whatever it is, this is our home sweet home. Heaven on earth. Biarlah beratap rumbia, still proud of it sebab hasil titik peluh kami berdua.










Nak pilih pintu pun naik juling mata. Why on earth pintu sampai berjenis-jenis.

Honestly, I designed my house dengan memikirkan pencuri boleh masuk tak Yang? Maaflah, wanita masih fobia ini. Tingkap jangan dekat pintu, nanti pencuri boleh buka. Grill jangan bersegi-segi nanti pencuri senang potong. Konon-konon mahu 10 step ahead dari pencuri. Tapi suami mahupun emak selalu ingatkan yang pencuri tu lebih pandai dari kita, sebab tu dia jadi pencuri dan kita tak. Sobsss. Apa-apa pun tawakkal dan berdoa moga dihindari dari pandangan jahat.

Orang excited raya, aku sibukkan rumah. Drive safely peeps!!

Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, July 22, 2014

The Biggest Loser

Heyya!!

Disclaimer,
Mana-mana diet pun ada pros and cons dia. I know, I know ramai yang mempersoalkan jalan diet yang saya pilih. But trust me, saya dah cuba segala jenis diet yang ada dan ini yang paling berkesan. Mungkin effect dia tak sama pada badan setiap orang, so yeah :D

SEJARAH 'PERKEMBANGAN'
Mari kita berbicara secara jujur dan telus. Berat badan saya mengalami peningkatan sebanyak 30kg sewaktu pregnant. Ye, 30kg itu bukan sedikit. Saya juga hampir menyerupai ibu paus. Kalau saya pergi ketengah laut, tak mustahil anak paus boleh keliru, eh, kenapa ibu aku berada di atas kapal? Kenapa ibu aku menyerupai manusia? Adakah ibu telah di sumpah? Itu kalau lah.

Sewaktu dalam pantang, saya berjaya mengurangkan 22kg. Baby lahir cuma 2.7kg. Yang berkilo-kilo lagi berat apa pun saya belum kenal pasti. Tapi bila lepas pantang, saya pantang nampak. Semua pun saya telan macam ular sawa. Akibatnya saya duduk dalam 7 series sampai lah anak nak dekat umur 2 tahun ni. 

Keinginan untuk menurunkan berat badan itu ada. Tapi keinginan tanpa kesungguhan dan keazaman akan membuatkan kau macam tu je lah. Takda beza. Tengok penimbang pun statik je. Tapi lepastu kecewa, meroyan dan berjanji dalam hati bagai nak rak. Tapi esoknya, makan macam biasa. Macam tak terkesan dengan royanan semalam. HAHAHAHA

 Gambar lama yang selalu buat aku meroyan hilang akal

2009

2014

PRODUK?
Usah di tanya. Produk apa aku tak cuba? Honestly, aku memang pengguna Herbalife sejak belum kahwin. Herbalife berkesan juga untuk aku. Puasa last year aku kurang 5kg juga dengan menggunakan Herbalife secara komited. Lepastu kelaut. SD2 pun pernah try juga. Yang ni belum nampak kesan selepas menggunakan 3 tin. Aku give up. Lepastu aku beli buku Fat Loss Factor from US. Aku try buat Master Cleanse beberapa kali. HAHAHA. Kesannya juga tak kelihatan. Maybe complicated sangat kut. Aku beli E-Book Kevin Zahri pula. Lepastu aku try Advance Slim dan last sekali Slim Best. Mayfair juga daku kunjungi. 

Jadi boleh nampak tak usaha-usaha yang begitu padu tanpa mengenal erti putus asa ni? HAHAHAHA. Tapi macam biasalah, aku yang tak komited. Aku tak salahkan those product. Ada orang cepat turun, ada orang lambat macam aku. Jadi, aku nekad yang bulan puasa kali ni aku nak kembali ke pangkal jalan. Aku nak cuba kurus secara natural tanpa produk.

Kenapa Nak Kurus?
Sebab aku depress. Kalau beli baju slalu tak banyak pilihan, takda saiz. Balik-balik pakai baju tu keluar masuk. Kalau kat H&M sampai shopping area plus size. Mahu tak depress. Lepastu cepat penat, nak jalan jauh malas. Bila tengok gambar lama lagi depress. Aghhh, depress depress!!

