Tuesday, October 30, 2012

Maling Bajingan

Sempena Aidil Adha, hari raya korban, Allah minta kami sekeluarga berkorban juga.

That was what happened pada Aidil Adha lalu. Rumah keluarga di masuki pencuri. Mujur takda orang dalam rumah. Habis satu rumah kena selongkar. Takda satu tempat pun yang selamat. Memang tak selamatlah hidup kau maling. Kotak tisu pun dikoyak, di keluarkan tisu habis. Dia fikir aku mahu simpan apa dalam kotak tisu?

Ye, saya kehilangan laptop yang penuh dengan gambar kenangan, cincin risik dan cincin tunang, gelang hadiah dari emak dan duit mas kahwin. Terlalu banyak kehilangan benda terlalu berharga makes me feel numb. Bila dengan suami, baru lah saya cries my heart out. Terlalu berat ujianMu Tuhan. Tapi, suami cepat-cepat sedarkan, Tuhan takkan menguji jika kita tak mampu menanggungnya. Kehilangan harta boleh diganti. Kalau diuji dengan hilang nyawa bagaimana?

Aku terlalu kerdil, terlalu lemah bila diuji. Mudah menyerah.

Life must go on. Ya, saya sedang meneruskan kehidupan. Bangkit dari kepayahan.

Published with Blogger-droid v2.0.6