Monday, February 18, 2013

Rania's First Solid - Apple Puree

Hari ini dalam sejarah ketika berusia 5 bulan 2 minggu dan 4 hari, saya sebagai bunda yang tak tahan godaan tengok sana sini share resepi solid food anak. Sana sini dok gebang blender apa yang elok telah memberi anak makan.

Jadi, apa kaitan blender dengan beri anak makan wahai Yaty yang bijak bestary?

Jawapan dia, takda kaitan sangat. Ianya lebih kepada nafsu first time mother yang kalau boleh semua yang dijual di kedai bayi hendak dibelinya. HAHA. Takyah pandang serong sangatlah. Esok kalau anda di dalam kasut saya, tahulah.

Ok, kembali kepada cerita solid food kita. Semalam saya dah study, apa jenis makanan yang sesuai untuk diberi kepada bayi anda. Saya mulakan dengan apple puree. Saya guna apple 3 biji RM9, potong separuh, buang kulit, biji, tangkai dan kukus beberapa minit. Lepastu blender pakai pengisar kering kepunyaan emak dan walla, halus apple puree saya.

Bersenjatakan Mangkuk, sudu, bib dan bumboo seat, semua hadiah yang orang bagi tempoh hari. She's ready.

Rania enjoy her first meal. Mula-mula tu tergedik-gedik kepala dia menahan masam apple tu. Lama-lama ok dan super excited. Asyik tergelak-gelak dan riuh dengan mulut dia cerita tah hapa. Bila saya tahu dia kenyang? Bila dia mula menyembur kan apa yang dia makan kemudian gelak gembira. Memang bunda urut dada saja.

Dulu saya ni adalah tekad dan azam nak memiliki Beaba Babycook sebelum Rania mula makan. Sebab nampak tempting sungguh gadget itu, tapi bila di hitung-hitung berbaloi ke nak spend too much untuk blender, lagipun bukan selamanya anak makan puree. Lalu saya matikan niat. Saya aimed yang murah-murah macam Avent atau Little Bean punya. Tapi bila ada bad review buat saya rasa tu semua tak perlu. Lalu, blender Philip emak dan pengukus from Ikea yang jadi pilihan. Goodbye Beaba Babycook. Akan ku sambar dikau bila duit aku dah tak tahu nak buat apa kelak.

Published with Blogger-droid v2.0.6

8 feedback:

Cik Hazz said...

uit! dah besar dah Rania. :) betui kan Yaty.. 1st time mother rasa semua benda nak beli. i pun tak tahan godaan kdg. huhuu.. ;p

e.t.t.y said...

mmg tak payah pun semua tu yati. guna apa yg ada kt rumah. kalau ada blender, yati just beli cup yg baru je. kita guna blender kering je utk makanan umar raihan. kalau malas sangat, guna tapis.
oh ye, tapis dan penumbuk kayu jangan dilupakan. berguna sangat tau...!!

Hana Soffelia said...

Omaigod! nape mcm xperasan je yati dh post to many entry? asal masuk je entry lama. hehe

btw, hana pun excited bg naurah makan before she turn to 6m. ngelat. ngeee her first solid food was banana. hehe

rania look so great dear..

~ NANA ~ said...

yeayyy rania dah stat makan...lepas ni boleh la bunda masak macam2 yer :)

hayati hashim said...

Btoiiii mak smua pun nak beli. Nk nk yg comei, yg kalerful, smua geram geram geram, pastu beli, pastu terbengkalai....

Miss Sunshine said...

Rania yang muda sehari dari anak kita ni dah makan ye... Comel betul.
Hanafi belum makan lagi... Hihi.Kejam ummi die tak nak bg mkn.. hahaha.. tggu 6 bulan kot.. sikit je lagi... excited pulak rasanya nak bg dia makan

Shakina Farhan said...

agree..pakai shake n take pun boleh..RM58-RM65 gitu kl kat groupon..shahadah paling suke epal..nyum2..

pink.plate.liyana said...

hye raniia. rania beli mana yakerusi iteww =)