Thursday, August 29, 2013

Birthday Anak JEEE Pun

Anak tu bukan tahu apa pun lagi. Kalau kita buat biasa-biasa je, dia tak rasa apa pun.

hey hey hey sayang, tak tahu yang namanya kamera boleh simpan foto ribu-ribu dalam memori ya? Nanti bila dah besar dia tengok kek hari jadi dia kek span saja pastilah dia berasa sedih bukan?

tapi saya takdalah merancang sebuah majlis di hotel dengan tema glam rock chic. saya bukan marion caunter. sobss.

eh yaty tu kan hari tu ada mem publish sebuah entry berbentuk keinsafan. kenapa lah hari ni dia dah lupa daratan? HAHAHA

taklah, saya cuma stress bila memikirkan ahh byknya nak buat, nak cari, nak bayar.































apsal semua kek pun cantik? denggg!!! -photo ihsan sapna-

tapi pasti anda semua dapat teka apa kesudahan untuk si mata rambang ni. dia mesti end up beli kek secret recipe. trust me. KAHKAHKAH



-Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, August 28, 2013

My Bimbo Moment

Semenjak dia ni ada blogpress, hari-hari dia ni update blog. Well, biasalah, middle name dia ni hangat-hangat tahi ayam. Nanti sikit hari blog dia ni jadi suam-suam kuku. Lama-lama blog dia ni jadi rumah spider. Haa, bolehlah datang selalu nanti kalau nak jumpa Tam. ok tak kelakar.

Bimbo moment saya bermula bila emak mesej minta dibelikan bayam dan cili.

OMG OMG OMG

Bayam tu yang macam mana rupa dia. Maaflah kalau rasa saya poyo sangat. Tapi saya bukan seorang yang mesra sayur. Kalau makanan ada sayur pun saya pilih-pilih letak tepi. Sayur yang basic saya kenal. Atau yang rupa dia lain dari yang lain. Kalau sayur yang macam berdaun ni, semua saya nampak lebih kurang. Tukar nama saja.

Kalau di hypermarket, dia ada label. Pejam mata je saya ambil. Kalau kat kedai Acheh, takda siapa ambil berat tentang label. Please take note ye peniaga. Bukan semua orang kenal sayur like sayur who?

Jadi saya yakinkan diri saja ketika mengambil seikat sayur. Saya bawa pergi kaunter lalu tanya, ni bayam kan? Semua yang berdiri sekitar jarak 2 kaki dari kaunter froze like main patung-patung kena cuit siapa gerak dia jadi. HAHAHA. Semua pun mempandang secara curi-curi lalu judge dalam hati. Siapa yang bimbo sangat tak kenal bayam ni? Mariah Carey ke?

Well hello, saya terer masak nasi ayam. Tak caya tanya Fira, Lisa, Fiena, err Dak Yang. Even KR pun kata nasi ayam saya enak. Nasi ayam tak pakai bayam lah bukan? Jadi there's no reason whatsoever untuk saya mengenali bayam atau mempakai bayam dalam masakan.

Itu sawi, bayam dah habis.

Saya kenal sawi, sawi ada sana. Pasti ada komplot nak kenakan aku lah ni. Cisss


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, August 27, 2013

'Kakak Datin'

KAHKAHKAH

Nah, bacalah




Dah la mensalahgunakan nama FIL untuk dapat attention. Dasar attention seeker.

Waktu ni memang sangat bosanlah makna dia sampai kepochi sangat nak tegur-tegur artis. Dah la panggil Kakak. Mujurlah dia tak melenting nak saman ke apa. Nanti tak dapat duduk free kat Melaka lagi.

Dak Yang cakap kalau kita takda bajet sangat nak pi holiday, paling-paling kita boleh pi Melaka and stay kat Puteri Resort for free.

Heh, saya nak duduk Hatten pulak la lepas ni pleaseee 😔

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, August 26, 2013

Kerja Sampah

Last week, sambil mark buku murid, saya dengar mereka bersembang

S - Ayu dapat pensel ni masa ayah dia kerja sampah ( sambil tunjuk-tunjuk mekanikal pensel Angry Bird)

Their conversations caught my attention, lalu saya tanya

dapat apa?

S - ni ha cikgu, pensel ni Ayah Ayu jumpa masa kerja sampah.

Ayu - saya pun dapat pen jugak

me - kerja sampah tu apa?

S - Alaa kerja kutip-kutip sampah tu cikgu (Alam Flora)

Sayunya hati bila dengar ini. Itu buat saya tersedar, dalam saya kadang-kadang merungut dan bersungut sebab ada kehendak yang belum tercapai, ada seorang kanak-kanak yang tersangat gembira dengan pensel yang ayah dia pungut dari tempat sampah.

Saya tahu such occupation does exist, cuma saya tak mengenali orang-orang yang bekerja mengutip sampah tu secara dekat. Bila ada anak murid saya yang bapanya bekerja sebagai Alam Flora ni, baru saya tahu, how they live their life.

Ya, dia penerima Kumpulan Wang Anak Miskin, dan juga RMT.

