Wednesday, June 27, 2012

Wordless Wednesday - Kembar Ekin Nama Apa?

.... Nawal tanya ke Kak Mus yang tanya. HAHA.



 Amboi taw Yang, macam Best Friend

P/s: Diva Kak Mus makan laga-laga siku dengan Ain tapi tak minta otograp. KAHKAHKAH

Tuesday, June 26, 2012

Lori Gula Terbalik

atau nama panjangnya Modified Glucose Tolerance Test (MGTT)

Pertama kali saya perlu buat MGTT waktu minggu ke 17. Awalkan? Sebab bapa ada sejarah kencing manis. Memang banyak gila lah mitos yang saya dengar pasal MGTT ni. Semua yang ngeri-ngeri belaka. Ada yang kata akan muntah, air gula pekat macam minum sekampit gula, et cetera et cetera et cetera.

Kalau boleh jangan sampai sangkut sebab nanti perlu ke klinik secara kerap dan kena ambil darah juga secara kerap. Kalau di Klinik Kerajaan, kita kena stay di sana 2 jam lepas minum air gula. Kalau muntah kena minum air gula semula. Sounds scary.

Maka saya memilih untuk buat MGTT di DEMC.

Saya berpuasa start pukul 12 tengah malam. Pukul 10, bertolak ke DEMC dan buat perkara rutin. Check berat, air kencing semua dan pergi ke bahagian makmal di Ground Floor untuk proses ambil darah dan minum air gula

 Banyak dah darah terbuang kat sini. AHAHAHA

Nak juga sidai gambar gedik disini.
Tunggu turn nak minum air gula


Selepas kena ambil darah dalam satu tube kecil tu, saya di beri satu mug air glucose perisa anggur dengan pesanan, Puan, kalau manis sangat boleh tambah air lagi. HAHAHA. Bukan kah itu satu kegembiraan. Maka dengan seronoknya saya ulang alik tambah air masak sampai dia tak rasa air gula lagi.

Lepastu dia suruh datang semula lagi 2 jam. Lalu, kami pun pulang ke rumah. Di rumah saya secara curi-curi minum air masak tapi tak makan lah. Nanti result tak valid. Ewahh.

Datang semula dan kena ambil darah lagi 1 tube. Blerghh, pembaziran darah. Dan keputusan dia

fasting glucose: 4.7
2 hour after glucose: 4.9 

Nasiblah penipuan tak ketara sangat. AHAHA. Tapi, saya masih perlu berjaga-jaga sebab ada sejarah. Bimbang Sejarah Mungkin Berulang (tumpang lalu Tomok. Tak pandai masak pun stay sampai sekarang dalam Masterchef. Hebat!)

Dan nurse di KK dah bagi tarikh 2 Julai untuk MGTT kali kedua. Memang prosedur dia kena 2 kali. Bukan sebab berat naik banyak ke apa mind you. Berat saya turun lagi ada. HAHA. Jadi saya sudah siap-siap call DEMC dan serah diri untuk buat MGTT di sana. Tak sanggup rasa nak buat di KK. Nak melangut 2 jam di sana dengan air gula pekat likat. Memang tak lah.

Monday, June 25, 2012

Bar-B-Que Partayyyy Persatuan

Sungguh poyo berkata begitu. Tapi, maafkan sajalah.

It happened last Saturday at Syafiena's place (sebab rumah fiena je ada laman and fiena tak stay dengan parents. Kami boleh buat-buat macam rumah sendiri tanpa rasa segan mahupun silu)

Planning memang dah lama, oleh sebab ramai yang dah mimpi Lisa bersalin dulu sebelum sempat BBQ, maka kami cepat-cepat jadikan perancangan satu kenyataan.

