Thursday, May 24, 2012

I Am 6 Months Pregnant

.....Mari naik mesin masa dan kembali kepada 6 bulan yang lalu.

Sangat berharap yang diri ini bunting pelamin. Sebab tanda-tanda konon preggy tu ada. Kuat makan (heh? padahal memang kuat makan) lepastu cepat bloated, mual, pening, angin, kuat makan lagi. eh, did i mentioned it earlier? memang kuat makan pun. Simptom-simptom preggy tuh rasa dah tepat 90%.

Suddenly, 7/12/11 ada bleeding sikit. Saya rasa macam, ehhh belum tahu pun preggy ke tak suddenly dah ada tanda keguguran. Kahhh, betapa stupidnya waktu tu. Asal bleeding je ingat keguguran. Masa tu dah berduka lara dah. Bawa hati yang hiba bersama suami pergi DEMC untuk check up. 

Doktor pun tak boleh nak sahkan apa-apa sebab awal sangat. Dia kata kalau benda nak jadi pun boleh akibatkan bleeding, sebab dia nak melekat kat dinding rahim. Kalau buat UPT, dia takkan detected apa-apa. Jadi, kami pulang dengan lega. Mungkin dia dalam proses nak menjadi lah tu.

Ku sangka panas ke petang, rupanya period dua hari kemudian. Ahhh, kecewanya. Period datang awal dari tarikh sepatutnya. Oh, takda lah istilah bunting pelamin. Tapi, kami redha. Baru sebulan kot kahwin. Tapi dalam redha tu, aku buat juga UPT, kengkonon ingat aku ni bunting pelanduk. Ala yang even dia pregnant tapi still period tu. HAHAHAHARAPAN.

Kemudian, semua berjalan seperti biasa. Saya pun meneruskan hidup macam biasa. Makan dengan banyaknya dan teringin yang bukan-bukan sampai Dak Yang noticed, kenapa teringin itu ini ni? Nak kata mengandung tu tidak. Saya pun macam tak peduli sangat. Makan tetap makan. Selera macam gergasi.

Tapi yang perasan sangat adalah angin dalam badan makin melampau. Macam aku baru lepas telan kipas angin. Macam lepas makan belon pun iya juga. Lepastu perut rasa tak selesa bila meniarap.

Waktu itu pula, saya baru dapat tahu, my cousin preggy, lepastu Ilya dan Kina. Bila Kina cakap, dia tak tunggu pun tarikh period dia untuk buat UPT, maka hati saya macam di tarik-tarik untuk buat juga. Kebetulan pula Dak Yang takda sebab pergi interview di Pantai Timur. Ini adalah waktu terbaik. Sebab nya malu nak buat test depan dia, nanti nampak macam saya berharap dan memberi beliau harapan.

Di petang 31 Dec 2011, saya pun buat satu UPT dan hasilnya

Sangatlah samar.
UPT cap Watson yang RM4.50

Masa tu rasa macam nak kecewa, tapi bila muncul satu line yang sangat samar, saya rasa macam eh, masa -ve dulu, dia memang tak keluar apa-apa line. Terus call Eca  minta kepastian. Masih tak pasti, lari turun ke bawah dan tunjuk kepada emak. Emak pun nampak 2 line, tapi satu lagi sangat blur. Lalu menghubungi Fiena, tapi beliau belum buat test lagi waktu tu. HAHAHA, berapa ramai orang aku nak call pun tak tahu.

On the way nak balik rumah in laws, saya singgah Guardian dan beli Dip n Tell dan Clear Blue. Satu murah, satu mahal untuk lebih kepastian gitu.

Sampai di rumah in laws, di petang yang rembang, saya buat UPT lagi sekali. Mereka dah nasihatkan buat subuh-subuh hari. Dah nama pun Yaty, tak sabar is my middle name. Dan hasilnya

jelas sikit.
Ye, double line di situ.

