Wednesday, August 29, 2012

My Other Half

How can I live without him?

Pray that our marriage till Jannah.

I love you more each and every single day.

Khamis, datang cepat sikit boleh?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, August 28, 2012

37 Weeks : The Waiting Game

I hit 37 weeks last Thursday. 37 weeks? Most of my colleague bersalin masa 37 minggu sebab mereka kata cikgu kan banyak jalan, banyak jerit, banyak ngamuk. HAHAHAHA.

Not for me kot. Sebab dalam 37 weeks ni beger saya belum bagi apa-apa hint nak keluar.

Keadaan saya pula? Alhamdulillah, semua kembali normal. Semua penyakit hilang di bawa angin. Phewww. Syukur. BP normal, kencing tak kotor lagi. Tapi saya ada masalah fizikal. Orang tengok pun jatuh kasihan. Nak jalan macam tak larat sangat. Eh, bukan macam lagi. Memang tak larat. Klau naik turun tangga lebih 2 kali, memang rasa kejang dah kaki. Baby pula asik mengeras. Memang tak larat lah senang cerita

Sabtu ni check up di DEMC. Dr. Norleen dah cakap nak buat ctg, nak tengok heartbeat baby. Harap baby bagi signal nak keluarlah masa tu. Sakit pinggang dah tak tertahan nak bawak badan. Tidur memang tak lena dah. Selalu berangan bangun-bangun tidur, air ketuban dah pecah ke apa. HAHAHA. Pergi hospital dah buka 8cm. KAHHH. Dah nama pun berangan.

Di atas tu adalah rupa kaki saya yang Masha Allah. Bengkak tahap dewa. Kalau berdiri lama, memang rasa macam berdiri atas paku. Yang peliknya, kalau pergi shopping tak rasa pulak macam tu. Kahhhh.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, August 27, 2012

1 Hari Sebelum Hari Raya

Selamat hari raya semua. Pejam celik pejam celik err pejam dan celik lagi da seminggu lebih dah raya. Ada niat nak buat live update start malam raya tu. Tapi, asal saya pegang tab je, ada yang nak merampas. Ni belum ada anak dah main rebut-rebut *sigh*

Setelah bermusyawarrah dan berdiskusi secara damai, tahun ni kami beraya di rumah saya dulu. Tapi sebenarnya raya 1st tu pun raya dengan both families. Cuma yang beza siapa dulu, siapa kemudian saja.

Sehari sebelum raya, konon-konon nak balik Klang lepas sahur. Takut jammed. Padahal dari Shah Alam je pun. Keluar kau sekarang Yaty!! Tapi sebab tak tahan menagntuk, suami kata tidur dulu, nanti beliau kejut. Sekali terjaga dah pukul 9 lebih. Danggg!! Nak jalan jauh ni. Habislah. HAHA.

Saya jerit-jerit panggil suami. Mengada sungguh. Pantang tak nampak depan mata, macam kucing hilang anak. Rupanya beliau basuh kereta saya di luar. Jadi tak perasan dah pukul berapa. Rushing-rushing mandi. Nasib lah dah siap packing baju suami. Jadi, kami berkonvoi 2 kereta balik kampung. HOHO. Balik kampung.

Sampai rumah emak, semua dah mula gotong royong potong bawang segala. Tugas saya blender semua bahan-bahan. Mudah. Duduk depan blender dan tekan. HAHA. Kata mengandung, kena la bagi tugas mudah-mudah. Suami take over kerja basuh ayam dan kopek mengopek.

Pukul 1, laki bini berangkat masuk bilik dan tidur tak sedar diri. HAHA. Teruk betul.

Lepas Asar kami ke seksyen 7 nak cari tudung. Berpusinglah dari satu kedai ke satu kedai. Beli tudung last minute memang cari nahas. Warna yang berkenan memang takda dah la. Yang akan-akan pun redha je lah, daripada free hair di pagi raya. Tak naya? Ok rhyme sangat.

Lepastu pergi bazar cari kuih pulak. Memang takda sapa dah jual kuih kat bazar. Mostly, orang jual air dan makanan berlauk. Hampa betul.

