Wednesday, August 28, 2013

My Bimbo Moment

Semenjak dia ni ada blogpress, hari-hari dia ni update blog. Well, biasalah, middle name dia ni hangat-hangat tahi ayam. Nanti sikit hari blog dia ni jadi suam-suam kuku. Lama-lama blog dia ni jadi rumah spider. Haa, bolehlah datang selalu nanti kalau nak jumpa Tam. ok tak kelakar.

Bimbo moment saya bermula bila emak mesej minta dibelikan bayam dan cili.

OMG OMG OMG

Bayam tu yang macam mana rupa dia. Maaflah kalau rasa saya poyo sangat. Tapi saya bukan seorang yang mesra sayur. Kalau makanan ada sayur pun saya pilih-pilih letak tepi. Sayur yang basic saya kenal. Atau yang rupa dia lain dari yang lain. Kalau sayur yang macam berdaun ni, semua saya nampak lebih kurang. Tukar nama saja.

Kalau di hypermarket, dia ada label. Pejam mata je saya ambil. Kalau kat kedai Acheh, takda siapa ambil berat tentang label. Please take note ye peniaga. Bukan semua orang kenal sayur like sayur who?

Jadi saya yakinkan diri saja ketika mengambil seikat sayur. Saya bawa pergi kaunter lalu tanya, ni bayam kan? Semua yang berdiri sekitar jarak 2 kaki dari kaunter froze like main patung-patung kena cuit siapa gerak dia jadi. HAHAHA. Semua pun mempandang secara curi-curi lalu judge dalam hati. Siapa yang bimbo sangat tak kenal bayam ni? Mariah Carey ke?

Well hello, saya terer masak nasi ayam. Tak caya tanya Fira, Lisa, Fiena, err Dak Yang. Even KR pun kata nasi ayam saya enak. Nasi ayam tak pakai bayam lah bukan? Jadi there's no reason whatsoever untuk saya mengenali bayam atau mempakai bayam dalam masakan.

Itu sawi, bayam dah habis.

Saya kenal sawi, sawi ada sana. Pasti ada komplot nak kenakan aku lah ni. Cisss


- Posted using BlogPress from my iPhone

6 feedback:

aurikelsan said...

ye....pasti ada komplot nk kenakan u.. ;) lol

Cik Emie said...

Ekeke lucu la yati ni..xpela xmesra sayur asalkan mesra alam :p

~Lieza~ said...

seppp skit... Liza pn xkenal sayur daun2 nie...nmpk sama je sumer...hehe

LisaLisut said...

bimbo kau poy. cikgu xknl bayam.hahaha.kidding. nsb kr kenal bym.but make sense la jgk ko buat nasi ayam xpkai bayam. fineeee hahaha
g beli kamus bergambar. ade gmbr sayur2 buah2.hahahahha

yUmiE AzuRa said...

sabor jela hoii..ni mst ticer x pernah ajar sayur2 kt ank murid.haha.
kelakar le kamu ni poyati.

amal salleh said...

*tahangelak* mahapppp :p