Thursday, August 15, 2013

Tuhan Bayar 'Cash'

Tiba-tiba hati rasa nak conteng blog. Lalu hati memberi signal pada tangan, jangan malas-malas sangat. Pergi conteng blog sana. HAHA.

Belum ada mood lagi mahu mengarang kisah raya. Cuma mahu bercerita secara random.

Kadang-kadang kita pernah jadi insan teraniaya bukan? Ye, saya pun pernah menganiaya orang. KAHKAH. Hoii tak kelakar lah kisah aniaya orang di buat ketawa. Tapi, itu di namakan win-win situation. Kau buat aku? Haruslah aku membalasnya semula. Tapi again, tu zaman dulu. zaman jahiliah. Aku macam bertindak ikut hati. Tapi hati aku ni macam ada sedikit mulia. Walau teruk orang buat aku, aku ni siap mintak maaf kat orang tu. See, mulia bukan? boleh jadi tauladan.

KISAH 1

Macam-macam dia cakap pasal aku. Dia kata aku minah meroyan dekat status FB dia, aku ni takda pilihan lain lah. Too bad sanggup terima orang yang dah sakitkan hati aku lah. Suka meminta-meminta lah. and the list goes on and on. Tapi aku diamkan je. Keinginan nak membalas dan mengeluarkan fakta-fakta sahih tu ada. tapi aku pendam, sebab gaduh dengan orang macam ni tak membawa ke syurga. Dia siap cakap, dia takkan mintak maaf dekat orang-orang yang di pernah sakitkan hati ni sebab bukan salah dia. Takpalah, mungkin dia polis sebab selalu betul. 

Walau dah bertahun-tahun berlalu, aku masih ingat setiap ayat yang dia tuju kat aku. Maknanya apa? Maknanya ingatan aku kuat sebab banyak makan kismis minda lah ni.

Tapi, apa motif sebenar aku buat entry ni? oh, aku nak cakap, doa orang yang teraniaya selalu termakbul. Cepat atau lambat saja. Aku pernah doa mohon kau pergi meninggal lepastu tiap hari check paper, ada tak masuk news. Again. Waktu tu aku di zaman kegelapan. Waktu tu Prof Muhaya belum giat bagi ceramah yang menginsafkan aku sekarang. HAHA.

Lepas dah bertahun-tahun aku macam ingat-ingat lupa dah semua yang jadi. Aikk sebut ingat-ingat, maknanya banyak lagi ingat dari lupa. Ciss. Aku pun takda lah ambik tahu apa yang jadi pada si penganiaya ni. Apa jadi ek pada dia? HAHAHAHA. Mesti rasa sakit hati membaca entry berciri tergantung macam ni. Keluar kau Yaty!!!

KISAH 2

Aku ingat lagi, kau dan geng-geng kau mengata aku macam-macam kat twitter, kat fb. siap perli-perli aku kat group. Kan aku dah cakap, aku makan kismis minda, so, aku ingat setiap inci perbuatan kau. Bila aku diam, kau makin la ligat bakar-bakar line aku, biar aku balas setiap kutukan kau. Siap cakap aku lalat lah langau lah.

Aku tau memang bukan kau sorang, tapi masa tu kau ala-ala queen bee macam dalam cerita mean girls tu. Padahal kalau kau tanya aku secara personal macam kawan kau (waktu tu) buat, mungkin kau takda salah faham. Tapi pergi lantaklah. Buat apa aku nak fahamkan orang yang berfikiran dangkal macam kau kan? 

Lepas aku explain dalam blog aku secara terang-terang kau cakap aku busukkan nama kau. Wahhh, nama aku yang kau dah busukkan kau tak kira? Kau tabur fitnah pasal aku? Kau tak kira? Kira macam aku lah kena jaga air muka queen bee? Pergi mati. 

Aku ingat ayat kau sampai sekarang, nyah kau lalat dari hidup aku. See, thank you kismis minda. 

Macam lah hina sangat aku ni sampai nak samakan aku dengan haiwan, kau lah yang paling besar masa tu. Paling diva. Jadi leader kepada semua pengikut kau dalam group.