ATKINS
Aku kenal Atkins sejak sebelum kahwin. Tapi masa tu komuniti nya kecik je. Aku kenal from blog taknakgemuk.com. Lepastu group FB pun kecil saja untuk cabaran nak kurus sebelum raya. So menu-menu dia tak byanyak dan panduan dia pun tak banyak. So bila my friend, Eca add aku dalam Kelab Diet Atkins recently, aku macam lagi semangat. Ramai gila yang dah berjaya kurus. Dari yang ratus-ratus kg sampai jadi lagi kecil dari aku. So, dari situ aku fikir, eh, tak mustahil la makna dia. Yang penting sabar dan cekal. Sebab memang nak kurus takda jalan shortcut. Trust me. Bila kita tengok hasilnya, memang berbaloi dengan pengorbanan kita.

My Journey
Aku mulakan Atkins secara jitu masa 4 Ramadhan. See, mula pun dah lambat. Biasalah, dalam kepala ni esoklah diet, esoklah. Banyak lagi menu aku belum makan ni. Esok lah. HAHAHA. Sudahnya 4 Ramadhan itu aku nekad, it's now or never. Kata nak baju raya cantik. Kalau tak kurus, macam mana? Sebab suami hanya belikan baju raya bila dah kurus saja. So, masa tu fikirkan apa matlamat nak capai. Memang nangis wei tengok air tembikai merah siap peluh-peluh jejeh kat luar gelas tu. Tapi aku teguk je air masak sejuk-sejuk. Lepastu tengok cekodok udang, mee goreng, murtabak. Telan ayaq lioq baq hang. Tapi jadikan lah itu cabaran. Nanti aku dah kurus, aku makanlah. HAHA. Setiap hari pun aku naik penimbang, tak tipu. Memang ada perubahan, dan aku sukakan itu. Thats what keep me going dan motivate myself. Lepas 2 minggu, cheat day sebab ada iftor dengan Darling Buddies. Esoknya pula iftor dengan family dekat Homst. Boleh je tak yah cheat sebab menu dia ok, tapi aku yang rasa rugi tak makan. So, aku cheat and lagi sehari cheat masa iftor di kampung. Lepastu cepat-cepat insof sebab tengok jarum penimbang dah bergerak ke kanan. Nanti lambat nak capai target. Inch loss memang banyak kurang. Jam, cincin, kain semua longgar. 

Tapi memang kena cekal banyak. Hadap la minum jus timun. Minum green tea campo stevia campo apple cidar. Makan jejemput telur, makan roti flaxseed. Honestly memang rasanya tak sedap, tapi kena ingat balik, yang sedap tu bukan lah diet. Nak berjaya takda jalan mudah. tu je. Kali ni aku yakin aku nak teruskan sampai capai target. Kalau tak sesia lah usaha aku telan benda-benda tak sedapt tadi kan? Ramai yang kata aku cuma hilang berat air je, ada yang kata aku yo yo diet. I just don't care. This is my way. Orang tak tahu kesusahan kita. Orang tak tahu apa yang kita dah lalui. Let them be. 

SO, setakat semalam, aku dah hilang 6.4kg. Memang orang-orang terdekat semua kata tak perasan pun perubahan aku. Yang penting aku tahu, small changes give me some hope. So, I'll never stop. 


Ramadhan 2014

Banyak lagi yang belum turun tu. Lagi-lagi bahagian perut, peha dan lengan. InshaAllah, slowly but surely. Terima kasih kepada para pencabar (especially Darling Husband) Pora, Pona dan Sodok yang menjadi tukang tadah telinga dengar cerita pasal diet aku, kakak-kakak kat sekolah yang akan ingatkan aku kalau aku kembali montel. HAHAHAHA. Moga entry ni jadi ingatan kalau aku lupa diri kelak.

Tuesday, July 15, 2014

Traveller In The Making?

Oh puh-lisss. Baru pergi Bali sekali and you call yourself a traveller? 

Ehemss, kan dah tulis sana. In the making? So, bare with me since I have bucket of lists of places I have to go before I die?