Petang tu kami berbuka dengan ketupat dan rendang. Emak masak rendang ayam dan rendang daging hitam. SIL pula buat kuah kacang. Perghh, perghh, perghh. Tapi suami kelakar. Dia minta nasi untuk berbuka sebab ketupat hanya boleh makan pagi raya je. -___-"

Lepas Maghrib kami keluar lagi ukur jalan. Dah kata raya di bandar, memang lengang habis jalan. Nak baring guling-guling tengah jalan pun boleh. Kami pergi Setia City Mall cari kasut raya.

Sampai sana takyah rebut parking pun. Heaven. Lepastu ada orang mengidam aiskrim Mc D. Kena la tunaikan dulu. Dah beratur panjang dan lama baru lah pergi cari kasut. Masa tu dah pukul 10 dah. Dapat yang berkenan di hati kat Clarks terus balik.

Bila call emak, rupanya ,mereka pergi Seksyen 7 cari tudung. Kami pun join mereka. Lepastu pergi supper kat Old Town. Pukul 12 baru sampai rumah. Orang lain malam-malam raya sibuk merendang, mengtupat, pasang langsir pelita segala. Kami satu family pergi ukur jalan. HAHA. Urban sangat.

Tapi, itulah malam raya paling best ever sebab ada suami. Kihkih. Maaf Zahir Batin semua O:-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, August 14, 2012

33 Weeks - Darah Tinggi, Tiroid dan Kencing Kotor? Goshhh

Esok nak check up 35 weeks. Harap semua ok saja.

# Berat menurun, mungkin sebab berpuasa. Nurse tak hairan dan pelik. Saya yang muka bak sunshine. Berat turun tu. Haruslah saya gembira satu macam.

# Masa 7 bulan, saya di diagnos ada tiroid. Kena pergi Bukit Kuda untuk ambil darah segala hal. Bila result keluar. Na-da. Free tiroid. Kala orang ada tiroid, bacaan darah dia 29 ke atas. Mine? 10.9. Kan jauh. Dalam hati sedikit bengkek sebab membazirkan darah aku saja. Dah kata dah leher ni besar sebab aku ni demok. Takkan badan besar ni, leher tirus cam zirafah? Geddit? Geddit?

# Bacaan hemoglobin darah pun rendah tempoh hari. Nurse suruh makan kerang, hati, et cetera et cetera et cetera. Tapi check up kali ni, bacaan sudah naik atas 10 semula.

# Waktu buat detail scan, Dr. Thani suspect ada darah tinggi. Beliau dah bagi aspirin. Lepastu cerita darah tinggi lenyap dari ingatan until recently bila check up dengan Dr. Norleen, darah saya melambung ke 130/80. Tinggi tu. Doc dah bagitau siap-siap, dia kena monitor closely kenaikan darah ni. Kalau tak turun, dia suruh ready masa minggu merdeka tu untuk induce atau awal September. Saya dah cuak habis. Hopefully tak payah la sampai induce. Biar anak keluar dengan rela hati. Sobsss

# Bila check up di KK, ada kencing kotor pula. Danggg. Bulan-bulan puasa memang la kurang minum air masak. Sepatutnya perlu ke Bukit Kuda lagi hari ni, tapi memang takla nak pergi lagi. Dah la ramai. Boleh jadi haus menunggu kang. So, no. Esok akan check up di DEMC pula. Jadi, baiklah saya buat esok saja.

# since Friday, saya diserang flu and fever. Memang seksa dan buat orang tak tidur malam. I have to telan juga ubat selsema sebab memang tak boleh nak bernafas langsung. Bila kahak cair, dia beserta dengan blood stain sekali.

# Can you imagine, dah nak hujung-hujung preggy ni, berapa banyak penyakit yang Doc diagnos ada pada saya. Mula-mula memang down sebab tengok orang lain pregnant ok je. Tapi, bila di fikir semula, mungkin ini kifarah atas dosa-dosa saya sebelum ni. Saya redha. Asalkan baby sihat dan both of us selamat dah cukup untuk kami.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, August 12, 2012

DUP DAP DUP DAP

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, August 11, 2012

Kelakar Tapi Sedih

Isnin yang lalu, suami mahu ke tempat kerjaan seawal 6.30. Beliau dah siap berkemeja bagai, barulah isteri terhegeh-hegeh nak mandi. Jadi kena mandi-mandi kerbau atau tak sempat bersalam sebelum suami pergi kerja.