Aku kenal kau pun tak. Sejarah kisah kau muncul dalam hidup aku pun sebab kau yang rajin sangat nak komen-komen entry aku. Kalau tak, aku memang tak mengenali kau siapa. Lepas dari kes dulu, aku langsung takda ambil tahu pasal kau. Until recently aku terbaca blog seseorang, dan there you go. Hidup ni macam roda, kejap kat atas, kejap kat bawah.Kejap kau berdiri megah singkirkan aku, kejap lagi, aikk dah tersingkir pulak?

Tak, aku tak menangguk di air keruh. Aku tak ambil kesempatan pun err alahh sikitlah, sikit. Walau dah beberapa tahun berlalu, aku simpan semua kemas dalam lipatan hati and i wished i never knew these people. Sebab aku jumpa lagi ramai nice people compared to them.

Tapi aku pilih hari ni untuk meluahkan rasa. Aku taknak sentuh apa yang jadi antara kau dengan orang lain. Tu masalah kau. Aku cuma nak tanya, apa kau rasa sekarang?

Sekian, 

yang benar,
(insan teraniaya)

26 feedback:

yUmiE AzuRa said...

ngeee kisah 1 tu buat aku geram ok.xde ending!!
poyati,aku teringin nk jmpe ko.ko nk jmpe aku x??hahaha.ini soalan setelah membaca kisah 2.owhh aku takut.mntk jgn le aku jd spt org ko mksdkn even aku xtau spe.huhu.jauhkn aku dr sifat2 mcm tu.tp aku suka berkwn dgn rmai org..

Wawa Yusoff said...

ni nak ckp terus terang ni, takpaham satu ape pun. hahahaha. lain kali klu nak citer bia sebut nama, klu ade url blog yg boleh dikongsi ape salahnye kan?? Mak jemah sangat aku rasa nak tau kesah hidup org. kahkahkah!!

Selamat hari raya yaty..!! :)

IDA RAHAYU said...

Bila fikir balik..apa yg penah org buat kat kita,org tu akan kena balik.. Yes, Allah byr 'cash' kat dunia, what u give u get back la kan..so, biarlah kita sntiasa bfikiran positif kan....

Selamat Hari Raya Yati....

p/s: aku pun penah alami situasi cmtu..so,moralnya, jangan aniaya org kan,nanti kene batang hidung sendiri,hikhik...

Veelara said...
This comment has been removed by the author.
thezaila said...

Salam,

kan.. allah tu balas cash skang ni.. dulu dok mengata awak, tp bukti entah ke mana..

skang aib dier dah terbuka.. satu, satu tuhan tu nk tunjuk.. baru kau tau langit tinggi rendah kan..

huda said...

komen makla sangat perempuan lindungan kaabah....

mana pengikut kauuu manaaaa?? haha.. tolonglahh tak boleh blah perangai dia ni satu ketika dulu.. megah sangat la.. sekarang ni rasakan...

senyum je yaty, kita enjoyyyyy #noradanish haha

paukacang said...

hai,paukacangyangpemes di sini..

entry mantap macam what u give u get back kekdahnya..tapi bukan karma tahu?LOL

haha dah tak tau aku nak komen ape dah #chanteks sume komen suci2 je (makla ko la ni) haha kbai!

cik yaya said...

alaa dah gaduh baru nak setuju side situ side sini


nah komen jahat tulus mulus ikhlas dariku cewahh

thezaila said...

harus komen ala2 perempuan lindungan kaabah.. sbb aku dah puas sembur dier kt entry 'madada'..kaahhhh.. hahah sian madada..tetiba nama madad naik..

Nawal Aizad said...

Tula lain kali baik2 pilih side. Kan dah salah pilih , kalau x boleh masuk grup chanteks eh? Hahahaha

thezaila said...

setuju nawal..
perempuan yg baik utk lelaki yg baik..
perepuan yg chanteks utk kumpulan chanteks JE...

eh???

kbai..

paukacang said...

suke eh makla petik nama orang nasib madada memang pemes kalau aku?eh ape ni?bye!

huda said...

Pauuuuu

Balkidz Hunny said...

Hahaha.
What u give u get back pau? Kelass tau cakap omputih. Nasib baik betul. Kalau salah dh kene kutuk. Eh?

Well memang betul pun makla. Lambat laun akan nampak gak sape betul sape salah. Time ni pandai plak nak setuju side sini. Masa awal2 dulu memang tak nampak ke or buat2 xnampak. Dah gaduh pandai plak nak agree kann? Now comolot plak ngan org lain. Kang gaduh lagi setuju side mane ntah xtahu. Hahaha.

