Friday, January 4, 2013

Tragedi 2012

Tak, tak. Ini bukan tajuk lagu Awie yang baru. Awie takda buat lagu baru pun.

That is what happened to me and my family in 2012. Memang dugaan maha berat.

Semuanya bermula waktu raya haji tempoh hari. Honestly, tak pernah pun dalam raya haji our family balik kampung. Selalu sambutan raya haji di rumah sahaja. Paling-paling kami ke rumah bapa saudara di Shah Alam. Raya haji tahun ini, saya sambut di rumah in laws. Jadi, mereka yang lainnya pulang kampung.

So, saya tak tahu apa yang terjadi until tomorrow morning, emak call minta saya balik rumah. Emak memang jarang suruh saya balik kalau saya ada di rumah in laws. Saya tak syak apa pun. Saya ingat ada yang mahu jumpa Rania. Emak kata, balik kejap, balik kejap. Saya pun siap-siap tunggu anak bangun lalu berangkat ke Klang.

Sampai je rumah Klang, semua macam biasa. Sampai lah emak tanya, ada assignment ke dalam laptop saya? Saya terus cari laptop yang selalu ada atas meja. Nada. So, saya syak adik saya rosakkan laptop saya. Kenapa mak? Laptop kita rosak ke?

Kau tak tahu ke malam tadi rumah kita kena masuk pencuri?

With that only sentence, baru saya notice, emak baru lepas menangis, rumah nampak sedikit messy dengan pintu terkopak. Patutlah adik sibuk kemas-kemas laci dan baru lah saya realize, I lost everything yang sangat berharga. Bila saya dan suami naik bilik, I almost fainted. Saya baru teringat cincin risik dan tunang dalam laci, duit mas kahwin RM300, jam-jam. Semua dalam laci. Dan semua kosong -__-

Suami kata sabar, ni semua dugaan Allah. I feel empty, blank, blur, semua ada. Tak tahu nak bertindak macam apa. Rantai anak yang Nek Ma dia hadiahkan, baru pakai sekali pun dah takda. Gelang tangan emak belikan 6 tahun lalu pun di sapu. Baru lepas bersalin, memang saya takda nak pakai lagi barang-barang kemas. 

Duit anak yang orang-orang bagi waktu kenduri, terletak atas almari berlaci, Alhamdulillah selamat. Mungkin pencuri tak perasan atau bak kata Abah, tu rezeki anak, ada lagi. 

Yang saya paling ralat adalah kehilangan laptop tu. Dalam tu terlalu-lalu-lalu banyak gambar kenangan. Saya tak sanggup nak ingat. Ya, saya redha dengan ujian Allah yang memang tak tertanggung rasanya. Ambil masa yang lama juga untuk saya lupakan kesedihan ni. Nak kemas balik the mess yang mereka tinggalkan memang azab. Moga Allah balas perbuatan mereka.

Seminggu selepas kejadian pencuri bajingan masuk rumah, saya ada mid term exam. Suami yang hantar dan ambil saya pergi exam. Dan pada hari yang tak berapa nak baik itu, balik dari exam, kami accident di Padang Jawa. Kami di jalan lurus and suddenly ada kereta melintas. Dan BAMMMM, both air bag keluar dan meletup. Tangan saya a bit melecur sebab terkena air bag. Tangan suami lagi lah, lebam.

Saya terlalu shock sampai menangis di tepi jalan and I kept saying kenapa taknak dengar cakap Saa? Kenapa taknak dengar cakap Saa? berpuluh-puluh kali. (Darling Husband call me Saa, Sayang perhaps? kihkih) sebab saya rasa suami bawa laju waktu tu. Tapi beliau kata tak laju pun. Ye kan saja. Dah la accident dengan warga Nepal yang bawa kereta sewa. Nak claim insurans siapa agak-agak?

Waktu tu hujan renyai-renyai. Mujurlah kami tak cedera serius. Orang ramai suruh saya pergi berteduh dalam kedai mamak tepi tu. Waktu itu dalam fikiran cuma teringatkan anak. Kalau lah apa-apa terjadi pada kami, kasihan anak yang baru sebulan lebih tu.

Rupanya di rumah, anak saya menangis dan tak mahu menyusu waktu kami accident tu. Emak pun naik hairan, pasal apa dia takmau menyusu. Tak lama lepastu, saya call and bagitahu saya accident barulah it makes sense. Nia dapat rasa ada yang tak kena with her parents. Sedih sangat bila dengar cerita emak. Ahhh, tak dapat bayang ah kalau Nia jadi yatim piatu *Nauzubillah*

Dan sejak itu saya fobia nak bawa kereta. Asik terkenang-kenang je. Saya cakap dah tak mahu Myvi tu, sebab sedih tengok hancur remuk depan dia. Kita punya la jaga, bawak pon slow mo je. Tapi sekarang kalau tengok kereta orang rindu sangat-sangat kat New Moon tu. Ye, selepas lebih 2 bulan kereta tu belum siap repair lagi. *insert muka bengang here*

Dan untuk melengkapkan tahun kesedihan bagi keluarga kami, hari Jumaat sebelum cuti sekolah bermula, rumah abang saya pula dimasuki pencuri. Tapi pencuri yang masuk bersifat baik sebab dia tak sepahkan satu rumah. Cuma ambil yang nampak depan mata. Rantai dan laptop. Tapi pencuri tetaplah pencuri. Takda kategori pencuri baik dengan pencuri jahat. Kalau pencuri baik dia tak mencuri lah kan? mencuri hati mungkin di kira pencuri yang sweet. Memang kau mohon di lempang ke apa ni Yaty? Semoga lah satu hari Allah balas perbuatan semua pencuri.

Memang Allah sedang menguji kami sekeluarga berturut-turut. Jadi, saya declare 2012 adalah tahun kesedihan for us. Sekali-sekali di uji memang terduduk kami. Tapi kami sedang bangkit dari kepayahan ini. Mungkin dengan ujian ini mendekatkan kami kepadaNya. Kami redha.


8 feedback:

syanaim said...

sabar yer babe..dugaan mengajar kita lebih tabah.after this just beware ok...kim salam kat baby Rania..:)

Zimie said...

dugaan T_T kalau kita kat tempat awk sobsob. be strong yaty

Lynn Hamzah said...

dugaan tu dik...banyak2 bersabar yer...moga 2013 nie memberi kebahagian utk yaty sekeluarga...

Fasya Farid said...
This comment has been removed by the author.
orked violet @ SYA said...

sedih nye cabe... =(

Saba dear.. pray that 2013 will bring more happiness and luck to you and family~

sya-orked.blogspot.com

Veelara Shamsyul said...

Dugaan kan....insyaAllah ade hikmah :-)

Hanys Jehari said...

Berat dugaan yaty.
Umah saya tahun 2010 masuk pencuri waktu pi pasar. Habes semua laptop 4 biji masa tu bujang. Lappy opis pla tu. Siap dengan hard disk n beg. Sabar.
Akhit 2011, kul 3.30 pagi tersedar org tgh menggodek pintu depa. terbangun sebab hoisemte kata alarm kete bunyi. Masa tu ya allah yg je yg tahu perasaan. Kuatkan hati ambik kayi n jerit kuat2. Terus lari. Dah buka semua pintu kecuali main door. Scary gila. Tak tau apa akan jadi kalai kami tk sedar....

Fasya Farid said...

aku tak tau plak ko excident ty?