Friday, April 20, 2012

Aku Terima Nikahnya .....Dengan Satu Lafaz (Finale)

Sepatutnya, acara salam-salam, sarung cincin, cium dahi segala tu buat di rumah. Tapi sebab ada orang-orang tua belah Dak Yang minta buat kat masjid juga sempena ambil berkat masjid. Maka, dah lari lah rancangan asal. Nak tak nak buat lah juga dalam masjid dalam keadaan panas sebab orang semua dah tutup kipas nak berangkat ke rumah.

Dak Yang serahkan mas kahwin.
Rate Selangor adalah RM 300

Lepastu acara salam-cium-tangan-tanda-bodek-sebab-dapat-300ringgit-U-takboleh-ambik-balik

HAHAHAHA


Kemudian acara sarung cincin dan pakaikan gelang.
Tangan beliau gigil sebab payah nau gelang tu nak di katup.

 Percubaan #1 cium dahi. Dak Yang main-main, semua gelakkan beliau lah tu.

tengok isteri dia? Lagi over -__-
 
Percubaan #2 cium dahi - baru berjaya. 
^___^

Last sekali baru Dak Yang serahkan cheque duit hantaran. Lepastu muka cam nak tampar isteri sebab over excited dapat duit banyak. *($___$)*

HIKHIKHIK

Habis segala acara serah menyerah diri, baru lah semua berangkat ke rumah. Lepastu di rumah ulang balik semua-semua yang kat atas ni tadi. kan dah dua kali kerja. Tapi, takpa. Tengah jadi pengantin tak boleh lah nak marah-marah. Muka kena lah macam sunshine walau dalam hati dah macam volcano.

Alhamdulillah, selesai juga majlis akad nikah. Selamat sudah di nikahkan (waktu itu). Selamat suami datang tak lari kan diri sebab takut kahwin ke apa. HAHAHAHHA

Just Married :D

Wednesday, April 18, 2012

5 Bulan 5 Hari - Hidayati

Tajuk konon macam 5 tahun 5 bulan - Hlovate

5 bulan dan 5 hari yang lalu



 Distance between two hearts is not an obstacle but just a great reminder of just how strong true love really is

 We only touch to feel, we only call to hear from, we only part to meet again

 As a part of you has grown in me,Together forever we shall be, Never mind the distance because all u need is patience

 No matter the distance, you are never far from me because my heart and yours have been paired together from heaven

Tuesday, April 10, 2012

Aku Terima Nikahnya...Dengan Satu Lafaz (Part 2)

Sambungan entry INI

Dalam sedih-sedih hati tu, sampai je di atas masjid sempat lagi ber'cam-whore'

bersama dayang-dayang

Orang kuat majlis (L-R : SIL, emak dan my sister)
Heart them so much

 Carla lily by The Craft Potion.

Sempat lagi kannnn?
Selagi tak nampak depan mata, selagi tu lah nak call -__-

Tak lama lepastu, nampak semua orang-orang lelaki yang duduk luar masjid tadi dah masuk dalam. Oh, i know, my groom-to-be sudah sampai. Pheww, lega. HAHA

Ketibaan rombongan lelaki

Dan yang paling dinanti, dulang wang hantaran

Darling Fiance, dah macam YB melawat kawasan.
Abah siap escort tu. 

Muka terus blinggg, macam sunshine. HAHA

Yang seorang lagi muka ketat tapi budget cool.

Waktu Dak Yang sampai masjid ni beliau terus duduk. Beliau tak toleh pun dekat saya. Yakin betul yang duduk tu saya. Tah-tah Maya Karin ke Lisa Surihani ke dotdotdot ke. EH, takyah merapu sangat boleh?


Yes, beliau a bit nervous, kadi besar Klang, Ustaz Malik pun perasan. Jadi, untuk hilangkan nervous, mereka main practise-practise akad nikah supaya semuanya lancar. Patut la sekali lafaz je, dah practice dulu rupanya. Tarik balik tabik ah camni.

Khutbah nikah yang di bacakan pun tak terlalu pendek dan tak panjang sangat. Ada selit-selit humor sikit. Jadi, takda kebosanan.


Saya suggest waktu nikah ni patut sediakan microphone. Tak kira di rumah, masjid atau surau sebab apalah maknanya orang ramai yang mengiring tu datang kalau tak dengar sepatah pun kadi baca khutbah nikah. That's the best part dan orang lain pun boleh dapat ilmu sama.

