Saturday, January 12, 2013

Surprised, Surprised, Surprised!!!

SELASA

When he called and asked dekat bawah ke kat atas (bilik)? Saya tak syak apa-apa. Saya pun cakap lah, dah naik bilik bawa anak sebab niat di hati nak mentulis belog. Sebab tu bawa anak naik atas siap-siap.

Habis siapa nak buka kan pintu ni?

*muka terus glowing bak sunshine* ohh, ada kat bawah ke? Kejap-kejap

Baru nak lari turun Rania dah ekk ekk. Tak dapat nak lari buat drama Hindustan sebabak. Tau-tau je taw dia ni. Lalu call emak minta bukakan pintu. -___-

Blogspot? Terus klik pangkah KAHKAH

KHAMIS

Bila anda menjalani LDM, You'll never expect to see your husband waiting for you at the front gate smiling. Once in a blue moon, when it happened, you'll feel like jumping out from the car immediately and hugs him. Well, at least I am the one who feel like it.

Memang takda dalam fikiran pun will see him there, and there he is waiting for me. Saya pun act like kera dapat bunga only. Tersengih-sengih. Macam tak cukup mulut nak senyum lagi and he is smiling back. OMG OMG OMG. Rasa nak pingsan. This is the reason why I married him. He knows how to suprised me and makes me happy when I least expect it.

Jadi, malam itu kami live happily ever after. Tak memasal. HAHAHA.

Dak Yang sanggup missed one class pagi Jumaat tu demi nak spent time with his little family ni. Kami keluar bawa Rania jalan-jalan. Padahal pi cari susu je pun. Kihkih. Dan saya rasa ultimate happiness in 2013. Serius.

I miss you husband, i missed you now since you've been missing for like almost 12 hours and I almost make a police report and tell Rania that her walid is gone. And all sorts of drama melayu can't stop playing in my mind. Losing husband, become widow, orang kampung pandang serong blablabla.I hate it, I hate it. Gonna blog about that later with the title Anxious wife perhaps?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, January 10, 2013

Manehnya 2012....

bila

1// ...suami dapat panggilan temuduga and he nailed it walau hanya kontrak setahun. (tanpa pertolongan orang dalam mahupun cabel-mabel. Rezeki anak dari Allah) Terpaksa berpisah beribu batu... jauhnya alleycats, demi kestabilan ekonomi keluarga, kita kena redha. Itu penting. Tetbe sangat.

2// ...UPT saya double line pada hari yang sama suami dapat kerja. Tahun baru dan permulaan yang baru untuk keluarga baru kami. Syukur berganda.

3// ... mempunyai harta pertama, (well, harta suami sebenarnya pun. Tapi apalah gunanya pepatah hartamu, hartaku jua?) Dak Yang belikan kereta sebab kasihan lah kan isteri tak punya kenderaan ke sekolah. Asik pakai harta keluarga je, sesekali perlu ada sendiri punya. Demm, I miss New Moon.

4// ...finally, saya di sahkan jawatan setelah 3 tahun menunggu. Posting 2009, 2012 baru confirm. Terima kasih GB, terima kasihhhhh sangat *sarcasm mode*

5// ...kembali bergelar seorang pelajar selepas 3 tahun tinggalkan maktab.

6// ...lahirnya Fatihah Rania, semuanya berubah sekelip mata. no more bangun lewat waktu pagi. She's my new alarm.

7//...suami dapat permanent post di Instep. Woohoo. Ya, pembukaan dan penutup tahun dengan kejayaan suami. Alhamdulillah, ekonomi keluarga makin kukuh lepas kelahiran Rania. Janji Allah pasti, setiap anak ada rezekinya sendiri. Jangan takut.

Friday, January 4, 2013

Tragedi 2012

Tak, tak. Ini bukan tajuk lagu Awie yang baru. Awie takda buat lagu baru pun.

That is what happened to me and my family in 2012. Memang dugaan maha berat.

Semuanya bermula waktu raya haji tempoh hari. Honestly, tak pernah pun dalam raya haji our family balik kampung. Selalu sambutan raya haji di rumah sahaja. Paling-paling kami ke rumah bapa saudara di Shah Alam. Raya haji tahun ini, saya sambut di rumah in laws. Jadi, mereka yang lainnya pulang kampung.

So, saya tak tahu apa yang terjadi until tomorrow morning, emak call minta saya balik rumah. Emak memang jarang suruh saya balik kalau saya ada di rumah in laws. Saya tak syak apa pun. Saya ingat ada yang mahu jumpa Rania. Emak kata, balik kejap, balik kejap. Saya pun siap-siap tunggu anak bangun lalu berangkat ke Klang.

Sampai je rumah Klang, semua macam biasa. Sampai lah emak tanya, ada assignment ke dalam laptop saya? Saya terus cari laptop yang selalu ada atas meja. Nada. So, saya syak adik saya rosakkan laptop saya. Kenapa mak? Laptop kita rosak ke?

Kau tak tahu ke malam tadi rumah kita kena masuk pencuri?