Sebenarnya saya ingat suka pergi travel ini adalah come naturally from heart. I mean, who doesn't, right?travel? Seeing the other side of the world. Learn about the culture. Taste their traditional cuisine.

Rupa-rupanya memang dia bukan lahir bersama kromosom dan trait-trait yang lainnya. Contoh terdekat of cos my darling husband. Dia takda keinginan pun nak pergi travel. Kalau tak, takkan dia sanggup carried his laptop bag berat-berat from Malaysia to Bali dan request kalau esok abang tak ikut boleh kan? Tapi untuk mengelakkan isteri bertukar menjadi singa jadian, dia pendamkan hasrat tak ikut tu tadi. Oh come on!! Kita dah sampai Bali kot. Kalau pergi Bali semacam pergi Melaka, I dun mind if he wanted to stay in the hotel. Minggu depan boleh pergi Bali lagi. Blerghhh.

Takda satu tempat pun yang saya tak mahu pergi. Kalau boleh, mahu pergi ke ceruk-ceruk rantau, cari gadis Jolobu (tetiba). HAHA. Eh, did I tell you, I'm a avid scroller for Natgeotravel on Instagram. The picture itself makes me want to jump into my phone screen. Saya teringin mahu ke Peru, Budapest, Rio de Janeiro, India, US punya National Park. Semua tempat-tempat yang bukanlah happening, tapi I really wanna go there one day.

Baiklah, mari kembali ke pangkal jalan.

Ya, entry ini lahir bersama kerinduan terhadap Bali yang mendalam. Tempoh hari saya menyuarakan hasrat mahu ke Bali lagi. Dak Yang kata boleh! Jarang sangat dia nak bagi jawapan positip. Macam biasalah, lagi 10 tahun pun kira boleh. Oh, kalau lagi 10 tahun, masa tu saya mahu pergi secara backpackers. Stay in Ubud. Villa tengah sawah dan berbasikal ke ceruk kampung. Sounds familiar? Yes, yes. You've got that right. HAHAHA

Sebagai traveller yang baru nak berjinak-jinak, cuba untuk tidak ke satu-satu tempat secara 2 kali sebab banyak lagi tempat yang mahu di lawati. Tapi kalau buka Groupon tu, balik-balik nampak villa in Phuket, Villa in Bali. Ish, cannot tahan. Ya, kalau buka Groupon tu, saya hanya pergi section Travel saja. If only money grows on tree.

To keep it real, saya cuma planning tempat-tempat yang saya rasa mampu dan boleh pergi. Budget yang tidak melebihi 5K. I know, I know. Traveller sejati itu hanya ada budget yang ciput tapi mampu ke merata tempat. Tak kisah duduk di hostel backpackers, atau menumpang di mana-mana. Tapi saya jenis traveller yang mementingkan keselesaan. BAHAHAHA

Baru realize that I'm sucker for beaches and islands . Tapi dah 2 kali ke pulau, masih tak dapat jejak kaki ke pantai. Ironic. My target destination still around Malaysia dan Thailand dan Filipina dan Indonesia. Kalau sudah habis pulau disini, baru kita boleh jelajah pulau lainnya. Macam Pulau Pandan Jauh Ketengah? HAHAHA?

If you travel with me, hardly kita akan ke shopping mall since in my dictionary travel dan shopping adalah dua benda yang contradict. Hard Rock Cafe takpa. Beli souvenir tu bukanlah di kira shopping. Sebab itu emak saya tak berapa minat nak join saya. Sebab dalam itinerary tak di senaraikan tempat shopping. Dulu sewaktu tak berupaya nak travel sendiri, ikut keluarga pergi Langkawi, pergi balik pergi balik Haji Ismail Group. Betapa depressnya waktu itu. Duduk luar kedai sambil menikmati laksa dari lori itu lebih enak. Ke pantai tidak. Lepastu, pergi lagi sekali, baru lah ada Island hoping, pergi makam mahsuri, pergi galeria Tun M. Barulah tak depress lagi. HAHAHA

Dulu sewaktu masih single, teringin juga mahu pergi backpackers. Tengok rakan-rakan travel sana sini, ughhh, menggeletek tapak kaki. Tapi waktu itu kekangan money, plus my family and my BF not so keen bout that. Plus takda geng pun. So, bila dah kahwin ini lah, aku mula mengorak langkah. Spread my wings and fly away. HAHAHA, kalau suami mula bersuara, asik nak jalan je? Ayat balas dia, You are my travelmate for life. So, deal with it. This is my dream. Fuuuuhh, *tiup kuku sambil jalan macam Asha Gill*

Sebenarnya bukan lah suami saja yang berbunyi, my family pun dah mula bersuara, mana duit nak masuk rumah lagi, mana nak travel lagi. Asal berkumpul je, ayat aku tak lain tidak, weiii jommmm..... lepastu aku paksa semua pergi.