Masa yang ditunggu-tunggu pun sampai, jeng je jeng. Bila Ustaz Malik serahkan tempat dan mic pada babah. Oh, nervousnya saya. Tangan dah sejuk-sejuk. In any minute, saya akan bergelar isteri. *sebak*

Aku terima nikahnya, Norhidayati binti Basirun blablabla

SAH!

Dengar je perkataan tu, saya terus ucap syukur sambil tunduk sampai dahi nak cecah lantai. Eksaited! Alhamdulillah, dah jadi isteri Dak Yang dah. Inilah jodoh yang Tuhan dah tuliskan untuk saya di Luh Mahfuz sejak saya berusia 4 bulan dalam kandungan lagi. Inilah lelaki yang akan membimbing saya ke jalan syurga. Inilah imam saya untuk sepanjang hayat *terharu* Inilah captain bahtera saya. Bukan Jack Sparrow. *PANG*

Tak, saya tak menangis. Takda air mata nak keluar. Air liur ada sebab asik tersenyum tak sudah-sudah. *atau drooling sebab dapat suami yummy. Eh*

Yang menangis adalah emak. Tisu yang Eca sediakan untuk saya, emak yang guna. Ohh, saya tak tahu apa emak rasa waktu itu. Waktu suami baca taklik pun, emak yang masih tersedu-sedu.

Nampak tu, emak yang sedih T____T

Selesai akad nikah, suami terus bergegas solat sunat. Masih lagi tak pandang saya. Amboiii dia, tak takut ye salah bride. HAHA.

Ikut perancangan, segala acara sarung cincin nak di buat di rumah. Jadi, ramai lah yang dah bergerak pulang sebab nak sambut tetamu di rumah. Tapi, tapi, tapi biasalah. Bila dah ramai-ramai, ada je yang nak jadi pengubah aturcara majlis yang dah di atur. Haishhhhh

saya sambung lagi nanti....


Saturday, April 7, 2012

Aku Tak Gagah

Eh, memang lah. Kau bukan Badang pun. Ok. Shadap!

Ya, almost 3 months aku bertahan dan bertahan, akhirnya malam ni aku tumpas. Merembes-rembes air mata keluar. Eceh, tadi macam cool sangat waktu babai-babai suami di luar. Sekarang sudah semacam musim hujan di dalam rumah. *lap hingus*

Tak tahu kenapa lepas 3 bulan, aku memilih untuk mentangisi kepergian suami ke tempat beliau bekerja. Sedangkan sudah tahu, akan begini selama setahun atau lebih. Mungkin lately suami kerap pulang, tapi beliau kata minggu depan belum tentu. Jadi, tu yang buat hati rapuh sangat. Dengan sewenang-wenangnya air mata tumpah.

Ni semua tengok Breaking Dawn punya pasal. Aik? Salahkan DVD yang tak bernyawa. Memang lah, waktu menonton dulu-dulu rasa cerita ini bosan tahap dewa-dewi. Tapi, bila menonton hari ni, rasa relate sangat. Bella preggy, lepastu Edward ada untuk jaga dia.

Jadi, apa kaitan dengan kau?

Tak kait pun. Sengaja nak feeling lebih-lebih T_________T

Habis menonton, terus bangun nak solat Maghrib, tak memasal pula air mata pun berjurai-jurai turun dengan sadisnya. Solat diiringi dengan air mata. Memang syahdu sangat. Lepastu terus call Dak Yang sambil teresak-esak. Tak boleh nak cakap apa dah. Menangis saja. Suami pujuk-pujuk nak pasangkan water heater untuk bilik air saya. I said erm saja. Yang lebihnya soksek soksek. 

Oh, memang betul-betul rindukan beliau. *kesat air mata lagi* Sepanjang minggu ini memang manja terlebih sangat. Sikit-sikit merengek, lambat makan je menangis. Nak itu, nak ini suami ikutkan. Such a baby. Ini lah padahnya bila di tinggal sendiri. Terus tak tahu nak merengek dengan siapa. terkapai-kapai, terkontang-kanting sendiri. Such a loser pulak dah.