Gembiranya hati, dah tak sabar menanti kepulangan suami malam tu. Nak bagitahu berita gembira. Soon, we gonna be mom and dad. Waktu tu yang tahu cuma emak, Eca dan Fiena.

Bila suami pulang malam tu, terus saya tunjukkan kedua-dua stick tu, dan kami gembira bersama-sama. Rupanya suami pun bawa pulang berita gembira. InshaAllah, beliau berjaya dalam interview tu. Itu lah yang dinamakan rezeki anak. Bukannya, kau tahu kau pregnant, terus ada orang masukkan 10K dalam akaun kau. Bukan macam tu. Percaya saja pada setiap janji Tuhan. Setiap anak ada rezekinya.

Esok hari, suami ajak ke farmasi untuk cari asid folic, susu materna dan beli lagi satu UPT sebab beliau nak saya buat lagi sekali. 3 kali kan lebih afdhal katanya. Turutkan saja apa suami minta. Dan keputusannya

Mesti lah tak berubah.

Lepas seminggu, baru saya berani guna Clear Blue yang macam Fasha Sandha punya tu, sebab mahal, jadi tak mahu membazir. Keputusannya 5+ weeks pregnant. Mana gambar? Dah di telan oleh Blackberry bongok. Hilang macam tu je. SOBS.

Dak Yang bawa 3-3 stick tu tunjuk kat MIL, lepastu beliau beritahu FIL. Semua pun bergembira. Kemudian kami live happily ever after. Tak memasal.

Saya belum mahu spread the news, sebab too early waktu tu. Tak mahu cerita di FB atau blog sampailah usia kandungan 3 bulan. Tapi, biasalah dah nama pun manusia. Lagi yang ada middle nama tak sabar tu. Mula-mula cuma rakan rapat. Tapi, berita baik mestilah orang dapat tahu cepat. HAHA.

Jadi, sempena 24 Weeks preggy today, mahu share cerita ini di blog. Sebagai kenangan untuk saya kelak. Moga semuanya dalam keadaan selamat. AMIN.

16 weeks to go :D

Monday, May 21, 2012

Teacher's Day Tahun Ini Paling

... tak enjoy.

Saya dah bertukar pasif. Tak ikut serta persembahan, tak ikut bersukan. Duduk saja kat atas pentas dengan kipas di tangan. Muka dah berlemuih dan cemuih berpeluh-peluh. Phewww.. Boleh kasi award Guru paling selekeh this year tapi takda. Yang ada guru paling cantik je. HAHAHA

Tapi serius lah, tahun ni memang takda dengar murid bisik-bisik, cikgu ni cantik la, cikgu ni cantik. Memang takda. KAHHH, Betapa buruknya sampai takda murid sanggup nak pandang dan main bisik-bisik. Eiii, cikgu ni buruknyahh. Takda. Semua tak lalu nak pandang. Mesti mereka cakap dalam hati, cikgu ni sudahlah tak berapa menawan, tapi garang kalahkan singa -___-"

Sambutan tahun ini saya mulakan dengan mencari nasik di kantin akibat kelaparan. malangnya takda nasik yang dijual sebab kan ada jamuan guru. Lepastu kecohkan satu kantin mintak nasik. Luckily, jumpa nasik jamuan guru pagi. Makan lah apa adanya. Kebulur sangat lah tu.

Lepas tu bersolat dan berbedak sikit-sikit dan pergi berarak. 

Cukup Geng Ciwi
Semuanya di sesi pagi. Daku sorang-sorang tercampak di petang hari.

Berkumpul sebelum berarak

Pandai tak saya sembunyikan figure yang montok itu?
HAHA

Lepastu macam biasa lah, baca ikrar, nyanyi blablabbla dan MAKANNNN!!

Menonton persembahan budak



Kutipan hadiah tahun ini

Kurang memberangsangkan atas sebab-sebab yang dinyatakan awal tadi.
KAHHHH

Persembahan paling best petang tu dari si Hafizi ni. Dia memang paling gangster lah kononnya dalam kelas. Tapi, bila orang buat dia sikit je, meraung macam kena dera. Bergolek-golek menangis atas lantai. Kalau menangis tu sampai ke surau boleh dengar.