So a few places yang dalam wishlist saya

 Koh Samui

Lombok


Boracay

 Krabi

 Turi Island

 Satu dah boleh pangkah dari list tersebut. Cepat lah tahun depan!!!

Thursday, July 10, 2014

Bila Bimbo Berbicara Tentang World Cup

Perasan tak tu tagline Primadona sebenarnya, Bila Wanita Berbicara. Tapi di tukar ikut situasi. I can't beleive this. Geografi failed big time.

Mohon jangan diketawakan wanita yang naif ini. Bukan salah dia tiba-tiba cari Ronaldo dalam pasukan Belanda.



LOLOLOL. abaikan lah perbualan yang sensored itu. Takda budak 10 tahun kan baca belog aku ni?

Posted using BlogPress from my iPhone


Wednesday, July 9, 2014

Rania Travel : Day 1 Part 2 Pura Tirta Empul - OKA Agriculture - Tegalalang - Jimbaran

Semalam hari yang terlalu mengantuk. Sebab tu tamatkan entry secara tak bagi salam. Dah la tak menggoreng secara penuh. Entry pun separuh masak je. Not funneh at all. Semua mati kebosanan. Aik? Semua tu siapakah? Invisible reader? Perasaan sangat kan kau neh. Mohon Rangga terjumpa blog ini bila dia lagi bosen ga tau mau bikin apa lalu google nama sendiri. BAHAHAHA. Akan ku siapin puisi buat loe ga.

OK OK. Mari kita mengarang secara serius. Gue lagi ngejarin masa.

Pura Tirta Empul

Group Photo di Entrance
They are my travelmate. Abang dan kakak ipar yang berbaju merah dan Ibu Zafira bersama Pak Azam dan Dian Medina.

Setiap kali nak melawat temple di sana, kita perlu ikat kain kuning di pinggang sebelum masuk. Kalau pakaian terlalu seksi untuk di pandang, perlu sarung kain. Bimbang dewa-dewa naik angin lalu halau balik. Ok yang tu rekaan. Baiklah di temple ini adanya air suci yang datang dari mata air beribu-ribu tahun dulu dan tak pernah padam. Air? Padam? Nevermind. Loe pasti fahamlah. Jadi dekat sini tempat raja-raja mandi untuk bersihkan diri. Airnya dah di jampi-jampi oleh pawang-pawang hebat sejak kapan tahu. Jadi air itu sangat suci. Orang period tak boleh masuk kawasan suci ni. But naah, takkan dia nak check pad ye dak? So, it's up to us.

Air suci yang khabarnya tak pernah surut sejak dulu
Tempat ni makin lama makin gede, kata Windu.
Dekat sini dah tak boleh mandi atau apa-apa. Airnya di salirkan ke satu kawasan lain

So this is where you can bathe or anything you wanted to do.
Sebelum masuk perlu bilang-bilang ama yang jaga. Perlu ada persembahan buat dewa-dewanya terus kamu boleh terus kecebur dalam sana. Tak boleh simply datang-datang, buka baju lalu terjun. Nahas kalian.

Sebagai wanita beriman, kami cuman ambil gambar doang.



How it look like inside.
Belakang kami tu adalah tempat upacara keagamaan dia. Tak boleh masuk dan tak boleh ambil gambar. Windu kata yang pakai serban-serban putih tu macam pak kiyai versi mereka.

Maafkan figura gemuk tersebut. Habis terhalang segala informasi penting belakang dia. Hish!

We managed to end the tour dan bergambar di sini. Pintu Bali yang original memang semuanya besar sebelah kaki aku je. Tak kira la pintu rumah ke pintu gate ke apa.