Kehadiran ikut turutan. HAHA

1 - Fiena - Air sirap sejuk, kek batik dan perap bahan mentah
2 - Amy : Sos black pepper and mashed potato
3 - Uya dan Lienda - Nasi goreng, bihun goreng, potong buah
4 - Fira - potato salad
5 - Yaty - baby pavlova
6 - Lisa - makaroni bakar


 Gadis dapur bersama tuan rumah.
Sanggup si Pina duduk lantai sebab nak masuk dalam gambar

Dan buat julung-julung kalinya, gathering persatuan kali ini complete (minus Yaya sebab dia ada hal). Saya datang ditemani suami. Wooohooo. Jadi, honestly, inilah gathering yang saya sangat enjoy. Takda runsing-runsing nak balik cepat sebab suami tunggu kat rumah ke apa.

Almost complete persatuan suami-suami (minus KR)

Bila semua berkumpul belakang trak Azam, nampak macam Dak Yang ni prefect kepada yang lain-lain. HAHA. Mula-mula bimbang juga Dak Yang nanti tak mau campur orang sebab yang lain-lain ni dah biasa jumpa. Rupanya all iz well. Yayyy, berjuta-juta bintang to Dak Yang sebab pandai bawa diri.

The menu
Ommnomnom

 Credit to Shuk sebab tolong ambil gambar.
Reason : Tangan dia je yang bersih
Maksud tersirat : AHHAHAHA. Kidding Amy

Semua nak buat-buat candid
Pina memang suka spoilkan keadaan -___-

Pregnant Ladies semua di atas sofa
Bakal pregnant ladies semua duduk bawah. HAHAHA

Bila Lisa sampai je, aktiviti makan-makan pun bermula. Semua suami-suami dah masuk dalam dan bersila depan tv untuk makan. Tinggal Wan dengan An saja di luar. Plus Lienda and Fira sebab nak ambil air. Tiba-tiba si Lienda menjerit mintak tolong. Rupanya-rupanya, api BBQ ni dah bakar kotak dan lapik getah trak Azam. Si Fira, terus jirus dengan air sirap dia. Syabas Fira sebab bertindak pantas selamatkan kereta suami.

Lepas tragedi getah kereta cair, semua jenis pembakaran di hentikan. HAHA. Semua pun pergi makan. Fira dan saya suami isteri makan di luar sambil menghadap kereta Azam. AHAHA, takda lah, sebab kat dalam dah penuh dengan mereka-mereka yang berkumpul depan TV tu.

Almost Maghrib, kami pasangan pertama pulang sebab Dak Yang nak balik Pantai Timur malam tu. Touching sungguh sebab suami willing to go. Thank you Shy and thank you to Ahli persatuan sebab make this thing happened. I do love the friendship that we had for almost a year.

Once upon a time

Then everyone's getting married

And we still stick with each other

Thursday, June 21, 2012

About My 1st Check-up

Dah masuk 7 bulan baru nak cerita 1st check-up? -___-

Saya buat 1st check-up seawal usia kandungan 9 minggu. Tak la awal sangat. Lepas dah confirm preggy, 9 minggu lepastu baru buat appointment untuk jumpa gynae. Kalau di DEMC, ramai yang suggest kan Dr. Norleen. SO, cuba buat appointment dengan beliau tapi tak dapat sebab beliau masih bercuti.

Akibat teringin sangat nak tengok apa ada dalam rahim saya (sebab masa mula-mula confirmkan pregnancy tu, Doc tak bagi scan, dia kata takda apa yang nak di tengok). Maka,  saya sangat eager dan tak sabar sangat nak tengok kantung ke, ketulan daging ke, tak kisah lah, asalkan aku nampak dengan mata sendiri. HAHA.

Jadi, appointment pertama saya buat dengan Dr. Fairuz Asyikin. Saya pergi ditemani emak saja. SOBS. Bila masuk bilik Doc, sendiri. Lepastu syahdu macam hari raya bila Doc tanya, sorang je? Suami mana? Dah lah anak 1st, 1st time check-up dan pergi secara 1=solo. Takpa, saya kan wanita tabah. :p

Waktu scan tu, Dr. Fairuz cakap takpa, nanti kita simpan dalam CD gambar ni, bagi ayah tengok bila dia balik nanti ye. Excited sangat bila tengok ada sesuatu di dalam itu. Walau belum sempurna pertumbuhan dia, dah ada lah bentuk kepala dan badan dan ruas-ruas kaki tangan.