Sebelum keyboard dibanjiri air mata, baiklah saya undur diri. Nak cari bantal pulak. Bantal mana bantal? T_____________T

Monday, April 2, 2012

Aku Terima Nikahnya...Dengan Satu Lafaz (Part 1)

Tabik spring dekat suami toing...toing...toing sebab beliau hebat dapat lafaz sekali harung. HAHA. Mari kita memputar masa dan bukan memputar alam lalu kembali ke tarikh 12 November 2011 dengan pintu sukahati aku, bukan Doreamon punya. Taknak ikut takpa. Tak paksa. Duduk kau situ diam-diam.

Pagi tu hujan renyai-renyai. Memang sungguh barakah. Malam tu tidur memang tak lena sebab tunggu Yanie datang bawa hantaran dan gubahkan lagi sikit-sikit. Lepastu set up kan candy buffet yang saya menang dari beliau. Tu cerita lain masa. Almost 2 pagi baru dapat tidur semula. Risau sungguh mata bertukar jadi mata panda ke apa. Pengantin kena tidur awal. Ahh, mana ada pengantin yang nak tidur awal. Pancaragam dalam hati tak sudah buat persembahan. Selagi tak nikah, selagi tu pancaragam on. 

Malam terakhir sebagai anak gadis tidur saya ditemani mereka.

Aetul and Sarah my best friends waktu di Poli JB dan Murni one of my best friend waktu di AYSK.
Love them all :D

Kak Anis from Anis Finesse Touch datang awal pagi itu. Mujur beliau tak sesat-sesat. Beliau dah siap-siap tidur di rumah saudara di Shah Alam biar dekat sikit. Ya, 5 bintang untuk Kak Anis, nah *****. Itu bukan perkataan lusyah ok. Tu bintang. HAHA.

 Kak Anis sedang alter muka saya agar kelihatan menawan dan jelita.
Ok, jangan muntah dulu. HAHA

Waktu saya tengah ber make-up ni, kawan-kawan yang lain sedang bersusah payah mempakaikan inai tube di jari sebab inai tumbuk yang saya pakai tak berapa nak menawan merah dia. Kena tambah inai tube bagi lebih naik warna merah tu.

 Final touch supaya yang dah menawan ni lebih tertawan (?)
HAHA, boleh muntah sekarang kalau mahu.

Panggilan terakhir daripada Darling Fiance sebelum tukar status.

Sebab apa panggilan terakhir? Sebab lepas tu saya call tak dapat-dapat. Saya mahu tahu beliau di mana waktu tu sebab rombongan kami sudah bergerak ke masjid. Bapa saya tak suka lewat, tak suka buat orang menunggu. Jadi saya dah mula cuak. Mana perginya tunang aku ni. Adakah beliau pergi lari selamatkan diri sebab takut nak bernikah? Ok, itu adalah bisikan syaiton yang jahat. Kami sepatutnya nikah pukul 10 tapi suami memang lewat almost 1 hour. Bukan jauh pun Shah Alam - Klang tu.

Rupa-rupanya ada cerita lebih kalut di pihak beliau. Suami dah serahkan handphone dan IC kepada sepupu beliau, Kamal. Kamal naik kereta lain, suami naik kereta lain. Bila dah hampir sampai ke Klang, suami yang cuak lebih ni dah lupa bawa IC ke tak. Jadi, dah berlaku kekecohan lah. Semua kena berhenti tepi jalan. Nak call Kamal, takda siapa ada nombor. Jadi, Along terpaksa berpatah balik ke Shah Alam semula untuk carikan IC si kalut, eh tak tak si Suami. Itu lah akibat nikah jadi lambat.

Waktu berlaku kekecohan disana, saya di sini tengah




Posing sakan. HAHAHAHA

"Ya Allah, moga bakal suami saya tak lari sembunyi diri sebab takut nak kahwin dengan perempuan yang kuat sentap, hati sensitif, sikit-sikit menangis adalah hobi, childish, high demanding, taknak kalah dan suka menang adalah pegangan hidup."

HEUHEUHEU

Dalam kereta dah call sampai nak tercabut jari dial-dial tak berangkat. Sampai masjid pun call lagi sebab konon-konon ingat beliau buat surprise dah sampai masjid dulu ke apa nanti beliau akan jerit surprise macam Eric tu. HAHAHAHAMPA. Dekat masjid kosong lagi. 

