Saturday, March 23, 2013

Mid Term

esok ada mid term. sejujurnya, kali ini aku tak bersungguh sangat. tak tahu nak hitamkan apa esok. hitamkan dahi mungkin. sebab tahu semua MCQ esok, tu yang namanya take things for granted.

bila melihat ini lagi la

rasa nak join sekaki. anak walid sangat -__-

Thursday, March 21, 2013

i test 5

Ehem kalau aku berjaya post entry ni aku memang ah, kategori hebat sangat. Mohon ada yang bertanya aku update blog pakai apa sebab terer nau. Ok, riya' malas layan. Ehhh, ni yang fed up kalau riya'. Aku tak reti nak enter ke bawah. HAHAHA. Boleh la gelakkan si dungu yang buta IT yang taip entry 1 perenggan. Ni belum Kira autocorrect yang annoying gila. Pfffttt.

Ok, da jumpa camne nak enter. Ianya dipanggil return bimbo. Bai

From i-phone-5-minus-s with love

Wednesday, March 6, 2013

WW- Rania's Achievement After 6 Months

#proudbunda #betterlatethannever

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, March 4, 2013

Library yang WOW!!

It's been ages since the last time i made a visit to library. Perpustakaan Awam to be specific. Perpustakaan kat sekolah tu tak di kiralah sebab bawak budak masuk library, jerit sana, marah sini habis dah 30 minit. Budak pun tak khusyuk nak baca buku. Cikgu asyik dok pekik kat telinga depa. HAHAHA bingit tau dak?

So, demi assignment yang terbaru ni, i drag my lazy a** to make a visit to the library. So i've heard, library dah berpindah. The one yang dekat dengan muzium tu dah takda. Thank God sebab creepy sangat tempat tu. Ditambah dengan pameran hantu jin dan sedara mara not so long ago, buat saya rasa macam pergi rumah hantu instead of masuk library.

Jadi, persiapan awal dah dibuat. Google jalan nak pi sana, sadly takda map pon disediakan. Tanya orang sana sini, then am ready.

Kata kunci dia kena masuk Kelab Golf Seksyen 13 tu then ikut signboard. Easy right? Saya dengan penuh keazaman dan semangat yang jitu ikut signboard PPAS,PPAS. Sampai lah dekat pintu gerbang KGSSAAS tu aku yakin aku dah sampai. Jalan terus sampai hujung, jumpa jalan mati. Aikkk? Takda pun library? Satu-satunya simpang yang ada ialah simpang menuju ke padang golf.

Mana library baru canggih 6 tingkat siap wayang dan gym segala seperti yg digebang-gebangkan? Ghaib kah?

Tak puas hati, aku keluar dari jalan mati, kot-kot ada simpang kat depan-tapi-aku-tak-perasan. Still, nada. Aku siap sampai jalan besar dan tak tahu nak hala mana. Last-last aku u turn lalu depan Pecel Lele Lela. Ohh, kat sini rupanya tempat si Lin cakap tu. Hoii hoii, cari library jumpa tempat makan? HAHAHA.

Call my husband countless time. Not helping at all. Beliau kata dekat deret kedai lah, dekat simpang surau lah. Tapi signboard dia hala ke dalam KGSSAAS tu. Signboard don't lie. Tajuk lagu Beyonce yang baru. So, i tried again. Mungkin simpang tu tersembunyi di balik pokok merimbun? Again, saya tiba di jalan mati. Heii heii, kalau saya mengerjakan umrah ni, dah tentu dapat satu umrah. Ni tawaf tujuh keliling dekat KGSAASS ni pahala apa pun tak dapat. Habis minyak dengan tenaga saja.

Saya masih refused mahu cuba simpang ke padang golf tu sebab nanti malu dengan Datuk Tan Sri segala, apasal ada Pompan bawak myvi masuk padang golf ni. Haaa kan malu, kan malu. Yang signboard pula mati sampai simpang depan je. Ingat dalam tu takyah signboard? Ingat semua orang terer cari library? Kesian dekat orang yang low self esteem macam saya ni yang takut dengan orang kaya kalau tersalah masuk padang golf!! Pffttttt

Di tawaf ke tujuh, saya cuba masuk juga ke simpang puaka tu. HAHAHA sebab husband cakap, pergi club house and asked people there. Diwaktu itulah saya nampak banner lusuh hidup segan mati tak mahu yang cakap ada program di PPAS (Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor) FINALLY! FINALLY!!!! God answer my prayer. Drama sangattttt.

Di sebalik kehijauan, tersergam sebuah building yang sangat WOWWW, yang sangat canggih dari the previous haunted-library-mansion. Tak sabar sangat nak masuk dalam.

Kalau dekat luar dah kagum, dalam dia lagi la buat saya kagum kali doploh. Sampai tak sempat nak capture gambar sebab mulut dah wooww wooww berpuluh-puluh kali. Saya yakin, saya bukan di Malaysia. HAHAHA.

Tapi bila dah kagum sangat sampai tak tahu saya patut pergi level berapa untuk cari buku pendidikan. Saya pun follow sorang student ni naik tingkat 2. Kalau nak masuk, kita kena buka kasut, masuk dlm beg yang disediakan. Saya pun laju-laju masukkan kasut dalam beg dan pusing-pusing kat dalam. Interior design dia sangat canggih.

Lalu si kampung browsing every sudut sambil heret beg kasut. Haha, sebab takda orang boleh la act like kampung-kampung only. Tapi section yang di cari takda. Saya tanya student yang saya stalk tadi. Dia kata di tingkat 4. Saya pun naik sampai tingkat 4. Ingatkan nak kaki ayam je naik escelator sambil heret beg kasut, tapi dia dah warning suruh pakai kasut bila naik escelator tu. Kena la pakai buka pakai kasut. Buang masa disitu. Kalau kita anggap library ku rumah ku kan lebih mudah. No?

So, korang pergilah library canggih tu. Rasa macam rugi kalau tak pi. Kalau bukan nak baca buku pun, pi sesaja untuk kagum kagum dan wowww wowww banyak kali. Dia buka 7 hari seminggu. Hari Isnin buka pukul 10 smpai 5 petang. Hari lain 9.30 pagi sampai 5. Kalau nak buat kad, guna IC ja. Wowww lagi kan? Hahahaa.

Ok, dah habis. Soalan minggu ini, ce kira berapa kali guna woww dalam entry ni? Ok, malas layan.

Published with Blogger-droid v2.0.6