Wednesday, June 26, 2013

Kadang-Kadang Kita Perlu....Abused the Power

Entry ni dah lama tersimpan dalam hati. Bukan dalam draft. Dalam hati. Sebab dah banyak sangat mengarang dalam hati, kena publish satu dua juga dalam blog. Maka di sinilah saya di hadapan laptop, mengarang dari hati yang terdalam

Oyya. Assalamualaikum.

Tak, jangan worry. Ini bukan entry rembesan air mata mentangisi suami yang mellow dan membosankan khalayak. Ini entry menyatakan kesakitan hati yang teramat. Dah lama rancang nak mentulis. Dan seperti yang saya katakan di para atas. Takyah nak repeat lagi ayat yang sama boleh Yaty? Ok, move on

Kejadian New Moon di langgar bas persiaran tu dah lama sangat. Saya kira almost 2 months. Ya, 2 months. You heard me. Dan sebenarnya, bengkel dah siapkan kereta tu lama dulu. Tak cecah usia 2 bulan pun New Moon dalam bengkel. Tapi sampai sekarang, bayang New Moon tak kelihatan pun di porch rumah saya. Ya, you heard me. Tak kelihatan. You wanna know why?

Sebab ada seorang SARJAN XX yang I do not know what type of disease that he had yang menyebabkan dia cuti setiap kali JUMAAT. Ya, you heard me. SETIAP KALI JUMAAT SEJAK 2 BULAN LALU.

Marah tak? Marah tak?
Ok, tak marah takpa.

Tapi aku marah sebab dia bukan mensusahkan diri dia, TAPI diri aku dan diri suami. Bila tinggal satu kereta, kau faham sajalah situasi dia macam mana. Malas nak cerita panjang. Tapi aku nak cerita gak. Dak Yang kena balik Ganu naik bas, beliau kena tumpang orang sana sini nak pergi kerja, nak keluar makan pun payah. End up terpaksa goreng ayam tak sedap. Eh, sorry Yang. HAHA. Kalau beliau guna kereta pulak, aku yang kena susah pulak. Kena pinjam kereta abang, abah, abah mertua. Kau tahu tak meminjam harta orang tu susah dan malu.

Ahhh, mesti kau takda tahu sebab kau sibuk cuti every Friday.

Lagi, saya sangatlah jatuh kasihan dengan suami yang kena ulang alik balai polis XX dekat KL dengan jammed, takda parking segala. SUSAH TAHU!! Tu belum lagi bila suami tanya kaunter bawah, dia kata Sarjan XX ada. Bila sampai atas jadi takda. Siap kena layan tanpa kemesraan lagi. "Kau tengoklah tempat dia tu, ada orang ke tak? kalau tak, takdalah" Ini lah yang di katakan slogan cekap.Mesra Sangat dan Betul? Biadab

Aku tak pernah anti pak polisi. Aku takda masalah dengan kepolisian. Tapi bila kita sendiri mengalami situasi yang macam dianiaya, kau rasa patutkah aku memuji? Tak semua polis macam ni lah hayyoh tapi Sarjan XX memang menguji kesabaran. Dia dah siapkan semua report kecuali gambarajah kasar or lakaran kasar or i do not know its name. Apa motif dia tak lengkapkan report ni hanya Allah yang tahu.

Pernah yang kami diberitahu Sabtu lepas turn Sarjan XX ini bertugas 24 jam sebab Jumaat dia dah cuti. As usual. Bila suami call Sabtu tu as usual jugalah, dia bagai chipsmore. Hilang begitu saja. Like magic. Ting ting ting.

Suami dah tak boleh sabar, eh sebenarnya suami masih ada sabar. Isteri yang hilang pedoman. This is it. Kita perlukan pertolongan. Bila in laws dah masuk campur dengan pertolongan beberapa pihak. Keputusannya. Tat tat tadaaaa

Hari Selasa dah siap. Hari Selasa for God sake!!
Kami tunggu sampai 2 bulan, in laws tolong settle kan dalam 2 hari. Nampak tak? Nampak tak?

Kalau boleh, suami tak mahu lah guna kan sesiapa untuk settle kan masalah ni. Benda remeh. Tapi nampaknya sangat silap. Dan Sarjan XX pon sangat silap nak main cak ba dengan suami. Hari Selasa tu kemain lah Sarjan tu call suami dan bermanis mulut. Lembut gigi dari lidah. Hari Selasa tu juga Abah Mertua pergi balai ambil benda tu.

Ahhhh aku geram, kalau dia call aku memang lah dia. memanglah. Memang aku hilang pedoman maki dia berbakul-bakul macam tak ingat Tuhan. Lepastu aku mintak maaf lah sebab aku macam malas nak menanti dia di pintu syurga. HAHAHAHA

Jadi Insha Allah, Jumaat ni dapatlah New Moon keluar dari bengkel. Lepas ni New Moon akan jadi warga Ganu. KAHKAH, saya sudah nekad sebulat hati untuk serahkan New Moon pada Dak Yang. Mungkin kita boleh keluarkan entry saying goodbye pada New Moon. Mungkin lah sebab tah kapan lagi mood rajin datang macam ni. 

Ok, Chiaooo


Monday, June 17, 2013

Yesterday.....

Adalah hari yang sangat menyesakkan dada.