Ohh well. Chanteks tak main lah ade side2. Semua bersatu hati gitu. Peace yaww

huda said...

Pauuuuu

huda said...

Mcm salah tempat je komen taya haha

cik yaya said...

memang pon HAHA

thezaila said...

Kidz, sempat.. dalam demam2, komen panjang berjela..

satu satu tuhan tu tunjuk.

sorang tuhan tu balas, dengan dibuka keaiban diri senditi.

sorang tu, dah terkena kutuk belakang dengan bff a.k.a kawan comolot.

sorang tu, tu dah kantoi kt office atas misconduct yg dijalan kn kt tempat keje. siap ngaku buat lagi.. kann.. dah kena.. dulu sibuk ko dok ber-moley-moley kan aku kan.. sbb aku aku ada hati perut, maka aku xde la menganjingkan ko, jongos-jongos.. eh.. tercakap plak..

tu la. what u give u get back..
tp ini bukan KARMA ye uols.. weols bukan hindu yg percaya karma. weols percaya Allah tu ada. tak esok , lusa dier balas. it's just about time.. eceh... cakap omputih kauuu

huda said...

Asal kene ye gak haha

cik yaya said...

asal sampai maksudnyaa hudaa haha

paukacang said...

Oi dauuu

hazlynda kushairi said...

Seperti biasa, memang bab macam ni kadang kala aku lah yang paling lagging sekali tapi ade kala aku lah paling update.

Alaaa yang jahat semua orag nampak pada group kite je, ni la salah satu hal orang melayu kite, mentality orang dan bangsa aku sendiri. Suke dengor dari satu pihak then pung pang pung pang cerita kat twitter, closed group fb dan blog, fina kau je lah yang baik bagai wanita lindungan kaabah. Aku dan hudau selalunye yang paling jahat.

Sekarang bila orang lain dah kena, dah tahu dan muak dengan perangai "taiko blogger" barulah terhendak kat kepala dan bergegor otak tu. Selama ni duk sembah queen bee tu.

Yati, serious, aku takde nak berdendam ke apa tapi apa yang terjadi selama ni, siap report bagai kat groupon pasal fake items tu semua, ape kesudahan die? Apa weh????? Talk with facts. Macam kes hudau kene hacked facebook, go by law jangan main kotor. Kotor seh permainan kau dan geng kau! Coem on lah, umur lanjut, act like one. Ade anak, dah jadi mak orang pun, act like one. Jangan la budget sangat diri tu taiko atau dulu pernah kata aku ni blogger samseng. Aku samseng ke kau yg samseng sekarang?

Yang pelik, kau ade kawan blog je ke? Bile puak sana dah buang kau, kene mamcamana yaty kene dulu, baru sekarang kau nak maraih simpati dengan nana dan taty? Pathetic gila hidup kau kalau ade kawan blog je. read my lips - PATHETIC seh. Come on lah, get a life!

Jangan kat facebook status up mcm mutazah lepas tu kat closed group kau jadi taiko kak long kawasan melati habes then bila kat blog kau cerita lain pulak. Eh, apa nih?

Ok, panjang sangat komen aku, baik up entri je.

Eh, print screen la. Aku bukan minah delete, lepas komen nak delete, lepas baling batu sorok tangan.

Selamat hari raya! Aku pun nak luahkan perasaan yang sama.

Hai Syima, kau rasa mcm dalam AF tak kene singkir?

Sarah Veelara said...

Babe,kisah satu tu tgantung ahh stress.
U ni citer kisah serius k.tp i leh gelak2 sbb sempat lg u buat lawak.

Hihi.

Mawar misswateva said...

Haaa amek kauu. Dulu ko la paling 'taiko', sekarang ko la paling 'taik ko'. Tot, kite ni org kata biar muke kita ni buruk mana pun , tapi perangai biar chantek sikit.

Hana Soffelia said...

penganiaya kisah a meninggal tak weh? gggrrrr geram aku baca. hahaha


kisah 2, sapeeeee lah tu? hahaha

intan said...

i know i know! sebok je i kan?

dulukan yati, i pernah backup entry u, pastu i siap kena serang tau! huhu. tak pasal2 disebabkan i comment backup entry u! Cissssssssss.

lantaklah! well said yati. Thumbs up!