Since that day, saya sudah belajar. Kalau pergi appointment di DEMC, jangan lah kau datang tepat-tepat waktu. Contoh app pukul 11, kau sampai pukul 11 terus masuk bilik doktor. Jangan harap. HAHA. Kau akan kena tunggu paling kejap pun almost 45 min. Jadi, walau app kata pukul 11, aku datang pukul 10. Lesson learn.


Sebelum pulang, buat appointment siap-siap untuk next check-up sebab kalau buat appointment thru phone memang berzaman lah nak dapat. Saya mintak buat next chek-up dengan Dr. Norleen, syukur dapat dan paling syukur, saya kena buat MGTT sekali untuk next check-up itu T_____T 

Dapat goodie bag sebelum balik. HEHE


Dalam dia ada sebuah beg dan beberapa peket susu sample.


Tapi untung kepada yang baru-baru ni buat check-up sebab dapat sampai setin susu lagi. Takpa, harap anak kedua nanti dia bagi fisher price punya jumperoo pun saya dah syukur. HAHAHAAKUOVER

Tuesday, June 19, 2012

The Facts About My Pregnancy

#1 - Saya tidak menghadapi morning sickness yang keterlaluan. Saya tidak pening-muntah-mual-loya. Saya adalah wanita mengandung yang sihat dan gembira lalu makan dengan banyaknya.

#2 - Saya cuma alah dengan bau masakan. Ughhh, lagi-lagi bila bau masakan melekat kat baju. Sungguh menjengkelkan.

#3 - Suka tidur. Dah bangun pagi-sarapan-mesti tidur semula. Kalau taknak tidur pun, akan paksa mata tidur sebab nanti saya akan tertidur di sekolah.

#4 - Stretch mark saya tiada di perut, tapi stretch mark saya memenuhi kaki. Pelik kan? Sebab tu orang cakap perut tak nampak sangat tapi lower body part sangat ketara pembesarannya.

#5 - Dulu jerawat segan-segan nak tumbuh dimuka, kini jerawat memenuhi bahagian bawah dagu, leher, dada dan belakang badan. Pffftt.

#6 - Saya ada masalah penghadaman dulu, seminggu cuma 2,3 kali je buang air besar. Bila preggy, satu hari 2,3 kali mesti buang. Sangat hadam. 

#7 - Tapi saya kalah dengan angin dalam badan. Pernah menangis sebab terlalu tak selesa dengan angin. Emak kata itu turun temurun, tak boleh nak buat apa T___T

#8 - Awal pregnancy saya gain 4kg every check - up. Orang lain yang alahan teruk gain sikit-sikit je. Now, saya dah takda selera makan sangat, gain 2kg every check-up. Berat saya? Biarlah rahsia. HAHA

#9 - Saya pernah demam yang teruk plus batuk dan selsema awal-awal cuti sekolah tempoh hari. Memang suffer. Waktu ini baru lah boleh di katakan setiap hari muntah. 

#10 - Sangat selekeh sepanjang pregnancy ini. Sangat. Selalu bawa muka tak siap kemana-mana. Saya hanya cuci muka dan pakai bedak sahaja. Takda krim-krim UV ke apa. Jadi, akan berasa hairan bila melihat ibu mengandung yang masih maintain lawa. Apakah yang mendorong mereka untuk terus rajin bercantik-cantik? Ingin tahu secara sangat.

Wednesday, June 13, 2012

Moment 7 Bulan Yang Lalu


Beramah mesra bersama Y.A.M Tengku Azlan (Adinda kepada Sultan Pahang) sambil di temani oleh Darling Husband atau saya bakal pingsan di tempat kejadian.
Tan Sri Abu Bakar (KPPA) in pink and Datuk Seri Noh Omar err usha veil saya kah?