 Call lagi

Dan lagi

Pura-pura gembira, padahal dalam hati pancaragam dah main lagu sedih dah

T________T

to be continued...
sebab  cacing dah menari-nari dalam perut.


Sunday, April 1, 2012

Kekurangan Majlis

Saya sudah mentanam azam untuk lebih serius berblogging. Tak, saya tak mentanam azam dipinggir bibir. Saya tanam di hujung jari. Mudah-mudahan, jari lebih rajin menghentak keyboard.

Ya, majlis yang sudah 4 bulan berlalu, ada kekurangan here and there. Tapi, biasalah. Kesempurnaan itu mustahil. Next to perfect? Maybe.

  • 2 hari sebelum majlis, orang khemah datang dengan membawa khemah yang salah lepastu tak tahu layout macam mana nak pasang khemah. Dari mana ke mana. Yang patut deal dengan orang khemah adalah orang katering since saya ambil semua pakej sekali dengan katering.
  • Sampai ke hari Sabtu, khemah belum sudah pasang. Dia datang tak bawa tangga, tak bawa itu, tak bawa ini. Macam baru 1st time pergi pasang khemah rumah kenduri.
  • Orang khemah sampai tertidur-tidur di atas tanah tar depan rumah sebab datang rumah pukul 5 pagi nak mintak tangga nak pasang kipas di pagi Sabtu. Orang tengah tidur lagi waktu tu? Mereka tak tahu waktu bekerja yang sesuai maybe.
  • Orang pelamin tak sediakan tempat merenjis. Alasan? Saya tak minta. Ok, my bad. Tapi, benda tu accessories wajib untuk pelamin. Haru nak cari tempat merenjis yang lain.
  • Bahagian atas backdrop pelamin, memang dah cantik. Sekali tengok bawah, lopong sebab backdrop cover tu tak sampai bawah. Kalau di jenguk memang nampak tak kemas.
  • Fresh flower untuk pelamin dah layu sebelum hari bersanding lagi. Luckily, ada my auntie yang boleh tolong gubahkan semula bunga untuk pelamin. Mujur lagi tak banyak. Pheww.
  • 2 hari kenduri, banyak guna air. Jadi, air tangki tak sempat nak penuh, dah guna. Toilet semua takda air. Pagi hari sebelum bersanding, saya mandi di rumah jiran. HEHEHE
  • Katering banyak buat my family and I hangin. Mula-mula, dapur rosak. Lepastu, dah pergi balik ambil dapur baru. Lepastu rosak lagi, diorang duduk diam saja, sampai ayam goreng dah habis baru cakap. Kalau cakap awal-awal kan boleh guna dapur rumah. Ramai tetamu complain makan takda lauk.
  • Lepastu, bila dah petang, tengok nasi dah takda. tetamu masih ramai. Jadi, makcik-makcik di dapur bersusah payah masak nasi baru and you know what? Ada nasi lagi sepeti pat segi bawah meja. Tak tahu apa motif di sorok bawah meja dan pelayan tak pergi check pun.
  • Saya tambah a few pelayan sebab tak nak meja tak kemas, makanan tak top up. Seorang caj dia RM90 and anda tahu apa pelayan yang ramai-ramai ni buat? Berkumpul satu tempat. Tak tahu mana tah supervisor dia.
  • Doorgift tak cukup. Jadi, doorgift VIP untuk saudara-mara bagi lah kat tetamu. Ada juga jenis tak fikir orang lain, ambil banyak-banyak. Kasihan pada saudara yang bersusah payah selama 2 hari tak dapat apa-apa sangat.
  • Baju nikah saya manik berterabur habis. Dah mintak dia matikan manik. Nampak macam takda beza pun. T___T
  • Baju sanding terlalu longgar sebab takda dart kat bahagian depan. Memang saya mintak taknak dart sebab waktu ukur badan tengah gemuk. Bila dah hari sanding, sempat pula kurus. *PANG*
What else huh? Apa pun, saya tetap terima kasih pada mereka sebab mereka majlis saya dapat berjalan dengan jayanya. Tapi, bila kita bayar dengan harga yang sekian-sekian, haruslah kita mengharapkan service yang terbaik bukan? Jadi, pada bride to be, boleh jadi panduan. Ingatkan vendor-vendor penting ni berkali-kali apa tugas mereka. 

Happy weekend dan selamat muntah dengan entry wedding yang banyak lepas ni. HEHE.