I don't know about others, eventhough I survived the LDM for 1 and a half years now, still akan ada waktu yang secara tak bagi salam kita akan mentangisi pemergian suami. Akan rebel tak nak bagi suami pulang. Akan keep saying, kalau saya isi borang pindah, saya nak confirm dapat!! Tolong usahakan. Begitu diva ayat tersebut, tapi saya serius. Saya bilang pada suami, go seek the strongest cable that we can use. Cabel paling cekang bak kata Mat Luthfi. Akan buat-buat pelbagai trick untuk lambat hantar suami ke stesen bas (dengan harapan suami tertinggal bas dan takyah pergi kerja esok hari, lepastu kita sama-sama makan hati. HAHA) Akan tak bagi suami bawak dua-dua kereta sebab taknak bagi beliau pergi kerja. Apa punya lame trick tersebut.

Heyy heyy heyy... tahukah anda yang New Moon saya accident lagi. Kali ini bas sondol dari belakang. Waktu kejadian suami yang drive di Tol Jalan Duta. Baru mahu enjoy my New Moon, sekarang hati memang dah remuk betul tengok New Moon kena langgar. Saya cakap siap-siap saya dah tak mahu New Moon. Suami dah setuju nak let me drive Mr. Vi dan beliau bawak New Moon balik Terengganu. Tapi hati saya macam terbelah-belah nak serahkan New Moon pada suami terus sebab New Moon is my 1st car, walau seposen tak menyumbang. Tapi takpa. So, I told him, Saa taknak New Moon, but you can't have it either. KAHKAHKAH, begitu buruk siku perangai isteri. (Apa punya annoying kau letak nama kereta kau Yaty? HAHA kalau saya punya 4 kereta memang cukuplah Twilight series)




Ok ok, kembali ke cerita sedih
Walau dah tahu every week akan say hai and goodbye. Tetap juga mahu merembeskan air mata.

Semalam adalah waktunya.

Sejak dari suami sampai, dalam hati semacam tak mahu pisah-pisah lagi. I had enough. LDM ni sangat mensesakkan dada. I just want to be with my husband where ever he is. Dengan Nia yang dah kenal mana Walid, mana Bunda. Semuanya saya rasa makin payah.

Sebab bila Walid ada, beliau yang akan change diapers di tengah malam or bangkit untuk buat susu. It help a lot. So, saya rasa sedikit berat bila takda suami untuk membantu. Plus, semalam Nia cirit birit dan demam. She's a bit cranky and clingy. Saya jadi penat. Bila naik bilik untuk tidur, kepala dia terpusing-pusing cari Walid. I can't help it but cried my heart out. Sambil susukan Nia sambil tersedu-sedu call suami. Saa taknak macam ni. Saa taknak jauh-jauh. I keep repeating that sentences over and over again. Padahal bas suami baru gerak beberapa langkah, tak keluar border Selanor pun lagi.

Ahhh, *lap air mata atas keyboard*

Tak tahu kenapa hati sensitif satu macam. Maybe I realize yang hidup tanpa suami di sisi adalah sucks.

Wednesday, June 5, 2013

I Am Ready?

Last week seminggu duduk Terengganu. Sebenarnya takda pun dalam plan. Last minute decide nak ikut Dak Yang ke sana daripada terbosan-bosan seminggu tanpa agenda. Dalam hati rasa, why not to give it a try. Pindah Terengganu dan bina keluarga bahagia macam lagu Saujana oh ayah, oh ibu dengarlah rintihan...

Plus, dekat Gong Badak dah ada Giant baru. Hampir sikit dengan rumah. Dekat Giant baru ada Cool Blog (Dak Yang panggil kedai ice cool. tah pape) dengan Secret Recipe. Itu pun dah boleh buat saya happy T___T. Hampir tak hampir almost 30 minit juga. Jadilah, daripada Tunas Manja. Hahaha. Dulu saya fikir Tunas Manja ni kedai jual barangan bayi. Dah excited nak ajak Dak Yang pergi. Rupanya Supermarket.

Jadi saya pun dah membulatkan hati, bulatkan tekad bulatkan badan (?) dengan keputusan ni. Akhir tahun nak isi borang pindah!!!! MESTI!!!!.

Yang buat hati ni macam tak keruan bila fikirkan anak. Siapa nak jaga anak? Sudah lah Rania ni semacam manja terlebih sebab nenek jaga. Bila pergi kenduri MashaAllah, air mata berlinangan. Takut sangat dengan orang. Macam
mana hati ni rasa nak tinggalkan dengan orang lain? Saya terbayang-bayang muka sedih dia cari Bunda. arghhhh tu lah bayang-bayang yang membantutkan hasrat hati nak pindah.

Ya Allah mohon di berikan jalan, permudahkan urusan, dilindungi dari kejahatan.
Jalan mana harus dipilih??

yang benar,
HAMBAMU

Ingin Kembali

Bila baca entry lama-lama, syok sendiri habis. siap tergelak-gelak sendiri. Kan seronok bila baca moment yang dah berlalu tapi rasa masih fresh lagi (?) ahhh, akar tunjang ceritanya aku rindu hendak menulis, menggoreng ayat, mensidai gambar dan semua-semua lah. Aku bertekad ingin kembali ke persada penulisan, biarlah masih punya readers atau tidak yang penting boleh di buat kenangan kelak. Nanti Nia boleh join gelak sekaki. So, inilah permulaannya... Semoga entry yang tak seberapa baris ini boleh jadi penguat semangat, memotivasikan, memangkin azam yang jitu. fuhhhh *tiup kuku*

Kau bertanding dun mana?