7 bulan sudah menjadi suami isteri dan 6 bulan sudah menjadi preggy mommy. Alhamdulillah :D

Tuesday, June 12, 2012

Geram Dengan Anak Sendiri

Sungguh bertuah anak ini. Belum keluar sudah membikin ibu bapa tak senang duduk.

Di pendekkan cerita agar entry tidak melarat dan akhirnya terpesong, dalam minggu ini tekak ada teringin durian. Ya, saya bukan lah peminat berat durian. Tapi, sekadar ingin melepaskan rasa di celah gigi.

Lalu, saya di beri izin untuk rasa seulas. Seulas sahaja titik

Nak dijadikan cerita, malam semalam tidur sangat tak lena. Mengiring mana-mana pun asik kena kick. Nak terlentang memang tak selesa. Berapa kali terjaga. Nak sambung tidur lepas subuh pun tinggal harapan.

Kebiasaannya dalam pukul 11 lebih macam tu, anak dah mula berlatih kung fu. Tapi, tidak untuk hari ni. Mungkin guru kung fu dia bercuti. Saya biarkan saja. Tapi, dalam hati risau juga. Kejut-kejut kan dia pun tak respons.

Bila di sekolah pun sama, selalu kalau saya berjalan tu, masa tu lah dia nak tolak-tolak kepala ke apa. Nanti perut keras je. Tapi hari ni boleh kata anak sangat pasif. Sampai lah ayah dia call tadi, baru dia menolak sikit. Saya lega.

Tapi, tu je la pun movement dia. Bila masuk Maghrib, saya punya cuak tahap dewa-dewa. Tapi ingat nak tunggu esok siang untuk ke klinik. Suami suruh pergi malam ni juga.

Doktor cakap, heartbeat kuat. Semua normal. Rupanya sekarang baby tengah berpusing, kepala di atas. Padan lah asyik nak shishi je, sebab kaki dia di bawah. Asik tolak pundi kencing. Padanlah juga tak rasa dia kick di tepi sebab dia punya kaki kat bawah.

Waktu saya tengah mengarang entry, bukan main dia show off nak bagitau dia ok dan kaki dia ada bawah sini. Nah rasa, bonda!! *kick-kick-kick*

Baiklah anak, baiklah -___-

Ada rasa menyesal makan durian, walhal durian tak bersalah langsung dalam cerita ni. Ok, korang boleh proceed makan durian. Saya dah seghik

Thursday, June 7, 2012

Free Honeymoon from Nurul Izzah Catering

It's not free like you imagine. Bukan free yang tinggal angkut beg and stay. We had to pay the booking fees RM100 for local stays dan ada surcharge sebab booking less than 3 months. Surcharge pula depends on Hotel mana kita stay.

SO, untuk local stays memang banyak destinasi e.g Langkawi, Penang, Cherating (Kakya mesti dah sampai ni) PD, Melaka, KL, JB, KK dan Kuching.

Sebab destinasi banyak sangat, kami pun suka-suka je tukar destinasi. HAHA. Mula-mula booking nak pi Langkawi, tapi bila tengok tiket flight takda yang 0 sen, kami tukar lagi, ingat nak pergi Cherating. Tapi saya tak mahu pantai lagi sebab dah pergi Phuket tempoh hari. Wahh, sungguh riak di situ sebab tak mahu pergi pantai Malaysia. HAHA. Dan akhirnya kami ke JB.

JB? ada apa kat JB hoi?

Ehh, lokasi kau tergolek dalam longkang pun kau nak kenang, inikan pula tempat bercinta. KAHHHH

Dalam banyak-banyak hotel yang di listkan around JB, kami pilih untuk stay di Grand Blue Wave (sebab tu je yang 4 bintang dan dapat studio room plus breakfast) So, total yang saya perlu bayar (booking fees + surcharge) RM390. Stay for 3D2N

pic source: google

Hari Jumaat samapi di JB takda buat apa kecuali buat drama di Maghrib hari. Kira, hari Jumaat tu di bazirkan begitu saja dengan makan malam nasi goreng keras beserta ayam goreng keras dan sate 2 cucuk room service yang bernilai RM50. Macam mana orang kata makan kat hotel tu enak? Ok, rambut sama hitam, taste lain-lain. Tak boleh salahkan ibu mengandung (?)