With that only sentence, baru saya notice, emak baru lepas menangis, rumah nampak sedikit messy dengan pintu terkopak. Patutlah adik sibuk kemas-kemas laci dan baru lah saya realize, I lost everything yang sangat berharga. Bila saya dan suami naik bilik, I almost fainted. Saya baru teringat cincin risik dan tunang dalam laci, duit mas kahwin RM300, jam-jam. Semua dalam laci. Dan semua kosong -__-

Suami kata sabar, ni semua dugaan Allah. I feel empty, blank, blur, semua ada. Tak tahu nak bertindak macam apa. Rantai anak yang Nek Ma dia hadiahkan, baru pakai sekali pun dah takda. Gelang tangan emak belikan 6 tahun lalu pun di sapu. Baru lepas bersalin, memang saya takda nak pakai lagi barang-barang kemas. 

Duit anak yang orang-orang bagi waktu kenduri, terletak atas almari berlaci, Alhamdulillah selamat. Mungkin pencuri tak perasan atau bak kata Abah, tu rezeki anak, ada lagi. 

Yang saya paling ralat adalah kehilangan laptop tu. Dalam tu terlalu-lalu-lalu banyak gambar kenangan. Saya tak sanggup nak ingat. Ya, saya redha dengan ujian Allah yang memang tak tertanggung rasanya. Ambil masa yang lama juga untuk saya lupakan kesedihan ni. Nak kemas balik the mess yang mereka tinggalkan memang azab. Moga Allah balas perbuatan mereka.

Seminggu selepas kejadian pencuri bajingan masuk rumah, saya ada mid term exam. Suami yang hantar dan ambil saya pergi exam. Dan pada hari yang tak berapa nak baik itu, balik dari exam, kami accident di Padang Jawa. Kami di jalan lurus and suddenly ada kereta melintas. Dan BAMMMM, both air bag keluar dan meletup. Tangan saya a bit melecur sebab terkena air bag. Tangan suami lagi lah, lebam.

Saya terlalu shock sampai menangis di tepi jalan and I kept saying kenapa taknak dengar cakap Saa? Kenapa taknak dengar cakap Saa? berpuluh-puluh kali. (Darling Husband call me Saa, Sayang perhaps? kihkih) sebab saya rasa suami bawa laju waktu tu. Tapi beliau kata tak laju pun. Ye kan saja. Dah la accident dengan warga Nepal yang bawa kereta sewa. Nak claim insurans siapa agak-agak?

Waktu tu hujan renyai-renyai. Mujurlah kami tak cedera serius. Orang ramai suruh saya pergi berteduh dalam kedai mamak tepi tu. Waktu itu dalam fikiran cuma teringatkan anak. Kalau lah apa-apa terjadi pada kami, kasihan anak yang baru sebulan lebih tu.

Rupanya di rumah, anak saya menangis dan tak mahu menyusu waktu kami accident tu. Emak pun naik hairan, pasal apa dia takmau menyusu. Tak lama lepastu, saya call and bagitahu saya accident barulah it makes sense. Nia dapat rasa ada yang tak kena with her parents. Sedih sangat bila dengar cerita emak. Ahhh, tak dapat bayang ah kalau Nia jadi yatim piatu *Nauzubillah*

Dan sejak itu saya fobia nak bawa kereta. Asik terkenang-kenang je. Saya cakap dah tak mahu Myvi tu, sebab sedih tengok hancur remuk depan dia. Kita punya la jaga, bawak pon slow mo je. Tapi sekarang kalau tengok kereta orang rindu sangat-sangat kat New Moon tu. Ye, selepas lebih 2 bulan kereta tu belum siap repair lagi. *insert muka bengang here*

Dan untuk melengkapkan tahun kesedihan bagi keluarga kami, hari Jumaat sebelum cuti sekolah bermula, rumah abang saya pula dimasuki pencuri. Tapi pencuri yang masuk bersifat baik sebab dia tak sepahkan satu rumah. Cuma ambil yang nampak depan mata. Rantai dan laptop. Tapi pencuri tetaplah pencuri. Takda kategori pencuri baik dengan pencuri jahat. Kalau pencuri baik dia tak mencuri lah kan? mencuri hati mungkin di kira pencuri yang sweet. Memang kau mohon di lempang ke apa ni Yaty? Semoga lah satu hari Allah balas perbuatan semua pencuri.

Memang Allah sedang menguji kami sekeluarga berturut-turut. Jadi, saya declare 2012 adalah tahun kesedihan for us. Sekali-sekali di uji memang terduduk kami. Tapi kami sedang bangkit dari kepayahan ini. Mungkin dengan ujian ini mendekatkan kami kepadaNya. Kami redha.


Wednesday, January 2, 2013

WW#1 - Little Rania in Pictures

2.10.2012
1 MO

2.11.2012
2 MO

2.12.2012
3 MO

Today 2.1.2013
4 MO

And officially, I am being a mother for 4 uhh-mazing months.

Tuesday, January 1, 2013

Hello 2013

Well, yes. Am back for good. Akan lebih rajin menghentak keyboard di tahun 2013. Semoga lebih consistent menconteng arang di blog sendiri. Ni kira azam tahun baru ke apa ni? We'll see. Happy new year gais :-)

Published with Blogger-droid v2.0.6