Saya, sepatutnya lebih dari bersyukur dengan apa yang saya ada.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Ihsan Suami

HAHAHA. bukan, nama suami saya bukan ihsan. tapi dengan ihsan suami saya dapat update blog macam ini.

kalau suami baca ni harap beliau gembira sebab beliau hari-hari masuk blog isteri harapkan update. bukan apa pun, sebab lepastu nak counter ape isteri tulis.

tapi bangga juga sebab blog isteri sebaris dengan blog-blog hebat kegemaran suami macam agenda daily, malaysia kini, papagomo, paultan, mudah.com (aik) dan uncle seekers (aik aik aik) tapi takpa, gembirakan isteri juga dapat pahala kan Yang?

here is my 1st entry using blogpress


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, August 15, 2013

Tuhan Bayar 'Cash'

Tiba-tiba hati rasa nak conteng blog. Lalu hati memberi signal pada tangan, jangan malas-malas sangat. Pergi conteng blog sana. HAHA.

Belum ada mood lagi mahu mengarang kisah raya. Cuma mahu bercerita secara random.

Kadang-kadang kita pernah jadi insan teraniaya bukan? Ye, saya pun pernah menganiaya orang. KAHKAH. Hoii tak kelakar lah kisah aniaya orang di buat ketawa. Tapi, itu di namakan win-win situation. Kau buat aku? Haruslah aku membalasnya semula. Tapi again, tu zaman dulu. zaman jahiliah. Aku macam bertindak ikut hati. Tapi hati aku ni macam ada sedikit mulia. Walau teruk orang buat aku, aku ni siap mintak maaf kat orang tu. See, mulia bukan? boleh jadi tauladan.

KISAH 1

Macam-macam dia cakap pasal aku. Dia kata aku minah meroyan dekat status FB dia, aku ni takda pilihan lain lah. Too bad sanggup terima orang yang dah sakitkan hati aku lah. Suka meminta-meminta lah. and the list goes on and on. Tapi aku diamkan je. Keinginan nak membalas dan mengeluarkan fakta-fakta sahih tu ada. tapi aku pendam, sebab gaduh dengan orang macam ni tak membawa ke syurga. Dia siap cakap, dia takkan mintak maaf dekat orang-orang yang di pernah sakitkan hati ni sebab bukan salah dia. Takpalah, mungkin dia polis sebab selalu betul. 

Walau dah bertahun-tahun berlalu, aku masih ingat setiap ayat yang dia tuju kat aku. Maknanya apa? Maknanya ingatan aku kuat sebab banyak makan kismis minda lah ni.

Tapi, apa motif sebenar aku buat entry ni? oh, aku nak cakap, doa orang yang teraniaya selalu termakbul. Cepat atau lambat saja. Aku pernah doa mohon kau pergi meninggal lepastu tiap hari check paper, ada tak masuk news. Again. Waktu tu aku di zaman kegelapan. Waktu tu Prof Muhaya belum giat bagi ceramah yang menginsafkan aku sekarang. HAHA.

Lepas dah bertahun-tahun aku macam ingat-ingat lupa dah semua yang jadi. Aikk sebut ingat-ingat, maknanya banyak lagi ingat dari lupa. Ciss. Aku pun takda lah ambik tahu apa yang jadi pada si penganiaya ni. Apa jadi ek pada dia? HAHAHAHA. Mesti rasa sakit hati membaca entry berciri tergantung macam ni. Keluar kau Yaty!!!

KISAH 2

Aku ingat lagi, kau dan geng-geng kau mengata aku macam-macam kat twitter, kat fb. siap perli-perli aku kat group. Kan aku dah cakap, aku makan kismis minda, so, aku ingat setiap inci perbuatan kau. Bila aku diam, kau makin la ligat bakar-bakar line aku, biar aku balas setiap kutukan kau. Siap cakap aku lalat lah langau lah.

Aku tau memang bukan kau sorang, tapi masa tu kau ala-ala queen bee macam dalam cerita mean girls tu. Padahal kalau kau tanya aku secara personal macam kawan kau (waktu tu) buat, mungkin kau takda salah faham. Tapi pergi lantaklah. Buat apa aku nak fahamkan orang yang berfikiran dangkal macam kau kan? 

Lepas aku explain dalam blog aku secara terang-terang kau cakap aku busukkan nama kau. Wahhh, nama aku yang kau dah busukkan kau tak kira? Kau tabur fitnah pasal aku? Kau tak kira? Kira macam aku lah kena jaga air muka queen bee? Pergi mati. 

Aku ingat ayat kau sampai sekarang, nyah kau lalat dari hidup aku. See, thank you kismis minda. 

Macam lah hina sangat aku ni sampai nak samakan aku dengan haiwan, kau lah yang paling besar masa tu. Paling diva. Jadi leader kepada semua pengikut kau dalam group.

Aku kenal kau pun tak. Sejarah kisah kau muncul dalam hidup aku pun sebab kau yang rajin sangat nak komen-komen entry aku. Kalau tak, aku memang tak mengenali kau siapa. Lepas dari kes dulu, aku langsung takda ambil tahu pasal kau. Until recently aku terbaca blog seseorang, dan there you go. Hidup ni macam roda, kejap kat atas, kejap kat bawah.Kejap kau berdiri megah singkirkan aku, kejap lagi, aikk dah tersingkir pulak?

Tak, aku tak menangguk di air keruh. Aku tak ambil kesempatan pun err alahh sikitlah, sikit. Walau dah beberapa tahun berlalu, aku simpan semua kemas dalam lipatan hati and i wished i never knew these people. Sebab aku jumpa lagi ramai nice people compared to them.

Tapi aku pilih hari ni untuk meluahkan rasa. Aku taknak sentuh apa yang jadi antara kau dengan orang lain. Tu masalah kau. Aku cuma nak tanya, apa kau rasa sekarang?

Sekian, 

yang benar,
(insan teraniaya)