Kan tak memasal ni. HAHAHAHA

Orang buat chicken dance, dia pergi menangis

Friday, May 18, 2012

Dear NCOLian : SAYA BUKAN PENYAMPAI

I do ask all of u directly, kenapa saya di kick. ni jawapan from Syima melalui Kerry, atas alasan tak larat, Thanx Kerry)

"yati, i have to kick u bcoz u are 1 of #chanteks..selama setahun ni mcm2 diaorg buat kat kitaorg, so this time no more.bukan sebab benci atau sbb you,tp just sbb #chanteks.itu je"

but i have huge doubt in that statement, SOOOO, saya terpaksa menulis tentang ini. I have to. This is what I have to do to defend myself and clear my name.

Ini untuk tatapan Nad, Syima, Rynn dan sesiapa yang menganggap saya PENCACAI, PENYAMPAI, TUKANG PRINT SCREEN et cetera et cetera et cetera.

Saya dah pernah kena ini sekali. And AGAIN?

Saya dituduh bersalah sebelum dibicarakan. Adakah itu satu bentuk keadilan? tak, saya bukan penyokong mana-mana parti politik

Waktu lepas BBF berpecah, korang pernah kata I lah tukang sampai pada geng mereka simply because I ada dalam friendlist geng mereka. Padahal I tak tahu menahu apa-apa. Apa yang I nak sampaikan? Tentang apa? I know them since before I blog pasal kahwin, before I masuk BBF and before korang bergaduh lagi.

I have no issue with them and so do with all of u.

Lepastu korang tubuhkan NCOL, and Tatie invited me and still the same issue masih berbangkit bila geng mereka up something di twitter dan korang terasa I lah penyampainya. AGAIN? Apa yang patut I sampaikan pada mereka sebenarnya. And adakah kalau dah masuk NCOL ni I tak boleh kawan dengan sesiapa lagi? Especially geng mereka? Saya tengok ramai saja ahli NCOL yang baik dengan geng mereka di Twitter dan di FB? Jadi, saya tak pasti apa yang jadi isu kalau saya kawan dengan mereka.

Again I told you, saya TAK PERNAH nak print screen apa yang korang semua cakap pasal mereka dalam NCOL. TAK PERNAH nak bagitahu atau sampaikan apa yang berlaku. Kalau iye, saya bagitahu. Mesti mereka tahu apa yang korang cakap pasal mereka dari dulu lagi. Apa yang berlaku dalam NCOL takda sebab dan kaitan pun mereka nak tahu apa yang jadi.

And this time things getting worst.

Apa puncanya sampai I terkait sama? Daripada hal entry Raden, korang start balas-balas entry. Lepastu korang bercakap dekat twitter, I tak pernah nak campur or komen apa-apa. Sebab I know, apa yang I cakap orang akan salah faham dan nampak berat sebelah. I am not taking side. I takda issue dengan mereka dan I takda issue dengan korang. 

Sampai lah keluar issue penyampai, pencacai, etc etc. I buat tak tahu je sebab I tak tahu siapa yang korang maksudkan. Until I terbaca tweet korang yang memang tuju dekat I. (Ye lah, siapa lagi?) Starting with my entry Tentang Suami tu, tetiba korang nak cakap

'Suami kau takda pun kau nak kepoh satu dunia ke?' Lebih kurang, I tak ingat.

'Suami takda, sebab tu takda kerja, sibuk jadi penyampai'

'Kita ni sibuk nak jaga suami, jadi suri rumah .........'

