Friday, December 27, 2013

walid in-charge

Bila bunda nak exam, bunda memang act like mem besar only. Gayanya macam nak baca satu buku teks, padahal dapat buat nota ayat dah berhenti, telek hp sambil baca whatsapp beribu-ribu ayat. Macamlah soalan exam nanti berdasarkan perbualan dari whatsapp. Sebab tu kadang-kadang walid jadi diktaktor bersifat kuku besi. Hp bunda jadi tawanan perang. Kadang-kadang walid join sekali reply whatsapp bunda. Aik aik aik, Over sangat walid tersebut. Sampai kadang-kadang kawan bunda confuse, bunda ke walid yang reply neh.

Bunda memang tak uruskan Nia langsung. Dari bangun tidur sampai Nia tidur balik semua walid yang uruskan. Nia mandi, Nia poo poo, masak nasi Nia semua walid. Kalau Nia nak bf baru cari bunda. Kalau walid boleh bf mungkin khidmat bunda tak diperlukan sama sekali.

Tapi bunda ada hati perut. Bila tengah-tengah malam Nia nak shushu, memang bunda lah yang bangun, sekali tukar pampers. Tak sampai hati nak kejut walid. Or else mungkin bunda akan dilesing oleh walid sebab too much sangat bersenang lenang.

And this is the aftermath



Dua beranak yang ketiduran.

Esok dan lusa final exam untuk sem 3. Semoga bunda menjawab soalan takda ragu-ragu sebab tidur bunda pun berbantalkan nota.

Posted using BlogPress from my iPhone

0 feedback: