Tuesday, March 27, 2012

Lebai Malang

Ohh, kenapa sungguh kelam kelibut sangat hidup saya lately? Macam tak terurus sangat. Semua dah tak ikut susunan ABC, dah jadi ZYX. T___T

Pulang dari Terengganu tempoh hari, terus jaga emak dan abah. Mereka demam teruk. Sampai muntah-muntah tak boleh bangun semua. BOTH! Being me yang selalu di jaga, apabila turn kena menjaga memang agak haru.

Tu tak campur tiba-tiba TM decide nak gantung perkhidmatan Streamyx sebab lambat bayar. Lepastu GB tiba-tiba nak masuk kelas dan observe aku yang tak buat lesson plan seminggu! @#$%^&*

Terus rasa diri ini adalah Lebai Malang. Sebab tu ada pepatah, buat jahat jangan sekali. Baru sekali berbuat jahat, terus Tuhan hantar GB suruh observe. Kenapa dia tergerak nak observe aku? kenapa? Ada beratus-ratus lagi cikgu yang lain. Kenapa aku yang jadi Intan Terpilih?

Menyesal kemudian, markah prestasi tak mungkin bertukar lagi. Ya, pepatah baru saya begitu sadis bunyi dia. Padanlah muka sendiri.

Tapi, siapa bertembung dengan aku sepnajang jalan pergi bilik guru tu memang perasan muka dah tak berdarah lagi kalau di toreh and keep saying, matilah aku, matilah aku, matilah aku!! Not good.

Habis je satu jam semua serbu tanya, macam mana? macam mana? GB mana komen banyak. Semua pada SKT lah nanti. Pastu mengekek-ngekek gelak sebab dengan muka tembok aku jumpa GB sambil pegang pipi bajet comel dan cakap, saya tak buat lesson note. Jujur kan? KAHKAH

Mereka kata wahh, tadi takda pun gelak macam ni? Tadi mana mampu gelak. Rasa nak humban diri dalam longkang adalah.

Peringatan untuk diri sendiri lah ni, pergi kau buat lesson note sekarang!

Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday : What So Funneh?

I don't really remember what cause me to laugh like nobody business. Adakah saya tak tahu yang saya sedang berkahwin dan bukan pergi mentengok sarkis?







But I do love the moment. Nampak nau hati gembira dapat kahwin. Ekekeke. Thanx Mr. OP

Tuesday, March 20, 2012

Ter - Musnah

Oh. terharu dengan komen-komen kalian dalam previous entry. Terima kasih pada yg supportive. Tak sempat nak reply satu-satu. But I do read one by one. Macam sampai seratus lah kan komen tu yang hang dok hingaq sangat ni. Baiklah T____T

Pagi tadi, saya penuh semangat nak update entry tentang life di Pantai Timur. Tapi apakan daya, si cemerkap ni bajet hebat sangat. Lepas dah transfer gambar from BB to Lappy menggunakan bluetooth, tanpa berfikir panjang terus pi delete semua gambar dalam BB tanpa usul periksa dulu, gambar dah selamat sampai ke lappy ke belum. Apa yang terjadi? Cuma 5 gambar je yang ada dalam Bluetooth Exchange Folder. Stupid!! *hantuk kepala*. Mesti ada virus yang menghalang perjalanan gambar-gambar aku ni. Damn You virus. Tak memasal.

The damage has been done. Menyesal kemudian gambar tak mungkin muncul semula. Banyak gambar berharga dah termusnah. Jadi, secara automatik, mood nak update entry pun termusnah sama. Stress satu macam sekarang. Nak pergi sekolah pun dah takda mood.

Rasa nak hadap GB dan cakap ;
 
Aku : Cikgu, saya rasa down hari ni. Saya nak ambil CRK sebab saya dah terdelete gambar-gambar dari BB. Saya mentally traumatize. Jadi, saya perlu ketenangan hari ni. Boleh ke Cikgu?

GB : *bunyi cengkerik*

Ughhhht. Stress. Bai

Wednesday, March 14, 2012

Ketidaksempurnaan.

Hidup dalam ketidak sempurnaan itu satu cabaran. Kau tahu?

Suami dah pesan, rumah sewa dia macam sekian-sekian. Dapur, tandas semua serba kekurangan. Tapi, being a wife apalah maknanya kalau tak bersusah-susah dengan suami. Saya yakin, saya boleh hidup di mana-mana asal bersama suami.

Sampai saja depan rumah sewa beliau, saya diam. Dalam hati memang kesian. Tapi dengan sewa RM200 apakah aku harapkan banglo sebiji tersergam bersama swimming pool dan jacuzzi?

Bila masuk bilik beliau lagi kesian, almari dia adalah beg, pastu baju kerja bersidai takda penutup. Kipas duduk comel, takda cover depan, tilam bujang dengan cadar yang errr, beliau kata dah basuh dah. Alahai, kalau tahu camni, saya bawakkan cadar dari rumah untuk lapik. Baru baring sekejap dah gatal-gatal (atau mungkin saya yang set dalam mind, kalau aku baring je, mesti gatal. HAHA)

Semuanya mensentuh hati nurani. He keep saying, kesian kan? kesian kan dia hidup kat sini camni. T___T

Bila tinggal sorang-sorang, bosan pun muncul. Rumah takda Astro, tapi ada streamyx (Thanx God, I can survive) HAHA. Ada kereta tapi tak tahu mana nak dituju. Beza sangat waktu beliau di JB dulu. Lepas hantar beliau pergi kerja, wah, aku mengukur tanah tak ingat. Memang tak lekat di mana tempat aku tinggal.