Keluar dari temple ini, kita akan lalu deretan kedai yang macam maze dah aku rasa. Berpusing-pusing. Bau setanggi memang kuat. Banyak yang menarik tapi kena pandai tawar sebab dia letak harga mahal.

NEXT

OKA Argiculture
Jadi di sinilah kita boleh tengok kopi termahal yang dihasilkan dari najis haiwan.
Gross!!

Ada pelbagai jenis kopi yang tak tercapai dek akal. Surrounding dia sangat best sebab kita duduk dalam kebun kopi. Ada banyak lagi tempat kopi macam ni sepanjang jalan ke Kintamani tu. 

Musang ini lah yang najisnya sangat di tunggu-tunggu. HAHA. Dia akan di beri biji kopi merah sahaja. Kemudian, dia makan dan tunggu sampai dia menghasilkan najis. Esok paginya baru najis itu dikutip. 

Biji kopi yang bercampur dengan najis musang. Belum dibersihkan lagi.

Tengoklah makcik sangai biji kopi pun masih menawan dan jelita. Pasti hari-hari mendapat khasiat kopi luwak tersebut.

Menurut majlis fatwa Indonesia, kopi luwak ni boleh diminum. Tapi ya, menurut aku sih, ia nya dari najis hewan. Walau sudah dibersihin, najis still najis. Terpulang pada tekak masing-masing. 


Selepas melawat segala, kita di bawa duduk di pondok di lereng bukit ini. Mereka akan bancuhkan pelbagai jenis teh dan kopi. 

 Saya cuma rasa cocoa, kopi kelapa, teh halia. Tu je kot. Kembung perut nak rasa semua.

Dak Yang tapau kopi Bali bawak balik. I didnt tapau anything. Bukan peminat kopi kecuali kopi setabak. BAHAHAHA. Kat Setabak pun mintak java chip. Pembongak sangat.

Next destination - Tegalalang
Ahhh, pendek kata tempat-tempat di Bali ni semua jauh-jauh. Dengan jalan kecilnya, dengan banyak kenderaannya. Literally, we spent more time on the road. SO, di Tegalalang tak lama sebab padi dah tuai, view tak berapa nice untuk di shoot banyak kali. Lepastu sebenarnya dah tak daya nak turun panjat tangga to get the nice shot. Mana yang ada je la ye.

Naah, one for the album. If only padi tengah menghijau. Mesti lawa. For me, Padi tarrace dekat Tegalalang ni tak berapa nak cantik. Yang on the way ke Bedugul tu rasanya lagi lawa. Dekat Ubud pun sama. Macam dalam cerita Eat Pray Love tu.

Last pit stop for day 1 - Jimbaran
Finally, we had our dinner at Jimbaran. Oh, sangat sedih bila mengenangkan dinner tersebut. Tak kenyang langsung. Tak mengapalah, we had nice view for dinner. Itu pun dah mengenyangkan. (Ayat penyedap hati)

This is Jimbaran. Ada berderet-deret kedai makan di sepanjang pantai ni. Pilih mana nak je.

Makan malam sambil di hiburkan oleh sekumpulan penyanyi yang nyanyi lagu Masih kah Kau Ingat secara salah. HAHA. 

Our dinner yang bisa mengalirkan air mata. HAHA. Celah gigi aku je ni.

Ini adalah moment paling dekat saya dengan pantai. Sangat sadis. Tak sempat pun nak cicah kaki dekat air laut. Apatah lagi nak sunbathing. Oh oh oh, apa rasanya air laut Bali ya? HAHAHA

Tamat sudah perjalanan hari pertama. Gimana ga capek. Sehari sampai 5-6 tempat kami lawat. Sampai hotel semua flat. Konon nak ke spa, konon nak menikmati night life di Bali. Semuanya simpan dalam hati. HAHAHA. Energy level zero. 

Day 2 - more fun! Tungguuuuuuuuuuuuu


Monday, July 7, 2014

Rania Travel: Day 1 Part 1- Barong & Kris Dance - Kintamani

Tahukah anda yang cerita Eat Pray Love itu shootingnya di Bali?