Tengah mandi-mandi kerbau tadi, bukan mandi dengan kerbau, tetiba suami ketuk pintu toilet. Alamak, tak sempat, suami dah nak pi dah. Rerupanya, beliau nak guna toilet juga. Saya kata nanti, saya nak ambil wudhu'. Selesai je, saya pun dengan penuh semangat buka pintu, nak persilakan suami masuk. Sekali, tarik-tarik tak boleh. Saya ketuk-ketuk sambil ketawa sebab ingat suami bergurau senda ke apa. Rupanya memang tak ada orang di luar.

Suami kunci pintu toilet guna selak dari luar!!!!!!!

Sebab toilet adalah toilet kongsi dengan Along. Jadi both pintu memang ada selak dan dua-dua berkunci. Dah la sejuk, takda tempat nak duduk plus saya sangat fobia bila terkunci macam tu. Saya pun menjerit bagai nak gila sambil ketuk pintu toilet sekuat hati. Dalam hati ni menahan marah, kenapalah gatal sangat tangan suami nak kunci-kunci pintu.

Dalam beberapa minit juga lah saya melolong like crazy people. Berdegang-degang pintu tu saya hentam. Tak lama lepastu muncullah hero yang selamatkan saya. TERIMA KASIH MAMA!!

Tak lama lepas bebas dari jadi tahanan tandas, suami pun masuk tersengih-sengih. I kunci pintu ek? I kunci pintu ek? Saya pun balas dengan jelingan sambil pakai telekung. Elok je Allahuakbar, terus berdedai-dedai air mata keluar. Rasa sedih sangat sebab terkunci macamtu. Rasa suami tak sayang dah sebab kunci isteri dalam toilet.

Dah jadi sesi pujuk memujuk pagi tu. I know beliau tak sengaja. Tapi, cuma rasa seram bila terkurung macam tu. Imagine kalau takda orang langsung yang dengar, dan suami dah pergi kerja tinggalkan isteri. Apa nak jadi dengan aku dalam tu? Sadisnya lah.

Hari tu saya yang tak sengaja terkunci beliau, Tuhan balas cash terus. Sobss. Tapi tapi tapi, lepas kunci saya masih ada dalam bilik. Saya tak turun tinggalkan beliau sorang diri dalam toilet T_____T

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, August 10, 2012

Walid yang Excited

Last Saturday, we went to OU. In laws nak cari baju raya untuk menantu nan demok dan anak lelakinya itu. Waktu itu parking di old wing dan mahu shopping di new wing. Menantu nan demok kaki dah bengkak habis. Tapi, gagahkan juga la merentas ke seberang.

Sepanjang-panjang jalan itu, suami tak habis-habis eyeing on others stroller. Pantang nampak parents tolak stroller, dia toleh sampai terpusing-pusing leher. Siap masuk Mothercare and Mamours sebab berharap yang beliau beli itu the best price. Paranoid parents huh?

Kadang-kadang, he's starred at someones stroller sampai orang ingat dia nak culik budak ke apa. Creepy. Nanti dia toleh dan cakap, takda pun orang pakai macam kita punya? LOL

Orang tak minat kot, sebab kita punya a bit bulky.

So, balik dari shopping, dimana saya dapat sehelai baju from Modernmum, thanks to Abah and Mama, beliau tanya, stroller kita simpan kat mana? Saya makin pelik-pelik. Kenapa? Nak pasang dah ke? He said no lah, tanya je.

Malam lepas terawih, beliau bergegas naik bilik. Air panas yang dibuat pun tak minum. Aik, pelik neh. Musykil sangat, apa lah agaknya yang penting kat bilik tu. Tapi sebab isteri tak larat nak turun naik tangga, call saja beliau suruh turun.

Sebelum beliau keluar pergi ambil lappy di rumah in laws, he did say, kalau naik atas nanti mesti anak terkejut. Tapi saya yang macam tak faham dan tak tanya.

Rerupanya, bila masuk je bilik tengok ada benda tercongok depan pintu. MashaAllah, punya lah beliau tak sabar rupanya, dalam bilik pun boleh. HAHAHA. Bila beliau balik, di sorong-sorong stroller tu dalam bilik. Lepastu terkial-kial nak tutup semula. Isteri tumpang gelak saja.

Esoknya dah nak tidur tu beliau cakap, eh, malam ni belum pasang stroller lagi lah -___-"

Published with Blogger-droid v2.0.6