Dan percayalah, saya tak pernah pakai cermin mata bila nak masuk tandas. Kelebihan menjadi si rabun no? HAHA Mujur ada mesin basuh, tapi spinner dah rosak. Puas lah memerah jeans beliau sampai sakit-sakit tangan.


Kalau nak guna perkakasan dapur, pinggan or cawan, semua kena basuh dulu sebab ada Cik Ti yang tinggal bersama mereka (beliau ada haousemate tapi tengah bercuti seminggu). Makanan semua kena tutup bawah tudung saji bimbang dirobek. Bila nak masak, takda kuali yang sesuai untuk menggoreng, takda penapis untuk basuh sayur, takda peti untuk simpan ikan, takda batu lesung, takda blender. Jadi, kau faham tak perasaan aku bila dapat masak tengahari untuk suami dengan keadaan tidak sempurna ni adalah big achievement dalam hidup? Lagi bangga bila suami makan tambah-tambah. 

Setiap malam sebelum tidur mesti saya suarakan hasrat hati, pindah lah rumah Yang, nanti cuti panjang nak datang lagi macam mana? Tapi payah lah beliau nak pindah sebab bila tak cuti sekolah, nanti beliau duduk seorang diri juga.
 
Saya pernah bertekad nak ikut beliau ke sini. Hidup sama-sama disini. Now I have a second thought. Untuk keluar dari rumah ibu bapa yang selesa dan sempurna lalu tinggal dengan suami dalam semua serba sederhana buat saya terfikir, mampukah saya? Tanpa merungut dan bersungut. Emak dah cakap, ingat nak mulakan hidup tu terus senang ke Yaty? Unless You have million dollar in your account. Kena susah-susah dulu. Kena terima apa yang ada ikut kemampuan suami. Saya diam lagi.

Suami tahu saya, suami kenal saya sebab tu suami tak pernah ajak saya berpindah dan hidup berkeluarga disini. Sebelum sampai sini, saya selalu insist nak juga isi borang pindah akhir tahun. Nak jugak jugak duduk dengan suami. Sekarang? Suami gelakkan, bila saya cakap, macam tak sanggup lah Yang. 

Mana taknya, masuk hari kedua kat sini, saya nak nangis bila ditinggal suami pergi kerja. Mati kutu. Jadi, belum nampak kesudahan untuk kami. Belum tahu nak settle down mana. Belum ada bayang-bayang untuk setahun ni yang kami akan duduk bersama membina keluarga. Biarlah masa dan keadaan yang tentukan. Kalau Tuhan kata kami akan berjauhan untuk 3 tahun ini. Redha saja.

Nak panggil saya anak manja, perempuan tak tahu susah dan tak tahu berdikari? Help yourself. Tak jadi kudis pun. mihmihmih.

Monday, March 12, 2012

4 Months Already?

Kalau tak buka belog tadi tak perasan pun yang sudah 4 bulan kami hidup bersama. Hidup bersama? Ayat drama. Tapi, baru 2 hari ni dapat duduk serumah dengan suami, jadi surihani(?) untuk suami. Surihani untuk Yusry lah hoi.

Sempena cuti sekolah, saya pun kemas beg laju-laju sebab nak ikut suami balik Pantai Timur. Everyone have a doubt since Dak Yang nak drive from home. Beliau dah lama sangat tinggalkan kereta di rumah. Dah rindu sangat lah tu dengan kereta sendiri. Tapi, semua risau memikirkan saya yang akan terlibat dengan long journey plus long hours and bumpy rides. 

Demi Dak Yang, saya sanggup. Ecehh, semua suruh saya tinggal dan tak yah ikut. Absolutely NO lah. Tempat isteri disisi suami. Bunyi mithali sangat no? Padahal semalam tidur seharian angkara hujan lebat yang mendamaikan. HAHA. Suami pergi kerja, padam lampu, kunci pintu dan masuk bawah selimut.

Dak Yang pun keep saying, tak sangka isteri beliau sanggup ikut. Padahal pernah cakap, you tinggal lah ye. Ciss. Bangun-bangun pagi nanti cakap lagi, tak sangka, buka mata ada isteri kat sebelah. Amboii, tak habis-habis lagi tak sangka beliau tu.

Jadi, sekarang saya pula tak sangka yang akan sambut ulangbulan ke-4 perkahwinan sama-sama disini. Tadi dah cakap, malam ni kita cari tempat makan best-best ya. HEHE. Saya tak perlukan hadiah apa-apa sekarang, yang saya paling perlu hanya MAKANan yang enak.

Jangan kau ingat makan saja, review yang diianjikan mana oiii? HAHAHAHA. Jangan bakar belog saya dulu. Kalau sabar, reward nya besar. 


Baru lepas nikah beberapa minit, dah berlaku keganasan rumah tangga.
HAHA

Selamat Ulangbulan Shyang :D