Wednesday, June 26, 2013

Kadang-Kadang Kita Perlu....Abused the Power

Entry ni dah lama tersimpan dalam hati. Bukan dalam draft. Dalam hati. Sebab dah banyak sangat mengarang dalam hati, kena publish satu dua juga dalam blog. Maka di sinilah saya di hadapan laptop, mengarang dari hati yang terdalam

Oyya. Assalamualaikum.

Tak, jangan worry. Ini bukan entry rembesan air mata mentangisi suami yang mellow dan membosankan khalayak. Ini entry menyatakan kesakitan hati yang teramat. Dah lama rancang nak mentulis. Dan seperti yang saya katakan di para atas. Takyah nak repeat lagi ayat yang sama boleh Yaty? Ok, move on

Kejadian New Moon di langgar bas persiaran tu dah lama sangat. Saya kira almost 2 months. Ya, 2 months. You heard me. Dan sebenarnya, bengkel dah siapkan kereta tu lama dulu. Tak cecah usia 2 bulan pun New Moon dalam bengkel. Tapi sampai sekarang, bayang New Moon tak kelihatan pun di porch rumah saya. Ya, you heard me. Tak kelihatan. You wanna know why?

Sebab ada seorang SARJAN XX yang I do not know what type of disease that he had yang menyebabkan dia cuti setiap kali JUMAAT. Ya, you heard me. SETIAP KALI JUMAAT SEJAK 2 BULAN LALU.

Marah tak? Marah tak?
Ok, tak marah takpa.

Tapi aku marah sebab dia bukan mensusahkan diri dia, TAPI diri aku dan diri suami. Bila tinggal satu kereta, kau faham sajalah situasi dia macam mana. Malas nak cerita panjang. Tapi aku nak cerita gak. Dak Yang kena balik Ganu naik bas, beliau kena tumpang orang sana sini nak pergi kerja, nak keluar makan pun payah. End up terpaksa goreng ayam tak sedap. Eh, sorry Yang. HAHA. Kalau beliau guna kereta pulak, aku yang kena susah pulak. Kena pinjam kereta abang, abah, abah mertua. Kau tahu tak meminjam harta orang tu susah dan malu.

Ahhh, mesti kau takda tahu sebab kau sibuk cuti every Friday.

Lagi, saya sangatlah jatuh kasihan dengan suami yang kena ulang alik balai polis XX dekat KL dengan jammed, takda parking segala. SUSAH TAHU!! Tu belum lagi bila suami tanya kaunter bawah, dia kata Sarjan XX ada. Bila sampai atas jadi takda. Siap kena layan tanpa kemesraan lagi. "Kau tengoklah tempat dia tu, ada orang ke tak? kalau tak, takdalah" Ini lah yang di katakan slogan cekap.Mesra Sangat dan Betul? Biadab

Aku tak pernah anti pak polisi. Aku takda masalah dengan kepolisian. Tapi bila kita sendiri mengalami situasi yang macam dianiaya, kau rasa patutkah aku memuji? Tak semua polis macam ni lah hayyoh tapi Sarjan XX memang menguji kesabaran. Dia dah siapkan semua report kecuali gambarajah kasar or lakaran kasar or i do not know its name. Apa motif dia tak lengkapkan report ni hanya Allah yang tahu.

Pernah yang kami diberitahu Sabtu lepas turn Sarjan XX ini bertugas 24 jam sebab Jumaat dia dah cuti. As usual. Bila suami call Sabtu tu as usual jugalah, dia bagai chipsmore. Hilang begitu saja. Like magic. Ting ting ting.

Suami dah tak boleh sabar, eh sebenarnya suami masih ada sabar. Isteri yang hilang pedoman. This is it. Kita perlukan pertolongan. Bila in laws dah masuk campur dengan pertolongan beberapa pihak. Keputusannya. Tat tat tadaaaa

Hari Selasa dah siap. Hari Selasa for God sake!!
Kami tunggu sampai 2 bulan, in laws tolong settle kan dalam 2 hari. Nampak tak? Nampak tak?

Kalau boleh, suami tak mahu lah guna kan sesiapa untuk settle kan masalah ni. Benda remeh. Tapi nampaknya sangat silap. Dan Sarjan XX pon sangat silap nak main cak ba dengan suami. Hari Selasa tu kemain lah Sarjan tu call suami dan bermanis mulut. Lembut gigi dari lidah. Hari Selasa tu juga Abah Mertua pergi balai ambil benda tu.

Ahhhh aku geram, kalau dia call aku memang lah dia. memanglah. Memang aku hilang pedoman maki dia berbakul-bakul macam tak ingat Tuhan. Lepastu aku mintak maaf lah sebab aku macam malas nak menanti dia di pintu syurga. HAHAHAHA

Jadi Insha Allah, Jumaat ni dapatlah New Moon keluar dari bengkel. Lepas ni New Moon akan jadi warga Ganu. KAHKAH, saya sudah nekad sebulat hati untuk serahkan New Moon pada Dak Yang. Mungkin kita boleh keluarkan entry saying goodbye pada New Moon. Mungkin lah sebab tah kapan lagi mood rajin datang macam ni. 

Ok, Chiaooo


3 feedback:

Cik Emie said...

memang mengundang rase mrah teramat lah kan sampai 2bln..tp bile guna org ade nama tup2 in 2days bole lak siap..haishh kalo emi pon kompem bagi sedas dua huhu

LisaLisut said...

Lainkali pttnye awl2 ko pkai bapak mertua ko haha. Org tu cmtu xleh berlembut. Geram lak aku dgr. Bapak tiri aku pn main org dlm je kalah bab2 ni. Buat saluran betul ko main2 bg cara ni je br tau takut! Grrrr

suezen said...

nk pindh ganu ke?