' Kita kerja esok, lain lah orang yang kerja setengah hari'

' Muka je nampak baik, tapi hati setan'


'Jangan buat-buat sibuk dan buat tak tahu la B****, nyah kau jauh-jauh dari kitorg lalat


and the next day I know, I da kena kick from NCOL


I bukan nak perasan, tapi siapa lagi yang korang cakapkan, bila tiba-tiba i kena kick n one of you unfollow I. Apa rahsia besar NCOL yang pihak mereka dah tahu sampaikan reason I kena kick sebab I baik dengan diorang. Adakah kita ada tanda tangani MoU yang kalau dah masuk NCOL, kita tak boleh berkawan dengan sesiapa dari pihak musuh?

Semua ayat-ayat tu sangat menghina.

1st thing 1st.

Bila I diam dan tak komen apa-apa (sebab I tak tahu yang I kena bersuara), korang provoke sampai macam tu sekali. Kalau I up entry macam-macam lagi lah korang cakap macam-macam. Apa yang korang nak dan harapkan daripada I?

I cuma letak sini apa yang korang cakap tentang I and only ME. Sebab, korang dah attack personal life I. Apa yang korang cakap pasal mereka, itu adalah hal korang dan mereka. Jadi benda ni tak berkait dengan sesiapa. Entry ni antara korang dengan I.

Korang ingat I mintak ke  LDM ni? takda sapa nak lalui pun. Kalau korang rasa I ni penyampainya, korang tak perlu nak attack personal life I since I tak pernah keluarkan 1 perkataan pun yang menghina dan mengkeji korang. Hina saja lah perbuatan menyampai I tu (kalau iya). Tak perlu libatkan suami dan kerja I. Hina sangat ke jadi cikgu yang kerja setengah hari ni? Ye, I know I tak educated macam korang. I cuma cikgu cabuk. Tapi, apa purpose korang hina I macam ni? Siapa dengan siapa yang bergaduh sebenarnya sampai I di babitkan sama?

I just wanna know 1 thing. APA BENDA YANG SAYA PRINT SCREEN SAMPAI KORANG NAK TUDUH I PENYAMPAI? Apa yang mereka katakan sampai korang rasa I bagitahu mereka tweet korang? Apa?

Kalau yang I perasan, korang ada marah sebab mereka mentioned nama Renee (sorry Renee, I have to petik nama u) padahal Renee tak update apa-apa pun dekat blog. Korang kata macam mana mereka tahu apa Renee tweet dengan korang. FYI, Renee tak private kan pun twitter dia, dan mereka ada mata untuk membaca. Kenapa korang tak selidik dulu sebelum membuat tuduhan?

Benda ini antara Raden dengan mereka, pada pemahaman I. NCOL tak terlibat pun. Saya pun tahu purpose NCOL ditubuhkan bukan untuk cari gaduh dengan pihak mereka. Kalau saya ni batu api. Apa faedah yang saya dapat untuk gaduhkan Raden dengan mereka? Dan korang on the other hands terus tuduh dan caci hina I tanpa usul periksa. Panggil saya lalat, B***H etc etc tanpa usul periksa. Kenapa tak PM I or tanya personally selain dari terus tuduh menuduh? Apa penyelesaiannya?

Korang sendiri mentioned, cakap belakang-belakang berani lah. Pung pang pung pang itu ini. Sekarang I dah ke hadapan. SO, I mintak korang pun kehadapan, bagi reason kenapa korang gaduh dengan orang lain dan lepaskan marah pada I?

Orang yang korang kata dan hina ni ada perasaan, ada keluarga, ada suami. Kata-kata korang tu satu doa. Since I tak pernah berkata buruk tentang korang, I tak pernah pun terfikir nak keluarkan ayat. Kau sakit pun nak bagitau satu dunia ke? Or perut kau kecik pun kau nak bagitahu satu dunia ke? (Itu contoh)

I tahu korang akan cakap 'orang berak tengah jalan, mana ada nak mengaku' Tapi, kalau orang tu memang tak buat, korang nak suruh dia mengaku juga? I tak berlakon innocent pun di sini. Kalau korang ada bukti apa yang I print screen kan, do let me know. 

I tak pernah nak cari gaduh dengan sesiapa. Tak pernah nak perli sesiapa even nak hina korang. Tapi apa yang korang cakapkan tentang I, that is too much. Kita sama-sama mengandung. I tak pernah jumpa korang in real life pun, macam tu jugak korang.