Anda tak tahu? Saya baru tahu. Pagi tadi. Sebab baru lepas nonton Eat Pray Love. That is exactly how I'd picture jenis percutian yang saya mahu. Sebab saya punya tahap curiosity yang tinggi. Saya mahu tahu how they live their life. Kenapa rumahnya dalam satu kawasan berpagar dan ada banyak lagi rumah kecil-kecil dalam tu. Mana satu tandas, mana satu dapur? Are they relatives? Ohhh, terlalu banyak yang saya mahu tahu. Saya mahu berbasikal macam Julia Roberts dan jalan keliling kampung. Saya mahu duduk di villa tengah sawah itu. I wish I can spend a month in Bali. Not going to those mainstream places. Just wanna live in the small kampung near small beaches and blend in with the local. Too much of day dreaming perhaps.

NEXT!

Barong & Kris Dance
We were late on our first day. Janjinya 8.30 sebab ada show yang mahu di tonton. What to do. 8.30 Dak Yang tengah mandi lagi. Subuh di sana jam 5.08 dan kami sekeluarga woke up at 7.00 tengok luar dah terang benderang. Yang lain semua dah siap breakfast dan tunggu dalam van kami baru nak terhegeh-hegeh. 

 
Muka-muka late comers.

So, sampai di tempat Barong Dance, show dah setengah jalan. Dapat la seat belakang sekali. Apa cerita pun dah lost. Hadap la tengok orang joget-joget, jerit-jerit. Yang Nia tak habis-habis takut-takut-takut.

This creature makes her scared.
Aku nonton show nya sampai berpeluh-peluh panas, dengan nyamuk lagi dengan tak berapa faham lagi. Herghhh.

Sekarang ni Walid, pompuan tu kena tahan dengan raja sebab raja tu dah kena rasuk dengan hantu jahat. Bilang Nia. HAHAHAH

Gambar dengan hero kena ada. HAHA. 
Nia dalam cubaan nak escape

Untuk Barong Dance ni takda lah scary mana dan masih sesuai kalau nak bawa anak-anak kecil. Kelakar sikit. Siap ada selit cerita Upin Ipin lagi. Sebenarnya dia ada sediakan jalan cerita dalam bentuk kertas. Kalau tak faham boleh baca. Barong Dance cuma ada sehari sekali saja. Selalunya waktu pagi dan duration nya selama 1 jam. Dan dia ada banyak lagi tempat lain. Tak macam Kechak Dance yang di lakukan di tepi laut waktu matahari terbenam dan di temple-temple tertentu. Yang paling famous of cos lah yang di Tanah Lot.  Kami memang tak pergi tengok Kechak Dance sebab dia ada sampai tahap rasuk-rasuk. Soo not going.

Selesai saja tengok show ni, kami teruskan perjalanan ke Kintamani. Ada berhenti di tempat buat batik actually, tapi Ibu Zafira sama Ibu Hidayati tak turun sebab anak-anak tidur. We just stay in the van. Nothing to brag about their Batik. Honestly, Batik Terengganu more more beautiful compare to this one. Plus mahal tak agak-agak. 

 Tak sampai berapa minit perjalanan. 
Macam ni lah rupa 2 beranak.

Kintamani

Jalan ke Kintamani sangat jauh dan berliku-liku dan bumpy. Ye, boleh mengakibatkan sakit badan yang melampau. Bangun,tidur,bangun balik pun tak sampai-sampai. But once you were up there, rasa berbaloi la juga.
 This is Mount Batur.
Gunung berapi yang aktif dan baru lepas meletus


Bawah kaki gunung ada tasik dan yang hitam-hitam tu adalah kesan daripada letusan volcano.
Kalau dalam Eat Pray Love, mereka hiking lalu tepi tasik tu. Kan best daripada memerhati di kejauhan.


Suasana dia sangat sejuk macam Cameron Highlands tu. Tapi di Kintamani ni kali 10 sejuk dia. Tempat makan halal banyak. Makan buffet sambil menghadap gunung. Musolla juga ada. Kami solat disini terus. Air dia MashaAllah, macam nak beku dah tangan ambil wudhu'. Tapi jaga-jaga dengan gadis penjual key chain. Dak Yang terjebak membeli. Mahal!
From Kintamani with love

....to be continued