 JB, here we come!!

Actually, percutian ni disertai oleh keluarga mertua sekali. On Saturday, kami dah ready nak seberang tambak. HAHA. Tapi takda lah nak pi USS lagi sebab nanti saya dengki takleh main sama. Kami just pusing-pusing Singapore naik van pelancong. MIL yang carikan. Lepas nego harga, dapatlah satu van RM 500 bawa pusing Singapore dari pagi sampai ke malam.

 Stuck di Woodland

Destinasi pertama ialah Arab Street sebab MIL nak cari bahan buat bunga telur. Kami lunch di Kampung Glam Cafe. Makanan dia not bad, tapi harga dia buat orang lap peluh. Pheww. Jadi, senang cerita, kalau nak beli apa-apa jangan sibuk nak convert ke RM. HAHA, nanti bakal pingsan.

 Si Demok
Jalan-jalan di belakang Arab Street. Haji Lane

Arab Street

Di Arab Street ni kami solat sekali di Masjid Sultan. Jalan kaki saja. Kemudian pergi makan Murtabak Singapura yang famous di Restoran Zam Zam. Memang lah rasa dia sungguh menjilat jari. Ambil saja saiz sedang, boleh makan 3,4 orang. Harga dia $6 saja.

Murtabak sedap di sini. HAHA

Ohh, saya tak boleh cerita lebih-lebih sebab suami dah kata, kalau mengidam yang ini dia tak boleh nak layan. Jadi mari kita teruskan perjalanan.

From Arab Street kami ke Mustafa Center yang ada menjual perfume murah. Saya pun tak tahu nak compare sebab orang jarang beli perfume kan. HAHA. Saya dan suami hanya jalan keluar masuk dan menggunakan toilet saja di sini. Lepastu lepak kedai mamak sebelah Mustafa Center makan Dosai sebab nak duduk dan nak aircond. HAHAHAHAHA

Ibu Mertuaku

Ye, anda boleh cakap dalam hati, Mak mertua dia lagi cantik dari dia.
Saya izinkan T___T

Kemudian, kami terus ke Orchard Road. Kat sini memang duduk saja. Duit yang saya bawa pun masih utuh. Tak keluar satu sen pun. HAHAHA. Semua tak mampu milik. Mak dan Pak mertua je yang pergi shopping di sini. (Oh, kat sini lah MIL belikan perfume Oh, Lola saya) oh oh oh

saya-Along-Mama-Nenek-Abah

Suami kan suka aneh-aneh bila di ajak bergambar

Saling meneman sebab dah tak larat nak jalan

Kami sampai semula di JB pukul 11 kemudian terus pergi dinner di Restoran Sayam, Stulang Laut. Malam tu kengkonon nak pi makan sup sedap belakang CS. Memang takda rezeki. Semua kedai kat situ tutup. Pejadah tah. Pergi Danga Bay lagi lah. Dah takda apa dah. Sudahnya, balik hotel saja. Tak dapat nak overnight macam zaman dulu kala. Eh?

Ok, tamat.

Tuesday, June 5, 2012

Apa Jadi Dengan Barang Hantaran

selepas 6 bulan lebih berkahwin?

Jawapan dia ada yang belum di sentuh langsung.

Contoh I

Set SKII

Masih elok berbalut, rasa nak pi jual balik. HAHA. Banyak sebab kenapa tak guna-guna lagi.

Sebab pertama suami bimbang bila his mother pakai dan mengeluarkan efek yang tak menyenangkan. Dia tak mahu ada satu calar pun kat muka isteri dia neh. Amboiiii. Jadi tertunda lah nak pakai. Sebab takut-takut. Kalau dah suami said no tu, melawan kang ada pulak yang tak elok. Dah menyesal seumur hidup.

