Friday, December 27, 2013

walid in-charge

Bila bunda nak exam, bunda memang act like mem besar only. Gayanya macam nak baca satu buku teks, padahal dapat buat nota ayat dah berhenti, telek hp sambil baca whatsapp beribu-ribu ayat. Macamlah soalan exam nanti berdasarkan perbualan dari whatsapp. Sebab tu kadang-kadang walid jadi diktaktor bersifat kuku besi. Hp bunda jadi tawanan perang. Kadang-kadang walid join sekali reply whatsapp bunda. Aik aik aik, Over sangat walid tersebut. Sampai kadang-kadang kawan bunda confuse, bunda ke walid yang reply neh.

Bunda memang tak uruskan Nia langsung. Dari bangun tidur sampai Nia tidur balik semua walid yang uruskan. Nia mandi, Nia poo poo, masak nasi Nia semua walid. Kalau Nia nak bf baru cari bunda. Kalau walid boleh bf mungkin khidmat bunda tak diperlukan sama sekali.

Tapi bunda ada hati perut. Bila tengah-tengah malam Nia nak shushu, memang bunda lah yang bangun, sekali tukar pampers. Tak sampai hati nak kejut walid. Or else mungkin bunda akan dilesing oleh walid sebab too much sangat bersenang lenang.

And this is the aftermath



Dua beranak yang ketiduran.

Esok dan lusa final exam untuk sem 3. Semoga bunda menjawab soalan takda ragu-ragu sebab tidur bunda pun berbantalkan nota.

Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, December 18, 2013

Jalan Saya Tak Mudah

While waiting for Darling Husband to arrive, marilah kita mengarang barang sebaris dua ayat. Sebab, dalam sehari tah berapa kali suami keluar masuk belog isteri dengan harapan ada entry baru. Kadang curi-curi tengok beliau sedang browsing web apa, mesti ada satu tab belog isteri. Hahaha. This is for you husband.

Kelmarin hari tu, saya ada mengutarakan kekecewaan saya sebab tak belajar pandai-pandai and tak dapat study overseas. Bergabung dengan Kak Mus and Acik. Tapi, Kak Mus dapat study German kot. Siap masuk salam perantau lagi. HAHA. Tak habis-habis dengan salam perantau. Acik pulak UTP-ians kot. Kerja dalam KLCC. (Hikhikhikhikhik)

Well, saya tidak dilahirkan dengan kebijaksanaan yang luar biasa. Macam Adi Putra ke, Safiah ke, Amalina ke. Am just tipikal budak kampung dengan pencapaian yang average. Being pelajar luar bandar, cikgu-cikgu akan motivate us untuk belajar rajin-rajin, belajar tinggi-tinggi, boleh pergi tempat orang, explore the world, otak lebih berkembang. Jangan duduk dekat kampung saja. Tu macam propaganda yang disematkan dalam hati kami.

So, dalam kepala otak saya dah imagine, kalau aku belajar rajin -rajin nanti aku boleh masuk sekolah bagus-bagus, nanti aku boleh pergi luar negara, main salji. Tipikal gadis kampung, membayangkan

Published with Blogger-droid v2.0.6