From the bottom of my heart, kalau saya ada tersalah cakap dan perbuatan dengan korang semua, saya minta maaf. Sebab kita pernah kawan dan pernah baik. Dan I maafkan semua segala percakapan korang. Sebab I taknak menanggung apa-apa kelak. Kalau korang masih belum berpuas hati, do ask me personally. 

Kepada NCOlian yang lain, mungkin masa korang baca entry ni, saya dah takda dalam NCOL lagi. Ya, sayalah orang yang tak dipercayai itu. Sekarang anda tahu kan? It's ok. Kalau some of u rasa nak terus kawan dengan saya, I have no issue with that especially yang kenal since dari BBF lagi. Pada yang rasa takut sebab nanti ada yang tak percayakan korang lagi, I tak kisah pun. Feel free tu unfriend and unfollow me. No heart feeling.

Kepada NCOLian yang baru, yang tak tahu hujung pangkal cerita, tak perlu emosi lebih-lebih. Tapi, kalau korang dah caci maki saya, saya maafkan. Saya tak kenal anda, dan anda tak mengenali saya. SO, don't easily judging people.

Kepada ahli Persatuan, kalau avoiding me is the best way, it's up to u guys. Kalau nak keluarkan I dari persatuan pun, I terima. I love all of u and I love the friendship that we had almost a year ni.

P/S : Saya takkan unfriend sesiapa di FB, kalau rasa tak selesa, feel free to unfriend me. Saya takda issue dengan kalian-kalian semua.

P/S/S : kepada tunangan orang, kau kelakar sangat lah. Kau takda kena mengena tiba nak melatah lebih kenapa? mengenali kau pun aku tidak. Dah unfriend dan unfollow I kenapa nak datang belog I lagi? Kan dah jadi segmen benci tapi rindu.

Wednesday, May 16, 2012

7 Years as a Teacher in Pictures

tapi sebenarnya masih setahun jagung, ilmu masih cetek dan pengalaman masih hijau seperti padang golf. HOH?

2007
Tahun kedua di Maktab
Kurusnyahhh

2008
Baju sponsored by Guru Besar.

2009
Persembahan poco-poco dengan high heels.
Kurus dalam kenangan

2010
Bulat macam apam,
Rasa nak lempang.
Pantun 2 kerat

2011
Nampak nau tak menghayati ikrar. mata kesana sini
Kembali kurus sebab nak kawen


2012?
Takyah nantikan. HAHA.

Selamat Hari Guru buat satu keluarga saya (minus suami dan adik)
buat guru-guru yang telah mendidik saya hingga menjadi guru
buat rakan-rakan yang pergi kerjanya di panggil cikgu.
Tanpa guru, mungkin peguam tak jadi peguam dan mungkin doktor tak jadi doktor.
Sebab takda sapa nak ajar dia baca dan tulis.
Terima Kasih Guru :D

Monday, May 14, 2012

6 Months dan Mother's Day Celebration

2 hari itu tak cukup rupanya untuk spend time bersama yang tersayang. 2 hari tu macam celah gigi je. Kembali ke rutin biasa adalah satu kebosanan

Malam semalam, kami pergi celebrate Mother's Day lah kononnya. Adakah kami membawa ibu masing-masing? Jawapan dia tidak.

 Sayalah bakal ibu yang di raikan
at 22 Weeks
Saya mengembang dengan jayanya :D

Actually, semuanya kebetulan. Kebetulan saya ikut Dak Yang ke Hotel Istana sebab beliau ada kerja yang perlu dibereskan malam semalam juga. Bila kerja dah selesai dalam masa yang pantas, saya pun kebetulan lapar. Kebetulan lagi Dak Yang malas nak pergi makan tempat lain sebab malas nak parking-parking lagi. Jadi, kebetulan pula kami lalu di depan Taman Sari Brasserie, maka tersinggahlah.(Ok.ini tak kebetulan, ini memang kami cari. HAHA)

Mereka ada sediakan buffet sempena Hari Ibu. Tapi suami request mahu makan steak. Maka, kita turutkan saja kehendak hati suami sebab ini adalah Hari Suami membayar sempena Hari Ibu (?)