Sebab kedua, ada yang kata, SKII punya chemical kuat. Tak elok untuk ibu mengandung. Hah, sudahnya duduk lah kau dalam plastik sampai berhabuk-habuk.

Tapi nekad, lepas bersalin akan guna juga. Sebab kondisi muka sekarang sangat lahhh blerghhh. Jerawat kecil-kecil muncul bagaikan ada pesta keamatan.

Contoh II

Mas Kahwin

Masih elok berbunga-bunga. Dengan harapan duit ini akan berbuah tak lama lagi. Saya selalu bajakan dia dengan kasih sayang. KAHKAHKAH. Dah niat nak guna duit mas kahwin untuk beli barang kemas. Masalah dia sekarang, barang kemas apa yang boleh dapat dengan nilai RM300. Jadinya, biarlah dia dalam bentuk bunga dulu. Esok, kalau dah mampu, bertukarlah bunga itu jadi bunga emas.

Baru Guna Sekali

Telekung

Kalau tak pun telekung ni masih bentuk bunga. Bila ada kakak tu tegur, dia kata nanti rosak. Saya pun buka dan basuh lalu guna. Sekali je guna sebab telekung ni berat sikit. Tak sesuai untuk kegunaan harian. Kalau nak pi travel je baru guna.

Kerap Guna

Perfume

Tak, yang hantaran punya Lola je. Dah tinggal setengah. Tu pun sayang-sayang nak guna. Nak tahu sebab apa?

Ok, ini cerita sedih, sila sediakan tisu muka premium.

Tapi dari mula-mula kerja dulu memang teringin sangat nak pakai perfume mahal. Tapi, everytime dah gaji rasa sayang sangat pula nak spend ratus-ratus pada perfume sahaja. Rasa ada benda lain yang lebih penting. Jadi, pendam lagi hasrat tu. Kalau teringin sangat, curi-curi guna kakak punya lah. Masa tu mampu pakai perfume Avon (sebab dapat free) lepastu perfume Adidas for women tu, lepastu beli one drop perfume yang bau dia ala-ala perfume mahal. Beli pun bukannya sekotak, seketul, seketul, oh sadisnya. Beli Bodyshop sebab ada sale. Lepastu mampu beli miniature Giorgio Armani punya tu pun dah cukup happy.

Kawan baik bagi miniature Escada Island Kiss, punya lah sayang sangat nak pakai sebab bau dia sweet sangat. Bila ada duit sikit, pejam mata beli yang Island Kiss botol dia dah defect tu. Kan murah. Murah tak murah bukanlah yang seploh ringgit tu HAHA. Masa birthday 2006 rasanya, Dak Yang bagi perfume J.Lo.( tak mau ingat, tak mau ingat)

Keinginan pada perfume tu tak pernah luntur. Bila nak kahwin hari tu lah baru dapat beli perfume secara proper. Maksud dia, pergi kedai perfume, lalu cuba satu-satu bau lalu pilih mana yang saya nak sangat. Tu pun guna sayang-sayang gak. Sebab tahu payah nak dapat, kena lebih menghargai.

Dah cakap dengan suami hari tu, kalau Lola habis, nak beli adik dia ye Yang, Oh, Lola!. Suami pun dengan muka musykil. Perfume pun ada adik beradik? HAHAHAHA.

Tak sempat perfume habis, tak sempat suami belikan, MIL dah belikan dulu. Thank you mama. Ok, cerita tamat *lap air mata* Sedihkan cerita saya dan perfume? Orang tak berapa mampu, cenggitulah.

Barang hantaran yang lain memang selalu guna. Macam BB yang selalu hang neh. Handbag, jam, purse. Kasut jarang-jarang sebab tinggi. Sekarang lagi lah harapan sangat kalau nak pakai. T___T

Jadi pesanan khidmat masyarakat kat sini, beli lah barang hantaran yang dah tentu anda akan guna. Takyah beli yang mahal, tapi at last duduk dalam almari perangkap habuk. Tapi selalunya, masa belum jadi pengantin nafsu tamak memang selalu bermaharaja di hati. KAHHHHH. Spend wisely