Saturday, August 11, 2012

Kelakar Tapi Sedih

Isnin yang lalu, suami mahu ke tempat kerjaan seawal 6.30. Beliau dah siap berkemeja bagai, barulah isteri terhegeh-hegeh nak mandi. Jadi kena mandi-mandi kerbau atau tak sempat bersalam sebelum suami pergi kerja.

Tengah mandi-mandi kerbau tadi, bukan mandi dengan kerbau, tetiba suami ketuk pintu toilet. Alamak, tak sempat, suami dah nak pi dah. Rerupanya, beliau nak guna toilet juga. Saya kata nanti, saya nak ambil wudhu'. Selesai je, saya pun dengan penuh semangat buka pintu, nak persilakan suami masuk. Sekali, tarik-tarik tak boleh. Saya ketuk-ketuk sambil ketawa sebab ingat suami bergurau senda ke apa. Rupanya memang tak ada orang di luar.

Suami kunci pintu toilet guna selak dari luar!!!!!!!

Sebab toilet adalah toilet kongsi dengan Along. Jadi both pintu memang ada selak dan dua-dua berkunci. Dah la sejuk, takda tempat nak duduk plus saya sangat fobia bila terkunci macam tu. Saya pun menjerit bagai nak gila sambil ketuk pintu toilet sekuat hati. Dalam hati ni menahan marah, kenapalah gatal sangat tangan suami nak kunci-kunci pintu.

Dalam beberapa minit juga lah saya melolong like crazy people. Berdegang-degang pintu tu saya hentam. Tak lama lepastu muncullah hero yang selamatkan saya. TERIMA KASIH MAMA!!

Tak lama lepas bebas dari jadi tahanan tandas, suami pun masuk tersengih-sengih. I kunci pintu ek? I kunci pintu ek? Saya pun balas dengan jelingan sambil pakai telekung. Elok je Allahuakbar, terus berdedai-dedai air mata keluar. Rasa sedih sangat sebab terkunci macamtu. Rasa suami tak sayang dah sebab kunci isteri dalam toilet.

Dah jadi sesi pujuk memujuk pagi tu. I know beliau tak sengaja. Tapi, cuma rasa seram bila terkurung macam tu. Imagine kalau takda orang langsung yang dengar, dan suami dah pergi kerja tinggalkan isteri. Apa nak jadi dengan aku dalam tu? Sadisnya lah.

Hari tu saya yang tak sengaja terkunci beliau, Tuhan balas cash terus. Sobss. Tapi tapi tapi, lepas kunci saya masih ada dalam bilik. Saya tak turun tinggalkan beliau sorang diri dalam toilet T_____T

Published with Blogger-droid v2.0.6

1 feedback:

SURIA AMANDA said...

pernah terkunci tp dalam bilik...sorang2 kat umah sewa..terus call tuan rumah..mintak dia dtg selamatkan saya...