 Suami makin skinny dan isteri yang makin chubby

Dak Yang orderkan Soft Shell Crab untuk isteri yang suka meleleh saliva bila cakap tentang itu. Soft Shell Crab di Restoran Tasik Indah tak boleh memenuhi keinginan isteri lagi dah.

Soft Shell Crab dan Kerabu Mangga

Rib-Stik pejadah tah nama. Tak ingat

Complimentary

Kami pun melantak dengan gembira. Tapi saya tak gembira sangat sebab ada yang tak berapa kena dengan menu atau sebenarnya perut dah masuk angin dulu. Mintak Dak Yang habiskan pun tak habis juga. Hmmpphhh

I told hubby, tahun ni sambut Hari Ibu berdua. Tahun depan dah ada Lil' Caliph sekali. Tak dapat lah emak abah dia makan romantik-romantik sambil pegang tangan sebab kena pegang baby. HIHI. Tak sabarnya.

Friday, May 11, 2012

Tentang Suami

Suami adalah objek yang paling comel. HAHA. Comel yang saya maksudkan bukanlah pada pandangan mata kasar. Tapi, dipandang dari mata hati. giteww. Prof Muhayah sangat. Dia datang dalam pakej. Jangan lah pergi tenung gambar suami lalu terus memandang serong dan mencemuh, buta betul si Yaty ini di kata comel. Ehhhh, biasa tu dia. Berdosa tenung gambar suami orang tahu.

Saya suka mendengar cerita tentang kehidupan suami sebelum saya wujud dalam hidup beliau. Saya rasa macam nak masuk mesin masa dan pergi ke waktu itu. Nak tengok apa yang suami kerjakan zaman-zaman dahulu. HAHA

I
Kalau balik ke rumah mertua saya suka tengok gambar suami masa kecil-kecil dulu. From the picture itself I can tell yang beliau super nakal. Ada gambar beliau tengah nak merampas botol susu Along lah.  Bila birthday Along, dia yang over kedepan nak potong kek lah. Macam-macam.

II
Beliau pernah cerita yang waktu kecil-kecil dulu kalau balik kampung suka lari-lari dalam rumah, lepastu sorang nenek ni marahkan lah budak nakal ni. Tapi, boleh si nakal ni angkat tangan balik pada nenek tu dan cakap 'Nak kena?' -__-

III
Bila masuk sekolah rendah, waktu tu beliau teringin permainan video game yang guna tape tu. Tapi masa tu abah dan mama belum mampu. Akibat teringin sangat ni tadi, suami 'ambil' duit abah sehari berapa ringgit tah. Dia 'kumpul' sampai cukup RM600 I guess. Dah lupa. Bila dah cukup, beliau bawak pergi sekolah. Waktu tu pergi sekolah pakai seluar pendek lagi. Bayangkanlah seluar dia nak terlondeh macam mana sebab poket kiri kanan penuh duit. HAHA. Macam mana boleh kantoi dengan cikgu pun saya lupa. Akhirnya video game tak dapat, mama yang datang sekolah sebab kena panggil dengan cikgu. HAHA

IV
Lepas sekolah agama, beliau akan main bola sepak tak ingat dunia sampai tertinggal van. Nanti bila dah Maghrib baru pandai cari kawan nak tumpang balik rumah. Main bola pakai baju sekolah pulak tu. memang lutut seluar penuh tampal sana-sini.

V
Kalau waktu Pendidikan Seni mesti beliau nak bawak balik ke rumah. Tak siap kat sekolah. Sebab kat rumah ada bibik yang pandai melukis dan akan buatkan kerja seni beliau. Hmphhhh

VI
Waktu sekolah rendah, beliau tak flying colours sangat sebab sibuk main. Pernah tanya 'Takda GF cinta monyet-monyet ke Yang?' Takda. main bola lagi best -___-". Waktu exam darjah 5 kot, cikgu salah bagi markah dan membuatkan dia boleh masuk kelas pertama di tahun 6. Dalam kelas pertama, mana ada orang main-main. Maka dia pun terikut-ikut budaya kelas pertama yang kuat study. Dapatlah beliau 5A dan masuk KUSESS. HAHAHA.

VII
Masuk-masuk KUSESS hari pertama dah kena belasah sampai terperuk dalam loker. Pity him. Tapi lepas tu beliau baik dengan senior dan pergi belasah budak lain pulak -___-

VIII
Dekat KUSESS ramai orang admire sebab aktif hoki, kawad, nasyid, olahraga, kuat belasah orang. HAHA. Mesti dapat coklat la apa la kalau ada dedication tu. Sampai sekarang saya masih terjumpa nota-nota good luck lah terselit-selit dalam majalah sekolah, dalam pencil box. Beliau kata 'Kakak Angkat' Ye la Yang...

IX
Waktu masuk matriks, takda dengar tentang perempuan sebab beliau tengah sibuk mengorat saya. Eh. Beli prepaid RM60 habis buat mengorat saya. Pergi public phone habis syiling sebab nak mengorat saya juga. HAHAHAHA. Ada takda beliau pergi tengok perempuan main badminton. Tu ja bahan yang ada kalau saya nak buat-buat merajuk. KIHKIH, Loser

X
Di UTM... errr saya takda memori tentang kelakuan comel beliau di zaman uni. HAHA. Mungkin saya dah terdelete sekali dengan memori-memori sampah yang perlu dilupakan. KIHKIH. Tapi waktu di uni ada juga yang tinggalkan kertas berserta nombor telefon pada cermin depan kereta. Hurmm, perempuan zaman sekarang. Cenggitulah. Tak kira BF siapa. Main rembat je. Eh eh. Kbai

**Entry terhasil akibat menunggu suami tak pulang-pulang. Selalu, waktu-waktu macam ni dah ada dirumah tengah main Football Manager. Jadi, saya punya masa terisi. Tak sempat nak update belog. Akibat terbosan-bosan menunggu suami, maka terhasillah entry tentang suami. Esok kalau bosan menunggu makanan, keluarlah entry tentang makanan. Contohlah.**

Wednesday, May 9, 2012

Nak Update

....tapi takda idea.

Actually, cerita banyak tapi idea untuk menggoreng entry kurang. Kesannya akan menjejaskan kualiti entry. Akan menghasilkan entry tak bermutu dan dull. Saya suka kalau orang baca entry saya sambil tersenyum sampai telinga. Lepastu komen kelakar lahh, lawak lahh. HAHAHA lahhh. Walau entry marah, orang tetap nak gelak. Ya mutu itu yang mahu dikekalkan. Bukan Muthusamy.

Oleh sebab terlalu menjaga kualiti, sampaikan kuantiti entry sangat berkurang? HAHA. Apa yang kau susah sangat nak explain panjang-panjang. Bahasa pasarnya mudah sahaja. M.A.L.A.S full stop

Hati memang meronta-ronta nak cerita. Tapi, asal tekan new post, lepastu tengok page yang kosong putih berseri, aku terus tekan X dan tidur. Itu lebih nikmat sebenarnya dari berhempas pulas memikirkan ayat macam sekarang. Tapi, sebab aku dah dapat chicken foldover, jadi aku ada kemampuan luar biasa untuk mengarang ayat. Tapi tengoklah ni, entry sungguh takda hala tuju. Kan sangat blerghhh macam ni -___-

Jadi, izinkan saya menajamkan otak dan mengasah ayat power agar blog terus hidup. Ni kira macam pembuka bicara lah ni. Lepas ni mesti berderet-deret entry keluar. Tak caya, tunggu lah. Kahhh